bab 44

Romance Completed 1369

ADHIYAT membawa Haniem menuju ke perpustakaan memandangkan mereka tiada masa lapang dan nanti sudah tiba masanya untuk mereka menuju pulang ke rumah Datin Haliza memandangkan Datin Haliza sudah pulang ke rumah. Dia sangat bersemangat hendak Haniem menuju ke rumahnya dan Adhiyat tiada bantahan terpaksa mengikuti permintaan Datin Haliza. Lagipun dia turut risau keadaan abang ipar dia, Liya dan Dhiya kakaknya yang sudah pasti tak dapat banyak rehat.

“Hai!” Sapa Elly yang kini ditukarkan bekerja di sini.

“Hai.”

“Kenapa tuan datang hari ni? Nak kerja ke walaupun baru.. kahwin?”

Adhiyat tersenyum. “Tak adalah. Kitorang tak ada nak buat apa kat rumah dan isteri saya terfikir untuk... membaca sesuatu yang baru. Hari ni kan ada stok buku baru dari perpustakaan lain.”

Elly mengangguk.

“Well, saya pergi dulu lah.”

“Pergilah. Tuan dengan.. puan Haniem nampak serasi sangat. Dahlah pegang-pegang tangan pula masuk perpustakaan. Happy sangat ke?”

“Dahlah kak, saya masuk dulu dan nanti bukan main mengarut lagi akak.” Katanya tak mahu Elly berdalih lagi.

Elly tersenyum kemudian mengangguk.

Adhiyat yang memegang tangan Haniem di sebelahnya berjalan masuk dengan isteri dia menuju ke suatu sudut untuk mula mengembangkan otak mereka dengan pelbagai ilmu yang masih baharu. Sementara Adhiyat menunggu, Haniem membawakannya beberapa buku yang menjadi minat dia.

Mereka mula membaca bersama. Tangan Haniem yang tak jauh kelihatan di meja terus dipegang oleh Adhiyat dengan satu tangan lagi memegang buku nya. Haniem yang melihat hanya tersenyum dan membiarkan perbuatan manis Adhiyat itu. Ia terus membuat jantung Haniem berdegup tak berhenti.

Namun setelah dua jam di perpustakaan, Haniem terasa perutnya berkeroncong akibat terasa sedikit lapar. Dia menatap Adhiyat yang masih khusyuk dan kemudian menggerakkan tangan suaminya yang memegang dia. Perhatian Adhiyat segera buat Haniem dengan senyuman.

“Urhmm.. saya lapar lah.”

“La.. yeke? Kalau macam tu kita pergi makan dulu dan.. umi dengan baba pun dah nak balik. Jom.”

Haniem mengangguk. Dia dan Adhiyat menyimpan buku di rak kembali kemudian berjalan keluar menuju ke restoran yang telah ditetapkan.

Adhiyat dan Haniem memilih restoran yang menghidangkan masak lemak lauk kegemaran Haniem. Setelah duduk dan memesan, mereka menunggunya. Beberapa minit hampir ke jam, pesanan mereka akhirnya tiba juga. Adhiyat dan Haniem menikmatinya. Haniem pula nampak begitu seronok menikmati masak lemak dia sehingga buatkan Adhiyat tersenyum.

“Saya tak sangka.. awak suka makan masak lemak.”

Haniem tersenyum sedikit malu. “Maaflah kalau saya.. gelojoh depan awak.”

“Eh, tak adalah. Awak makan tak gelojoh pun. Saya je nampak awak makan dengan sopan je.”

“Awak perli saya?”

Adhiyat ketawa senang. “Haniem, saya tak kisah pun awak makan macam mana sekalipun. Enjoy your meal dan saya pun berselera tengok awak kalau awak makan macam tu.”

“Yeke? Bukan awak.. rasa saya ni pengotor?”

Adhiyat nampak marah. “Kenapa cakap macam tu? Saya tak sukalah kalau awak salah faham dengan saya. Ingat, kita dah kahwin dan segala rahsia, awak kena beritahu saya dan segala salah faham awak, awak kena terangkan kat saya supaya saya boleh bagi jawapannya. Saya cuba nak faham awak Haniem.”

“Saya tahu. Tapi saya minta maaf sebab tak nak tinggal dengan awak sebelum ni dan... dan saya rasa awak nampak macam resah je masa saya kata.. saya tak nak balik.”

“Mestilah saya resah. Awak kan isteri saya dan tanpa awak kat sisi saya, perkahwinan ni takkan.. jadi makna besar dalam hidup saya. Jadi saya minta awak Haniem untuk.. tak salah faham lagi.”

Anak mata dia penuh dengan ketulusan dan pengharapan yang Haniem tahu dia tetap akan lakukannya. Dia mahu mentaati suami dia dengan berada di sisinya.

“Boleh. Tapi saya nak awak beritahu saya apa masalah awak dan dengan perempuan mana awak keluar. Saya tak nak jadi perempuan cemburu buta. Apa yang saya nak, awak jelaskan pada saya je dan saya yakin saya boleh faham maksud awak.”

Adhiyat tersenyum. “Okey. Apa yang awak nak tahu tentang.. partnership saya tu?”

“Urmmm... dia memang selalu pegang awak?”

“Dia tak pernah sentuh kulit saya sebab saya bukan mahram dia dan haram untuk kami bersentuhan. Well, dia cuma tepuk tampar saya setiap kali cerita yang tak kelakar dibuat kelakar. So... itu buat saya rimas dengan perbuatan dia.”

Haniem menarik nafas panjang lalu dia menghulurkan jari kelingkingnya pada Adhiyat. Adhiyat menatapnya pelik.

“Saya nak awak berjanji yang awak takkan pernah tinggalkan saya, takkan pernah.. menduakan saya dan akan selalu faham perasaan saya. Paling utama, awak kena faham perasaan saya dan saya akan cuba faham perasaan awak.”

Adhiyat melingkarkan jari kelingkingnya dengan isteri dia. “Baiklah. Saya berjanji akan setia dengan awak, selalu ada untuk awak dan akan cuba faham perasaan awak.”

“Kalau kita berdua dah buat janji, kita kena saling percayakan satu sama lain.”

“Okey.”

Cinta saling melengkapi antara mereka. Jujur Haniem katakan, inilah bahagia yang dia impikan selama ini. Tidak dia sangka, bahagia itu ternyata ada pada lelaki seperti Adhiyat. Tidak pernah dia nampak sebelum ini cintanya begitu indah.

Mereka berjalan pulang ke rumah dengan menaiki kereta selesai saja menjamu selera. Tiba di rumah Haniem untuk mengambil barang, Hanism terus naik ke tingkat atas dan Adhiyat menyapa Encik Malik dengan bersalaman.

“Ayah...”

“Ayah masuk dulu lah. Ayah penat sikit.” Katanya kemudian melangkah pergi.

Adhiyat sedikit pelik dengan perangai bapa mertuanya. Dia masuk ke dalam rumah sehingga menemui Puan Zahara.

“Kenapa dengan ayah? Dia tak sihat ke?”

“Sihat je. Ad jangan risau, nanti ibu pergi pujuk dia.” Ujar Puan Zahara sambil menghulurkan segelas air oren.

Adhiyat melangkah ke ruang tamu sehingga dia menemui Hanis dan Fikri. Adhiyat duduk di hadapan mereka.

“Kenapa korang duduk kat sini? Mana Fatin?”

“Kenapa kau sibuk pasal anak orang ni?! Kalau nak sibuk, ada lah anak sendiri.”

Sakit hati pula Adhiyat dengan kata-kata Fikri tadi. “Oh, kau berlagak! Bila aku dapat anak yang paling comel nanti, aku takkan bagi kau lawat dia tau.”

“Alah, anak aku lagi comel lah!”

“Dia tak wujud lagi bolehlah kau compare kan! Jangan sampai dia wujud nanti dan lahir dalam keadaan sempurna, kau nak melutut, meraung dengan aku tau.”

Fikri mengejeknya sebelum dihentikan Hanis.

“Hisy, macam budak-budak lah korang ni. Anak siapa paling comel sekalipun, kita patut bersyukur tau dan bukannya compare kan. Anak tu rezeki dan kita kena bersyukur dengan rezeki tu! Hanis tak suka abang berperangai macam ni.” Marah dia pada Fikri.

“Sayang, gurau jelah. Lagipun macamlah abang dengan Ad ni tak pernah rapat. Kitorang kerja satu pejabat, pernah belajar satu universiti dan pernah duduk rumah sewa sama-sama. Takkan lah gurau sikit pun tak boleh.”

“Nak gurau tu berpada lah! Abang pun patut bersyukur kalau anak tu dilahirkan dalam keadaan apa sekalipun. Tak payah nak compare kan!”

Adhiyat senyum manis padanya. “Sorrylah. Abang takkan.. compare kan anak abang dengan anak Hanis. Apa yang abang nak cuma dia sihat je kalau dia lahir kat dunia ni. Tapi masih awal untuk abang fikir tentang anak.”

“Apa pula awal? Hanis kahwin dengan Fik pun.. like sebulan lebih Hanis dah sah mengandung. So rezeki tu melekat abang dan Allah tentukannya.”

“Abang lagi suka kalau dia keluar awal. Tapi sekarang abang nak beri cinta abang pada Haniem sampailah abang tak pernah jemu. Nanti kalau ada anak, Haniem mesti makin sibuk orangnya.”

Hanis mengangguk.

“Awalnya bercakap pasal anak.” Haniem tiba di ruang tamu dengan beg bagasinya.

Adhiyat terus menerpa isterinya dan membantu dia mengangkat beg.

“Alah, perancangan akak. Si Ad ni.. nak sangat timang baby dan dia kata tak salah kalau keluar awal.”

Haniem dan Adhiyat bertatapan.

“Tapi saya tak paksa awak tau. Saya cuma berharap je dan berdoa supaya dia keluar awal sebab saya nak compare kan kecomelan anak saya dengan anak Fik.” Usik Adhiyat pada Hanis.

“Abang! Kan Hanis dah cakap jangan nak compare kan!”

“Sorrylah! Gurau pun tak boleh.”

Fikri mengangguk. “Serius sangatlah Hanis ni! Relax je okey. Kitorang main-main je. Yelah, lagipun Adhiyat dia dah beli rumah baru dan nanti...”

Adhiyat cuba menghentikan Fikri yang kini menekup mulutnya apabila sedar dia terlepas cakap.

“Beli rumah?” Haniem bertanya.

“Urhmm... rumah kucing?”

Haniem kini menatap suaminya dalam. “Explain yourself?”

“Alah sayang, apa salahnya kalau saya beli rumah untuk duduk dengan awak. Lagipun impian saya lepas kahwin dengan awak nak ada.. rumah sendiri.”

“Biarkan aje lah akak! Kak Haniem pun nak macam tu kan?” Hanis bersuara.

Akhirnya Haniem melepas nafasnya. “Yelah. Saya tak kisah apa yang awak nak buat. Asalkan benda tu ada kaitan dengan saya.”

“Okey. Terima kasih.. izinkan saya bahagiakan awak.”

Haniem jadi malu dengan senyuman, tatapan dan sentuhan Adhiyat di hadapan Fikri dan Hanis yang kini berdeham menyedarkan mereka. Tak lama kemudian, Puan Zahara pula tiba.

“Ad, dah minum air?”

“Dah. Terima kasih sebab bagi Ad minum air oren tu. Sekurang-kurangnya tekak Ad tak adalah kering sangat dalam cuaca panas ni.”

Puan Zahara tersenyum. “Benda biasa je Ad. Lagipun ibu tahu Ad penat layan Haniem ni nak ke perpustakaan pula.”

“Apa salahnya kan? Lagipun library tu tak jauh dan bukannya.. kitorang tak biasa pergi sana.”

“Yelah.”

Adhiyat dan Haniem bersalaman dengan Hanis, Fikri dan Puan Zahara memandangkan mereka sudah mahu berangkat menuju ke rumah keluarga Adhiyat pula. Tetapi sedang Haniem bersalaman dengan Puan Zahara, dia memandang sekeliling mencari kelibat ayahnya pula.

“Mana ayah?” Tanya Haniem pada ibunya.

“Ibu serba salah nak beritahu Haniem dengan Ad. Ayah, macam biasalah. Dulu Hanis dan sekarang Haniem. Macam mana hati seorang ayah tak haru.”

Haniem memandang Adhiyat yang turut menatapnya lalu tersenyum seperti memberi isyarat.

“Haniem.. pergi naik atas kejap.” Dia terus mendaki tangga menuju ke bilik ibu dan ayahnya.

Seperti jangkaannya, Encik Malik sedang duduk berhadapan dengan balkoni bilik dalam keadaan yang kelihatan sayu. Bukan setakat kelihatan, namun jelas yang dia sedang menangis memandangkan air matanya kelihatan. Haniem duduk di sebelah Encik Malik lalu memeluk lengan bapanya dan dia melentokkan kepala dia ke atas bahu Encik Malik.

“Kenapa ayah tak keluar? Haniem dan nak pergi dah dan.. Haniem akan datang sini sekali-sekala.”

Encik Malik mengusap air matanya.

“Ayah pernah ajar Haniem untuk hidup berdikari dulu sebelum Haniem ke universiti. Haniem tak biasa duduk seorang-seorang dan lebih-lebih lagi bila berjauhan dengan ayah dan ibu. Haniem masih lagi ingat, ayah sanggup sewakan apartmen untuk beberapa bulan dan ayah biar Haniem duduk kat sana. Tapi sesaat pun ayah tak pernah tinggalkan.. bangunan tu.”

Encik Malik tersenyum. “Untuk anak-anak ayah, ayah sanggup buat apa saja.”

“Sebab tu Haniem tak nak lukakan hati ayah walau sikitpun. Haniem dah pernah duduk seorang-seorang, tanpa ayah, tanpa ibu, tanpa Hanis dan tanpa Haris. Semuanya okey je tapi Haniem.. rindukan ayah sangat-sangat. Akhirnya Haniem tahu.. Haniem tak boleh berjauhan dengan ayah.”

Encik Malik mengusap kepala Haniem lembut. Dia menatap ayahnya dalam ke anak mata begitu juga dengan Encik Malik.

“Kalau ayah rasa Haniem bersemangat nak keluar, ayah silap. Haniem berat sangat hati ni nak pergi dari rumah yang beri Haniem banyak kenangan. Tapi ayah pernah beritahu Hanis yang tanggungjawab isteri terletak pada suaminya. Haniem... kena teguhkan hati, cekalkan minda untuk bersama Adhiyat.”

“Betul apa yang kak Haniem cakap ayah.” Hanis tersenyum di muka pintu lalu dia pun duduk di samping ayahnya sambil melakukan benda yang sama dengan apa yang Haniem buat.

Encik Malik mengusap tangannya.

“Ayah sedih bila Hanis kahwin dan Hanis.. tak pernah nampak semua tu. Bila akak kahwin, Hanis nampak juga akhirnya air mata ayah yang sama dengan masa majlis Hanis. Mungkin Hanis.. terlalu marahkan ayah sebab lebihkan akak. Sekarang Hanis faham perasaan ayah dan Hanis.. sayangkan ayah sangat-sangat.”

“Siapa kata ayah tak sedih bila tengok Hanis naik pelamin? Air mata kegembiraan yang tak terkata, terharu dan sangat... gembira tengok Hanis pakai baju kahwin, lengkap dengan majlis dan.. Hanis buat ayah sedar yang ayah dah semakin tua bila anak-anak ayah naik pelamin.”

“Ayah mana tua. Masih handsome lagi kut!” Seloroh Hanis sehingga buat ketawa Encik Malik dan Haniem meletus.

“Tapi ayah harap.. Hanis dan Haniem boleh berjaya dunia dan akhirat. Ayah harap, Hanis dan Haniem boleh berjaya menjadi isteri yang terbaik buat suami.”

Hanis dan Haniem memeluk erat lengan Encik Malik.

“Haniem dan Hanis janji... akan selalu mentaati suami kami dan akan pastikan tanggungjawab kami dilakukan dengan sempurna macam perkahwinan ayah dengan ibu.”

“Baguslah. Buat ayah bangga dan beri keceriaan pada rumah ni juga. Jangan lepas pindah, Haniem nak lupakan ayah. Bila Hanis habis berpantang nanti, dia pun akan pergi juga dan ayah nak Hanis pun buat benda yang sama.” Pesannya begitu tegas.

Hanis dan Haniem ketawa lalu mengangguk.

“Haih... bergembira seorang-seorang nampak!” Haris menegurnya di muka pintu dengan Puan Zahara. “Tengoklah bu, ayah sayang kak Hanis dengan kak Haniem je. Bila turn Haris, langsung tak diendahkan nya.”

Puan Zahara memeluk Haris yang menangis.

“Alah, manja sangatlah kau ni!”

“Biar lah!” Marahnya.

Haniem tersenyum dan dia mendepakan tangannya. “Come here. Kita ambil gambar nak? Family picture? Lagipun dah lama dah kita tak ambil gambar keluarga sama-sama.”

Haris segera mendekati dengan kameranya sehingga buatkan Puan Zahara dan Encik Malik mengeluh berat. Untuk terakhir kali, mereka mengambil gambar bersama. Haniem sudah pergi meninggalkan rumah demi mengikut suami tercinta dia dan nanti Hanis juga akan mengikuti jejaknya. Untuk Haris, agak mustahil.

Semasa berpelukan antara satu sama lain, Haniem melihat wajah Adhiyat di sebalik dinding tangga sedang tersenyum ke arahnya. Dia tahu betapa bangganya Adhiyat melihat dirinya dengan keluarga.

“Ad!” Encik Malik mendekati Adhiyat apabila dia perasan akan keberadaan Adhiyat.

Adhiyat menunduk.

Encik Malik mendekatinya kemudian dia memeluk menantu dia erat. “Ingat pesan ayah sebelum ni. Jaga dan jangan pernah lukakan hati Haniem. Ayah serahkan.. tugas ayah yang selama ni pada Adhiyat. Tapi jangan pernah ingat tugas ni sepenuhnya milik Ad. Ianya separuh untuk ayah.”

“Baiklah. Saya janji akan jaga dan takkan pernah lukakan Haniem. Kalau saya... buat semua tu, saya takkan maafkan diri saya.”

Encik Malik meleraikan pelukan dan dia tersenyum pada Adhiyat.

Kini Haniem dan Adhiyat pun berangkat pergi. Di dalam kereta, Haniem yang mengalirkan air mata tersenyum menatap cermin sisi di mana wajah keluarganya kelihatan. Dia menyeka air matanya. Perhatian Adhiyat penuh pada dia walaupun sedang memandu, dia memegang tangan Haniem dengan eratnya. Dia tahu bukan mudah perpisahan ini. Tetapi dia mahu jalankan tanggungjawabnya sebagai suami Haniem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience