QILA terseksa hidup dalam dibelenggu dan dia tak mahu libatkan Haniem yang terlalu baik dengannya. Dia terpaksa mencintai lelaki dan berpura-pura depan keluarganya yang dia tidak apa-apa. Malangnya, hati dia terluka melihat senyuman mereka apabila lelaki yang mereka kata baik untuk dirinya bukanlah apa yang dirasakan.
“Kau ni memang tak guna!” Mazlan memukul Qila di bahagian wajahnya dengan teruk setibanya mereka di rumah Qila untuk makan tengahari dengan ahli keluarga Qila.
Ya, walaupun belum berkahwin, Mazlan sudah memukul Qila malah memaksa nya untuk menerima dirinya.
“Aku tak sangka yang aku boleh dijodohkan dengan perempuan lembab macam kau! Kenapalah mulut kau ni tak boleh kalau tak menjawab apa yang aku nak?! Aku.. kalau boleh nak berpisah dengan kau, hari ni juga! Tapi aku kesian dengan mak ayah kau yang mengemis kasih untuk jadikan aku menantu diorang.”
“Diorang tak mengemis! Kau yang ambil hati diorang sampai diorang tersuka dengan kau. Aku tak sangka.. lelaki macam kau wujud.”
Sekali lagi dia menampar wajah Qila membuatkan kesakitan di wajahnya dirasakan sangat perit.
“Aku buat diorang mengemis! Apa yang aku nak sebenarnya, aku nak pastikan perempuan mulut rapuh macam kau hancur kat tangan aku! Akhirnya aku berjaya ambil hati mak dengan ayah kau yang rapuh tu supaya aku boleh miliki kau dan aku akan seksa kau sehingga akhir nafas kau sendiri!”
“Aku takkan izinkan. Kenapa kau.. kejam sangat jadi manusia?!”
Tudung yang dikenakan Qila mula ke belakang menampakkan anak rambutnya. “Sebab aku tak boleh tengok orang melawan cakap aku! Dengan hidup aku sekarang, aku bahagia akhirnya aku boleh jatuhkan orang yang pandai-pandai nak caras kehidupan aku! Aku tak sangka yang kau ni lembab masa kau sukakan aku.”
“Ya dan aku... rasa menyesal sangat tersuka dengan kau tanpa sengaja! Kalau aku tahu inilah yang kau nak buat, aku akan pastikan aku tak sukakan kau. Aku... aku akan pastikan diri aku tak termasuk perangkap kau yang sampah tu!”
Makin kuat dia menarik sanggul Qila sehingga habis ke belakang tudungnya.
“Lepaslah!”
“Aku nak.. kau kahwin dengan aku dan kau.. jangan beritahu keluarga kau tentang perbuatan aku. Kalau aku tahu keluarga kau putuskan hubungan dengan aku, aku akan pastikan hidup diorang lebih merana daripada biasa! Aku takkan lepaskan perempuan macam kau.” Katanya.
“Kenapa kau nak kahwin dengan aku sedangkan kau cuma nak balas dendam pada aku? Apa kata kalau kau lepaskan aku dan.. dan aku janji takkan ungkit benda ni lagi.”
Mazlan tersenyum sinis. “Kau ingat aku akan percayakan janji palsu kau tu ke? Mustahil lah perempuan yang aku benci aku akan lepaskan dia macam tu je! Aku takkan lepaskan perempuan macam kau.”
“Aku bayar kau... berapa banyak yang kau nak! Janji kau lepaskan aku.”
“Kau ada duit ke perempuan? Hah?!”
Qila berusaha untuk melepaskan dirinya daripada Mazlan. Nampak nya lelaki macam dia takkan berhenti untuk buat dia terseksa.
“Aku nak kau bayar aku.. 100 ribu ringgit dan aku lepaskan kau.”
“100 ribu?! Mana aku nak dapat duit sebanyak tu. Aku kerja pun gaji dua ribu setengah je tau. Cukup untuk sara aku punya keluarga!”
“Tahu pun! Kalau kau tak boleh nak bayar duit seratus ribu, maksudnya aku tak boleh lepaskan kau macam tu je! Aku nak habuan dan barulah aku lepaskan kau. Selagi tak ada duit tu, selagi tu aku takkan sesekali lepaskan kau.” Hamburnya.
Nampaknya Qila terpaksa melayari hidup dia dengan permintaan Mazlan yang mahu terus dia berbakti padanya. Namun, adakah dia sanggup tempuhi seumur hidupnya dengan lelaki teruk seperti Mazlan? Kalau dia minta bantuan Haniem, Haniem akan tolong dia ke? Tetapi Qila tak mahu lebih susahkan Haniem yang dah banyak membantunya.
Selepas dia bersiap, Mazlan berpura-pura seperti dia baru tiba dengan sopannya duduk di luar menanti kehadiran kedua orang tua Qila. Encik Khalid dan Puan Ita.
“Assalamualaikum, ayah mak.” Dia bersalam dengan kedua orang tua Qila.
“Waalaikumusalam. Qila ada.. kat dalam ke?”
“A’ah ayah. Maz tak nak lah masuk kat dalam tu dan duduk berdua dengan Qila. Nanti lain pulak pandangan jiran-jiran kat sini. Sebab tu Maz, tunggu ayah dengan mak datang dulu lepastu kita masuk dalam sama-sama.”
Puan Ita dan Encik Khalid yang mendengarnya agak gembira.
“Marilah kita masuk. Qila kata dia dah.. siapkan makanan untuk kita. Special punya dan Maz pun ada bawa bekal dari adik Maz untuk mak dengan ayah.” Tipunya. Bekalan itu memang tak lah adik dia nak buatkan. Itu semua merupakan bekal makanan yang dibeli di luar.
