Bab 11- First Date ?

Romance Completed 92034

Hana masih lagi cemberut mukanya. Sudah lah Tutu baru sahaja meninggalkan dia. Dipaksa pula dia oleh Eiyril keluar. Hana tidak suka hidupnya diatur. Dulu, dia ialah seorang yang jiwa bebas, tanpa ada siapa yang masuk campur.

"Kita nak ke mana ni Encik Eiyril? Saya rasa dah beratus kali saya tanya Encik." soal Hana untuk kesekian kalinya. Eiyril hanya memandu kenderaan tidak menghiraukan Hana yang semakin lama semakin kerut mukanya menahan perasaan.

Eiyril tidak suka fokusnya diganggu. Tulah sebab dia tidak menjawab pertanyaan Hana.
*****
Setelah sampai, Hana membuka tali pinggangnya. Mereka tiba shopping mall.

"Hana..." jerit seseorang. Hana berputar dan melihat Sandra bersama Erul datang ke arah mereka.

"Sandra... oh my... rindu" kata Hana memeluk Sandra. Sandra dengan risaunya, "kau okay ke? Tak ada apa-apa kan?" soal Sandra, gusar.

Hana hanya tersenyum lantas melihat ke arah Eiyril yang hanya merenung tajam ke arahnya.

"So.. kita macam pergi double date lah ni kan?" soal Erul kepada Eiyril. Erul sudah tersengih.

"Aku tak cakap pun ni double date. Aku cuma tak nak Hana sunyi" kata Eiyril hanya melihat Hana berbual mesra dengan Sandra di hadapan mereka. Erul tersengih seperti kerang busuk.

"Ye ke tu. Hehhehe... Aku yakin memang kita bakal beripar ni" usik Erul. Eiyril sudah memandang sepupunya tajam.

"Kau pernah rasa muntah darah ke? kalau tak nak. Diam" kata Eiyril. Dia suka melihat Hana gembira dan tersenyum.

"Asyik-asyik nak ugut aku je. Kalau kau susah, aku juga tau kau minta tolong" kata Erul.
********

Mereka menonton wayang, makan bersama. Memang lagaknya mereka double date hari ini. Dan, Hana sangat gembira. Dia tidak lagi bersedih kehilangan Tutu. Dia gembira hari ini.

Sudah tiba masanya Sandra dan Erul meninggalkan mereka. Sedikit sunyi Hana.

"Eiyril. jaga kawan saya ye.. Dia cakap hamster dia mati. Apakata awak belikan dia something untuk teman dia?" cadang Sandra. Eiyril hanya diam.

"Bye Hana... siapkan novel tu tau. I know you can do it" Sandra memberikan motivasi dan akhirnya Erul dan Sandra meninggalkan mereka.

Hana diam. Eiyril juga. "Nah, pergi masuk kereta. Aku ada benda nak buat. Kijap" kata Eiyril. Hana menganggukkan kepalanya dan masuk ke kereta.

Setelah berapa lama menunggu, kelibat Eiyril pun muncul dengan sesuatu di tangannya.

"Goldfish.. Wahhhhh" kata Hana, gembira. Eiyril jauh di sudut hati turut gembira.

"Ini senang sikit jaga. Tak payah nak keluarkan.Asalkan kau bagi makan" kata Eiyril. Hana tersenyum.

"Terima kasih Encik Eiyril..." senyum Hana. Eiyril hanya merenung wajah Hana. Lama.

"Tak payah nak senyum sangat. Macam budak baru dapat gula-gula je" kata Eiyril. Hana hanya ketawa.

"Saya nak bagi nama Nana dengan Yiyi, boleh?" soal Hana. Eiyril diam.

"Suka hati kau. Kau tuan mereka. Awas kalau mereka ni mati. Nahas kau aku kerjakan" amaran Eiyril.

"Baik Encik Eiyril. Saya akan jaga mereka baik- baik" janji Hana. Eiyril hanya diam namun dalam hatinya suka. Suka melihat kegembiraan Hana.

Kereta mulai berjalan meninggalkan shopping mall.

"Saya happy sangat hari ni, Encik Eiyril. Jumpa Sandra, jalan-jalan. Dapat goldfish. Terima kasih Encik" kata Hana, ikhlas.

Hanya gumaman Eiyril kedengaran. Dia perlu fokus memandu.

"Encik Eiyril saya nak tanya, kenapa Encik ada simpan novel keluaran saya yang pertama dan betul ke Encik ada bilik khas untuk novel saya?" soal Hana.

"Boleh senyap tak? Aku memandu pun tak fokus" kata Eiyril. Hana terus terdiam. Dia tidak lagi bercakap selepas itu sehingga lah mereka balik ke rumah.

Sedikit rasa bersalah Eiyril. Bukan sebab apa, sebab dia sedikit malu apabila Hana tahu bahawa dia ada bilik khas untuk novel Hana.

Setelah mereka sampai, Eiyril hanya memerhati langkah lemah Hana memanjat tangga bersama ikan emas yang baru dibelinya.

"Aduhh... baik-baik dia happy tadi. Dah merajuk pula. Perempuan... perempuan" gumam Eiyril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience