Bab 25 - Lari Selagi Mampu

Romance Completed 92034

Hana tersedar apabila dia berada di sebuah bilik yang dia kurang pasti. Dia bangun dan berharap semua ini mimpi. Namun, apabila dia melihat di jari manisnya tersarung cincin. Ya, dia sudah berkahwin. Dengan Eiyril Elfian.

Dia masih mengingati apa yang terjadi sebelum malang menimpanya. Ya, dia sudah diperkosa. Dia menangis dan meraung. Semuanya kerana dia yang harus membayar apa yang kakak tirinya buat kepada Eiyril.

Sandra masuk ke dalam bilik setelah mendengar tangisan Hana. "Hana.. are you okay?" soal Sandra. Hana jijik dengan dirinya sekarang.

"Hana. Ini semua salah aku. Hana, kalau lah aku tak bagi tahu nama kakak kau. Ini perkara tak akan terjadi" kata Sandra turut menangis.

"Apa yang harus aku buat Sandra, aku dah tak suci dan aku dah kahwin dengan dia.." kata Hana, menangisi nasibnya.

"Hana. Kau jangan risau. Kami dah plan.. Sekarang kau ikut je cakap aku." kata Sandra akan menyelamatkan rakannya.

"Mana dia?" soal Hana. Dia jijik ingin menyebut nama itu.

"Dia dekat bawah dengan Erul. Kita sekarang dekat rumah Eiyril. Sekarang, ni je masa yang kita ada. Jom Hana. Jom" kata Sandra.
*********

"Kalau tak fikir, kau family aku. Dah lama aku tumbuk kau Eiyril. Tak layak kau buat Hana macam tu Eiyril. Kau dapat sekarang apa Ril? Aku ingatkan kau dah berubah... Tapi, kau tak kesiankan Hana ke ?" soal Erul. Dia cuba untuk melengahkan masa sebenarnya untuk melarikan Hana dari tangan Eiyril.

"Kau tanya aku, aku dapat apa? Aku dapat dua.. Satu Hana, satu dendam aku terbalas. Dan, teka siapa call aku tadi? Hani Lynda. Baru sekarang dia nak menyesal" kata Eiyril, masih bengis.

"Kau bodoh Ril.. Bodoh! Sampai kau rosakkan Hana. Kau ingat dia tahu ke semuanya pasal korang dua. Hana jadi mangsa korang dua. Kau dan Hani sama-sama boleh pergi mampus!" kata Erul terus keluar. Dia tahu Sandra dan Hana sudah berada di kereta, kerana dia dapat isyarat daripada Sandra.

"It's now or never Erul." kata Erul meninggalkan Eiyril.
***********

Eiyril hanya diam.. Dia puas? Sangat puas kerana dia yang menang, teringat tadi panggilan Hani menangis kerana adik tirinya yang menjadi mangsa.

"You... dendam kita hanya di antara kita. Tolong jangan libatkan adik i. " kata Hani.

"Adik you? Bukan you tak iktiraf dia ke? Sebagai adik you." kata Eiyril.

"I dah tahu cerita sebenar. Please Ril, kalau you benci I pun. Lepaskan adik I. Dia tak tahu apa-apa Ril" kata Hani.

"Tahulah apa aku nak buat dengan adik kau. Adakah ini kebetulan. Ya, kebetulan yang paling aku nantikan. Kau jangan risau, kau berbahagia je dengan laki tua kau tu.. " kata Eiyril.
*******

"Hana.. Lari selagi mampu Hana. Tinggalkan semua di sini. Aku yakin kau di sana akan selamat. Jangan balik Malaysia lagi Hana. Tukar nombor telefon. Tukar nama panggilan kau. Tu yang penting Hana. Lupakan semua Hana.. Lupakan.. Lari selagi kau mampu, Hana. It's now or never. Sebab aku tahu, Eiyril akan cari kau.. Sampai dapat." kata Erul. Sandra sudah menangis di bahu Hana.

"Take care bestie. " kata Sandra. Hana hanya mampu diam. Ya, betul dia akan bebas hari namun... sampai bila-bila ikatan ini tidak boleh dilepaskan. Dia masih akan bergelar isteri kepada Eiyril Elfian.

Hana berlepas ke sebuah tempat yang hanya Sandra dan Erul tahu.

"Baby.. jom pergi rumah Mama. Tu je tempat selamat sekarang" kata Erul terus memecutkan kenderaannya ke rumah ibunya.
********

Eiyril naik ke atas bilik. Dia tidak sabar bertemu Hana. Namun, apabila dia memasuki bilik tersebut. Kosong, dia membuka bilik air juga kosong.

"Sial! Hana Roselyn..." teriak kencang Eiyril. Dia tahu siapa punya kerja kalau bukan sepupunya dan kekasihnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience