Bab 87 - Meraih Kemaafan

Romance Completed 92034

"Ma, saya jalan dulu. Mari Airil, kita jumpa Mama dengan Papa" kata Erul.

Datin Layla dan Sandra sudah mengeluh, "cakap dengan Eiyril. Mama minta maaf." Kata Datin Layla, sedikit kesal.

Erul cuma tersenyum, "takpe, mungkin lambat laun Ril akan faham. Macam Sandra cakap. Kalau saya pun di tempat mereka, saya akan faham apa yang Mama dan Hana lakukan. Sekarang ni, semua dah selesai. Khai dah dalam penjara. Cuma, tulah.. nak pujuk hati Eiyril bukan senang. Okay lah, saya jalan dulu" kata Erul.
***
Hana mendengar pintu dibuka dari luar. Kelihatan Tina membawa dulang makanan.

"Tina!" Jerit Hana. Tina sudah terkejut, memang sah apa yang difikirkan. Tiada orang yang akan dikurung oleh Tuannya melainkan gadis kesayangan Tuan yang menghilang selama tiga tahun.

Namun, melihatkan kesan muka yang sembab akibat daripada menangis. Tina tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut. Dia tahu batasnya.

"Puan Hana.. lama tak jumpa, apa khabar. Err, Tuan Eiyril pesan dekat saya.. suruh Puan makan. Puan makan ye" kata Tina.

Hana mendekati Tina dan mula duduk untuk makan. Dia sudah mulai lapar sebenarnya. Hana mulai menyuapkan makanan ke mulutnya.

Inilah akibatnya yanh harus ditanggung daripada perbuatannya.
***
"Assalamualaikum, Eiyril!" Laung Erul. Eiyril keluar daripada bilik.

"Airil.. mari dekat papa. Rindu nya dia.." kata Eiyril memeluk anaknya. "Mama.. mama..." Soal Airil. Eiyril tahu anaknya mencari ibunya.

"Mana Hana?" Soal Erul. Eiyril sudah tersenyum sinis. "Kau tahu kan, Hana ada sebab dia buat kau macam tu" pujuk Erul.

"Tapi, dia lupakan aku, lupa aku sebagai suami. Suami yang boleh jaga dia." Kata Eiyril. Menjaga tutur katanya, kalau boleh dia tiak mahu anaknya terkejut dengan jerkahannya.

"Tapi, Ril. Kalau pun waktu tu kita boleh bantu dia. Kita tetap tak boleh. Kalau Hana yang nak, apa yang dia nak buat tiga tahun lepas." Nasihat Erul.

Eiyril sudah mendengus.. "dah lah tu Eiyril, cuba bawa bersabar. Yang penting, selama ni Hana tak hilang ingatan. Tu yang kau perlu bersyukur. Fikir-fikirkan lah apa yang aku cakap ni ye. Anyway, mak aku minta maaf dekat kau. Kau jaga diri, jaga Hana tu. Jadi mak dan bapa yang baik dekat anak kau ni" nasihat Erul.

Eiyril sudah terdiam. "Airil, uncle balik dulu ye. Kalau nak jumpa Elisyah.. pergi je rumah Uncle ye." Kata Erul.
***
Hana sedang berbaring di atas sofa. Memikirkan mengenai semuanya.

Kedengaran pintu dikuak. Mungkin Tina. Namun, dia tidak sangka anaknya Airil sudah di sini.

"Airil..." Jerit Hana dan terus memeluk anaknya. Dia merindukan anaknya. Sangat..

Eiyril hanya melihat mereka berdua. Namun, marahnya masih bersisa.

"Airil. Dah... Pergi mandi, Tina.. mandikan Airil" arah Eiyril. Selepas sahaja Airil dan Tina meninggalkan mereka.

Hana mulai bersuara, "Mak Khai macam mana?" Soal Hana, takut-takut.

"Masih nak tanya dengan keluarga yang pisahkan kita. Kadang-kadang aku tak faham dengan kau ni.. baik tak kena tempat. Nak jadi hero pun tak kena tempat" cukup pedas sindiran Eiyril.

Hana hanya diam menekur lantai. "Hana tak tahu nak buat apa lagi nak minta maaf dengan Abang. Hana minta maaf Abang.." pecah lagi tangis Hana.

Hati suami mana yang tak perit melihat isterinya menangis, melihatkan dari wajah tu.. memang sudah lama Hana menangis. Namun, hatinya masih sakit. Sakit dikhianati oleh isteri sendiri. Sekaligus, benak fikiran Eiyril terisi nasihat Erul sebentar tadi.

Eiyril hanya diam dan meninggalkan Hana, seperti biasa.. dia mengunci pintu dari arah luar. Hana masih menangis semahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience