Eiyril diam memerhatikan syarikat yang diwakili oleh Hana. "Nusa.Co", pengarah syarikat Khairil Azmi.
Dan, apabila melihat muka Khairil Azmi yang sebenarnya.. rupanya dia lah Fahmi. Orang yang pernah bekerja di syarikatnya.
"Owh.. mamat skema tu, Khai rupanya. Tapi, jangan risau. Kau nak sangat main permainan dengan aku. Aku akan turut serta. Dan, kita tengok siapa yang akan tersungkur nanti" kata Eiyril, senyuman sinis sudah dilemparkan.
***
(Imbas Kembali)
"Hello mak cik" sapa Eiyril. "Hello, nak Eiyril kan. Kenapa? Nak tempah kuih ke?" Soal Mak Khai apabila dahulu mereka berjumpa dan Mak Khai ada menceritakan perihal dia mengambil tempahan kuih-muih.
"Saya tahu Airil tu anak saya kan?" Soal Eiyril. "Anak? Maksud Eiyril apa ?" Soal Mak Khai.
"Saya suami Hana dan ayah kepada Airil. Dulu, Fahmi yang culik isteri saya kan?" Soal Eiyril. Mak Khai sudah terdiam, "nak Eiyril.. nanti kita bahaskan hal ni ye. Anak mak cik dah balik" kata Mak Khai lantas mematikan panggilan.
***
"Kau ingat kau dah dapat Hana, ke Khai? Jangan harap... Nak tengok sangat aku gila untuk Hana? Aku akan jadi gila.. untuk Hana" kata Eiyril lantas dia mencapai telefon di sisi meja.
"Hello Erul.. aku nak kau buat sesuatu untuk aku" kata Eiyril. "Apa dia?" Soal Erul.
"Suruh mak kau beli saham dekat Nusa.Co, sekarang!" Arah Eiyril.
Agak lama Erul diam, "Nusa.Co? Sebab kenapa? " Soal Erul. Eiyril hanya tersenyum sinis, "adalah. Aku nak kejutkan seseorang. Game on!" Kata Eiyril.
"Okay, Eiyril" kata Erul.
***
"Terima kasih Datin Layla kerana berminat di syarikat kami. Walaupun syarikat kami ni hanya berskala kecil" kata Khai.
Datin Layla hanya tersenyum, "jangan risau Khai. Saya nampak ada potensi syarikat ni. Dengan suntikan modal, saya yakin syarikat ni boleh dikembangkan lagi" kata Datin Layla.
"Terima kasih Datin. Jadi, Datin merupakan pemegang saham kedua terbesar di syarikat ini selepas saya." Kata Khai.
"Sama-sama. Harap kita boleh bekerja bersama. Nanti saya akan suruh pekerja saya untuk ke syarikat awak, pulih kan apa yang patut" kata Datin Layla.
***
Rose hanya diam merenung novel yang diletakkan di hadapannya. Sekarang, waktu mereka untuk berehat.
Dan, setiap kali rehat. Eiyril akan sentiasa ke mejanya. Kadangkala dia naik menyampah.
"Apa ni? You nak suruh I baca novel tebal ni? You ingat I suka ke?" Soal Rose.
Eiyril sudah ketawa, "tulisan dan karya Hana sendiri, Hana tak baca.. pelik Abang. " Kata Eiyril.
Rose mengambil novel dI hadapannya.. "Hana Roselyn? Owh.. patutlah semua orang panggil saya Hana.. Tapi, saya tak percaya ni novel saya. Mungkin, awak tipu." Kata Rose.
"Ke Khai yang dah tipu Hana. Siapa Hana sebelum ni? Ada dia cerita. Ke Khai cuma cerita yang Abang ni suami tak berguna, tak jaga isteri dan anaknya.."kata Eiyril.
"Betul lah. Sebab, kalau betul you tu suami I. Kenapa baru sekarang you jumpa I. Kenapa dari dulu you tak berusaha cari I. memang betul lah apa yang Abang Khai cerita" kata Rose.
Eiyril hanya diam, "Hana tak tahu apa yang Abang lalui, Hana.. dan, seandainya Hana tahu. Satu je Abang nak pesan. Jangan percaya satu cerita je. Abang tahu Hana hilang ingatan. Dan, satu je cara untuk Hana dapatkan balik ingatan Hana. Dengar apa yang sekeliling Hana ingin katakan, bukannya percaya dengan satu cerita je" nasihat Eiyril lantas meninggalkan Hana.
Rose di kerusi sudah terdiam, apakah selama ni Abang Khai menipunya atau Eiyril yang mempermainkannya.
Share this novel