Hana belum mendapat idea untuk menulis. Dia tiada idea hendak tulis mengenai apa. Tiada inspirasi dan jalan cerita novel bagaimana yang dimahukan oleh peminat khasnya ini.
Kedengaran pintu dibuka dari luar.
"Encik Eiyril... saya.. eh, bukan.. Erul...." jerit Hana. Erul sudah tersenyum. Dia senang hati sikit apabila Erul datang ke sini.
"Syukur lah awak selamat Hana.. Ni Sandra kirim salam. Dan, ini semua baju awak. Saya bawa dari rumah awak.. Eiyril suruh" kata Erul. Hana mendekati Erul.
"Erul.. please help me. Bawa saya pergi dari sini. Saya tak nak dekat sini..." rayu Hana. Namun, senyuman Erul mati di situ.
"Hana.. saya pun tak boleh nak buat apa. Awak tu penulis kesayangan novel Eiyril. Mari saya cerita dekat awak" kata Erul mengajak Hana duduk di sofa yang ada di bilik tu.
Setelah habis Erul bercerita, Hana seakan tidak percaya. Ada yang begitu obses dengan penulisannya. Sehingga menjadi begini.
"What can I say Hana, novel awak meninggalkan kesan dalam hatinya. Mungkin sebab, novel awak memberi dia sesuatu dalam diri dia. Dan, bagi dia semangat dan motivasi" terang Erul.
Hana sudah terdiam. Masa lalu Eiyril yang perit. Tapi, di sisi baiknya.. Novelnya yang sudah membuatkan Eiyril bangkit dari segala peritnya hidup di masa lalu.
"Saya berterima kasih dekat awak Hana. Eiyril tu walaupun sepupu saya, dia pun merangkap bos saya. Ikut je cakap dia, lagi cepat awak habiskan novel awak, lagi cepat dia lepaskan awak. " nasihat Erul.
"Terima kasih Erul. Kirim salam Sandra. Cakap dengan dia, i will be fine... Insha Allah. Thanks Erul.." kata Hana.
Setelah lama berbual, Erul meminta pamit. Dia menutup pintu dan Hana sudah mulai membuka begnya untuk mengemaskan bajunya. Betul kata Erul, lagi cepat dia menyiapkan novel, lagi cepat dia dilepaskan.
Kedengaran pintu dibuka lagi, Hana berpusing.
"Erul..... Eh, silap. Maaf Encik Eiyril" tunduk Hana, disangka nya Erul tapi.. bukan. Eiyril yang masuk.
Pandangan Eiyril yang tajam dan dalam. Memang menakutkan. Dia tidak seperti Erul yang ramah.
"Apa kau nak?" soal Eiyril duduk di sofa. Sambil membuka telefonnya.
"Nak apa?" soal Hana.
Eiyril terus memandang Hana. Tajam. Tertelan air liur Hana. "Tina cakap dengan aku kau nak keluar?" soal Eiyril.
"Owh.. A ah. Bukan keluar dari rumah ini. Yelah, saya jenis yang perlukan ketenangan kalau nak tulis novel Encik Eiyril. Kalau saya terperap dekat bilik ni, mana nak dapat idea kalau macam ni.." bebel Hana.
Entah kenapa bebelan Hana tu seperti comel dirasakan oleh Eiyril. Dia hanya melihat wajah Hana yang selalu bertukar ekspresi.
"Encik.. Encik.. Encik dengar tak?" soal Hana. Eiyril berdiri dan menarik tangan Hana.
Sampailah ke luar rumah. Dan, Hana terkejut.. cantik betul kawasan luar rumahnya ini. Dipenuhi bukit-bukit yang hijau. Hana tersenyum.
"Cantiknya..." kata Hana.. Eiyril hanya menyaksikan kegembiraan yang terpancar di muka Hana.
"Dah, puas kan? Kau hanya dibenarkan ke luar ini sahaja. Tina kena teman kau , sekiranya kau nak keluar. Faham?" soal Eiyril.
"Baik Encik.." kata Hana.
"Apa lagi kau nak?" soal Eiyril. Hana berfikir..
"Ahh... macam jadi sebenarnya dekat rumah saya ada seekor hamster. Hamster tulah kawan saya. Boleh tak Encik ambil dari rumah saya? Please?" rayu Hana.. Asalkan dia tidak bosan.
Eiyril hanya mengendahkan permintaan Hana. Sedih dia sekijap.
"Saya minta maaf kalau minta yang bukan-bukan Encik Eiyril." kata Hana, cuba berlagak profesional.
"Encik Eiyril jangan risau. Saya akan siapkan novel tu. Secepat yang mungkin. Terima kasih sebab boleh bagi kebenaran keluar sampai di sini" kata Hana meninggalkan Eiyril.
"Merajuk ke tu? Buruknya perempuan merajuk??" kata Eiyril. Hana yang terdengar sedikit marah.
"Saya tak merajuk Encik Eiyril. Saya cuma nak hak saya. Hanya sebab nak buatkan novel untuk awak. Saya kena kurung, padahal boleh je saya buatkan awak dekat rumah saya. Rumah saya lebih baik daripada dekat sini. Macam dekat penjara awak tahu tak?" soal Hana merenung mukanya. Peduli lah dia rendah berbanding lelaki di hadapannya.
Eiyril hanya merenung Hana. Lama. Seakan pertandingan merenung antara sama lain. Tapi, Hana tidak lama. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang.
"Dah habis?" soal Eiyril.
"Habis apa?" belum sempat Hana ditarik oleh Eiyril masuk ke dalam dan dia didudukkan oleh Eiyril.
Tina sampai membawa beg laptop. Eiyril menyerahkan kepada Hana.
"Nah kemudahan untuk kau...." kata Eiyril. Hana mengambil beg laptop itu. Dia diam menekur lantai. Aura lelaki ini kuat, kadangkala boleh membuatkan dia takut.
"Dah, kau pergi naik bilik... " arah Eiyril. Hana diam, dia naik ke bilik. Sesampainya dia di bilik. Dia terkejut melihat sesuatu di atas mejanya.
"Tutu !! " jerit Hana, hamster kesayangannya ada di sini. Dia tersenyum. Hana berlari ingin berterima kasih kepada Eiyril namun terlanggar oleh badan besar Eiyril.
"Aduh... hehehe, sorry Encik. Terima kasih Encik" kata Hana.
"Kau harus berterima kasih dekat Sandra. Dia cakap, kawan baik kau selepas dia, hamster tu.. So, aku harap kau tak anggap rumah ni macam penjara" kata Eiyril.
Hana tersenyum. "Terima kasih Encik.." senyum Hana.
Eiyril hanya diam... membekukan dirinya namun hatinya gembira Hana tersenyum kepadanya.
"Siapkan novel aku. " tu sahaja cakap Eiyril.
Share this novel