Hana sedang mengusap kepala Airil sehingga anaknya tertidur. Selepas dia yakin anaknya sudah tidur. Hana pergi menuju ke bilik tidur mereka. Namun, agak terkejut dia melihat bilik kegemaran Eiyril terbuka luas.
Eiyril sedang memandang gambar mereka bercuti di Pulau. Di situ dia yakin bahawa dia harus memperisterikan Hana. Seakan jiwanya yang kosong, terisi dengan Hana. Walaupun dengan cara kotor dia memiliki Hana namun, janjinya selepas dia memiliki Hana, dia tidak akan mempersiakan Hana.
"Abang.." panggil Hana lembut. Eiyril sudah tersenyum, "ye sayang..." Kata Eiyril. Hana pergi mendekati Eiyril.
"Airil dah tidur?" Soal Eiyril. Hana tersenyum, "dah.. apa yang Abang menungkan tadi..?" Soal Hana.
Eiyril mengajak Hana di sofa dan didudukkannya oleh Eiyril. "Sayang.. Abang nak tanya boleh? Dalam novel yang Hana tulis khas untuk Abang tu. Macam mana Hana tahu yang Abang ni sebenarnya bekas kekasih Lyn?" Soal Eiyril. Sudah lama dia pendam persoalan ini.
"Sebelum Hana jawab pertanyaan Abang pula. Macam mana Abang tahu yang Hana ni adik kepada bekas kekasih Abang dulu?" Soal Hana.
***
(Imbas Kembali)
"Hana Roselyn? Hani Lynda? Maksudnya memang mereka adik beradik lah.." kata Eiyril, dia terus ke bilik dan mengambil sesuatu.
Dan, Eiyril membelek kembali apa yang dijumpainya dulu. "Tak sangka lah pula... Ni mesti dia punya ni.." kata Eiyril.
"Nak bagitahu Erul ke tak? Biarlah.. nanti, dia tahu lah sendiri. Yang penting Hana tak boleh lari lagi. Dari aku." Kata Eiyril.
***
(Sekarang)
"Sebab waktu tu Abang ingatkan nak satukan kembali Hana sekeluarga, dan dapat tahu pula Lyn tu kakak Hana. Macam tulah ceritanya." Kata Eiyril.
"Tapi, Abang cakap.. Abang dah lama tahu Hana ni adik Kakak Hani?" Soal Hana. Seakan tidak berpuas hati dengan jawapan Eiyril.
"Hana pula.. macam mana tahu yang sebenarnya Abang ni bekas teman lelaki Lyn?" Soal Eiyril.
"Sebab... Kak Hani pernah bagi tengok gambar Abang dekat Hana. Tapi, tulah.. patutlah Hana pernah tengok Abang. Rupanya, memang betul lah Abang tu bekas teman lelaki Kak Hani. Lama tau Hana ambil masa nak ingat, mana Hana pernah jumpa muka Abang ni.." kata Hana.
Eiyril mendekati Hana dan memeluknya.. "tapi, biarlah.. yang lalu, biar berlalu.. sekarangkan kita dah jadi suami isteri. Lyn pun bahagia dengan Abang Mi. Dan, Abang kena pastikan Hana bahagia dengan Abang.." kata Eiyril.
Hana melemparkan senyuman lantas Eiyril mencempung badan Hana. "Dah, jom tidur." Kata Eiyril sambil tersenyum.
berbaki satu chapter lagi.. tunggu next chapter ye :) ..
Share this novel