Bab 64 - Menantikan

Romance Completed 92034

"Hai Kak Hani..." tegur Hana, dan dibawanya Sandra untuk ke butik kakaknya.

"Ahh.. dah datang pun. Eh, Sandra makin berseri ni. Kak Hani tinggal beberapa bulan lagi. Mungkin, lepas akak, Sandra pula. Ni Hana belum ada isi lagi ke?" Tegur Kak Hani.

Hana hanya melemparkan senyuman, "belum rezeki kut Akak. Ahh, ni.. dah kami dekat sini ni. Boleh tak buatkan baju maternity untuk Sandra?" Soal Hana.

Hani sudah tersenyum, "boleh.. boleh sangat. Untuk Hana pun akak okay.." kata Hani.

"Eh.. untuk Sandra je.. untuk Hana tak payah lah. Kesian akak ... Penat nanti" kata Hana.

"Mana... Kalau akak penat, akak rehat lah.. dah.. jom. Meh akak ukur badan korang berdua" kata Hani, tersenyum.

Mereka melangkah ke bilik Hani, "ahh.. ni suami korang berdua tak ikut ke?" Soal Hani.

"Mereka ada kerja sikit dekat office" katq Hana.
***

"Ikram.. mana fail untuk senarai kuantiti buku yang akan dicetak?" Soal Erul.

"Ada dekat meja aku. Jap, aku pergi ambil.." kata Ikram. "eh, tak payah lah. Dekat meja kau kan.." kata Erul. "A ah, tuan cari dekat atas meja, kalau takde.. dekat laci lah kut" kata Ikram.

Erul menganggukkan kepalanya dan meninggalkan Ikram. Erul sampai di mejanya dan mencari file tersebut.

Dia menarik sebuah laci dan mencari di bawah timbunan kertas, namun.. dia agak terkejut apabila dia menjumpai sesuatu..
***

"Akak tak tahu macam mana nak pujuk Abang Khuzaimi tu, dia macam benci sangat dengan Eiyril" luah Hani.

Sandra ketika itu telahpun meninggalkan mereka kerana dijemput oleh mama mertuanya, Puan Layla untuk menemaninya membeli barang bayi.

"Kenapa Abang Khuzaimi benci sangat dengan suami Hana?" Soal Hana. Hani hanya tersenyum, "entah lah Hana... Abang cemburu. Nasib lah sekarang Abang tak baran dah, dulu waktu..." Hani terus memberhentikan kata-katanya. Dia tahu dia sudah terlanjur menceritakan masalah rumah tangganya kepada adiknya.

"Kenapa dulu akak.. ceritalah.." kata Hana. Hani terus mengalirkan air matanya, "abang Khuzaimi tu sayangkan akak, cintakan akak ... Cuma sayang dan cinta Abang tu lain sangat. Dulu, akak selalu kena pukul. Sekarang, nasib akak dah tinggal dekat rumah mentua akak. Abang Khuzaimi taklah memukul dah" kata Hani.

Hana sedikit kesian dengan kakaknya, "akak cintakan Abang Khuzaimi? Akak bahagia dengan dia?" Soal Hana.

Hani tersenyum, "sangat.. dan, akak bahagia. Mungkin inilah pembalasan atas perbuatan akak terhadap Eiyril dulu" senyum Hani.

Hana hanya diam. "Dah, cukup pasal Akak. Hana macam mana? Okqy tak dengan Eiyril? Kalau dia ada buli Hana, bagitahu akak .. tahulah nak buat apa dekat adik ipar akak tu" kata Hani.

"Hahaha.. abang okay je, kak. Tapi, tulah. Manja semacam.. " kata Hana.

"Betul ke Hana belum ada isi ni?" Soal Hani. Hana terdiam, "betul lah kak.. kenapa akak tanya macam tu.." soal Hana.

"Yelah, kalau Eiyril dah manja semacam. Takkan lah sampai sekarang takda isi.." kata Hani.

Hana hanya melemparkan senyumannya.
***
"Kau jumpa dekat meja siapa ni?" Soal Eiyril, tegang mukanya.

"Ikram.. so, sekarang, kau nak buat apa?" Soal Erul. Eiyril sudah menayangkan senyum sinisnya.

"Adalah... Aku tunggu Hana tahu benda ni dulu" kata Eiyril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience