Hana menunggu Eiyril. Dia ingin bertanyakan perkara ini kepada Eiyril. Dia menunggu dan terus menunggu.
Hana ternampak kelibat Fikree, "Abang Fikree. Encik Eiyril tak datang ke hari ni?" soal Hana.
Fikree tersenyum, "maaf ye Hana. Encik Eiyril sibuk dua hari ni. Mereka ada projek. Kenapa Hana?" soal Fikree.
"Alah.. baru Hana nak tanya Encik Eiyril. Hem.. tak pelah, Hana bagi siap novel Hana dulu ye Abang Fikree" kata Hana meninggalkan Fikree.
********
Eiyril tidak fokus sepanjang projek ini berlangsung. Dua hari mereka di sini. Nasib dia ada menyimpan gambar Hana. Dirinya rindu mahu mendengar celoteh Hana dan menatap wajah Hana.
"Comelnya Hana tidur kan?" soal Erul sambil tersengih. Eiyril memandangnya tajam...
"Sejak bila kau simpan gambar Hana? hehehe.. kau dah ada bunga-bunga ke dalam hati. Kalau kau jadi kahwin dengan Hana, beripar lah kita. Hehehehe" usik Erul.
Eiyril hanya beku, "kau pernah rasa masuk hospital ke? Kalau tak nak, diam. Bising je kau ni" tegur Eiyril.
Nasib Erul ini sudah tahan makian sepupunya kerana dia tahu siapa Eiyril sebelum dia jadi begini.
"Sabar tau Eiyril. Lusa kau jumpa lah Hana." sengih Erul. Eiyril hanya berdecit kegeraman.
*********
Setelah dua hari berlalu, Hana sudah menyiapkan novel sehingga bab lima. Dia mengeliatkan tubuhnya, meluruskan sendi-sendi yang segal. Dia menuju ke arah sangkar hamsternya.
"Tutu.. tutu.." kata Hana kepada hamster namun hamster tidak memberikan reaksi.
Hana sudah cemas.
"Tutu.. Ahhhh.. Tutu" jerit Hana, dia mencapai hamster dan dapati hamster sudah mati. Dia menangis semahunya.
*******
Eiyril sudah sampai di rumahnya yang kedua. Kelihatan Tina dan Fikree menyambutnya.
"Mana Hana?" tu persoalan pertama Eiyril.
"Ada dekat atas mungkin Tuan" kata Tina. Memang dia tidak nampak kelibat Hana sebentar tadi. Eiyril naik ke atas dan pergi ke bilik Hana. Dia membuka dan mendapati Hana tiada di situ.
"Tina.. Fikree" laung Eiyril. Terkocoh-kocoh mereka berdua ke atas. "Mana Hana?" soal Eiyril dengan suara garaunya. Fikree dan Tina sudah ketakutan, mereka benar-benar tidak tahu ke mana Hana.
"Cari sampai dapat" kata Eiyril menuruni tangga. Fikree dan Tina juga laju mencari kelibat Hana.
*******
"huhuhu.. I am sorry Tutu. Mungkin awak stress macam saya. Kena kurung je kan. Sorry Tutu" kata Hana sambil mengorek tanah untuk menguburkan hamster kesayangannya.
Eiyril yang melihat kelibat Hana di belakang rumah menarik nafas lega. Sangkanya Hana sudah lari meninggalkan dia. Namun, apabila dia mendengar suara tangisan Hana. Dia cepat-cepat ke sana.
"Kenapa?" soal Eiyril. Tersentak Hana mendengar suara itu. Dia mendongak sambil mukanya merah dan menangis. Eiyril duduk bersama Hana. Menipu kalau dia tidak rindukan, dia rindu. Sangat.
"Tutu mati. Mungkin dia tekanan kena kurung. Salah saya sebab tak bagi lepas dia jalan-jalan" luah Hana. Eiyril yang mendengar ingin tersenyum. Comel dirasakan apabila mulutnya sudah bercakap.
"Lepas tu, kau ingat kau menangis dia hidup balik" kata Eiyril. Bukan itu sebenarnya yang dia ingin katakan namun.. mulutnya yang mengeluarkan kata-kata tersebut.
Hana berdecit. Memang Encik Eiyrilnya tiada perasaan. Kalau bercakap, menusuk ke jantungnya. Pedas.
Hana hanya diam. Dia menguburkan hamsternya dan setelah itu dia menyucuk kayu, sebagai tanda hamsternya di situ.
Lama Hana di situ, tapi yang pelik Eiyril juga turut berada di situ bersamanya.
"Pergi lah masuk. Sibuk je. Aku nak bagi kata-kata dekat Tutu pun tak dapat" kata Hana dalam hati, sedikit memberontak.
Eiyril hanya merenung muka Hana yang cemberut. Ingin diusap lagi muka itu sepertimana sewaktu Hana tidur. Tiba-tiba Eiyril mendapat satu idea.
"Kau cakap tadi hamster kau mati sebab terkurung kan. Dah siap, jom kita keluar. Aku tak nak kau pun tekanan. Bersiap Hana, aku bagi masa sepuluh minit." arah Eiyril.
Hana sudah geram. Dia disuruh-suruh seperti lembu sahaja lagaknya.
"Kalau saya tak nak, apa Encik Eiyril nak buat?" soal Hana.
Eiyril tersenyum sinis .. " macam-macam Hana. Macam-macam. So, don't dare me dan just follow my instruction. Okay, Sweetie?" kata Eiyril meninggalkan Hana.
Hana menghentak kakinya.. Dia tidak suka begini.
Share this novel