“Ya.”
Masuk sahaja ke dalam, Qila nampaknya menutup kesan lebam di wajahnya dengan solekan yang agak tebal. Dia menyapa orang tuanya dengan senyuman. Qila terus memeluk Puan Ita yang dirinduinya.
“Qila sihat?” Tanya nya.
“Alhamdulillah mak. Mak pula macam mana? Ayah kata.. bukan main lagi mak kat kampung buat kerja berat-berat.”
“Ayah ni sengaja je. Dia pun rindukan Qila dan nak juga Qila balik kampung.”
Qila tersenyum memandang ayahnya.
“Siapa yang tak rindukan anak. Lebih-lebih lagi anak perempuan bongsu dia yang langsung tak kisah nak balik rumah. Yang lain walau dah bekerjaya, tetap ada masa nak jenguk mak dengan ayah diorang.”
“Alah, Qila sibuk lah. Kat tadika Haniem tu bukannya ada banyak pekerja sangat. Budak-budak kat sana pun bermasalah sikit. Jadi Qila.. tak masa sangat nak jenguk ayah dengan mak. Insha-ALLAH bila dah ada masa nanti, Qila datanglah kampung.” Balasnya.
“Baguslah. Datang dengan Maz sekali. Dia pun bukannya pernah tengok kampung kan?”
Qila kalau boleh tak nak luangkan lebih masa dengan Mazlan. Hidup dia dah merana sebelum kahwin dengan lelaki sepertinya.
“Ayah dengan mak.. ceritalah pengalaman pergi Arab ikut abang.” Dia mengubah topik.
“Hisy, takkan lah nak ceritakan sekarang. Maz ni pun bukannya free sangat. Kita makan dulu dan nanti borak lah pasal Arab ni semua.”
“Eh, tak apa mak. Qila kan semangat sangat nak jumpa mak dengan ayah. Maz tak kisah kalau dia nak.. borak dengan mak dan ayah dulu. Maz faham.”
Qila benar sakit hati melihat dia kelihatan begitu sopan.
“Alah, Qila ni memang tak habis kalau berbual. Mari kita pergi makan dulu.” Ujar Puan Ita.
Mereka melangkah ke meja makan. Qila memilih duduk di sebelah Puan Ita berbanding duduk di sebelah Mazlan. Mujur juga Encik Khalid menggantikan tempatnya dengan duduk di sebelah Mazlan.
“Qila, ambilkan Maz tu nasi.”
Walaupun tak mahu, dia terpaksa letakkan sesenduk nasi ke dalam pinggan Mazlan dan meletakkan beberapa lauk pilihannya memandangkan disuruh Puan Ita.
“Maz.. tak sibuk ke hari ni?” Tanya Puan Ita memulakan perbualan di meja makan.
“Tak sangat. Lagipun Maz bukannya buka syarikat besar sangat. Syarikat buku je dan.. Maz tak ada sibuk sangat. Tugas Maz, check kan manuskrip pekerja lepastu uruskan hal bawahan Maz. Maya pun ada walaupun dia masih belajar kat luar negara dan dia sesekali tolong juga Maz buat kerja ni.”
“Susah kan? Kalau arwah ayah Maz ada, dia mesti bangga.”
Mazlan cuba memaniskan wajahnya dengan mengangguk. Bagi dia, ayah dia tetap seseorang yang dia paling benci di dalam dunia ini dan kematiannya sangat disukai Mazlan sebab bebanan hidup dia sudah tiada.
“Maz pun kalau perlukan apa-apa, beritahu je mak dengan ayah. Kami dah anggap Maz macam anak kami sendiri.”
“Terima kasih. Gembira Maz.. adanya mak dengan ayah.” Dia mengukirkan senyuman yang tersurat seribu makna kepada Qila di hadapannya.
Puan Ita tersenyum.
“Kalau kita bincang pasal pernikahan Maz dengan Qila pun, bagus juga kan?” Cadang Encik Khalid.
“Oh, Maz tak kisah. Tapi Qila macam mana?”
Qila cuba bertenang. “Urhmm.. masih awal lagi lah ayah. Ayah baru kenal dengan Maz, 3 bulan lepas kan? Berilah Qila masa dulu nak.. fikirkannya.”
“Fikir? Awak tak sukakan saya ke,”
Qila tahu dia cuba memerangkap. “T.. tak, saya suka awak. Cuma, saya tak nak terlalu percepatkan pernikahan kita. Awak masih ada kerjaya yang stabil dan saya pun sama. Saya tak nak.. awak rasa tak puas enjoy lepas kahwin dengan saya nanti.”
Mazlan tersenyum. “Takkan lah saya nak menyesal pulak. Saya ni.. bersyukur keluarga awak layan saya macam keluarga diorang sendiri. Bagi saya, kahwin dengan awak bukannya perkara yang payah. Saya boleh tempuhinya.”
Qila buntu nak jawab apa lagi.
“Baguslah, Maz... fikirkan juga tentang kebahagian Maz. Lagi cepat kita buat, lagi bagus. Maz boleh terus setia dengan Qila.”
“Insha-ALLAH. Saya memang nak.. bahagiakan Qila.”
Buat seketika, anak mata Qila menatap lelaki yang paling dia benci di hadapannya yang sudah semestinya mengatur seribu satu rancangan. Namun pandangan sedih Qila buat Puan Ita mengertinya. Dia nampak sayu sekali da tidak nampak kegembiraan. Adakah pertemuan jodoh yang dibuat untuk nya ini tak disukai anak bongsu dia?
Puan Ita mengusap bahu Qila yang mengukirkan senyuman manis kepadanya.
Share this novel