bab 73

Romance Completed 1369

ADHIYAT duduk di luar selepas dia melalui Haniem dengan Ayyad sebentar tadi. Senyumannya tak lekang dari bibir dia mengingatkan tentang Haniem. Namun apabila dia mendengar Haniem ingin menggantikan dirinya dengan Huzair, dia sangat sakit hati. Begitu mudah isterinya nak menggantikan dia dengan lelaki lain. Adhiyat meneguk air masaknya.

“Abang!” Tipah tiba.

“Tipah. Buat apa kat luar ni? Opah bukan ke suruh Tipah tolong dia kat dapur.”

Tipah duduk di hadapan Adhiyat. “Memang pun. Tapi tadi Opah ubah fikiran lepas dia nampak kak Maya sibuk bergambar kat kebun pisang belakang rumah kita tu. Opah risaukan dia dan terus minta dia basuh pinggan tu dan sebelum tu pergi mandi dulu. Padan muka dia!”

“Janganlah berkeras sangat dengan kak Maya boleh? Dia tu tengah mengandung sekarang.”

“Baguslah dia mengandung. Esok dia nak kahwin dengan abang dan dia kenalah belajar jadi suri rumah yang bertanggungjawab macam kak Haniem tu.”

Adhiyat hanya lepas nafas panjang.

“Kak Haniem tu memang baik. Walaupun sehari je kenal dia, tapi dah boleh nampak dia punya kebaikan dia atas apa yang dia buat untuk kak Maya dan semua orang dalam rumah ni. Abang tak perasan ke kenapa kak Haniem tinggalkan meja tengah makan tadi?”

“Mestilah sebab dia cemburu tengok abang dengan Maya. Abang pun bukannya suka sangat. Sebab abang nak sakitkan hati dia je abang buat semua tu.”

Tipah mencebik. “Pada Tipah, tak! Kak Haniem tinggalkan meja makan tadi semuanya sebab dia nak jaga Ayyad sebab nak bagi peluang pada kak Umai makan. Baik kan?”

Adhiyat tersentuh.

“Tadi pun Tipah ada dengar apa yang kak Haniem borakkan dengan kak Umai. Diorang sama-sama cerita pasal abang dan kak Haniem tak burukkan abang pun. Dia tetap steady je terima takdir Allah.”

“Nak buat macam, abang kena kahwin dengan Maya.”

Tipah mengeluh. “Tipah tak fahamlah dengan abang ni. Abang nampak macam... sayangkan kak Haniem. Masa Opah beritahu yang abang bukan main happy lagi masa kahwin dengan kak Haniem, tapi sekarang abang mengandungkan sepupu sendiri.”

“Abang penat Tipah nak marah, nak salahkan takdir Allah dan nak berdosa. Abang tak nak semua ni. Tapi kenapa Allah tetap letakkan abang dalam situasi ni?”

Tipah menatap Adhiyat lama.

“Kak Haniem yang nak... keadaan sekarang. Abang tak tahu macam mana tapi abang tahu apa yang dia fikirkan. Kalau dia dah lama impikan peluang tu, abang akan fikirkannya. Hati abang sakit sangat nak lepaskan dia.”

“Apa-apa pun, abang kena berhati-hati dengan kak Maya tu. Perangai dia memang betul-betul menyampah.”

Adhiyat tersenyum. “Dahlah bencikan dia. Dia akan jadi isteri abang juga.”

Tipah berlalu pergi.

“Rancak kau berbual dengan adik sepupu kau.” Tegur Fikri.

“Dia tu memang banyak mulut.”

“Tapi aku dengar apa yang dia cakap. Kau.. memang betul-betul ikut apa yang Maya nak heh? Kanopi, baju dress tu semua. Kau tak rimas ke?”

“Nak rimas kenapa. Bukannya aku pun pakai dress tu.” Balas Adhiyat.

Fikri mengangguk. “Tapi kau memang... memang lidah buaya kan?”

“Kenapa kau tak habis-habis nak label aku lidah buaya ni?”

“No. Cuma tengoklah apa yang kau dah buat. Buaya darat disamakan dengan lidah buaya yang sangat tajam tu.”

Adhiyat tahu apa yang Fikri nak katakan. “Kalau kau nak bahas lagi tentang aku dengan Haniem, full stop please! Aku dah penatlah nak borak pasal dia yang langsung tak kisahkan aku.”

“Mana kau tahu dia tak kisahkan kau?”

“Nak bersama Huzair.”

Fikri senyum sinis. “Itu semua sebab perasaan cemburu kau! Kau tak boleh tahan Ad dan kau letak semua kesalahan hanya sebab dia kata dia nak berkenalan dengan Huzair. Kau label dia sebagai isteri yang tak kisahkan suami.”

Adhiyat hanya buat tidak tahu.

“Kau tahu tak, Hanis, ibu dengan ayah halang Haniem untuk datang sini tau. Tapi dia cakap apa, dia nak ada dengan kau masa majlis perkahwinan kau sebab tak nak kau mungkiri janji. Dia nak terus buat kau percaya diri untuk naik pelamin.”

“Ha, kat situ kita dah boleh nampak dah yang dia sebenarnya nak aku kahwin cepat supaya dia boleh bersama dengan Huzair. Aku penatlah Fik nak kena... sakit kepala fikirkan tentang dia. Sedangkan dia, langsung tak pedulikan aku.”

Fikri mengeluh. “Kau ni memang butalah Ad! Kalau dia tak pedulikan kau, tak ada maknanya dia nak datang sini dan sanggup ke majlis perkahwinan kau! Hati Haniem adalah hati yang disembunyikan dari kesedihan, dari manusia! Aku dah banyak kali cakap kat kau yang dia ni pandai sembunyikan kesakitan dia yang kita takkan nampak. Sebab tu kita kena jaga dia!”

“Kalau kau nak jaga sangat dia, kenapa kau je yang tak kahwin dengan dia?”

“Kau sebenarnya pengecut Ad! Aku tak nak hilang kawan macam kau. Tapi aku beritahu kau yang kau ni memang pengecut. Kau takut nak teruskan usaha kau dan kau takut nak nyatakan perasaan kau. Kau hipokrit.”

“Kau sepatutnya beritahu Haniem yang dia tu hipokrit. Aku ikut apa yang dia nak dan sampai sekarang dia langsung tak kisah! Dia tak cuba nak hentikannya tapi dia tolong aku.”

“Kau yang patut mulakan langkah kau Ad. Haniem tak ada hak sebab kalau dia beri pendapat dia, hati wanita dia akan menghalangnya. Kau yang nak kahwin dan kau tak tetapkan semuanya. Kalau kau masih berdiam diri, kau yang... yang akan menyesal. Buang perasaan marah dan cemburu kau pada dia sebab itu takkan selesaikan apa-apa. Haniem, perlukan kau.”

“Sudahlah! Kau takkan faham semua ni. Aku yang handle dan aku yang tahu apa yang aku buat.”

Hati Adhiyat tetap keras sehingga Fikri tak boleh nak memujuknya lagi.

“Kau settle kan hal syarikat sementara aku tak ada ni. Aku nak kau.. keep an eye on Osman. Dia akan pergi dari syarikat tu tak lama lagi dan aku nak pastikan kalau dia tak buat masalah. Kau tahu kan tentang agreement bank yang hampir nak jatuh ke tangan dia. Aku ada firasat yang dia nak ambil agreement bank tu dan bagi pada bos dia.”

“Aku tahu yang tu. Kau tak payah risaulah sebab aku dah minta beberapa staf untuk amanah dengan segala hal syarikat. Kau enjoy lah perkahwinan kedua kau ni.”

Adhiyat dan Fikri melangkah masuk ke dalam rumah. Saat ini dia bertembung dengan PakSu Hairi.

“PakSu nak ke mana malam-malam ni?”

“Banyak lagi kerja tak siap tu kat belakang. PakSu tak boleh lepas tangan sebab esok nak kena hantar ke balairaya pula semua periuk belanga tu. Kalau hilang, habislah kena marah dengan ketua kampung kat sini.” Jelasnya.

“Tak payah risaulah. Ad boleh jenguk kan untuk PakSu.”

“Tak payahlah Ad. Pergi rehat. Ad pun mesti penat baru datang sini dan tak berhenti lagi. Fik pun mesti penat juga tolong jaga anak tadi.”

Fikri tersenyum.

Mereka bertiga mendengar ketawa Qila dan Hanis. Saat ini juga Adhiyat mendengar kata-kata mereka yang begitu pedas memerli nya. Hati dia panas melihat Haniem yang langsung tak buat apa-apa. Fikri menepuk bahunya dengan senyuman nipis tetapi Adhiyat tak ambil peduli. Dia berjalan masuk ke dalam biliknya dan menghempap pintu kasar.

Kemarahannya membuak. Akhirnya dia terlena juga. Pagi keesokannya, Adhiyat solat subuh seperti biasa dengan semua keluarganya. Selepas itu mereka berada di dapur dan Adhiyat hanya duduk di beranda bagi menyiapkan majlisnya yang akan berlangsung di waktu tengahari nanti.

“Ad!” Panggil Opah Hawa yang berada di pokok kelapa dengan Bob.

“Ya Opah!”

“Dah bangun ke si Maya tu?”

Adhiyat melilau sekeliling. “Belum lagi Opah.”

“Ya Allah, apa nak jadi lah dengan dia tu! Nak nikah tengahari ni dah, tapi masih tak bangun lagi.”

“Ad suruh Tipah kejutkan dia ya.”

“Ha yelah! Suruh dia tolong cuci pinggan kat dapur sekali.”

“Okey Opah!” Adhiyat masuk menemui Tipah yang berada di ruang tamu dengan Qila dan Hanis bersama beberapa orang anak Hanis.

Dia cuba menenangkan dirinya.

“Tipah.”

Tipah menatap Adhiyat.

“Opah suruh kejutkan kak Maya. Lepastu suruh dia cuci pinggan kat dapur sekali.”

“Baiklah.” Tipah segera bangun menuju ke bilik Maya.

Di sana, dia terus mengetuk pintu bilik kakak sepupunya itu tetapi tiada balasan. Tipah terus mengetuk sehingga lah pintu dikuak oleh seorang wanita berambut langsuir sehingga buatkan Qila dan Hanis hampir meletus ketawa.

“Apa dia kau ni?”

“Abang Ad suruh kejut akak sebab Opah yang nak.” Kata Tipah.

Maya segera bangun kemudian dia tersenyum melihat Adhiyat yang sudah bersiap. “Oh, abang... tak sabar heh nak kahwin dengan Maya?”

Adhiyat hanya tersenyum.

“Okeylah. Maya siap sekarang okey? Abang tunggu Maya dekat dapur.”

“Okey.” Balas Adhiyat.

Setelah masuk, Adhiyat melangkah ke bilik pula untuk melihat keadaan Haniem yang tadi sudah bangun tetapi dia berbaring lagi entah mengapa. Tiba sahaja di sana, dia melihat Puan Zahara memberikan ubat kepada Haniem.

“Ha Ad. Boleh tak urutkan bahu Haniem? Ibu nak kena kemas baju ni sebab nak balik lepas Ad nikah. Tak sempat pula nanti kalau urutkan Haniem.”

“Oh... b.. boleh.”

“Terima kasih ya.” Puan Zahara segera beredar pergi.

Adhiyat masuk ke dalam dengan Haniem mengekorinya.

“Mana minyak nya?”

Haniem menatapnya lama. “Tak apalah, Haniem suruh Qila je yang letakkan minyak.”

“No. Bagi pada abang dan biar abang urutkan bahu Haniem.”
“Tak apa ke?”

“Haniem, kalau abang pernah urut Haniem, kenapa sekarang tak boleh? Jangan buat abang marah.”

Haniem segera berikan minyak ubat kepada Adhiyat. Setelah itu, dia duduk di hadapan suaminya yang tersenyum dapat kenakan Haniem. Dia menyelak rambutnya yang buatkan tengkuk putih Haniem kelihatan. Adhiyat terkedu.

Perlahan-lahan dia mengurut bahu Haniem.

“Kenapa sakit belakang ni?”

“Semalam Haniem.. tolong buat kerja kat belakang. Tak sangka pula affect ke tengkuk.”

Adhiyat mengeluh. “Lain kali buat kerja tu hati-hati. Lagipun periuk semalam abang dengar Maya yang kena basuh kan.”

“Kesian lah kat dia nak kena basuh periuk. Lagipun dia kan tengah mengandung sekarang.”

“Apa-apa pun, Haniem hati-hati.”

Haniem mengangguk.

Selesai saja, Haniem berpaling ke belakang dan wajah Adhiyat hampir dekat dengannya. Buat seketika, mereka menatap satu sama lain lalu mereka menjarakkan diri apabila tahu masing-masing bukan milik satu sama lain. Adhiyat sedar akan hal itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience