Seperti biasa kerjanya hari ini. Padahal disuruh ambil cuti oleh suaminya. Namun, Hana menolak cadangan suaminya.
"Rehatlah. Kan semalam sayang penat?" Senyum Eiyril penuh makna. Hana mencebikkan bibirnya, "malas lah nak layan Abang ni. Dah lah.. Hana nak mandi" kata Hana menarik tuala. "Okay, sayang.. jangan lupa bacaan ye.. hehehhe" usik suaminya. Hana sudah tersipu malu.
***
Hana sedang membuat kopi di pantri. Dia sedang memikirkan sesuatu perkara yang aneh. "Farisya rapat dengan Reyna, Syahrini rapat dengan Ikram. Fahmi pula rapat dengan kedua-duanya. Siapa yang suspek utama ni?" Gumam Hana. Dia melihat data syarikat di telefonnya.
Dia meneliti dengan baik mengenai kelima-lima orang ni. Namun, lama-kelamaan ... Hana terasa berpinar. Hana cuba mengelengkan kepalanya.
"Adui.. aku ni dah kenapa? " Soal Hana. Dia gagahkan dirinya menuju ke lif, Hana menekan butang lif dan sememangnya dia rasa sekelilingnya berpusing.
Kedengaran bunyi lif terbuka, Hana rebah. Namun, dirinya sempat ditahan dan terus didukung oleh seseorang yang dia kurang pasti siapa, dan akhirnya Hana tidak sedarkan diri.
***
"Wehh.. gosip terpanas dan paling terhangat.." kata Syahrini. Reyna dan rakan sekerja perempuan yang lain melihat ke arah Syahrini.
"Kau ni Rini, tak menyempat. Apa gossip kau tu?" Soal Reyna. "Aku nampak PA Tuan Elfian tadi.... Eeee, gatal plus gedik sungguh lah dia tu.." kata Rini.
"Apa yang gatal plus gedik? Kenapa PA Tuan Elfian?" Soal Reyna bertalu-talu.
Syahrini berbisik kepada Reyna dan rakan sekerja yang lain. Dan, berpandangan sesama mereka. "Betul ke?, Eeee.. tak malunya dia tu.." kata Reyna. Pekerja yang lain mengganggukkan kepala mereka dan sungguh mereka tak sangka begitu perangai PA Tuan Elfian.
***
Tangan Eiyril sedang menggengam tangan Hana. "Nasib baik kau ke bawah tadi, Ril" kata Erul.
"Nasib baik aku dengar naluri aku. Memang aku dah larang Hana tak payah pergi kerja. Tengok.." kata Eiyril.
"Tengok muka Hana, macam penat sangat tu, kau buat apa dekat Hana sampai penat sangat?" Soal Erul. Namun, hanya dibalas dengan lemparan senyuman oleh Eiyril.
"Tengok senyuman basi kau pun aku dah tahu.. dah lah, kau jaga Hana tu.." kata Erul.
"Hehehe.. tolong belikan aku dan Hana makanan ye.. kalau boleh, biar banyak sikit kau beli. Supaya dia ada tenaga" arah Eiyril.
"Baik bos.." kata Erul.
***
(Imbas kembali)
"Kenapa aku risau dekat Hana ni ye.. dah lah dia tu macam tak cukup rehat aku tengok. Tu lah kau, Ril.. yang kau pergi kerjakan isteri kau semalam tu dah kenapa." Gumam Eiyril, sendiri.
"Eee... Baik aku cari dia." Kata Eiyril, sambil melihat ke arah CCTV, dia melihat Hana berada di pantri.
Apabila dia turun ke bawah, dan pintu lif terbuka, wajah pertama yang dilihatnya Hana yang hampir terjatuh di hadapannya. Nasib dia pantas menyambut badan sang isteri daripada ke lantai. Dia terus mencium bibir isterinya yang pucat dan terus mendukung isterinya.
"Hana... I am so sorry" kata Eiyril. Namun, apa yang Eiyril tidak tahu. Ada seorang yang menyaksikan segalanya, iaitu Syahrini.
***
"Erul... " Laung Farisya. Erul terus melihat di belakangnya.
"Ada apa Farisya?" Soal Erul.
"Betul ke apa aku dengar tu?" Soal Farisya. "Apa dia yang kau dengar?" Soal Erul.
"Hana itu sebenarnya perempuan simpanan Eiyril?" Soal Farisya.
Erul sudah menepuk dahinya, "dari mana kau dengar ni? Kau nak kena pecat oleh Ril ke? Kalau tak nak, baik kau sibuk hal kau je. Jangan sibuk hal bos" nasihat Erul.
"Tapi, betul lah kan. Aku tak akan bercakap kalau aku tak dengar daripada mulut pekerja lain" kata Farisya, meminta kepastian.
"Farisya... Baik kita jangan sibuk hal bos.. tu je aku nak cakap. Dah, aku blah dulu" kata Erul.
Farisya sudah semakin pelik.. seperti ada yang disembunyikan oleh Erul. Dia akan cari tahu.
Share this novel