bab 37

Romance Completed 1369

3 bulan kemudian,

Haniem hanya termenung di dalam bilik pejabat dia memikirkan tentang Adhiyat. Telefon terus dipegang dengan hati yang resah apabila sudah tiga bulan berlalu Adhiyat langsung tak hubungi dia mahupun menghantar mesej padanya. Kalau jumpa saja, dia pasti akan jauhkan diri daripada Haniem sehingga buat hati Haniem kecewa sangat dengan perwatakan dia. Keluhan dihela lagi saat dia benar-benar sakit hati.

“Kenapa ni Haniem?” Qila menyapanya.

“Entahlah. Pening kepala aku.”

“Pening? Nak kahwin esok pun dah pening? Kau fikir apa?”

“Semuanya.” Balas dia biasa.

Qila duduk di hadapan Haniem. “Semuanya? Maksud semua tu, Adhiyat?”

Haniem hanya mendiamkan dirinya kerana itulah jawapan yang sebetulnya. Adhiyat lah buat kepala dia pusing.

“Kau call lah dia. Ni kau tak call dia, dia pun tak call kau. Macam mana masalah nak settle?”

“Apa faedahnya kalau aku call dia? Nanti dia mesti ingat aku ni dah tak sabar-sabar nak jadi isteri dia. Aku penatlah nak dilabel... obses.”

Qila mengeluh. “Kau tu yang fikir negatif. Kalau orang tu dah cintakan seseorang tu, dia tak kisah tau dilabel apa sekalipun yang penting cinta tu Allah yang tahu dan hati ni... kita yang rasa. Orang tak rasa dan orang takkan faham.”

“Aku rasa kan, dia sebenarnya tak nak pun kahwin dengan aku. Mungkin juga dia sebenarnya... terpaksa terima aku sebab aku... ada something yang dia nak ataupun dia nak seksa hidup aku.”

“Jauhnya kau fikir Haniem! Kau jangan buat hal lah. Esok je tau kau nak kahwin dengan dia dan bukan sebulan, bukan seminggu. Esok je.”

Haniem mengurut kepalanya.

“Aku hanya boleh bagi kau cadangan je. Kau telefon dia, tanya dia masalah dia and.. settle.” Ujar Qila.

“Kalau dia fikir bukan-bukan macam mana?”

“Tak nya. Aku rasa mungkin dia pun tunggu kau call dia.”

Haniem mengerling telefonnya. Betul ke Adhiyat pun tunggu dia telefon?

“Ataupun kita keluar.. pergi rileks. Yelah, esok kau dah nak kahwin, status single kau dah tak ada dan aku akan tinggal seorang-seorang. So Haniem, jom lah keluar dengan aku sepanjang hari ni and aku janji akan jadi pengapit terbaik kau.”

Haniem tersenyum. “Okey.”

Mereka berdua berkemas lalu keluar dari tadika ini dengan menaiki dua kereta yang berbeza tetapi melalui jalan yang sama. Mereka berdua bercadang hendak menuju ke restoran terlebih dahulu kemudiannya beli barang peribadi mereka bersama seperti dulu kalanya.

Duduk sahaja di meja kemudian memesan makanan mereka sendiri, Haniem dan Qila menikmatinya.

“Oh ya, kau tahu apa-apa pasal Mika? Dah lama juga aku tak nampak dia.”

Qila mengangkat bahu.

“Heh, kau tak kisah ke pasal dia?” Tanya Haniem pelik.

“Kenapa aku nak kena kisah pasal dia? Dia tak ada apa-apa pun dengan aku dan kalau boleh hujung rambut dia pun aku tak nak tahu.”

Haniem menggeleng kepalanya dengan sikap Qila. “Kau ni kan, kenapa benci sangat kat dia? Aku rasa Mika tu tak salah pun. Yang buat luka kat hati kau, Mazlan dan bukannya Mikael. Samalah macam aku. Aku bagi Adhiyat peluang sebab aku tahu luka kat dalam hati yang Huzair buat, akan berparut. Tapi aku dah tahu dia dah berubah dan perlahan-lahan parut tu pun hilang.”

“Kau lain dari aku Haniem. Kau pun masih curiga dengan Huzair kan? Aku pun macam tu lah. Walaupun aku tahu dia baik, tapi belum tentu aku sukakan dia. Belum tentu dia yang terbaik. Aku tak nak lah ada lelaki sampah untuk kedua kali dalam hidup aku.”

