Hana sampai di rumah terus mengunci pintu. Tidak sesekali dia akan membuka pintu itu lagi. Rupanya selama ini suaminya hanya tinggal di hadapan rumahnya. Dan, yang paling Hana benci, rupanya selama ini bunga ros dan hamster itu telah diberikan oleh suaminya.
"Kau memang tak boleh lari dah, Hana. Tapi, kalau boleh hindari dia.." kata Hana. Dia menguncikan seluruh tingkap dan pintu. Dan, setelah dia berbuat demikian, dia kembali bertenang.
"Baik aku mandi dulu. Lepas ni, aku akan fikirkan, apa aku nak buat?" kata Hana menuju ke arah tingkat atas.
***
"Ye atas nama aku, Eiyril. Book untuk seminggu ye. Terima kasih. Dan, saya dengan Hana akan mengambil cuti selama seminggu" kata Eiyril, tersenyum. Ya.. dia dan Hana akan mengambil cuti untuk memastikan hubungannya dan Hana akan kembali pulih.
***
Hana mulai memasak. Dia kembali tenang apabila semua pintu dan tingkap sudah dikunci. Selepas ini, dia tidak akan berjumpa lagi dengan Eiyril. Tidak sesekali. Dia takut. Sangat takut.
"Ingat.. dia khawin dengan kau sebab dendam. Dendam Kakak Hani. Kau hanya pertukaran, Hana." kata Hana. Masakan yang sudah dimasak diangkat dan dia makan.
"Mana Hana ni? Ke dia..." kata Eiyril yang risau dengan kelambatan Hana ingin berpindah ke rumahnya. "Jangan... jangan.." kata Eiyril terus dia berlari menuju ke rumah Hana.
Sesampainya di sana, baru sahaja dia ingin membuka pintu, dia dapati pintu rumah Hana berkunci. Eiyril terketawa sedikit.
"Amboi... kunci rumah ye.. ingat Abang takda kunci rumah sayang ke?" kata Eiyril, memasukkan kunci ke tombol pintu dan terbuka.
***
"Macam mana nak lari ni. Okay, jangan fikirkan tu dulu. Lari je.. ", kata Hana dan laju-laju dia memasukkan semua baju ke dalam bagasi. Dia melihat seluruh biliknya sebelum dia melarikan diri. Nanti dia akan menyuruh Mary menjaga hamster dan bunga rosnya.
Hana menarik beg bagasinya namun belum sempat dia menarik tombol pintunya, pintu itu terbuka dari arah luar. Terkejut Hana apabila muka Eiyril yang muncul di hadapan muka pintu.
"What are you doing here? How.." kata Hana, masih terkejut. Eiyril sudah tersenyum, "beg ini untuk Hana larikan diri ke atau nak pindah rumah Abang, hurmm?" soal Eiyril mendekati Hana. Terkurung Hana di antara dinding dan badan Eiyril. Di mana lagi dia ingin lari.
"Hana nak pergi mana sayang?" soal Eiyril sambil membelai rambut Hana. "Err .. saya... saya..." tergagap Hana menjawab soalan Eiyril.
"Kenapa Hana kunci pintu?" sambil bertanya soalan, muka Eiyril makin dekat ke arah Hana. Hanya hembusan nafas kedengaran. "Saya mungkin terkunci. Terbiasa.." gagap Hana. Eiyril sudah ketawa.
"Dah, ready kan? Jom... Abang ingatkan Hana nak lari. Hana nak lari ke? Abang tanya lagi sekali" renungan Eiyril begitu tajam.
"Tak.. saya tak lari. Saya kemas nak pindah. Betul.. betul" kata Hana, masih takut lagi dia. " Bagus.. dah jom. Abang pun dah siap kemas, jom.. nanti kita terlepas flight" kata Eiyril sambil memegang tangan Hana beserta beg bagasi Hana.
"Kita nak ke mana?" soal Hana. Eiyril senyum dan berkata, "rahsia. Tapi, kita celebrate honeymoon kita dulu. Okay?" kata Eiyril terus mengenyitkan matanya.
Hana dalam hati sudah mulai risau, "mana aku nak lari lagi ni. Ya Allah... " kata Hana merintih dalam hatinya. Dan, dalam genggaman tangan Eiyril, tangan Hana kemas digenggam oleh Eiyril. Memberi amaran bahawa Hana tidak boleh lari.
nak ke mana tu Eiyril?
Share this novel