Hampir sebulan Hana bekerja di sini. Namun, dia tidak pernah berjumpa dengan bos syarikat yang mereka kata berpindah ke sini sebulan yang lalu.
Gaji Hana hanya diberikan melalui Ann dalam bentuk sampul surat. Agak lumayan juga. Padahal, dia hanya bekerja sebagai penterjemah buku dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.
Hana membancuh kopi di pantri. Sedikit pelik dia dengan situasi sekarang. Sekiranya syarikat ini ada mesyuarat, dia selalu tidak akan dipanggil. Alasannya kerana mesyuarat yang diadakan tiada kaitan dengannya.
"Mengkhayal apa tu Hana, teringatkan orang jauh ke?" soal Ann. Hana tersenyum,"lawak.. mana ada saya nak ingatkan sesiapa. Cuma, tak ada apa-apa lah" kata Hana, membiarkan hanya dia seorang menyimpannya.
"Anyway, hujung bulan ni.. syarikat kita ada majlis ye. Sempena meraikan kejayaan kita di Malaysia. Kita diiktiraf sebagai syarikat luar negara yang berkembang pesat" kata Ann.
Terus Hana gembira, maknanya dia akan menemui bos syarikat ini.
"Wah... bestnya. Tema dia apa?" soal Hana, hatinya girang. Ann tersenyum, "Masquerade lah katakan". Kemudian, Hana muram.
"Masquerade?" perlahan suara Hana. Dia teringat kali pertama dia berjumpa Eiyril juga dalam tema sebegini di majlis hari jadi Sandra. Dan, kemudian dia diculik sehingga membawa ke status isteri.
"Hana... don't ever think about that" pujuk hati Hana.
"Hana.. awak dengar tak apa saya cakap?" soal Ann. Hana kembali ke alam nyata. Kenangan dia dan Eiyril segera dipadamkan dari ingatan.
"Apa tadi? Sorry.. saya tengah berfikir mengenai baju apa nak pakai.." kata Hana.
"Awak nak jadi pasangan saya tak?" soal Ann. Walaupun dia tahu, di hadapannya isteri orang. Namun, ada tugasan daripada bos besar kepadanya.
"Mestilah nak.. Lagipun, saya kenal awak je Ann." senyum Hana
Ann suka namun ya.. dia ada rancangan bersama bos besarnya. Khusus untuk Hana Roselyn, isteri Mr. Eiyril Elfian.
****
(imbas kembali)
"Encik, biar betul. Saya jadi bodyguard Puan Hana?" soal Ann.
"Ya.. Encik Anndra Ikhmal. Kalau Hana nak ke mana-mana.. Kau kena sentiasa ikut dia. Dan, yang paling penting.. akan ada satu masa aku akan buat majlis. Di situ aku akan teruskan rancangan aku. Don't worry. Aku double payment kau, asalkan isteri aku selamat" kata Eiyril.
"Baik Encik. Puan Hana akan sentiasa selamat dalam tangan saya." kata Ann.
*****
"Ann!.. Hish, dia lagi yang mengkhayal" jerit Hana. Ann terketawa.
"Apa dia?" soal Ann.
"Bila kita nak beli baju?" soal Hana. Dia tidak sabar ke majilis begini.
"Hujung minggu ni.." kata Ann.
Dan sepanjang mereka berbual, ada seseorang yang mendengar perbualan mereka di sebalik dinding.
"Hana tak sabar ke nak pergi majlis macam tu, Abang pun tak sabar.. tak sabar nak jumpa Hana." kata Eiyril.
Eiyril memikirkan tema bajunya mesti sama dengan Hana pada malam itu.
"Tak sabar nak jumpa Hana. Dan sekarang, jangan larikan diri lagi ye, sayang" kata Eiyril, tersenyum sinis.
Kedengaran Ann dan Hana ingin keluar dari pantri. Dia tidak sempat melarikan diri. Ann yang keluar awal terkejut Encik Eiyril sedang menyandar di dinding menarik Hana sebelum keluar.
"Hana... bancuhkan aku kopi, aku hauslah" kata Ann, menarik baju Hana agar Hana tidak keluar dari pantri berkenaan.
"Ehh Ann ni.. Kan, kita baru je minum tadi. Adoii. Yelah" bentak Hana. Eiyril di sebalik dinding menarik nafas lega. Nasib Hana tidak sempat berjumpa dengannya.
Dia cepat-cepat menuju ke biliknya yang berada di tingkat empat.
Share this novel