“Okeylah. Tapi kau betul-betul tak tahu dia ke mana?” Tanya Haniem lagi.

“Tak.”

“Manalah dia pergi. Aku rasa umi Ad cakap yang Mikael lah pengapit Adhiyat.”


Qila buat tidak kisah saja.


Tak mahu hal itu berpanjang, Haniem mengubah topik dan mereka nampaknya lebih seronok berbincang tentang topik lain berbanding Mikael.


Selesai menjamu selera, mereka ke beberapa kedai baju untuk belu pelbagai baju yang menarik minat. Seterusnya mereka ke kedai perhiasan yang lain dan itu memakan masa sebab perhiasan-perhiasan wanita moden sungguh cantik dan banyak pilihan. Setelah selesai, sudah masuk waktu solat isya’ buat mereka berdua untuk solat. Haniem dan Qila solat terlebih dahulu dan barulah mereka menyambung beli belah.

“Aku rasa aku dah kena balik lah Qila. Parents aku nak dinner sama-sama.” Kata Haniem sambil menilik jam tangannya.

“Yeke? Okeylah macam tu.”

“Aku jumpa kau esok je.” Balasnya.

Qila mengangguk.

Mereka berdua bersama-sama menuju ke tempat letak kereta. Namun semasa Haniem nak melangkah ke keretanya, lengan baju dia ditarik Qila.

“Kenapa ni?”

“Tu bukan tunang kau ke?” Qila menunjuk ke arah seorang lelaki dengan seorang wanita yang sedang bergelak ketawa di kereta.


Haniem mengamati nya dan lelaki yang bersut itu memang Adhiyat. Hati dia luluh melihat tepuk tampar Adhiyat dengan wanita yang berpakaian agak seksi tetapi dia tak kelihatan seperti orang Melayu malah lebih kepada berbangsa Cina.


“Ad kan?”

“Hmm.” Hanya itu yang Haniem balas.

Qila menatap wajah Haniem yang dia tahu kecewa. “Biar aku pergi dan ajar dia.”

Haniem menarik tangan Qila. “Tak payahlah. Aku.. dah nak balik dan aku tak nak ada apa-apa masalah dengan dia.”

“Tapi dia dengan perempuan lain Haniem!”

“Esok... dah perkahwinan aku dan aku akan settle kan masalah ni. Thanks sebab nak jalan-jalan dengan aku hari ni. Jumpa kau esok.” Haniem melangkah ke keretanya tanpa menghiraukan lagi Adhiyat dengan perempuan tadi.

Haniem memandu keretanya kembali ke rumah dengan air mata yang cuba ditahannya. Setibanya di rumah, dia melangkah ke biliknya. Haniem duduk di atas katil sambil menatap baju akad nikahnya yang sudah siap di bilik. Akhirnya air mata Haniem gugur juga.


Kenapa dia kena lalui saat yang sentiasa ada luka? Sudahlah esok merupakan majlis perkahwinannya dan wajah Datin Haliza sentiasa tergambar di wajahnya. Haniem tak nak batalkan perkahwinan hanya sebab salah faham yang terjadi. Datin Haliza dan Puan Zahara begitu bersemangat ingin Haniem melangsungkan perkahwinannya dengan segera.


Haniem turun makan tetapi hati dia masih lara. Cuma dia tak boleh tunjukkan hati yang sakit ini kepada keluarganya dan menikmati makan malam dia dengan keluarga. Hanya Encik Malik yang peka akan perasaan Haniem sebab dia sentiasa nak memerhati kebahagian Haniem menanti hari perkahwinannya. Cuma malam ni, Haniem nampak sedikit tak gembira.

Selesai membantu Puan Zahara di dapur, Haniem terus masuk ke biliknya untuk tidur. Dia tak terus terlelap malah sempat memikirkan tentang Adhiyat lagi. Air matanya gugur setiap kali mengenangkan tentang Adhiyat. Telefon yang berdering diangkat.

“Assalamualaikum. Aku ganggu kau ke?”

“Waalaikumusalam. Tak ada lah Qila.” Haniem lega sedikit hatinya apabila mendengar suara Qila.

“Kau... okey?”

“Hmm.”

Qila mengeluh panjang. “Aku tahu kau mesti... sakit hati tengok apa yang kita tengok tadi. Aku sebenarnya tak kenal sangat dengan Adhiyat tu. Tapi aku pernah attend dia punya majlis pelancaran buku dan aku.. nampak lah sifat dia macam mana. Susah sikitlah nak percaya kalau dia... curang.”

“Entahlah. Aku nak kekal dengan perkahwinan ni sebab... sebab aku tahu umi dia mengharapkannya. Kalau dia tak sukakan aku, lebih baik kami cerai je.”


“Kau dah call dia tanya pasal... semua ni?”


“Tak. Aku tak sanggup nak beritahu dia apa yang aku nampak. Well, aku okey je dan aku tak perlukan.. penjelasan dia kalau dia tak nak... jelaskannya.” Balas Haniem yang sudah pasti terluka sangat.


“Tapi Haniem, lebih baik kau settle kan masa kau ada... masa lagi ni. Esok kalau kau kahwin dengan dia dan dia akan... buat perkara yang sama, kan susah.”


“Tak apalah Qila. Aku akan minta dia jelaskannya esok. Insha-ALLAH dia akan jelaskannya.”

Qila mengeluh. “Listen Haniem, aku tahu kau.. into him. Aku just tak nak kau... kau menangis bila dengan dia. At least aku nak Ad ni buat kau rasa... dihargai daripada Huzair. So kalau kau terluka, jangan fikir nak ubat sendiri. Aku ada dan aku nak kau lawan Ad juga kalau dia melampau.”

“Okey Qila. Aku dah ngantuk dah. Esok jangan lupa attend majlis aku tau.”

“Heh, mestilah! Mak aku kirim salam je sebab dia tak ada kenderaan nak pergi. Abang aku dah balik rumah dia dah.” Kata Qila sebelum dia terlupa dengan pesanan mak nya.

“Tak apalah. Bye.” Panggilan dimatikan.


Haniem menatap kosong siling kemudian dia pun melelapkan matanya dengan hati yang masih terluka. Air mata kerap mengalir tetapi dikesat beberapa kali.


Pagi yang cerah tak menggambarkan kebahagian Haniem. Dia disolek cantik oleh jurusolek nya dan dihias cantik oleh mereka. Kasut yang dipilih Datin Haliza diletakkan ke kaki Haniem dan Haniem tak nampak kasut ini semalam. Tetapi itu tak buat dia rasa terlalu pelik. Haniem kini dibawa pergi dengan kereta Encik Malik menuju ke surau bagi sesi pernikahan Haniem.

Tiba sahaja di sana, Haniem tidak melihat kelibat Adhiyat di majlis perkahwinan yang buat jantung dia berdegup cepat. Setengah jam menunggu, barulah dia melihat Adhiyat dengan bersongkok dan tiba dengan tergopoh-gapah sambil ditemani Fikri. Dia duduk di hadapan Encik Malik bagi memulakan majlis.

“Kamu dah bersedia?”


“Dah.. uncle.” Jawab Adhiyat.


Encik Malik memulakan nya dengan bismillah lalu dia berjabat tangan dengan Adhiyat. “Aku nikahkan dikau dengan anak ku Nur Haniem Binti Malik Muhammad dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit berserta senaskah al-Quran.”


“Aku terima nikahnya.. Haniem...”


Encik Malik menatapnya dan semua tetamu terus terpaku kepada Adhiyat. “Nur Haniem..”


“Maafkan saya.”


“Kita mulakan lagi sekali.” Kata Encik Malik.


Kali ini Adhiyat lebih serius.


“Aku nikahkan dikau dengan anakku Nur Haniem... Binti Malik Muhammad dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit berserta senaskah Al-Quran.”


“Aku... terima.. nikahnya Nur Haniem.. binti Malik Muhammad dengan mas kahwinnya.. tiga ratus ringgit berserta senaskah... Al-Quran.”


Encik Malik tersenyum dan sedikit bersyukur.

Majlis disempurnakan lagi dengan pertanyaan kepada saksi dan doa yang disempurnakan oleh tok imam yang turut datang pada hari ini. Selesai saja, Adhiyat melangkah ke arah Haniem dan dia sangat gementar hendak mendekati Hanism yang kelihatan cantik hari ini. Cincin disarungkan ke jari manis Haniem dan buat pertama kalinya dia bersentuh tangan dengan Haniem. Haniem menyarungkan tangan ke tangan berurat Adhiyat pula lalu dia pun bersalaman dengan suaminya. Adhiyat mencium dahi isterinya lalu dia pun bersalaman dengan Datin Haliza. Adhiyat melangkah ke tempat dia semula dengan tangan dibuka seluasnya dan bibirnya yang dibasahkan sedikit. Senyuman terukir di bibirnya sambil bersalaman dengan yang lainnya pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience