Bab 24 - Terus Terang Yang Tidak Terungkap

Romance Completed 92233

Akhirnya... siap novel khas untuk peminatnya. Dia menyuruh Fikree mencetak novel ini dan selepas dicetak, dibelakang novel itu, Hana ada menulis sesuatu untuk Eiyril.

Ya, kebenaran akan diberitahu hari ini. Kepada Eiyril. Dan, ya. Dia akan meminta maaf bagi pihak kakak tirinya...

Eiyril di pejabat mendengar cerita Sandra. Dia tidak menyangka apa yang didengar ini. Erul pula baru ingin gembira dengan perubahan Eiyril hanya terdiam apabila Sandra tersebut satu nama yang membuat Eiyril berubah.

Eiyril baharu sahaja ingin berkenal dengan kakak Hana dengan harapan, Eiyril mahu menyatukan keluarga Hana untuk melihat gadis kesayangannya gembira. Namun, sekali mengetahui sebaris nama ini. Eiyril berubah terus ke perangai asalnya. Sandra tidak mengetahui apa yang terjadi selepas Sandra meninggalkan mereka berdua, dan dia pelik bila menyebut nama kakak Hana menyebabkan Erul dan Eiyril membesarkan matanya.
*******

"Aku pernah berjanji kan Erul? Aku tak nak ada kaitan dengan dia, tapi... kenapa Erul? Kenapa harus dia? Yang ada kaitan dengan orang yang aku benci?" kata Eiyril. Dingin, tiada lagi senyuman.

"Eiyril.. kita pun tak tahu Eiyril. Kau jangan ikutkan sangat perasaan kau tu. Hana pun tak tahu yang kau dulu pernah bercinta dengan kakak tiri dia" kata Erul.

Eiyril terus tersenyum dingin, "ada aku kisah? Rupanya dia ada kaitan dengan Lyn.. " kata Eiyril. Erul hanya menelan air liur melihat senyuman bengis Eiyril.

"Ril. Ingat, tanpa novel Hana. Kau tak akan bangkit begini. Kalau kau benci sekali pun, aku mohon.. jauhkan diri daripada dia, Eiyril. Kesian Hana" kata Erul. Eiyril hanya tersenyum sinis.

"Kalau korang dua cuba untuk masuk campur. Awas.. Dah aku nak balik" kata Eiyril, meninggalkan Erul. Erul sudah ketakutan. Dia takut Hana diapa-apakan. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Sandra.

"Hello... baby, we have to rescue Hana. Now!" kata Erul. Risau.

"Maksud? Saya tak faham.." kata Sandra.

"Bekas kekasih Eiyril ialah kakak tiri Hana. Saya takut Eiyril nak balas dendam, melalui Hana" kata Erul. Sandra ketika itu terus menghentikan keretanya di tepi jalan dan berdoa Hana tidak apa-apa.

"Macam mana ni? " soal Sandra. Dia juga risau.
*******

"Tuan.." kata Fikree dan Tina serentak. Eiyril hanya tersenyum bengis. Menyerahkan duit kepada Fikree dan Tina.

"Ini bayaran korang sebab jaga Hana. Dah, perkhidmatan korang dekat sini dah tamat. Pergi balik dekat rumah aku. Sekarang!" arah Eiyril. Fikree dan Tina terpinga-pinga. Setahunya Eiyril tidak akan menyuruh mereka meninggalkan rumahnya.

"Err.. Tapi, Tuan.. Cik Hana dah buatkan novel untuk Tuan. Dan, Cik Hana dah packing semua barang. Adalah lebih baik, kami jalan sama-sama. Nanti takda nak hantar Cik Hana, Tuan" kata Fikree, dia sangsi dengan Tuannya yang sekarang. Seakan serius dan marah. Hatinya tidak sedap meninggalkan Hana berseorangan di rumah ini bersama Eiyril.

Eiyril mendekati Fikree, "kau Tuan ke aku Tuan. Bila aku cakap, blah. Kau blah lah. Blah.." kata Eiyril. Fikree sudah ketakutan. Dia sangat takut. Begitu juga Tina.

Tina menggapai kain lengan Fikree. "Maafkan kami Tuan, Jom Fikree" kata Tina menarik Fikree dan meninggalkan Eiyril dan Hana di rumah itu.
******

Di dalam kereta , Fikree dan Tina tidak sedap hati. Apa sebenarnya yang terjadi, dia tidak tahu. Tiba-tiba telefon berbunyi,

"Hello. Encik Erul. Ya, kami kena suruh tinggalkan Cik Hana dan Tuan Eiyril. Kami tak tahu Encik. Baik Encik" kata Tina. Lantas mematikan panggilan.

"Fikree, kenapa ni? saya tak faham lah" kata Tina. Fikree gelisah di tempat pemandu.

"Saya pun risau ni Tina. Kita doakan Hana baik-baik sahaja" kata Fikree.
******

Sejurus Eiyril membuat panggilan telefon kepada seseorang. Eiyril terus naik ke bilik Hana. Dia mengetuk pintu dan masuk ke bilik Hana.

Hana yang terkejut lantas tersenyum, "Eiyril. Saya dah siapkan novel awak. Nah." kata Hana menyerahkan novel itu kepada Eiyril.

Namun, tidak semena-mena tangan Hana dia tarik dan dia dihempas di katil. Eiyril mula menindih tubuhnya. Hana menjerit.
********

"Baby.. cepat sikit bawa kereta. Saya risau" kata Sandra. Erul sudah cemas. Apa yang ingin dibuat oleh Eiyril kepada Hana.

"Dia tak salah baby. Hana tak tahu langsung mengenai Eiyril dan Lyn. Semoga Hana baik-baik sahaja" kata Erul.

"Saya risau.. Erul. Sangat risau." kata Sandra.
********

Sesampainya mereka di rumah kedua Eiyril. Dia melihat banyak selipar di luar. Erul dan Sandra masuk dan melihat lelaki tua.

"Ini wakil saya merangkap ahli keluarga saya. Perempuan ini boleh jadi ahli keluarga untuk perempuan tu sebab perempuan ini tidak tahu mana ahli keluarga dia yang sah. Khawin kan kami cepat." kata Eiyril. Sandra melihat Hana yang sudah menangis di tepi sofa. Dia tidak memahami semua ini

"Eiyril. Apa semua ni? Kau jangan buat gila Eiyril." kata Erul sambil mencengkam kolar baju sepupunya.

"Kau buat apa dengan Hana?" soal Erul tegas. Namun, Eiyril hanya tersenyum sinis. Sandra cuba mendekati Hana yang menangis.

"Kenapa Hana? Apa Eiyril dah buat dengan kau?" soal Sandra namun Hana hanya diam menangis di bahu rakannya.

"Encik Eiyril dan Cik Hana ditangkap berdua-duaan. " kata seorang pak cik.

Lantas , Erul menumbuk pipi Eiyril. Kuat.

"Kau bodoh! Apa kau buat dekat Hana, Eiyril. Kau dah kenapa Eiyril? Orang yang selama ini berjasa dekat kau. Dan, kau buat Hana macam tu. Apa jenis orang kau ni? Kau buat apa dengan Hana arhh?" teriak Erul. Sandra sudah terdiam melihat Erul yang mengamuk.

Eiyril hanya mengelap darah yang keluar di tepi bibirnya lalu berdiri.

"Aku dah rasa dia. Dia dah tak suci di tangan aku. Kau nak buat apa, Erul? Dia harus bayar... bagi pihak kakak tiri dia. Hani Lynda" kata Eiyril berbisik di telinga Erul. Namun, boleh didengari oleh Sandra.

Meraung Hana mendengarnya. Dia malu. Terasa maruah dirinya dicarik-carik. Sandra yang mendengar terkejut lantas ingin menyerang Eiyril.

"Kau lelaki gila.. Kenapa kau buat Hana macam tu, lelaki gila!!" teriak Sandra. Erul menahan kekasihnya daripada menyerang Eiyril. Dia takut Eiyril mengapa-apakan Sandra. Namun, dia tidak akan teragak-agak untuk menumbuk Eiyril jika dia menyentuh kekasihnya, Sandra.

"Tolong kahwinkan kami. Pak Cik. Tolong lah.." kata Hana, menangis. Dia malu. Dia sangat malu. Berharap dengan perkhawinan ini menutup segalanya. Maruahnya dan terbayar, dendam Eiyril akibat perbuatan kakak tirinya.

Dan, Eiyril tersenyum kepuasan. Dia menang. Tidak sabar ingin menghantar gambar adik tirinya kepada Lyn. Adik tirinya yang akan berkahwin dengannya.

"Aku menang, akhirnya Lyn." kata Eiyril, terus mengambil tempat di hadapan seorang pak cik. Mereka berkahwin atas persetujuan kedua pihak. Baik Hana dan Eiyril. Mereka ingin dikahwinkan.

Dan, sekali lafaz. Hana Roselyn bergelar isteri kepada Eiyril Elfian. Dia berharap agar hari ini dia bebas. Namun, dia tidak bebas dan masih belum bebas. Dia menangis lemah di bahu Sandra. Sandra memberi kekuatan kepada Hana.

"Ibu... Maafkan Hana" bisik Hana, lemah. Dan, kemudian.. Dia pengsan ,dia tidak menyedari apa yang terjadi selepas itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience