Rose sedang membantu Sandra menyiapkan sarapan pagi untuk suami dan anak-anak mereka.
"Tahu tak Hana, aku pernah berangan-angan kita macam ni tau. Akhirnya, tercapai juga hasrat aku.. hehehe" gelak Sandra. Rose hanya ketawa mendengarkan angan-angan Sandra.
"Errr.. Sandra. Selama tiga tahun korang kehilangan aku. Eiyril macam mana?" Soal Rose. Sandra mengeluh seketika lalu menyambung ceritanya.
"Memang bermasam muka dua sepupu tu Hana. Eiyril pula setahun hanya terperuk dalam bilik kegemaran dia. Kata Tina dan Fikri, hilang arah Eiyril sebab hilang awak. Kalau Erul datang je, dia halau Erul balik. Sebab, semuanya cadangan Erul supaya melupakan awak sekijap." Kata Sandra.
Rose hanya terdiam mendengarkan kisah Eiyril.
"Dahlah Eiyril tahu waktu awak kena culik tu, awak mengandung. Yelah.. suami mana yang tak risau kan. Nasib ada mak mentua saya, dia pujuk Eiyril. Dia kata, dia percaya suatu hari nanti korang pasti akan bertemu kembali. Walau terpisah seberapa lama atau jauh pun korang. Yakin, bahawa kalau dah jodoh tu. Memang akan berjumpa. Cepat atau lambat." Kata Sandra.
Rose diam sambil berfikir, "jika nak dibandingkan kesakitan saya. Saya rasa sakit lagi Eiyril menanggungnya.. " kata Rose.
Sandra menganggukkan, "betul Hana. Sakit Eiyril menanggungnya. Rindu, marah, dendam, dan semuanya. Tapi, saya happy bila Eiyril dah jumpa awak balik." Kata Sandra.
Sandra terus memeluk sahabat baiknya itu. "Semoga awak cepat ingat Hana.. takpe lah, kalau awak tak boleh nak ingat, sebab perkara ni dah lama kan. Kita boleh mula semula.. " kata Sandra.
"Sandra ada cakap pasal bilik kegemaran? Bilik apa tu?" Soal Rose sejurus Sandra melepaskan pelukan.
"Bilik kegemaran itu bilik yang hanya Eiyril je boleh masuk. Sandra kurang pasti waktu dulu Hana ada masuk atau tidak. Tapi, kata Erul.. bilik tu, hanya Eiyril ada kuncinya. Nanti awak tanya Eiyril ye.." kata Sandra.
Rose hanya menganggukkan kepalanya.
***
"Buka mulut Airil. Ayah suap ye.. " kata Eiyril. Rose hanya membiarkan Eiyril menyuapkan anaknya. Dia sedar betapa Eiyril merindukan anaknya.
Kasih seorang bapa yang dipisahkan dengan anaknya. Memang sakit.
"Puan.. nak banyak ke sikit?" Soal bibik tersebut, "err.. bagi sikit ye" pinta Rose. "Bagi banyak makanan dekat piring Puan Hana." Arah Eiyril.
Tersentak sedikit Rose dengan arahan Eiyril terus memandang ke arahnya.
"Sayang perlu tenaga. Kan, semalam.. kita dah habis guna" bisik Eiyril sambil ketawa.
Rose sudah malu dan bertambah malu melihat Erul dan Sandra melihat ke arah mereka. "Masih romantik macam dulu. Entah apalah yang dibisikkan mereka tu ye?" Usik Erul.
Dan, dua sepupu tu hanya ketawa. Rose hanya tersenyum kelat.
***
"Belum nak tinggal rumah Abang lagi ke?" Soal Eiyril sebelum Hana berangkat pulang ke rumah Khai.
"Err.. apa pula kata Mak nanti?.. kesian dia.." kata Rose. "Amboi.. orang lain kesian. Ni suami Puan Hana ni tak nak kesiankan ke? Malam ni tidur sorang lagi abang ni jawabnya.." kata Eiyril.
"Awak boleh je tidur tiga tahun tanpa saya. Kenapa sekarang tak boleh?" Soal Rose. Eiyril hanya tersenyum, "tu dulu sayang.. sekarang, dah ada depan mata. Mana boleh nak lepaskan macam tu je. Anyway, i gonna miss you sweetheart" bisik Eiyril terus mencium pipi Hana.
Rose hanya tersenyum, "owh ye.. Sandra ada cerita, dalam rumah awak ada bilik kegemaran awak. Dalam bilik tu, ada apa?" Soal Rose.
Eiyril sudah tersenyum, "kalau Hana nak tahu, tinggal lah dengan Abang. Bukan ke di sisi suami, isterinya." Bisik Eiyril.
***
"Rose ke mana semalam?" Soal Khai melihatkan Airil dan Rose di hadapan muka pintu.
"Airil, mari.. mak mandikan" kata Mak Khai memanggil anak Rose. Dia takut kedua-dua insan ni bertekak mulut. Dan kalau boleh, dia tidak mahu anaknya mendengar pergaduhan antara Khai dan Rose.
"Eh.. kan Rose dah cakap... Rose tidur hotel?" Soal Rose. Khai hanya ketawa, "Rose tidur hotel ke? Rose tidur dengan Eiyril. Rose tak tahu malu ke? Terkinja-kinja dengan Eiyril." Kata Khai.
Rose hanya diam, "saya terkinja-kinja pun suami saya. Yang Abang nak sibuk kenapa?" Soal Rose.
"Rose dengar sini.. Abang tak nak Rose kecewa lagi. Abang tak sanggup. Faham. Entah apa yang Eiyril hasut Rose ne." Dengus Khai.
"Entah lah Abang.. saya pun tak tahu nak percaya siapa.. Dah lah." Kata Rose meninggalkan Khai.
Khai pula terdiam. Entah kenapa segala perancangannya akan musnah.
Khai mencapai telefon dan menghubungi seseorang... "Hello Aulia. Kau nak duit kan? Kau kena tolong aku" arah Khai.
Share this novel