bab 61

Romance Completed 1369

ADHIYAT memegang kepalanya yang memang terasa pening sejak beberapa hari ini. Dia pun tak pasti dengan dirinya. Tapi lepas dia balik hantar Maya, kepala dia memang tak boleh bawa bincang. Setelah itu dia tidak apa-apa tetapi masih lagi ada simptom tersebut. Adhiyat hanya berehat di katil buat seketika sehinggalah akhirnya dia dikejutkan dengan suara lembut isterinya.

“Sayang, awak dah balik dari kerja?”

“Dah. Kenapa tidur petang-petang ni?” Risau Haniem.

“Tak ada apa-apa lah. Abang cuma nak rehat kejap je.”

Haniem mengangguk. “Okeylah. Haniem nak masak ni. Abang solat tak lagi?”

“Dah. Haniem pergi lah solat dan nanti abang masakkan untuk Haniem.”

Haniem berkerut menatapnya.

“Kenapa? Haniem tak percaya abang pandai masak?” Tanya Adhiyat ragu-ragu dengan wajah isteri dia.

“Tak adalah, abang tak pernah masak pun. Kenapa tiba-tiba?”

“Alah, abang tak nak Haniem... sakit. Jadi apa salahnya kalau abang masak. Lagipun abang tak pernah masak tau sebelum ni. Ini kali pertama abang masa special untuk isteri abang.”

“Okey. So abang nak masak apa?”

Adhiyat memikirkannya. “Memandangkan sayang suka masak lemak cili api, abang buatkan untuk Haniem.”

“Tapi bahan dia susah sikit tau.”

“Alah, buku resipi Haniem kan ada. Haniem pergi mandi sekarang dan nanti Haniem turun ke bawah. Okey?”

“Okey. I hope you... did a great job.”

Adhiyat mengangguk. Dia terus turun ke tingkat bawah menggagahkan dirinya.

Bahan-bahan dikeluarkan dan dia mula memasak masak lemak yang menjadi kegemaran Haniem. Semuanya dia campur dan apa yang Adhiyat tahu, jika ditambah air seafood, mungkin ia akan jadi lebih sedap. Dia panaskan sotong lalu airnya diletakkan ke dalam masak lemak. Adhiyat perahkan limau sedikit dan rasanya sudah sedap pada dia dengan masamnya.

Selesai saja, dia menghidangkan semua lauk-pauk sehingga akhirnya Haniem tiba juga di tingkat bawah. Dia menatap kagum dengan masakan suaminya yang berbau harum juga. Haniem duduk di kerusi yang ditarik Adhiyat.

“Abang masak semua ni?”

Adhiyat mengetap. “Mestilah abang masak. Apa Haniem ingat abang ada masa ke nak keluar lepastu pergi belikan yang dah siap? Ini abang buat special untuk Haniem.”

“Okey, bau pun sedap. Tapi kita kena lah rasa untuk tahu lebih sedap ke tidak.”

“Rasalah. Abang ambilkan untuk Haniem.” Dia meletakkan kuah masak lemak dan ayam ke dalam pinggan Haniem.

Dengan doa yang dibaca, Haniem mula menyuapkan masak lemak ke dalam mulutnya. Tetapi ada satu rasa yang tak boleh ditelan oleh Haniem tetapi digagahkan apabila melihat wajah suaminya. Sedap memang sedap, cuma Haniem alah pada bahan yang digunakan Adhiyat dalam masakkannya yang Haniem tak pernah rasakan.

“Macam mana? Sedap tak?”

“Hmm. Pandai abang masak. Abang belajar... dari umi ke?”

Adhiyat gembira. “A’ah. Cuma abang tambahkan ingredient yang... umi tak letak.” Balasnya.

“Apa tu?”

“Seafood.” Jawab dia.

Padan pun. Haniem memang alah dengan makanan laut. Di rumah ini, hanya Adhiyat seorang saja yang makan udang malah Haniem tidak. Cuma dia tak sangka Adhiyat boleh letakkan bahan tersebut.

