Bab 62 - Siapa ?

Romance Completed 92034

"What? Esok, saya ke pejabat. Abang biar betul?" Terbangun Hana daripada pembaringannya sewaktu masing-masing ingin tidur.

Eiyril hanya memerhatikan Hana. Dia juga risau, namun begitulah apa yang dikatakan oleh Erul. Ini caranya untuk menangkap orang itu.

"Abang pun risau, Hana. Tapi, ini je caranya. Abang janji, selagi Abang masih dengan Hana. Hana ialah priority Abang. Itu janji Abang, dari hari pertama kita bergelar suami isteri, sayang.." kata Eiyril.

Hana hanya tersenyum. "Tapi, tulah.. tak sangka, ada yang lebih obses dengan novel Hana. Macam abang dah kalah pula rasanya. Tapi, jangan risau... Yang penting, abang dapat Hana. Orang tu, hanya peluk novel Hana je.." kata Eiyril.

"Amboi, ingat ni pertandingan ke? Abang tak takut dia cederakan Hana ke, dia culik Hana ke, dia apa-apakan Hana ke?" Soal Hana bertalu-talu.

Eiyril hanya tersenyum, "orang itu ada persamaan dengan Abang. Takkan sakiti orang yang dia sayangi, kecuali lah kalau dia ada sakit..." Kata Eiyril.

"Kalau dia ada sakit?" Soal Hana. Terus tegang muka Eiyril, tu yang paling ditakutinya.

"Esok.. Hana cuma berlakon macam biasa je. Rapat je dengan semua. Okay, sayang.." kata Eiyril. Hana hanya menganggukkan kepalanya.

"Hana.. jom" kata Eiyril. "Apa yang jom?" Soal Hana. Namun, melihat reaksi wajah suaminya, tahulah dia apa yang diinginkan suaminya.
***

"Baik Encik Erul. Saya akan jaga Puan Hana, esok." Kata Fahmi selepas mendapat panggilan daripada Erul.

"Kau jaga dia elok-elok Fahmi... Kalau tak, nahas kau oleh bos. Okay, tu je.. jumpa dekat office. Kirim salam mak kau." Kata Erul lantas mematikan panggilan.

"Makin risau saya dengan Hana ni, Abang.." kata Sandra. Perut nya sudah berusia. Erul mendekati isterinya dan mengusap perut Sandra. "Sayang.. tak payah fikir pasal tu. Baby okay?" Soal Erul.

"Okay je. Takda masalah. Hehehe. Owh ye, Hana tadi ada call Sandra. Minggu depan dia nak ajak pergi butik kakak dia" kata Sandra.

"Okay. Pergilah. Tapi, bawa bibik tau.."kata Erul. Sandra hanya tersenyum.
***
Hana menuju ke ruangan pantri. Dia meneliti buku notanya. "Ye tak ye juga. Lupa pula aku nak bagitahu Abang pasal hal ni. Aisyh!" Gumam Hana. Dia sudah dapat siapakah dalamg di sebalik penyelewangan syarikat.

"Hai Puan.."ceria Ikram. Hana tersenyum, "hai.. Ikram kan?" Soal Hana. "A ah Puan.. Ikram. Puan, saya nak minta maaf atas kejadian tempoh hari." Kata Ikram. Hana hanya tersenyum.

"Eh.. saya dah lama lupakan benda tu. Hehehe. Lagipun, awak semua kan pekerja suami saya. Jadi, saya harus berterima kasih kepada semua. Tanpa korang, mana lah nak berjalan syarikat suami saya. Terima kasih" kata Hana.

"Sama-sama Puan.."kata Ikram. Kemudian, masuk Fahmi ke ruangan pantri itu. Sudah menjadi tugasnya untuk memerhatikan siapa yang berdekatan dengan Hana.

"Ah, Ikram.. nak buat kopi ke nak jual kopi?" Soal Fahmi. Hana dan Ikram ketawa, "takde lah. Aku bercerita dengan Puan. Kan Puan? Okay lah.. aku nak ambil air je ni. Okay Puan. Nanti kita bersembang lagi ye Puan" ramah Ikram.

Selepas Ikram meninggalkan mereka, Hana berkata, "baik kan Ikram tu Fahmi. Peramah, no wonder dia diletakkan salah seorang pegawai yang akan berjumpa klien. Ramah dia tu macam kawan walaupun baru je saya kenal dengan dia.." kata Hana.

Fahmi hanya tersenyum, "Puan .. Puan kena berhati-hati.. saya diamanahkan oleh Tuan Erul untuk sentiasa tengok kalau-kalau orang tu ada dekat sini.." kata Fahmi seperti penyiasat.

"Terima kasih Fahmi. Maaf kalau menyusahkan awak" senyum Hana. Fahmi membalas senyuman majikannya.

"Takde apa sangat Puan. Dah memang kerja saya.. melindungi Puan. Takut nanti kena lepuk oleh bos" kata Fahmi.

Dan, Hana terketawa mendengar gurauan Fahmi.
***

Eiyril sudah panas, dia menanggalkan tali lehernya dan membuka dua butang di atas. Panas dia membaca nota yang diletakkan di atas meja isterinya.

"Senyumanmu paling ku nantikan. Abang rindu Hana.." bunyi nota itu.

"Siapa lah orang ni. Geram pula aku." Kata Eiyril menahan baran. Erul sudah ketawa, "sabar.. boleh tahan jiwang juga ye mamat ni. Seram pun ada.." kata Erul.

"Kau buang nota ni. Aku tak nak Hana baca. Cari Hana, suruh dia masuk bilik aku.." kata Eiyril.

"Baik bos.." kata Erul.
***

"Perlukah nak bagitahu Abang ye. Masalahnya, dalang ni salah satu pekerja terbaik dia. Hurmm.. bagitahu jelah" kata Hana.

Pintu lif terbuka dan wajah pertama dia nampak ialah Erul. "Ahh.. Hana, ni suami kau cari. " Kata Erul.

"Owh.. okay.." kata Hana. Dia menapak laju menuju ke bilik suaminya.

"Abang.. kenapa?" Soal Hana. Eiyril mendepakan tangannya. Hana menutup pintu dan mendekati suaminya. Terus Eiyril memeluk Hana.

"Hana, abang punya tau.. ingat tu" manja Eiyril. Hana sudah terketawa, "kebenda lah.. ingatkan apa lah tadi.. abang kenapa ni?" Hana mengusap kepala Eiyril.

"Entahlah. Nak marah tapi.. eee.. geram! Dah lah, siap.. jom lunch" kata Eiyril.

Hana hanya ketawa, "anyway.. abang, Hana dah tahu siapa yang menyeleweng duit syarikat." Kata Hana.

Terbulat mata Eiyril mendengar kata yang baharu sahaja dituturkan oleh Hana.

"Siapa?" Soal Eiyril.

Siapa yang menyeleweng duit syarikat? Dan siapakah peminat misteri Hana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience