Hana agak terkejut apabila mengetahui rupanya selama ini Ikram yang peminat rahsianya.
"Betul ke Abang? Tapi, kenapa Hana rasa bukan Ikram ye.." kata Hana. Eiyril pelik dengan isterinya, "bukti dah jelas Hana. Novel dan gambar Hana dekat laci dia." Kata Eiyril.
"Habis tu.. Abang nak buat apa sekarang?" Soal Hana. Eiyril sudah memikirkan apa yang dia akan lakukan kepada Ikram.
***
"Ikram. Tuan Elfian panggil ke bilik dia" tegang wajah Erul melihat Ikram. Ikram terus menapak ke bilik Eiyril.
Dia membuka biliknya, dan melihat Eiyril memandangnya dengan sinis. "Kenapa Tuan Elfian, saya ada buat salah ke?" Soal Ikram.
***
Hana sedang membancuh nestum di dalam gelasnya. Sekarang, dia tidak mahu minum kopi. Seakan kuat perisanya.
Dia memikirkan Ikram, "takkan lah Ikram peminat rahsia aku selama ni.. tapi, kenapa aku rasa bukan ye.." gumam Hana.
"Puan..."seru Fahmi. Hana menoleh ke belakang..."ye, kenapa Fahmi.." kata Hana. "Tuan Elfian suruh saya bawa Puan ke suatu tempat.." kata Fahmi.
"Eh.. abang tak cakap pun dengan saya tadi.." kata Hana. "Tuan baru je bagi arahan dengan saya, Puan.." kata Fahmi.
"Owh .. okay. Abang dekat mana sekarang?" Soal Hana. "Tuan uruskan kes Ikram dulu dekat bilik, dia pesan lepas ni, baru Tuan jumpa Hana dekat suatu tempat. Jom Puan" kata Fahmi.
Hana menghirup sedikit minumannya lantas mengikuti Fahmi. Fahmi lantas tersenyum kemenangan, "Hana milik abang..." Kata hati Fahmi. Dia akan membawa Hana jauh dari sesiapa.
***
"Tuan.. saya tak tahu, betul Tuan" kata Ikram. Kolar bajunya sudah ditarik oleh Eiyril. Dia takut dengan Eiyril sekarang.
"Kau jangan menipu. Bukti dah ada depan mata. Gambar isteri aku dengan novel dia ada dekat laci kau. Rupanya, selama ni.. kau punya kerja. Kalau aku tak menyabar. Dah lama aku tumbuk kau. Kau tahu! Kau nak ambil apa kepunyaan aku." Teriak Eiyril.
Ikram sudah ketakutan, " betul Tuan. Tuan, saya tak tahu... Bukan saya, Tuan. Bukan saya..." Kata Ikram dalam ketakutan. Pertama kali dia melihat Eiyril yang tegang raut wajahnya dan merah menahan marah.
Tiba-tiba, pintu dikuak dari luar. Masuk Erul dan Rini ke dalam bilik berkenaan, "Eiyril... Bukan Ikram" kata Erul. Eiyril melepaskan kolar baju Ikram.
"Saya minta maaf Tuan.. saya lambat nak bagitahu Tuan. Sebenarnya, saya ternampak Fahmi lama dekat meja Ikram dulu. Dan, Fahmi sentiasa memerhatikan Puan Hana sebenarnya. " Kata Rini.
Eiyril sudah terkejut. "Rul, mana Fahmi? Dan .... Mana isteri aku?" Soal Eiyril.
Panggilan telefon Eiyril berbunyi, dan kelihatan nombor Fahmi di situ, "sial kau.. mana isteri aku?" Jerit Eiyril.
Fahmi sudah ketawa di hujung talian, "aku dah cakap, Hana akan jadi milik aku. Ingat, aku kenal dia dulu berbanding kau, bodoh.. " kata Fahmi.
"Mana isteri aku!" Jerit Eiyril. Erul, Ikram , dan Rini sudah risau apabila mendapati bahawa Hana sudah dibawa oleh Fahmi.