Selesai sahaja makan, Adhiyat dan Haniem lebihkan masa dengan menonton televisyen. Haniem mula terasa mual dan badannya sedikit gatal-gatal. Cuma dia masih boleh menahan lagi rasa gatal itu. Apabila malam menjelma, Haniem sudah tak dapat menahannya lagi semasa dia sedang bersiap hendak solat. Dia juga muntah sebabkan alahan tersebut. Akhirnya Haniem pengsan jua.

Dia dikerjakan ke hospital dan wajah suaminya yang begitu risau kelihatan. Haniem melalui beberapa rawatan dan kemudiannya dipindahkan ke wad. Adhiyat kekal di samping isterinya sehingga dia sedarkan dirinya.

“Ad, mana Haniem?” Adhiyat yang baru keluar membeli minuman terserempak dengan Puan Zahara.

“Ada dalam bilik wad.”

“Ibu pergi tengok dia ya.” Puan Zahara dan Encik Malik melangkah ke bilik wad menemui Haniem.

Kini Datin Haliza dan Datuk Azlan pula tiba.

“Mana Haniem, Ad?”

“Ada dalam bilik wad umi. Ibu dengan ayah dah pergi check dah.”

Datin Haliza meraut wajahnya. “Macam mana benda ni boleh terjadi? Kenapa Haniem masuk hospital ni?”

“I think... ini semua salah Ad.”

“Kenapa?”

Adhiyat mengeluh. “Ad masakkan untuk Haniem tadi. Tapi Ad tak tahu yang dia alergi dengan seafood sampai Ad masukkan air seafood dalam masak lemak tu.”

Datin Haliza memukul bahunya. “Mana ada orang letak air seafood dalam masak lemak? Tak pernah dibuat orang tau!”

“Manalah Ad tahu. Biasanya kalau letak air seafood je, mesti makanan tu sedap.”

“Budak bertuah! Nasib baik Haniem tu alergi. Kalau keracunan makanan, kamu yang dapat susah nanti.”

Adhiyat makin risau.

“Sudahlah tu Liza. Benda dah nak jadi dan Haniem pun alergi je. Kita dah tahu masalah dia dan insha-ALLAH, Allah akan permudahkan segala urusan.”

Datin Haliza terpaksa sabar dengan perangai Adhiyat.

Mereka keluar masuk bersama untuk melihat keadaan Haniem. Hanya Adhiyat yang tak tinggalkan Haniem memandangkan dia terlalu risaukan keadaan Haniem yang masih tak sedarkan diri lagi kesa daripada ubat tidur yang diberikan doktor tadi. Kulit merahnya disentuh Adhiyat dan dia begitu berasa bersalah terhadap isterinya.

Haniem akhirnya sedarkan diri di subuh esoknya. Adhiyat, Datin Haliza, Datuk Azlan, Encik Malik dan Puan Zahara menemaninya.

“Haniem.. kat mana ni?”

“Sayang ada dekat hospital sekarang. Abang minta maaf tentang apa yang jadi.” Katanya.

Haniem baru teringat lalu dia tersenyum nipis. “It’s okay. Abang tetap masak sedap.”

Terharu Adhiyat

“Haniem, umi minta maaf bagi pihak Adhiyat. Ad tak pernah masak sebelum ni. Bila masak je, terus dia bawak Haniem ke hospital ni hah.”

“Haniem tak salahkan Ad pun. Haniem pun tak beritahu abang yang Haniem alergi dengan seafood.”

Datin Haliza mengeluh.

“Lupakan lah. Yang penting sekarang Haniem dah sedarkan diri dan doktor pun kata kalau Haniem terus sapu ubat, hilang lah gatal-gatal tu. Cuma Haniem kena banyak berehat.”

Kata Puan Zahara ada benarnya. Mereka tak beri Haniem tekanan malah suruh dia terus berehat.

Menjelang ke petang, Adhiyat menghantar semua keluarganya yang begitu risaukan Haniem ke kereta mereka. Kata mereka, jika Haniem sudah boleh keluar, mereka minta informasinya dengan segera. Tidak disangka juga yang berita ini boleh meluas sehingga Qila turut hadir.

“Kau tak apa-apa Haniem? Aku risaukan kau lepas aku tahu daripada adik kau Hanis yang kau masuk hospital.”

Haniem tersenyum. “Aku okeylah. Alergi sikit je.”

“Alergi? Kau makan apa?”

“Seafood.”

“What?! Seumur hidup kau, kau tak pernah nak makan seafood walaupun ada yang masak, ni kau boleh makan? Kau ni tak sayang nyawa ke apa.”

Haniem menunjuk ke arah Adhiyat di belakang Qila yang buatkan Qila menggigit bibirnya.

“Jadi, encik suami lah yang masakkan sampai kau terlentang dalam wad ni?”

“Hello, dia tak terlentang pun! Masuk wad biasa je.” Kata Adhiyat membaiki ayat Qila.

“Tapi Haniem duduk atas katil juga kan?”

“Masalahnya dia tak terlentang pun. Haniem baring elok je.”

Qila merengus jengkel. “Baiklah tuan Ad yang disanjungi oleh Haniem.”

Haniem ketawa melihat mereka.

“Tapi kau serius lah okey Haniem? Aku risau kan kau tau.”

“Aku okey Qila. Kau ni kenapa gelabah sangat? Aku alergi dan bukannya tak biasa semua ni. Sebelum ni pun pernah je jadi. Aku bukannya keracunan makanan pun. Kau tak payah risau. Esok aku dah boleh balik dah.”

Qila menatap Haniem lama. Dia berpaling memandang Adhiyat. “Esok awak kerja kan Ad?”

Adhiyat mengangguk.

“Okey, biar saya jaga Haniem. Lagipun awak mesti sibuk dan nanti Haniem seorang-seorang. Kesian pula kat dia.”

“Baguslah awak dah offer. Baru je saya ingat nak ambil cuti untuk stay dengan Haniem. Kalau awak dah kata macam tu, saya okey je.”

“Baguslah. Haniem, aku jaga kau esok. Kau kena rehat je sepanjang hari tau dan aku ni sebagai kawan kau yang risaukan kau takkan benarkan kau untuk buat kerja berat-berat lagi!” Pesannya gaya dah mak-mak.

Haniem mengangguk.

Adhiyat tersenyum melihat mereka. Telefonnya yang berdering membuatkan dia mengeluarkan telefon dan mengangkat panggilan itu.

“Abang.”

“Maya. Kenapa call ni?” Tanya dia.

Haniem terpaku menatapnya. Maya lagi yang menelefon Adhiyat.

“Maya nak minta tolong something. Boleh tak abang ambil Maya?”

“Mana kereta Maya?”

“Sebenarnya, Maya kena kejar dengan ex-boyfriend Maya. Maya takut sangat abang bila dia rapat-rapat dengan Maya. Sekarang Maya ada kat studio dan dia masih ikut Maya.” Adunya manja.

“Yelah, abang datang sekarang. Maya beritahu Maya kat mana.”

“Okey. Maya ada dekat studio yang abang pernah datang nak ambil barang dulu tu.”

Adhiyat mengingatkannya. “Oh, okey. Buat masa sekarang, Maya tunggu kat guard dulu.”

Maya mengiakannya lalu mematikan panggilan.

“Sayang, abang keluar kejap pergi ambil Maya. Katanya ex boyfriend dia menggila. Abang risau juga. Nanti abang datang balik ya.” Katanya. Dia mencium dahi Haniem lalu beredar pergi.

Setelah Adhiyat beredar pergi, Qila menatap Haniem. Jelas sekali dia kecewa lagi. Tangan Haniem dipegangnya erat.

“Aku faham perasaan kau Haniem.”

“Kenapa mesti Maya yang dia lebih pentingkan berbanding aku? Kenapa dia nak sangat.. tolong Maya berbanding aku isteri dia? Kenapa dia tak nampak aku yang sakit dan bukannya Maya?” Sebak suara Haniem menahan tangisan.

“Aku rasa ini semua salah Maya. Perempuan tu ada rancangan untuk perkahwinan kau dan kau tak boleh percaya semuanya. Percayalah, yang dia tu sengaja perangkap Ad.”

“Kenapa dia nak perangkap Adhiyat?”

“Sebab dia sukakan suami kau, mungkin.” Jawabnya.

“Aku tak rasa hubungan diorang macam tu. Daripada apa yang aku nampak, Ad pernah layan dia macam tu sebelum ni sampai dia terbiasa. Aku takut kalau Ad sebenarnya ada perasaan pada Maya.”

“Hisy, tak mungkin lah! Ini semua rancangan Maya dan kau tak boleh percaya okey?”

Haniem mengeluh. “Sebelum ni pun Ad ada cakap pasal Humairah. Perempuan yang dia pernah suka dulu. Dia cakap hubungan dia habis macam tu je disebabkan sepupu dia. Tak mustahil kalau Maya pun... sama.”

“Haniem, lebih baik kau tanya Ad. Kau dah mula mengarut tau dan nanti bukan main lagi kepala kau fikirkan yang bukan-bukan.”

Haniem menatapnya.

“Kau tak nak kehilangan suami kau kan? Jadi percayakan dia dan minta dia jelaskan. Aku yakin Maya tu sengaja dan kau kena percayakan aku.”

Haniem senyum nipis. “Baiklah.”

Esoknya, Haniem pulang dengan Adhiyat dan diekori dari belakang oleh Qila. Nampaknya suami dia memang sibuk dan Haniem ragu-ragu nak bertanyakan tentang Maya kepada suami dia. Akhirnya dia memilih untuk berdiam diri sekali lagi takut dilabel mengawal.

Tiba sahaja di rumah, Adhiyat membawa Haniem ke sofa dengan Qila mengekorinya.

“Okey, terima kasih Qila sebab sudi jaga Haniem. Nanti saya bagi awak ganjarannya dan awak decide awak nak apa.”

Qila senyum bangga. “Yeke? Boleh je. Saya nak coklat besar.”

Adhiyat mengangguk tenang. Dia berpaling memandang Haniem. “Malam ni abang tak balik tau dan Qila yang akan jaga Haniem. Abang.... abang ada kerja kat office.”

“Okey. Jangan lupa makan.”

“Ya sayang. Ingat, jaga kesihatan tau.” Pesannya pula.

Haniem mengiakan.

Keluar sahaja dari rumah, Qila mengekorinya.

“Ad!”

Adhiyat yang baru nak melangkah ke dalam kereta berhenti sejenak. “Awak ada apa-apa yang nak pesan lagi ke?”

“Bukanlah. Urhmm... saya nak tanya pasal awak dengan.. Maya. Apa hubungannya?”

“Dia sepupu saya.”

“Sepupu? Ad, saya tak nak cakap banyak dengan awak. Tapi saya nak awak jaga perasaan Haniem juga. Kenapa awak... tak habis-habis nak jaga Maya ni?”

Adhiyat mengeluh. “Mana ada saya tak habis-habis nak jaga dia. Maya tu ada masalah dan saya cuma lindungi dia je. Lagipun abang dia sibuk dan sebelum ni saya dah pernah jaga dia. Saya anggap dia macam adik saya sendiri.”

“Memanglah awak boleh anggap dia adik awak. Tapi dia macam mana? Jangan sampai Maya tu syok sendiri tau.”

“Tak mungkin lah. Dia dah berubah dan awak tak perlu risau kut. Saya tahu nak handle macam mana.”

“Saya bukannya nak masuk campur Ad. Saya kesian kan Haniem je. Dia tengah sakit sekarang dan awak macam tak ada masa untuk dia.” Balasnya.

Adhiyat senyum. “Apa maksud awak? Saya tetap balik sini dan saya rasa masa saya untuk Haniem dah tak terhad. Saya selalu ada untuk dia. Awak tak nampak Qila sebab awak... tak pernah datang. Saya dan Haniem yang tahu masa untuk satu sama lain. Saya harap awak tak masuk campur lagi hal urusan rumahtangga saya. Assalamualaikum.” Katanya kemudian terus masuk ke dalam kereta.

Qila pasti yang Adhiyat mungkin terasa marah. Tetapi dia berpesan pun semuanya demi kebaikan rumahtangga dia dan Haniem.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience