Hana sedang bermain bersama anaknya dan dari kejauhan Eiyril hanya melihat kedua insan kesayangannya.
Teringat Eiyril bagaimana perkenalan mereka dahulu. Eiyril mengurung Hana hanya kerana ingin membuatkan novel khas untuknya.
Dari dahulu sampai sekarang hanya Hana yang mampu membuat dirinya bangkit dari kesedihan yang terpendam dalam hatinya.
Eiyril menghubungi Khuzaimi, abang iparnya. "Hello Abang Mi. Ye, malam ni saya dengan Hana datang rumah ye." Eiyril mematikan panggilan.
Kadangkala dia bersyukur... rupanya inilah jalan ceritanya.
***
"Abang. Dah, jom.." kata Hana. Dia tidak bersabar berjumpa dengan kakaknya, Hani.
"Kijap lah.. Abang nak tanya sikit ni.. Masih ingat tak ni?" Soal Eiyril. Hana melihat buku ini lama.. dan terus menjerit..
"Abang... Dari mana abang dapat buku ni. Buku diari Hana waktu sekolah menengah dulu." Jerit Hana.
Eiyril sudah ketawa, "entahlah. Ada orang tu bagi tinggal dekat kereta Abang dulu. Lepas tu, Abang baca lah. Best juga ye nak baca penulisan zaman Hana sekolah menengah, memang Hana ada bakat menulis dari dulu lagi." Kata Eiyril.
Hana teringat dahulu, kakaknya pernah mengambil dia dari sekolah menggunakan satu kereta yang dikatakan milik kekasih kakaknya. Dan, dia tidak menyangka bahawa kereta itu milik Eiyril.
"Kenapa Abang tak pulangkan dekat kak Hani balik. Tak malu lah Abang ni baca diari Hana.." kata Hana. Eiyril sudah ketawa, "kata Lyn, tak payah. Sebab.. Lyn kata Hana akan habiskan masa menulis dekat diari. Mama dengan Papa Hana panggil makan pun, Hana tak dengar.. tu yang Lyn pernah cakap dengan Abang.. dan, tak sangka pula ye, budak yang Abang baca diari dia ni rupanya penulis novel yang Abang akan minati dan juga sekarang bergelar isteri Abang. Indah perjalanan hidup kita ye.." kata Eiyril.
Hana sudah tersenyum, "tulah.. tak sangka pula. I love you Abang." Bisik Hana.
"Mama... " Panggil Airil. "Oh.. Abang jomlah kita pergi rumah Kak Hani. Dah lambat dah ni.." kata Hana.
Eiyril mengenggam tangan isterinya dan sebelah lagi tangan anaknya. Ya, inilah keluarganya, keluarga yang dia akan berjanji akan penuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan.
"Anyway Abang.. bilik kegemaran Abang tu.. boleh tak Hana nak masuk lagi?" Soal Hana.
Eiyril sudah ketawa, "tak payah lah sayang.. abang pun dah jarang masuk sana. Sebab orangnya dah ada depan mata. Abang hanya suruh sesekali Tina kemas je bilik tu" kata Eiyril.
Hana sudah tersenyum. Doanya, semoga kebahagiaan ini milik mereka.
Share this novel