"Kau jangan risau. Dia baik- baik je. Tidur.. macam nilah, kita buat deal. Nak? Kau ceraikan isteri kau supaya kau boleh tengok dia bila-bila masa sahaja. Ataupun, kita berdua tidak akan memiliki Hana. Kau pilih.." ugut Fahmi.
"Bodoh.. siapa nak ikut cakap kau?!" Balas Eiyril. Dadanya turun naik menahan amarah. "Aku tahu kau akan ikut cakap aku. Sebab, Hana dalam tangan aku. Takkan kau nak biarkan isteri kesayangan kau ni terseksa kan. Jadi, fikir-fikirkan ye Elfian. Bye" kata Fahmi dan terus panggilan dimatikan.
"Hello... Hello!" Jerit Eiyril. Dinding menjadi sasaran penumbuk Eiyril dilepaskan. Mengalir darah di tangan Eiyril.
Setelah kemarahannya sudah reda, dia terus memandang Erul. "Kau dah okay? Sekarang, kita fikirkan cara untuk selamatkan Hana.." kata Erul.
Sebelum mereka meninggalkan bilik, Eiyril berkata dengan Ikram dan Rini, "maafkan saya, Ikram. Dan, terima kasih Rini." Kata Eiyril.
Ikram hanya menganggukkan kepalanya, "semoga Puan selamat, Tuan Elfian." Kata Ikram.
***
"Dah detect mana lokasi terakhir panggilan tu dibuat?" Soal Mama Erul.
Sandra dan Hani masing-masing sudah risau. Hani terus ke rumah Erul apabila mendapati mengenai cerita ini.
"Dah Datin. Tapi, pasukan kami cakap.. mereka hanya menjumpai telefon bimbit di tepi jalan" kata Ketua Penyiasat.
"Hani... Jangan risau, kau pergilah balik. Aku tahulah nak cari dia macam mana. Kau tu dah lah mengandung" kata Eiyril. "Ril, Hana adik i, mestilah i risaukan dia." Terang Hani. "You relaks je. I tahu nak buat apa, sebab I suami dia. Kalau dulu I boleh cari di mana dia. I tetap akan jumpa dia, Hani. You jangan risau. Dah pergi balik. Nanti aku suruh pemandu Aunty hantar you" kata Eiyril.
"Cari dia Ril. Please.. kalau ada apa-apa, bagitahu I" kata Hani terus meninggalkan mereka. Sandra sudahpun ditenangkan oleh Erul.
Erul takut perkara ini akan menjejaskan kesihatannya isteri dan anaknya.
"Ril... Banyakkan berdoa. Aunty yakin, kita boleh kesan Hana dekat mana." Kata Mama Erul.
Eiyril sudah bungkam wajahnya, kehilangan Hana seakan membawa separuh dari dirinya..
"Hana... Hana dekat mana, sayang..." Soal Eiyril.
***
"Abang!" Bangun Hana daripada pembaringannya. Dia terkejut melihat sekeliling seperti bilik asing baginya.
"Dah bangun, sayang..?" Senyum Fahmi. Hana terkejut dan terus melihat tangannya yang diikat pada kepala katil.
"Tolong.. tolong" jerit Hana. Fahmi sudah ketawa, "akhirnya.. kita berdua dalam bilik ini,sayang.. Hana dah lupa ke siapa Abang?" Soal Fahmi sambil menarik muka Hana memandangnya.
"Abang adalah orang pertama yang baca novel Hana. Ingat, Hana kan yang bagi novel pertama Hana untuk abang baca.. dan dari situlah Abang mencintai Hana.." kata Fahmi.
Fahmi mula menindih badan Hana. "jangan.. jangan! Tolong jangan Fahmi" jerit Hana.
Fahmi hampir ingin mencium bibir Hana, "saya mengandung.. tolong" kata Hana sambil menangis.
Fahmi bangun dan terus ketawa, "makin senang kerja Abang selepas ni. Ingat, Hana.. jangan lari ye sayang." Kata Fahmi meninggalkan Hana.
Hana menangis dalam bilik.
Alamak.. Fahmi rupanya.. stay tuned, readers..
Share this novel