MAZLAN sudah tahu apa yang kak Zah mahu lakukan. Adhiyat macam mana pun perlu tahu tentang nya. Kak Zah sudah tak sanggup lagi nak menyimpan rahsia yang telah dibongkarkan kepadanya oleh Rozi yang kini sudah menghilang entah ke mana. Tidak disangka dia perlu melalui hal ini jika tak mahu Adhiyat terjadi apa-apa dengan Mazlan. Kak Zah mempercepatkan langkahnya ke kaunter pertanyaan.
“Ya, boleh saya bantu?”
“Saya ada buat appointment dengan.. Tuan Ad. Boleh saya tahu.. bila saya boleh jumpa dia?” Ujarnya.
“Oh. Tuan Ad tak ada sekarang sebab dia keluar pergi jumpa clients. Appointment Puan dengan Tuan Ad petang nanti.”
“Tak boleh cepatkan?”
Pekerja itu memikirkannya sambil melihat jadual Adhiyat. “Err.. maaflah. Tuan Ad betul-betul sibuk pagi ni dan dia kata dia hanya boleh jumpa petang nanti dengan puan.”
Nafas dihela lemah. “Baiklah kalau macam tu. Terima kasih.”
“Sama-sama puan.”
Kak Zah yang buntu sudah nak buat apa mula melangkah menuju ke motorsikal nya semula. Tak disangka motor dia dihalang oleh kereta BMW Mazlan.
“Kak Zah. Buat apa kat sini?” Sapanya lembut.
“Bos. Urhmm.. datang nak jumpa.. kawan je.”
“Kawan? Kak Zah rindukan diorang ke sampai nak jumpa kat office Ad ni. Takkan lah tak boleh jumpa lepas kerja. Kan?”
Kak Zah tahu Mazlan hanya memerangkapnya.
“Saya dapat satu berita daripada... siasatan saya dan siasatan saya berkaitan dengan.. kak Zah dan Rozi si kepala bengap tu! Boleh saya berbincang dengan kak Zah sekejap?”
“B.. bos nak bincang apa? Saya nak kena pergi kedai telefon baiki telefon anak saya. Dia minta saya baiki kan. Saya dah lambat dan tak boleh... nak singgah mana-mana lagi.” Ujarnya.
“Alah, sekejap je kak Zah. Lagipun saya ni... tak pernah berjumpa dengan pekerja bawahan saya macam ni. Ini pertama kali dan kak Zah dikira beruntung sebab dapat jumpa saya.”
“Kak Zah.. kak Zah tak boleh lama-lama bos.”
Mazlan mula menggaru kepalanya jengkel apabila kak Zah kerap membantah apa yang dia mahukan. “Sekejap je ya. Kak Zah ikut saya atau saya akan pastikan kak Zah menyesal sebab tak ikut saya.” Ugutnya.
Kak Zah yang ketakutan mula mengangguk bersetuju.
Mereka berdua menuju ke kedai makan berdekatan restoran Adhiyat. Di situ, Mazlan memesan dua gelas air yang sama dengannya. Dia duduk betul-betul di hadapan kak Zah. Semasa berbual, dia menumpahkan minuman kak Zah secara sengaja di atas riba wanita itu.
“Opps.. saya tak sengaja!” Balasnya.
Kak Zah hanya tenang menatapnya.
“Kak Zah pergi... basuh dulu ya. Air tu manis dan nanti melekit kat seluar. Saya tunggu kat sini.”
Kak Zah mengangguk. Dia melangkah ke tandas untuk membasuh seluarnya yang terkenal air Mazlan sebentar tadi.
Sementara itu pula, Mazlan memerhati sekeliling. CCTV yang terhala ke arahnya dihalang dengan membelakang kan CCTV itu manakala dia memerhati sekelilingnya yang tiada orang. Mazlan segera meletakkan dua titik cecair putih ke dalam minuman kak Zah. Cecair yang akan buat wanita itu tumbang lalu lumpuh itu disediakan kerana dia tahu apa yang kak Zah tahu.
Wanita itu tiba semula.
“Saya minta maaflah sebab cuai. Kak Zah nak saya belikan seluar baru ke?”
“Eh, tak apa bos.” Balas kak Zah.
Mazlan mengangguk. “Saya terpaksa bersikap kasar dengan kak Zah tadi sebab kak Zah tak nak ikut saya dan saya sebenarnya tak suka sangat kalau orang tak ikut cakap saya ni. Jadi, terima kasih sebab sudi nak.. keluar dengan saya.”
“Tapi bos, bos nak bincang tentang apa dan apa maksud siasatan bos tu?”
“Jadi kak Zah tak tahu lah ya apa maksud siasatan saya? Semuanya sebab abang Rozi. Saya rasa dia mesti beritahu kak Zah yang saya ada rancangan nak jatuhkan Adhiyat. Betul tak?”
Kak Zah hanya diam.
Mazlan menghela nafas berat. “Saya tahulah saya ni jahat sikit dengan sepupu saya. Tapi tak sampai hati lah saya nak jatuhkan apa yang Ad dah usahakan. Semua yang... abang Rozi cakapkan, tipu belaka sebab dia lah yang buat semua kerja tu. Saya cuma arahkan dia curi idea Ad sikit je dan bukannya jatuhkan syarikat Ad.”
“Apa-apa pun, saya tak setuju kalau bos nak jatuhkan Tuan Ad sebab.. dia tu baik orangnya dan kita takkan boleh jatuhkan dia sebab dia bijak dalam mengendalikan syarikat.”
Jengkel Mazlan apabila Adhiyat mendapat pujian. “Saya tahu. Saya bukannya nak jatuhkan dia. Saya nak majukan syarikat guna tips dia. Apa yang abang Rozi beritahu kak Zah?”
“Dia tak.. beritahu apa-apa pun.”
“Yeke? Saya harap sangat dia tahu tentang.. aset penting arwah tok aki saya.”
Bagaikan ada batu yang menghempap, kak Zah tak tahu hendak membalas apa.
“Dulu saya suruh dia siasat tentang Adhiyat melalui lawyer yang Ad recruit untuk bantu agihkan harta pusaka arwah tok aki kami. Cuma aset penting tok aki tak didedahkan dan saya nak tahu.. ke mana aset tu sebab ia boleh beri nilai berjuta-juta pada saya. Kalau lah ada yang tahu, saya akan bagi diorang ganjarannya.”
“Saya.. saya tak tahu apa-apa bos.” Jawab kak Zah.
“Saya tak cakap kak Zah tahu. Apa kak Zah... betul-betul tahu ke?”
Kak Zah menggeleng.
“Saya tak nak berkasar dengan kak Zah. Tapi kalau kak Zah tahu, cepat-cepat beritahu sebelum malang... menimpa.”
Kak Zah sedikit ketakutan.
“Tapi tak apalah kalau kak Zah tak tahu sebab saya pun.. tak nak memaksa kak Zah untuk jelaskannya. Saya akan dapat tahu hanya dengan petik jari je. Cuma kak Zah lah orang terakhir jumpa dengan abang Rozi. Kak Zah tahu.. kat mana dia?”
“T.. tak tahu.” Balasnya lagi terpaksa menipu.
“Susahlah kalau saya.. tak tahu dia kat mana. Lagipun kerja kat office tu berlambak dan perlukan dia. Memandangkan dia dah.. berhenti kerja, saya ingat nak ambil dia sebagai pembantu saya. Pembantu dari segi peribadi saya. Saya harap dia tak beritahu sesiapa lah tentang hal peribadi saya.”
Kak Zah hanya tunduk.
“Tapi saya rasa.. saya dah lambat nak masuk office. Apa kata kalau kita minum dulu dan saya hantar kak Zah ke motor kak Zah? Boleh?”
“Baiklah bos.” Kak Zah menyedut minumannya dengan diperhatikan oleh Mazlan.
Selesai minum, mereka berdua keluar dari kedai restoran ini. Namun telefon Mazlan berbunyi yang buatkan Mazlan membaca mesej nya.
“Maafkan saya. Saya kena minta diri dulu sebab saya ada.. hal kejap. Saya minta maaf sebab tak boleh nak hantar kak Zah ke motor.”
“Eh, tak apa bos. Kak Zah.. pergi dulu lah.”
Mazlan mengangguk. “Hati-hati bawa motor!” Laungnya kemudian melangkah pergi.
Sebaik saja kelibat Mazlan tidak kelihatan, kak Zah terus melangkah ke motornya. Namun semasa dalam perjalanan nak ke motor dia, kak Zah rasakan kepalanya begitu pusing. Dia bersandar di dinding bangunan syarikat Adhiyat seketika sambil memegang kepalanya. Motornya hanya berada tak jauh dari tempat dia berdiri. Malang sekali yang kak Zah tidak dapat nak berjalan lagi. Dia mengumpul tenaganya menulis sesuatu pada resit bank dia kemudian meletakkannya ke dalam baju hujan di motor dia. Setelah itu, dia akhirnya tumbang.
Apa yang kak Zah dengar hanyalah bunyi ambulans dan orang sekelilingnya yang berbisik-bisik. Tetapi badannya dirasakan kaku begitu juga bibirnya yang terasa senget dengan air liur yang mula keluar. Kak Zah dibawa masuk ke dalam.
“Siapa tu?” Adhiyat yang baru pulang dari berjumpa dengan pelanggannya bertanya pada Fikri.
“Entah. Katanya dia kena.. sawan tiba-tiba.”
“Sawan tiba-tiba? Ada lagi penyakit yang macam tu.”
“Nak buat macam mana Ad. Kalau dah nama penyakit, semuanya berbahaya dan tempoh nak rawatnya bukannya ambil masa yang.. singkat.” Balas Fikri.
Adhiyat mengangguk. Baru dia nak melangkah, Mazlan menghalang laluan dia.
“Kau dari mana?” Tanya dia yang nampak ceria saja.
“Dari... jumpa clients. Kenapa abang ada kat sini?”
“Oh, aku.. datang nak jumpa kau ingat. Tapi aku sibuk sikit dan terpaksa batalkan hajat aku nak jumpa kau.”
Adhiyat mengangguk. “Tapi tak apalah. Kalau abang ada nak cakap apa-apa, cakaplah sekarang. Cepat dan ringkas.”
“Oh bagus juga! Well, aku nak tanya pasal Mikael je. Kau ada jumpa dia?”
“Dua hari lepas adalah. Katanya dia pergi outstation dengan bos dia. Mikael tak beritahu abang ke? Dia kata dia dah beritahu.”
“Budak mentah macam dia bukannya kisah pun pasal aku! By the way, kau nampak macam sombong je sejak bussines makin maju ni.”
Adhiyat mengerling Fikri yang hanya mencebik. “Tak adalah. Ad tak ada sifat nak bersikap sombong. Tapi abang... betul-betul sibuk ke?”
“Mestilah! Projek buku aku pun makin naik.”
“Okeylah. Kalau abang sibuk, Ad tak nak kacau. Tapi Mika cakap dia nak abang datang dinner kat rumah. Bila abang nak datang?”
“Maya tak lama lagi nak balik. So, aku datang dengan dia jelah nanti. Kau pun tak balik kampung ke?”
Adhiyat menggeleng. “Ad tak ada masa lagi. Kalau abang nak balik, kirim salam jelah kat Opah dan cakap lain kali Ad datang.”
“Tak masa lah aku! Aku balik dulu.” Dia terus beredar pergi kemudiannya.
Banyak dia sumpah seranah Adhiyat hanya kerana sifat Adhiyat yang seperti memerli nya. Di jalan yang sama, Mazlan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia pun menaip sesuatu di telefon bimbitnya sebelum beredar pergi.
Share this novel