Bab 48 - Ke Pejabat

Romance Completed 92034

Hana mengemaskan rambutnya agar kelihatan kemas, sedikit mekap nipis diletakkan di mukanya. Eiyril hanya melihat isterinya melalui cermin. Sesekali dia mengenyitkan mata kepada isterinya.

"Abang sakit mata ke? Terkenyit-kenyit dari tadi?" Seloroh Hana. Eiyril terus ketawa. "Takdalah sayang." Sengih Eiyril.

Hana mengelengkan kepalanya melihat sikap suaminya.
***

"Semua dah ready kan?" Soal Erul. Hari ni mereka terpaksa memasukkan sebuah meja ke dalam bilik pejabat Eiyril, atas arahannya.

"Tuan.. meja ni untuk siapa?" Soal Fahmi. Erul hanya terdiam, dia memerhatikan sekelilingnya, memandangkan Fahmi seorang sahaja yang mengetahui rahsia mengenai perkhawinan Eiyril dan Hana.

"Untuk orang rumah dia.. kau jangan bising-bising pula" bisik Erul.

Fahmi menganggukkan kepalanya, "owh.. tak sabar pula nak jumpa dengan isteri bos." Kata Fahmi

"Kau.. kalau tak nak masuk hospital, tak payah sangat nak usha isteri bos. Ada kang kau tak pergi kerja satu minggu. Kau buat relaks sudah." Pesan Erul.

"Kenapa? Bos tu kuat cemburu ke?" Soal Fahmi, ingin mengetahui sikap sebenarnya bos mereka.

"Bukan cemburu.. tapi... Eh dahlah, kau jangan nak menyibuk. Buat kerja kau." Kata Erul. Fahmi sudah menggaru pelipis dahinya.
***

"Ni ke pejabat Abang? Besar juga ye. Tapi... Elegan" komen Hana di dalam lif. Eiyril sudah tersenyum.

"Mestilah. Tengok lah siapa yang empunya syarikat, suami Hana kan.." kata Eiyril.

Terbuka pintu lif, muka pertama mereka lihat ialah, Erul.

"Selamat datang Tuan Eiyril dan Puan Hana.." senyum Erul. Hana sudah mengucapkan terima kasih. Manakala Eiyril sudah menggengam penumbuknya dan melayangkan ke perut Erul, sedikit perlahan namun masih terasa sakit.

"Adoiii... Sakit lah " kata Erul. Hana hanya tersenyum melihat mereka berdua. Tahu penyebab kenapa Eiyril melayangkan penumbuk ke perut Erul.

"Kau... tak boleh langsung nak simpan rahsia ke? Mak nenek betul lah. Dah, semua yang aku suruh kau dah buat?" Kata Eiyril.

Erul masih mengusap perutnya yang ditumbuk, walaupun bergurau namun terasa sakitnya.

"Kau ni.. nasib lah aku tak muntah darah, kalau tak.. memang Sandra pergi serang kau, kau tahu tak.. dah Tuan Eiyril. Semua dah ready" kata Erul.

"Okay.. dah jom.." kata Eiyril mengajak isteri ke biliknya.
***

Hana meneliti kontrak di hadapannya, walaupun hatinya gembira bekerja sebagai PA suaminya namun apa yang dia tidak suka. Mejanya berhadapan dengan suaminya.

"Err.. perlu ke meja saya dekat dalam bilik Abang?" Soal Hana. Eiyril sudah tersenyum, namun tidak sempat dia membuka mulut, Erul sudah menjawab soalan Hana.

"Ril ni tak boleh kalau Hana tak depan matanya. Boleh jadi gila sepupu saya ni.." terang Erul. Hana sudah ketawa.

"Kau memang mak nenek betul. Boleh tak jangan menyampuk kalau hal suami isteri, aku hempuk kau kang pakai file" kata Eiyril.

"Sorry.. sorry" sengih Erul.

"Tak boleh sayang.. nanti kalau Abang rindu macam mana?" Sengih Eiyril.

"Okaylah. Saya terima Tuan Eiyril.. so, what's my first job?" Soal Hana.

Eiyril sudah tersenyum, dia suka apabila isterinya menerima pekerjaan ini, sekurang-kurangnya dia tidak bosan di rumah.

"Kerja pertama... Buatkan Abang kopi ye.." sengih Eiyril. Hana sudah menganggukkan kepala dan meminta pamit.
***

"Err.. maaf bertanya, mana pantri ye.. saya nak buat kopi" kata Hana kepada dua orang pekerja perempuan.

"Ehh. Tanya kita pula. You ni siapa?" Soal salah satu pekerja perempuan tersebut.

"Err.. saya Hana, pekerja baharu di syarikat ni" ramah Hana.

"You carilah sendiri, ada hati nak tanya orang.. you tak buta lagi kan?" Sindir salah satu pekerja tersebut.

Kekok Hana dengan keadaan ini. Memang pekerja di sini tidak ramah dan sombong. Boleh sahaja dia mengaku Tuan empunya syarikat ialah suaminya, namun dia tidak boleh mengakui sebagai isteri kepada Eiyril kerana ada termaktub dalam syarat di kontraknya.

"Ada apa ni?" Laung satu suara daripada belakang. Tergamam dua pekerja tersebut dan Hana turut terpusing melihat suara yang menegur mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience