bab 27

Romance Completed 1369

ADHIYAT keluar dari perpustakaan dan dia mengharapkan sesuatu apabila dia ke sana. Malangnya harapannya itu hanya tinggal harapan yang tak sampai ke pencapaian. Adhiyat terpaksa mengeluh berat sambil membawa kot di tangannya dan keluar dari perpustakaan itu. Dia pun masih ada banyak kerja nak kena uruskan jika dia terlalu ada masa yang lapang seperti ini. Namun hanya ada satu saja tempat yang Adhiyat boleh kunjungi.

Kereta dipandu menuju ke tadika milik Haniem. Adhiyat tak berhenti di hadapan tadika itu malah dia hanya memakirkan keretanya di bahu jalan yang boleh nampak terus tadika Haniem. Kosong tiada sesiapa. Baru saja dia hendak memandu keretanya pergi, kereta Mikael masuk ke dalam perkarangan dengan Haniem yang keluar dari kereta Mikael. Adhiyat nampak terkejut dan sedikit resah melihat mereka berdua senyum kepada satu sama lain. Setelah itu, Mikael beredar pergi.

Adhiyat terasa hatinya semakin sakit melihat kemesraan Mikael dan Haniem sebentar tadi. Dia menyandarkan kepalanya ke kerusi lalu mata dipejam sehingga dia terlena buat seketika. Adhiyat dikejutkan dengan bunyi telefon bimbit dia sahaja namun sekitar nya sudah kelihatan gelap. Dia melihat panggilan daripada Fikri dan kembali menelefonnya semula.

“Hello, Ad! Kau kat mana? Aku risaukan kau lah bila kau tak angkat call aku. Tadi kau cakap nak pergi library sekejap je. Ni dah sampai malam ni kau tak balik office lagi kenapa?”

Adhiyat mengeluh. “Sorrylah. Aku terlelap dalam kereta sampai lupa nak balik office.

“Penat sangat lah kau ni. Yelah, dari pagi tadi kau tak masuk office sebab jumpa penulis, clients lepas tu sign kontrak lagi. Aku cakap balik office tengahari tadi sebab dah sediakan kau makanan, kau tak nak. Tetap nak keluar juga dan sampai sekarang kau tak balik. Kau tak apa-apa ke?”

“Kau tak payah risau lah.”

Nafas dihelanya. “Okeylah kalau kau dah cakap macam tu. Aku just nak ingatkan kau esok kau ada appointment dengan... kak Zah. Dia datang office tadi dan terus buat appoitment nak jumpa kau. Memandangkan esok kau tak busy sangat, bolehlah kau jumpa dia.”

“Kak Zah? Bukan main susah aku nak jumpa dia. Sekarang dia datang jumpa aku?”

“Tulah. Aku tanya dia kalau dia nak tinggalkan apa-apa mesej supaya aku boleh beritahu kau terus. Dia cakap dia tak boleh beritahu sesiapa sebab ini pun dia bawa pesanan orang.”

Adhiyat kelihatan tidak mengendahkannya lagi. “Okeylah kalau macam tu.”

“Tapi Ad, aku lupa nak bawa balik kau punya laptop. Kau cakap ada kerja dalam laptop kau sampai kau nak kena ambil kan?”

“Tak apalah. Aku pun nak ambil fail kat sana dan aku ambil laptop aku sekali.” Ujarnya.

“Okey.”

Dia mematikan panggilan kemudiannya.

Adhiyat mengusap wajahnya dan dia mengerling tadika Haniem. Masih terbuka lagi lampu di pejabat Haniem namun Adhiyat tahu sudah pasti Haniem sudah pulang. Tak disangka dia melihat pula Huzair yang berpakaian serba hitam sedang menjenguk di sebalik dinding luar tadika. Adhiyat segera keluar.

“Eh!” Jerkahnya.

Huzair tersentak.

“Kau buat apa kat sini? Bukan ke aku minta kau untuk tak ganggu Haniem?”

“Kau ni siapa sampai nak caras kehidupan orang lain ni? Siapa kau pada Haniem?”

Adhiyat mengerling ke tadika Haniem. “Aku... aku... aku bakal suami Haniem.”

Huzair terkejut. “Kau.. bakal suami Haniem?”

“Ya. Aku tak nak kau ganggu dia dan kalau kau tak percaya cakap aku, aku boleh bagi kau tarikh pernikahan kami dan aku nak kau jauhkan diri kau daripada Haniem. Faham?!”

Huzair menghela nafas lemah. “Aku dah agak dah.”

Adhiyat hanya menatapnya.

“Masa aku jumpa kau dengan Haniem sebelum ni, dia nampak begitu sukakan kau. Mata dia penuh dengan pengharapan kau akan jadi lelaki terakhir untuk dia dan bukannya macam aku yang dia harapkan. Aku ingatkan kau berkawan je dengan dia sejak korang jumpa dekat library hari tu. Tak sangka yang kau boleh jumpa dengan dia beberapa kali. Aku pun ada dengar dia bercakap dengan kawan dia tentang kau. Mata dia sedih, kecewa dan gembira pada yang sama. Aku yakin... Haniem sukakan kau.”

Adhiyat terkejut. “Kau.. kau stalk dia selama ni?”

“Aku cuma nak tahu tentang kau dan Haniem. Aku tahu kau kerap jumpa dengan dia dan aku berfikiran kau dengan Haniem ada hubungan. Aku tak percaya sampailah aku... nampak sendiri. Kau beruntung.”

“Kau.. masih sukakan Hanim?”

“Kalau aku cakap aku masih sukakan dia sekalipun, dia takkan terima aku lagi. Aku pun dah dapat tawaran belajar kat luar negara dan aku rasa selagi kepala aku fikirkan Haniem, aku takkan berjaya. Jadi aku dah buat keputusan untuk tinggalkan dia dan sambung belajar kat luar negara.”

Adhiyat mengeluh. “Aku tak rasa Haniem sukakan aku.”

“Haniem memang pandai sembunyikan perasaan dia. Dia terluka banyak kali sebabkan aku dan aku faham dia cintakan aku. Cuma aku bodoh sebab menilai dia dari paras rupa. Aku... tinggalkan dia demi cinta yang takkan terbalas. Aku menyesal. Aku tak nak.. kau lukakan hati Haniem. Aku yakin dia sukakan kau dan dia sembunyikan perasaan tu. Selagi kau tak bertindak, mungkin kau takkan miliki Haniem. Lepas kau bertindak, setia lah dengan dia.”

Hati Adhiyat dibuka sedikit dengan penjelasan yang lebih lagi. Adakah dia perlu bertindak lebih lagi demi mendapatkan Haniem?

“Aku janji takkan.. ganggu dia lagi. Aku dah nak kena pergi malam ni dan sebab tu aku nak tengok Haniem buat kali terakhir. Kalau kau bakal suami dia, aku percaya dan aku letakkan harapan pada kau untuk tak buat Haniem sembunyikan luka dalam hatinya lagi.”

“Aku tak yakin.” Balas Adhiyat.

“Kalau macam tu, selama-lamanya kau akan kehilangan Haniem. Yakinlah yang cinta Haniem untuk kau dan setia lah dengan dia. Itu je perempuan macam Haniem nak kan dan aku salah dalam menilai dia. Aku harap kau tak jadi macam aku.”

Huzair melangkah pergi meninggalkan Adhiyat yang masih setia di situ. Setelah mengelamun buat beberapa saat, Adhiyat melangkah ke keretanya dan dia melihat kereta Mikael kelihatan lagi. Kali ini Mikael nya tak kelihatan dan Haniem hanya masuk ke dalam kereta Mikael.

Setelah kelibat kereta Mikael hilang dari pandangan, Adhiyat terus membawa keretanya kembali ke syarikat dengan fikiran yang masih memikirkan kata-kata Huzair sebentar tadi. Patut ke dia mulakan langkahnya sekarang ini atau biar dia kehilangan Haniem? Adhiyat tiba di syarikatnya dan dia merehatkan diri di atas kerusi sambil berpaling menikmati pemandangan bandar Kuala Lumpur. Sekali lagi anak matanya terarah pada nota pelekat berwarna nya.

Adhiyat tersenyum sendiri memikirkannya. Jika itu saja yang boleh dia buat, dia yakin rancangannya akan berjaya jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience