Bab 91 - Kenangan

Romance Completed 92034

Eiyril ditemani oleh Hana melawat kubur kedua ibu bapanya dan datuk dan nenek. Hana turut membacakan Yassin bersama-sama suaminya.

Setelah semuanya selesai, mereka menuju ke suatu tempat dan terlihat megah satu banglo besar.

"Rumah siapa ni Abang?" Soal Hana. Eiyril menggenggam tangan isterinya. "Inilah rumah Abang dulu. Rumah yang ada ketikanya gembira dengan keriuhan, dan secara tiba-tiba menjadi sunyi akibat tragedi menimpa kami." Kata Eiyril.

Hana diam menantikan seterusnya, "selepas kematian arwah Mama, datuk dan nenek yang jaga Abang. Papa Abang dah tak nak hiraukan Abang. Kadang kala Abang lebih menganggap datuk dan nenek tulah ibu bapa Eiyril. Papa pula hanya sibukkan diri dengan syarikat Papa" kata Eiyril.

"Tapi, betul.. Abang tak pernah membenci Papa Abang. Tak pernah Hana. Sebab walau apapun, Papa tetap Papa Abang.." kata Eiyril. Menangis lagi Eiyril.

"Abang.. Hana ada dekat sini.. dengan Abang. Yang berlalu biarkan berlalu. Kita teruskan kehidupan kita ye sayang. Kita jaga Airil." Kata Hana.

Eiyril sudah memeluk Hana, "terima kasih Hana... Abang sayang Hana.." bisik Eiyril sambil memeluknya.
***
"Rumah banglo tu... Dah lama kena tinggal Hana tengok." Kata Hana.

Eiyril hanya tersenyum, "tak juga Hana.. sebab, kata Aunty Layla.. ada yang bagi bersih juga rumah tu." Kata Eiyril.

"Abang tak nak tinggal dekat rumah tu ke?" Soal Hana. Eiyril hanya tersenyum. "Takpe lah sayang.. bukan apa. Rumah kita sekarang pun dah kira okay." Kata Eiyril.

"I miss you, Hana... And I love you very much" kata Eiyril.
***
"Semua dah selesai dah kan Ma..." Kata Erul. Datin Layla hanya tersenyum, "ya. Alhamdulillah.."kata Datin Layla..

"Ma kesiankan Eiyril. Apa yang dia lalui. Kadangkala Ma menyesal juga pisahkan Hana dengan Eiyril. Tapi, tulah.. demi nak kumpul bukti. Terpaksa pisahkan mereka tiga tahun." Kata Aunty Layla.

"Dah lah tu Ma. Akhirnya sepupu saya tu terima kasih sayang yang sempurna dari isterinya." Kata Erul.

Sandra pergi mendekati kedua beranak itu. "Dan, kalau tak kerana sambutan hari jadi Sandra, kita tak dapat lah tengok Eiyril dan Hana bersatu." kata Erul.

Sandra hanya tersenyum, mengingatkan kembali bagaimana Hana diculik oleh Eiyril.

Berbaki dua chapter lagi.. Stay tuned :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience