HANIEM memang mencabar hati lelaki Adhiyat apabila dia begitu ramah dengan Huzair sehingga Adhiyat menahan marahnya di dalam hati. Tetapi layanan mesra Maya dan dia yang terlalu ingin bersosial buatkan Adhiyat sesekali bengang juga.
“Maya, ambilkan abang air boleh?”
Maya mengetap. “Alah, abang ambil sendiri lah. Dekat je tu kan? Maya nak check likes kat instagram ni dah berapa.”
“Apa yang penting sangat? Majlis ni tak habis pun lagi Maya dah melekat dengan fon. Habis abang ni tunggul ke kat sini?”
“Abang, kat sini ada je orang yang boleh ambilkan air untuk abang. Ataupun abang minta kak Haniem tu ambilkan air untuk abang. Maya sibuk ni!”
Adhiyat merengus. “Teruslah dengan telefon tu. Nanti abang jamah Maya dengan simkad nya sekali. Asam pedas simkad.”
“Hisy, melampau lah abang ni! Abang ambil sendiri okey?”
Terpaksalah dia ambil sendiri je minumannya. Adhiyat menuangkan minumannya lalu meneguk. Kini dia makin panas apabila Haniem boleh bergelak ketawa dengan Huzair di meja lainnya dan isterinya juga melayan Huzair begitu manis.
Selesai makan beradab, Adhiyat menyapa teman lama di kampungnya. Dia berbual dengan mereka sehinggalah mereka meminta diri untuk pulang.
“Ad, tahniah lah aku ucapkan.” Fikri tiba dengan Mikael.
“Terima kasih. Baguslah kalau kau... ucapkan tahniah juga pada aku sebab aku ni... tahu kau marahkan aku.”
“Aku nak yang terbaik untuk kau. Tapi kalau Haniem dah boleh terima kenyataan, aku okey je lah.”
Adhiyat tersenyum padanya.
“For me, Mika nak minta maaf pada.. Fik dan abang Ad sebab... sebabkan perangai Maya tu.”
“Tak perlu minta maaf Mika. Abang yang dah mengandungkan dia dan abang perlu bertanggungjawab. Perkahwinan ni dilangsungkan semuanya sebab tanggungjawab yang abang kena hadapi. Abang sedar yang.. anak dalam kandungan Maya tu penting untuk abang.”
Mikael mengangguk. “Tapi Mika tak salahkan abang. Cuma Mika kecewa sikit dengan perangai abang dan Maya. Allah dah tetapkan semuanya dan Mika tak boleh letak kesalahan sepenuhnya pada korang berdua. Kalau dah semua okey, okey lah jawabnya.”
“Tulah. Mika pun... abang dah lama tak jumpa. Putus cinta ke sampai bawa diri?”
“Hisy, dalam kamus hidup Mikael ni, tak ada istilah putus cinta lepastu bawa diri. Mika kerja lah. Lepastu lusa ingat nak balik KL sebab nak jenguk abang Maz. Maya kata dia tak datang pula ke kampung ni.”
“Baguslah. Umi pun risaukan abang Maz sebab dia telefon tak angkat.”
“Tak apalah, nanti Mika jenguk dia dan Mika inform apa-apa tentang dia.”
Jika Mikael sudah berkata begitu, baguslah. Adhiyat pun risaukan juga tentang Mazlan yang langsung tiada khabar berita apa-apa pun.
“Tapi Ad, kau perasan tak apa-apa?” Tanya Fikri kemudiannya.
“Perasan.. apa?”
“Tentang isteri kau?”
Adhiyat berpaling memandang Maya yang masih sibuk dengan telefonnya.
“Bukan isteri tu. Isteri yang seorang lagi. Yang paling kau sayang.” Katanya.
Adhiyat mengerti. Dia tak berpaling memandang Haniem sebab dia tahu pemandangan apa. “Dahlah, kau jangan nak sakitkan lagi hati aku ni.”
“Hati kau sakit ke? Ada pula kau perasaan pada isteri kau.”
“Ada lah. Tengoklah apa Huzair buat? Aku ni sebagai suami Haniem, langsung dia tak ada datang dekat aku dan ucapkan tahniah ke, good luck ke ataupun jaga jarak bila dengan isteri aku sebab Nur Haniem masih isteri aku.”
Fikri senyum sinis menatap Mikael yang hanya mengangkat kening.
“Aku rasa... aku setuju dengan apa yang dia buat. Aku tak nak dia datang dekat kau dan ucap tahniah. Tapi aku nak dia datang ucap takziah dan goodbye untuk kau. Kau nak dia jaga jarak bila dengan isteri kau sedangkan kau pula langsung tak ada jarak dan terus buat si Maya tu mengandung. Nur Haniem masih isteri kau sebab kau kekalkan title tu. Pada aku Nur Haniem bukan lagi isteri kau untuk selama-lamanya.”
Adhiyat merengus geram.
“Lebih baik kau lepaskan dia supaya dia boleh bersama dengan Huzair.” Cadangnya.
“Aku takkan lepaskan dia untuk lelaki macam tu! Apa yang Haniem lalui sebelum ni dengan dia, apa tak cukup ke kesakitan tu? Kau nak tambah luka lagi dalam hati Haniem?”
“Kau takut orang lukakan hati dia. Tapi kau sendiri... buat hati dia terluka. Jangan suka sangat nak jadi hero Ad sebab kau tak dapat jalani tanggungjawab kau.”
Adhiyat berpaling memandang Fikri. “Aku nak sempurnakan tanggungjawab aku. Tapi aku tak ada pilihan dan setiap kali aku nak bersama dia lagi, dia selalu buat pilihan pada aku sampai aku buntu nak pilih yang mana satu. Kau tak ada kat tempat aku dan kau tak rasa apa yang aku rasa.”
“Aku tak nak buat kau marah. Tapi selagi kau masih cintakan isteri pertama kau, kau akan abaikan tanggungjawab pada isteri kedua kau. Mikael abang kepada Maya dan jika terjadi apa-apa pada adik dia, Mika berhak marah kau!”
Adhiyat menatap Mikael.
“I’m just a brother dan Mika nak yang terbaik untuk Maya. Perangai dia tu memang... annoying. Tapi dia lah adik bongsu yang Mika ada dan Mika diberi amanah untuk jaga dia kalau abang tak boleh.”
“I will take care of her. Abang juga takkan lupakan tanggungjawab abang pada Haniem. Abang akan cuba berlaku adil.”
Mikael menepuk bahu Adhiyat.
“Tapi aku nak kena balik dah petang ni. Aku uruskan hal syarikat untuk kau. Tapi make sure kau balik KL juga tau. Aku bukannya apa. Aku ni.. bukannya boleh handle sangat syarikat.” Balasnya kedengaran memohon.
“Alah, sebelum ni boleh je. Aku janji takkan lepaskan tanggungjawab company macam tu je. Kau settle kan hal kat sana dan nanti aku tolong.”
“Boleh je. Tapi aku macam nak si Osman tu pergi cepat je dari office kita. Perangai curi makanan dia, makin menjadi-jadi.”
Adhiyat ketawa kecil.
“Oh ya, si Osman. Actually, dia memang macam tu. Tak pernah berubah curi makanan dia tu sebab dulu pun memang macam tu. Tapi, sabarlah sikit dengan perangai dia.”
“Sebab kitorang sabarlah kitorang masih simpan jawatan dia.” Jawab Adhiyat.
“Tapi dia dah nak.. keluar dari company tu kan? Dia pun.. dah improve bakat dia kan?”
“Bolehlah.”
Itu sudah memadai.
Akhirnya saat untuk Fikri dan keluarga pulang sudah tiba. Adhiyat bersalaman dengan Fikri namun Encik Malik masih memberikan dia reaksi yang sama. Adhiyat masuk ke dalam rumah dan dia kemudiannya duduk di tingkap menatap Encik Malik dengan perasan yang bersalah.
“Setiap orang buat silap Ad. Janji setia yang dilafazkan, hanya Allah yang tahu perancangannya.” Datuk Azlan bersuara.
“Ad rasa bersalah dengan ayah. Ad tak nak benda ni jadi. Tapi ia dah jadi dan sejauh mana Ad cuba lari, benda tu terus mengejar Ad.”
“Ayah faham. Ayah tak boleh marahkan Ad sepenuhnya sebab ayah tak nak hubungan kita renggang sebagai menantu dan mertua. Ad buatlah apa yang Ad rasa... terbaik.”
Adhiyat menatap keluar rumah lagi. “Ini yang terbaik.. kalau dia yang nak. Ad terluka atau merana sekalipun, Haniem takkan pernah nampak sebab kami berdua takkan faham perasaan satu sama lain.”
“Fikirkan yang terbaik untuk masa depan Ad dan Haniem.”
“Insha-ALLAH.” Jawab Adhiyat.
Encik Malik keluar untuk bersalaman dengan Datuk Azlan yang menghantarnya pulang. Datuk Azlan pun esok dah nak kena pulang ke rumahnya sendiri.
Adhiyat masuk ke dalam bilik di waktu maghrib itu. Dia nak bersiap untuk solat maghrib. Setelah masuk, dia didorong Maya sehingga jatuh ke atas katil yang buatkan Adhiyat segera bangun meninggalkan Maya.
“Apa Maya buat ni?”
“Abang ni kecoh lah! Kita kan dah kahwin dan tak apa nak buat semua ni pun.” Katanya.
Adhiyat mengeluh. “Abang nak solat dulu. Maya pun patut fikir untuk solat sekali. Sebelum ni Maya tipu Opah. Kata solat, bila orang dah sujud, Maya masuk bilik. Tak takut dosa ke?”
“Dosa? Abang tak ada hak tau nak bercakap pasal dosa dan pahala kalau abang sendiri tak bertaubat dan tak sedar apa yang dah jadi sekarang.”
“Abang sedar abang berdosa. Abang banyak kali bertaubat. Tapi antara taubat abang diterima atau tak, itu bukan kerja abang. Abang hanya boleh tawakal je.”
Maya menggaru telinganya perit nak mendengar. “Apa-apa pun, Maya nak luahkan cinta Maya pada abang. Takkan lah itu dikira dosa juga walaupun kita ni pasangan suami isteri.”
“Maya kan tengah mengandung sekarang. Berapa banyak anak Maya nak? Just rest okay.”
“Maya tak rasa penat pun lah!”
“Tapi abang penat. Abang nak kena pergi solat dulu, kemaskan kat luar tu. Kalau Maya nak ikut abang basuh periuk, tak apa.”
Maya mengetap. “Tak kuasalah! Periuk dah lah bekas orang makan, banyak sisa makanan pula and nak basuh? Malaslah!”
“Nampak? Kalau macam tu abang ada banyak kerja dan Maya rest je. Kandungan tu penting.”
Adhiyat kembali keluar dari bilik manakala Maya merengus geram. Inilah jadinya kalau menipu.
Setelah keluar, Adhiyat segera menuju ke tempat solat mereka semua.
“Ha Ad! Mana si Maya nya?” Tanya Opah.
“Maya dia.. dia nak rest.”
“Selalu je rehat! Rehat dengan apa tu? Telefon?”
“Dahlah tu Opah. Dia kan tengah mengandung dan memang ada habit dia tersendiri.”
“Rabbit?” Kata Opah Hawa.
Adhiyat senyum. “Habit. Tabiat dia.”
“Oh, cakaplah! Tapi orang mengandung ni, mana boleh dimanjakan sangat. Si Umai tu, Opah tak manjakan dia, boleh je dia berdikari sendiri. Bila air ketumbang dah pecah, rileks je dia pergi cuci baju. Macam tu lah! Bukannya mual sikit rehat, pening sikit urut. Biasalah simptom orang mengandung.”
“Biarlah Maya tu. Nanti kalau dia keguguran, susah Ad.”
Opah Hawa masih tak buat pasti.
“Mak ni! Dah-dah lah tu. Kita nak solat dah ni.” PakSu Hairi bersuara.
“Ha yelah! Laungkan azan.”
PakSu Hairi melaungkan azan dan mereka sekeluarga mula solat maghrib dan Isya’ bersama-sama.
Selesai solat, Adhiyat melipat sejadahnya dan dia melihat Haniem berbual dengan Umai di belakangnya. Tangan Haniem ditatapnya sebelum dia melihat Haniem berhati-hati dengan tangan dia. Adhiyat memegang tangan Haniem membuatkan dia terkejut lalu dia membawa Haniem keluar dari rumah.
“Nak pergi mana malam-malam tu?” MakSu Zainal berbisik.
“Biarlah. Yang isteri dalam bilik tu bukannya ambil kisah pun! Yang ni nak dikisahkannya. Biarkan.”
“Kalau dia fikir bukan-bukan macam mana Opah? Panas baran Adhiyat tu, macam tak hilang lagi je.”
Opah Hawa mengeluh. “Opah tak boleh nak bercakap banyak. Biar Ad tu uruskan hal dia sendiri.”
“Tapi charming juga kan kisah cinta diorang.” Kata Reza.
“Memang pun! Jealous tak bertempat si suaminya.”
“Betul tu Mika! Dari tadi pun aku nampak juga walaupun jauh.”
Mikael dan Reza ketawa serentak.
Adhiyat membawa Haniem sehingga ke kereta. Dia membuka pintu kereta lalu ditolak Haniem duduk di kerusi. Haniem menatapnya dalam.
“Apa abang ni?!”
Adhiyat hanya bereaksi biasa. “Tangan Haniem okey?”
Haniem menatap tapak tangannya.
“Tunggu sini. Abang ada kit dan biar abang rawat luka tu.” Adhiyat berlalu pergi ke tempat duduk penumpang. Dia mengambil kit kecemasan dan turut mengambil kerusi. Dia duduk di hadapan Haniem.
“Haniem boleh rawat luka ni sendiri.”
“Tapi abang nak balut, nak rawat dan nak jaga. Jangan degil sebab abang masih sah suami Haniem walaupun abang berkahwin dengan perempuan lain.”
Haniem terdiam.
Adhiyat merawat lukanya debgan berhati-hati dan ini buatkan jantung Haniem berdegup buatnya. Adhiyat menatap Haniem dengan tangan dipegang kuat.
“Suka.. jumpa dengan bakal suami?”
Pandangan Haniem berbeza sudah untuk Adhiyat. “Apa maksud abang?”
Adhiyat senyum sinis. “Pura-pura tak tahu. Abang tanya, suka ke jumpa dengan bakal suami tadi?!”
“Apa abang ni? Bakal suami? Siapa?”
“Eh Haniem, cukuplah berlakon lembab! Apa Haniem ingat abang tak nampak ke apa yang Haniem buat tadi belakang abang? Konon, konon pura-pura sibuk! Kenyataannya Haniem nak ambil perhatian lelaki kat majlis tadi kan?!”
Sebaik saja suara Adhiyat meninggi, Haniem kelihatan sedikit marah. “Tentang Huzair lah kalau macam tu?”
“Siapa lagi kalau bukan mamat tu?! Mamat yang menyakitkan mata layan Haniem ibaratkan Haniem isteri dia. Dia tak sedar ke yang Haniem masih isteri abang. Isteri Adhiyat Iman yang tak dilafazkan cerai lagi!”
“Huzair baru je datang abang. Dia datang sini sebab kerja dan singgah sini sebab dia dapat tahu abang dah kahwin. Dia akan balik tak lama lagi dan tolonglah jangan tinggikan suara macam ni.”
Adhiyat mengusutkan rambutnya. “Habis Haniem nak cakap yang dia tak anggap Haniem sebagai apa?”
“Kami cuba berkawan.”
“Abang penatlah Haniem kalau hanya kata kawan yang Haniem maksudkan tu ialah tempoh pengenalan Haniem dengan dia yang akan buat hubungan korang beranjak ke arah lainnya!”
Haniem buntu.
“Janganlah buat macam ni. Abang perlukan Haniem dan abang takkan sesekali lepaskan Haniem.”
“Suatu hari nanti, Haniem akan pergi juga sebab Haniem tak nak rumahtangga abang dengan Maya hancur macam tu je. Tolonglah faham Haniem.”
Lama mereka menatap satu sama lain sehingga buatkan kedua-duanya sebak. Tak lama selepas itu, Maya mula naik angin.
“Abang!”
Adhiyat segera bangun mendekati Maya.
“Abang kata abang penat tadi kan? Boleh pula abang menggatal dengan kak Haniem ni kenapa?! Ini.. malam pertama kita berdua!”
“Kitorang borak je.” Balas Adhiyat.
“Borak je? Kalau macam tu payah pegang-pegang tangan, tengok satu sama lain. Dalam kereta pula tu dan abang tak takut ke kalau orang salah faham?!”
“Nak salah faham kenapa? Haniem ni pun isteri abang juga kan?”
Maya mengetap. “Dengar sini kak Haniem, selama ni Maya baik dengan kak Haniem sebab Maya tak kenal kak Haniem. Sekarang bila Maya dah kenal kak Haniem, Maya nak kak Haniem.. jauhkan diri kak Haniem daripada abang! Dia suami Maya dan bila anak dalam kandungan Maya dilahirkan, barulah kak Haniem boleh berkepit dengan dia! Jangan suka sangat berdrama!”
Haniem hanya tunduk.
“Maya nak abang, ikut Maya dalam bilik juga. Maya tak nak abang dekat dengan kak Haniem!” Maya segera membawa Adhiyat masuk ke dalam bilik.
Adhiyat mengeluh. “Kenapa dengan Maya ni? Kak Haniem tu pun isteri abang. Tak boleh lah nak halang dia macam tu bagai.”
“Kalau Maya tak halang, makin menjadi-jadi pulak! Maya tak kira, lusa Maya ada photoshoot dan Maya nak abang ikut Maya balik KL tanpa kak Haniem. Dia ada kawan dan dia boleh ikut kawan dia!”
“Yelah. Cuma abang tak nak Maya marah-marah lagi.”
Maya menarik nafas panjang lalu mengangguk. “Okey. But tonight is.. a special night.”
“No it is not. Abang tidur dulu dan selamat malam.” Adhiyat melenakan dirinya di atas katil tanpa mempedulikan kemarahan Maya yang membuak-buak.
Share this novel