Bab 90 - Rindu yang Tiada Penghujungnya

Romance Completed 92034

Eiyril menyalam tangan Datin Layla. Walau apapun berlaku, Aunty Layla masih ada kaitan dengan keluarganya. Dan, ada sebab Aunty nya buat mereka begini.

"Aunty minta maaf, Ril." Kata Aunty Layla. Eiyril hanya memberikan senyumannya. Sudahpun memaafkan namun masih ada rasa di hati.

"Kenapa Aunty panggil saya ke sini?" Soal Eiyril, tanpa basa-basi. Aunty Layla tersenyum, "Aunty cuma nak cakap, terlebih dahulu.. Aunty nak minta maaf dekat kamu. Apa yang Aunty buat dekat kamu dan Hana. " Kata Aunty Layla.

Eiyril hanya diam, "dan seterusnya.. ni. Ada perkara Aunty nak bagi kamu. Nah, baca lah" kata Aunty Layla sambil menyerahkan fail kepada Eiyril.
***
(imbas kembali)

"Aku bukan ayah yang baik untuk anak aku, Layla. Setiap kali dia tidur, aku peluk dia. Aku menangis, Layla. Aku tak benci dia. Tapi, aku benci diri aku. Aku tak mampu nak jaga dia. Aku benci diri aku sebab waktu isteri aku kemalangan, aku takda di sana. Selamatkan isteri aku, selamatkan dia." kata Papa Eiyril.

Datin Layla hanya bungkam di tempat duduknya. "Tolong jaga dia Layla, kalau aku dah takda lagi. Jaga dia macam mana kau jaga anak kau. Nasihat dia kalau dia lakukan benda yang tak baik. Restu dia kalau dia dah jumpa isteri dia. Anggap anak dia, macam cucu kau juga" pesan Papa Eiyril lagi.

"Ni ada harta sikit untuk anak aku. Rumah banglo tu, kau bagi bersih lah. Jangan sampai rumah tu terbiar macam tu. Sebab, di situlah kebahagiaan aku" kata Papa Eiyril sambil menyerahkan fail kepada Layla.

"Abang... jangan fikirkan sangat. Insha Allah, Abang akan panjang umur tengok Eiyril membesar, Eiyril khawin dan ada anak." pesan Layla.

"Macam mana aku nak hidup lama, kalau kanser aku dah merebak. Tolong rahsiakan perkara ini daripada anak aku. Kau seorang je adik aku, Layla." kata Papa Eiyril.

Layla sudah menangis, "aku tahu kau adik aku yang kuat dan yang boleh jaga anak aku." kata Papa Eiyril.
***
(Sekarang)
Eiyril tanpa membuang masa melihat isi kandungan file tersebut dan membacanya.

"Are you serious, Aunty?" Soal Eiyril. Aunty Layla menganggukkan kepalanya.

"Ini semuanya harta milik papa Eiyril dan ada surat daripada papa Eiyril untuk Eiyril. Eiyril baca lah ye. Erul.. mari" kata Aunty Layla meninggalkan Eiyril. Sememangnya, Eiyril memerlukan masa untuk berseorangan.
***
"Mana Ril, Erul?" Soal Hana. Erul hanya tersenyum. "Biarlah Ril dulu dekat atas ye.." kata Erul.

"Kenapa?" Soal Hana. Erul hanya tersenyum, "banyak yang dah dia lalui, Hana.. saya cuma nak awak berjanji, tetaplah dengan suami awak. Terima lah dia seperti mana dia menerima awak" kata Erul.

Sedikit sedih Hana mendengar nasihat Erul. Dari episod dia dikurung oleh Eiyril sehingga dia menjadi isteri kepada Eiyril. Sedikit sebanyak dia mengetahui apakah yang terjadi dalam kehidupan suaminya dahulu.
***
"Papa..." Jatuh air mata jantannya membaca surat Papanya kepadanya.

"Eiyril.. anakku. Maafkan papa kerana tidak menjadi papa yang terbaik untuk kamu. Papa bukannya membenci kamu, nak. Papa membenci diri Papa yang tidak dapat memberi kasih sayang seperti mama kamu. Maafkan papa atas kesedihan yang kamu alami dari masa kamu kecil."

Begitulah surat yang tertulis di surat papanya. Dan, paling menyedihkan Papanya ada meninggalkan harta untuk dirinya.

Eiyril menangis sekuat hati. Jarang dia menangis namun, kerana surat Papanya. Dia menjadi rindu kepada kehidupannya sebelum tragedi menimpa mereka
***

Hana menantikan Eiyril untuk turun ke bawah. "Aunty, boleh ke saya ke atas?" Soal Hana, sedikit risau. Aunty Layla menganggukkan kepalanya.

Hana mendaki tangga dan terus menuju ke bilik mereka sebentar tadi.
***

"Abang.." panggil Hana. Eiyril terus mendapatkan Hana dan memeluknya.

"Abang rindu Papa, Hana.. Abang rindu keluarga Abang dahulu.." tangis Eiyril. Hana mengerti perasaan itu. Dan, hanya memberikan kekuatan kepada suaminya.

"Abang... Hana ada di sini.. anak kita ada untuk Abang.. kita bina keluarga kita Abang..." Pujuk Hana.

Eiyril masih menangis. Dia merindukan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience