"Tina.. Airil dah tidur?" Soal Hana. Sedikit kegembiraan terpancar di wajah Hana. Namun, sedikit gusar pula apabila Eiyril mengatakan bahawa malam ni mereka akan ke rumah Aunty Layla nya.
"Ya Puan. Airil dah tidur.." kata Tina. "Okaylah kalau macam tu, mari masak. Abang nak makan masakan Hana." Senyum Hana.
***
(Imbas kembali)
"Janji dengan Abang, jangan belakangkan Abang lagi.." kata Eiyril sambil membelai rambut Hana.
Hana sudah tersenyum, "Hana janji Abang. Maafkan Hana ." Kata Hana. Eiyril sudah tersenyum.
"Kalau Hana buat lagi, Abang kurung Hana dekat bilik kegemaran Abang tu. Jadi, jangan cabar Abang" amaran Eiyril.
"Maafkan Hana.." suram sedikit suara Hana. Eiyril sudah tersenyum, "dah.. tak mahu dah sedih-sedih. Hana masakkan abang ye. Dah lama tak rasa masakan Hana. Lagi satu, jangan banyak sangat, sikit je. Sebab malam ni Aunty ajak kita pergi rumah Aunty" kata Eiyril.
"Sebab apa?" Soal Hana. Eiyril hanya menjongketkan bahunya, "abang pun tak tahu. Ikutkan hati. Abang tak nak dah nak ke sana. Tapi, tulah.. walau apapun.. Aunty masih Aunty saya. Aunty yang dah jaga saya selama ni." Kata Eiyril.
Hana hanya diam. Keluarga sebelah suaminya, kalau boleh.. dia elakkan untuk masuk campur.
***
"Masak apa tu?" Bisik Eiyril di telinga Hana. Hana hanya tersenyum, "biasa-biasa je. Western breakfast. Walaupun sekarang, dah nak petang. Hahaha. Abang juga yang pesan suruh makan simple-simple je." Kata Hana.
Airil sudah yang sudah terbangun duduk di kerusi bayi di meja makan. Eiyril pergi mendekati anaknya. "Airil.. hari ni nak jumpa Elisyah tak?" Soal Eiyril. Airil sudah menayangkan senyuman. "Suka betul dia jumpa Elisyah" kata Hana.
Eiyril sudah tersenyum, "baguslah tu. Mereka kira dua pupu.." kata Eiyril.
Hana menghidangkan makanan di atas meja. "Sayang, makan dulu. Abang suapkan Airil." Kata Eiyril.
Hana hanya tersenyum. Sepatutnya, begitulah suami. Memahami..
***
"Assalamualaikum.." sahut Eiyril.
"Walaikumsalam..ahh Elisyah, Airil dah sampai.." berlari si anak dara Erul mengejar dua pupunya.
"Suka dia kan Abang.." kata Sandra. "Hai Hana.." senyum Sandra. Terus Hana memeluk sahabatnya tu, "maafkan aku Sandra.." kata Hana.
"Dah lah tu. Mama pun dah cerita semuanya dekat kami. Kami faham. Tu, suami kau dah okay?" Soal Sandra.
Hana hanya tersenyum, "dah.. terpaksalah guna kuasa kita nak pujuk Abang.." sengih Hana.
"Uishh.. kuasa apa tu? Nak juga aku belajar. Mana lah tahu, Erul merajuk.. aku boleh guna. Hahaha" gelak ketawa Sandra.
Hana pun turut ketawa, "Erul aku tengok happy go lucky. Tak pandai merajuk suami kau tu aku tengok." Kata Hana.
"Yelah. Kadangkala aku bersyukur juga. Tapi, kau kena ingat. Apa sebab Eiyril macam tu. Dia dibenci oleh ayah dia dari kecil. Lepas tu, kakak kau pula tinggalkan dia. Mana tak dia memendam. Dahlah, kita ni membawang suami sendiri pula. Baik, kita sediakan makan malam. Mama tu ada hal nak bincang dengan mereka berdua." Kata Sandra.
"Pasal apa?" Soal Hana. Sandra membalas, "aku dengar ada kaitan dengan keluarga Eiyril." Kata Sandra. "Keluarga Eiyril?" Pelik Hana. "Dahlah, nanti kau tanyalah suami kau tu.." kata Sandra.
"Dah Ril, jom ke atas. Mama dah tunggu dah tu." Ajak Erul. Entah kenapa Eiyril merasakan gundah gulana dalam hatinya.
Share this novel