Bab 76 - Keliru

Romance Completed 92034

"Abang.. kalau Rose tanya, abang marah ke?" Soal Rose ketika dia dipanggil oleh Khai di dalam biliknya.

"Sebenarnya, apa yang berlaku.. antara Rose, Abang, dengan suami Rose? Rose keliru dengan semua ni?" Kata Rose.

Khai sudah menghembuskan nafasnya. "Rose, ingat... Abang dengan Mak yang dah banyak jaga Rose. Suami Rose tu tak berguna. Ada dia cari Rose dulu.. takde kan?" Soal Khai, lebih kepada menghasut.

"Uish.. berat tuduhan tu" kata satu suara, dan terkejut dia melihat Eiyril yang sedang menyandar di pintu bilik pejabatnya.

Rose sudah menoleh ke arah Eiyril. Eiyril mendekati mereka berdua dan tersenyum.

"Hana keliru ke sekarang? Hana rasa siapa yang betul?" Kata Eiyril memandang Hana. Rose hanya terdiam. Sedikit berdegup jantung melihat pandangan mata Eiyril.

Khai tidak senang duduk. "Sorry ye, saya ganggu korang dua tadi. Tapi, saya perlukan bantuan Hana sekarang. Hana masuk bilik saya ye.. " kata Eiyril, tersenyum.

Hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik sejurus ditinggalkan Rose dalam bilik tersebut. "You know what Khai, kenapa aku tak bagitahu kisah sebenar dekat Hana. Sebab, aku nak kau rasa.. akibat yang akan kau tanggung selama tiga tahun aku kehilangan isteri aku. Jadi, teruskan permainan kau. Dan, aku bagi amaran sedia.. jangan sampai cerita yang kau reka ni, makan diri kau sendiri." Kata Eiyril.

Khai sudah terdiam, "peristiwa tiga tahun dulu, walaupun Hana tak ingat.. tapi, orang di sekeliling dia ingat. Jadi.. aku izinkan kau teruskan lakonan kau. Hasut lah dia selagi kau boleh. Tapi, ingat.. bila satu hari, Hana cakap dia nak kembali kepada aku. Kau tolong relakan." Kata Eiyril berlalu dari bilik Khai.

Khai sudah membaling gelas dan pecah berderai di lantai. Dia akan pastikan Hana miliknya seorang. Dia akan pastikan Hana jatuh cinta kepadanya.
***

"Apa kerja saya Encik?" Soal Rose, ya.. dia harus menghormati Eiyril. Eiyril sudah tersenyum.

"Encik? Panggil Abang kan manis.. hehehe... Kerja Hana pertama ialah, tolong saya kumpulkan semua dokumen tentang syarikat ni. Dan buat laporan ringkas tentang pengeluaran dan kemasukan. Boleh kan?" Soal Eiyril. Masih tersenyum memandang Hana di hadapannya

Rose sedikit malu direnung begitu. Begitu kuat aura lelaki di hadapannya ini. "Errr.. baik Encik, saya buat dekat bilik saya ye." Pinta Rose.

"Siapa arahkan Hana buat kerja dekat bilik Hana. Tu, ada sofa.. meja. Buat dekat situ je" kata Eiyril.

"Tapi... Saya tak biasa" namun belum sempat Rose bersuara, "biasa tak biasa, kena lah biasakan.. sayang" kata Eiyril.

Berdegup terus laju degupan hati Hana. Panggilan sayang membuat hatinya tidak keruan.

sorry kalau pendek chapter hari ni. tunggu next chapter ye :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience