Setelah beberapa hari mereka bercuti, akhirnya mereka kembali kepada keadaan asal. Menyiapkan novel untuk Eiyril. Pernah Hana menyuarakan untuk buat novel di rumahnya sahaja. Namun, lain jawapan yang Eiyril berikan.
"Hana takut kita khawin free ke? Boleh juga tu, save bajet. Hahahhaha" gurau Eiyril.
"Awak ni, ke situ pula. Eyalah, tak manis lah.. awak bagi lah saya balik rumah, siapkan novel awak dekat rumah saya. Please" rayu Hana.
"Awak jangan risau lah, lagipun saya bukan tidur dekat sana pun kan. Ada Tina dengan Fikree dekat sana. Lagipun, dah janji kan. Mana boleh mungkiri" kata Eiyril.
Hana hanya mendiamkan diri. Namun, semenjak Eiyril baik dengannya, dia sentiasa prihatian dengan Hana. Sehinggakan sanggup memayungi Hana hanya kerana panas ketika mereka berjalan di tepi pantai.
******
Hana berehat setelah dia sampai di rumah kedua Eiyril. Selepas mengemaskan pakaian dan mandi, dia melihat ikan emasnya. Seperti gembira menemuinya.
"Nana, Yiyi.. I miss you" kata Hana. Tiba-tiba ketukan di pintu kedengaran. Hana membuka dan di hadapannya Eiyril yang sedang memegang bakul kertas.
"Awak Eiyril. Saya ingat awak dah balik daa" kata Hana. Eiyril masuk ke biliknya dan duduk di sofa.
"Nana, Yiyi sihat tak?" soal Eiyril. Hana tersenyum.
"Mereka sihat.. kenapa awak nak jumpa saya ne?" soal Hana. Eiyril menyerahkan bakul kertas kepada Hana.
"Apa ni?" soal Hana dan melihat dalam bakuk tersebut ada sebuah kotak. Dan apabila diangkat. Telefon.
Namun, jenamanya buat Hana rasa segan menerimanya.
"Err.. Eiyril. awak biar betul?" soal Hana.
"Betul lah. Untuk awak, tanda minta maaf saya sebab pecahkan telefon awak dulu" kata Eiyril, tersenyum.
Hana membelek telefon berian Eiyril. Jenama Vertu yang sememangnya mahal. Hana masih segan menerimanya.
"Awak.. Mahal ni, saya tak boleh terima. Kalau awak bagi samsung ke , oppo ke, saya boleh terima. Ni mahal sangat ni" kata Hana.
Eiyril hanya mengelengkan kepalanya, "terima je Hana, sebagai suntikan semangat" kata Eiyril.
Hana diam dan kemudian mengingati salah seorang peminatnya yang juga pernah memberikannya hadiah yang mahal.
"Terima kasih Eiyril. Saya akan jaga telefon ni dengan baik. Awak nak tahu, ada juga dulu seorang peminat saya.. dia pun bagi benda mahal-mahal. Awak nak tahu, haritu, dia bagi saya rantai berlian. Seram saya nak terima nya. Tapi, dah peminat bagi.. nak buat macam mana. Ambil jelah" luah Hana.
Eiyril hanya tersenyum senget. Dalam hatinya berkata, "Saya lah tu Hana"
"Terima kasih sekali lagi Eiyril. " kata Hana. Eiyril hanya senyum dan mendekati Hana.
"Dah, awak tidur ye.. Good night sweetie.. " kata Eiyril sambil mengusap kepala Hana, dan automatik Hana mengeselkan kepalanya di dada bidang Eiyril.
Terhenti perlakuan itu, Hana masih di dada Eiyril. Dia agak malu sebenarnya untuk bertemu pandang dengan Eiyril.
"Kalau saya dah mula sayangkan awak, macam mana Hana?" soal Eiyril.
Hana terkejut lantas bertemu pandang dengan Eiyril. Mata bertemu mata dan hati berdegup kencang.
Agak lama mereka begitu....
"Kalau saya dah mula sayangkan awak, awak boleh janji tak jangan kecewakan saya?" soal Eiyril lagi sekali. Dan, Hana hanya diam, biarlah matanya yang berbicara.
Share this novel