ADHIYAT duduk termenung di kerusinya sambil anak mata fokus kepada skrin komputer dengan paparan video cctv di hari kejadian. Fikirannya melayang-layang memikirkan apa langkah seterusnya untuk dia buat. Dia hanya perlu mencari kak Zah yang dikatakan supaya dia boleh mendapatkan maklumat daripada kak Zah akan malam kejadian. Dalam kes ini, hanya kak Zah yang akan membantu dia membongkarkan tentang apa yang dilakukan Rozi.
Fikri mengetuk pintu bilik Adhiyat beberapa kali tetapi lelaki itu tak memberi sebarang jawapan. Fikri tetap menerjah masuk dan dia tahu Adhiyat mesti masih fikirkan tentang apa yang menimpa syarikat mereka. Fikri meletakkan beberapa salinan kontrak yang diberikan kembali kepada Adhiyat.
“Empat syarikat dah tolak semua tawaran kita untuk.. partnership balik.”
Fikiran yang melayang apabila terdengar berita itu buatkan Adhiyat agak terkejut. Dia memandang Fikri kemudian mengeluh berat. “Kau dah tanya syarikat lain untuk buat kontrak sama-sama?”
“Tak ada. Penulis yang kau ambil daripada website kita pun dah semakin berkurangan. Diorang kata tak nak ambil risiko.”
Adhiyat mengeluh.
“Hanya ada satu je cara untuk kau selamatkan syarikat. Pergi jumpa dengan kak Zah dan tanya dia tentang malam tu. Mungkin dia boleh bantu maklumat dan jadi saksi untuk kes ni. Tapi, kau....”
“Aku masih fikirkan kemungkinan untuk pergi ke sana.”
“Kemungkinan? Aku tahulah kau ni memang tak suka mengaku apa yang kau rasa. Ad, tak kisah lah abang sepupu kau tu nak pandang kau macam mana. Dia dengki dengan apa yang kau ada sekarang. Kau ada syarikat yang besar, kau ada ramai peminat dan kau ada semua yang kau nak kan. Takkan lah kau nak malu bila dia perlekehkan kau. Hadap je!”
“Pada kau senang lah. Dia tak pernah nak burukkan kau depan orang ramai. Aku tak kisah tentang perwatakan aku sekarang atau apa aku zaman lampau. Tapi aku tak nak hanya sebab ni career aku jatuh macam tu je. Aku... nak buat baba aku bangga. Aku tahu akulah harapan dia memandangkan aku seorang je anak lelaki dia.”
Fikri menghela nafas berat. Dia duduk di hadapan Adhiyat. “Then, kau nak buat apa? Duduk kat atas kerusi ni, tengok footage tu balik, fikir sampai kau stres dan buntu nak cari jalan yang macam mana. Ad, kalau kau tak nak dia malukan kau depan pekerja dia, kau ajak lah dia keluar.”
“Kau ingat dia nak sangat lah keluar dengan aku?”
“Terus? Kau nak duduk kat sini dan biar syarikat kau jatuh macam tu je? Come on lah bro!”
Adhiyat memikirkannya seketika. Inikah jalan yang dia nak nak kan? Biarkan syarikat dia jatuh macam tu hanya sebab perkara mudah seperti ini. Adhiyat menghela kasar.
“Kau jumpa je dengan dia dan pasal malu tu, hadap je sebab kau nak selamatkan syarikat kau dan tunjukkan pada baba kau yang kau boleh majukan syarikat.”
“Okey. Aku... aku.. akan jumpa dengan dia.” Akhirnya dia membuat keputusan setelah lama membisu.
Fikri nampak gembira.
Semasa makan tengahari, Adhiyat duduk di atas bonet kereta depannya memikirkan adakah dia nak pergi ataupun tak. Fikiran dia buntu dan serabut. Akhirnya Adhiyat memandu kereta dia menuju ke syarikat milik Mazlan juga. Kalau nak layan perasaan keliru dia, tak sudah lah dia nak buat keputusan supaya dia boleh pergi ke syarikat Mazlan.
Perjalanan yang tak jauh ini buat Adhiyat tiba di hadapan syarikat Mazlan. Kakinya berat nak melangkah namun digagahkan diri masuk ke dalam bangunan syarikat Mazlan juga. Setelah meminta izin kepada kaunter di lobi untuk bertemu Mazlan, dia dibenarkan bertemu dengan lelaki itu dengan keizinan Mazlan sendiri. Adhiyat masuk ke dalam bangunan syarikatnya dan disapa Mazlan dengan memeluk bahunya.
“Apa khabar sepupu?”
Adhiyat hanya mengangguk tenang saja.
“Eh, kenapa muka ketat semacam je ni? Kau dulu tak macam ni tau.”
Adhiyat melarikan tangan Mazlan. “Aku nak tanya kau something je dan aku tak boleh ambil maklumat ni daripada pekerja kau. Sebab tu aku nak minta kau.. tolong izinkan.”
“Apahal laju sangat? Meh lah masuk bilik aku, minum teh ke, kopi ke atau kau nak aku bagi kau arak?”
“Aku tak minum minuman keras macam tu. Aku tak ada masa nak layan kau. Sekarang kita straight to the point supaya aku boleh balik office aku semula dan buat kerja aku balik.”
Mazlan pun rasa sakit hati dengan layanan Adhiyat. Namun dia takkan biarkan Adhiyat pergi begitu sahaja. Bahu Adhiyat dipeluknya lalu dia berdiri di hadapan semua pekerjanya. Saat ini Adhiyat tahu apa yang nak dibuatnya.
“Saya rasa awak semua.. dah kenal siapa Adhiyat Iman kan?”
“Ya!” Jawab semua pekerja dia.
“Dia sepupu saya yang.. paling malang sekali. Kat kampung dulu, dia lah orang yang tak pernah tok aki banggakan sebab dia ni lembab dan.. dibuli sampai tak pandai nak jaga diri dia sendiri.” Dia ketawa mengejek. “Dia juga, pernah kencing dalam seluar sebab ketakutan dengan pembuli dia kat sekolah sana.”
Pekerja nya ada yang ketawa lagi walaupun dah diberitahu cerita ni selalu.
“Saya rasa.. kesian dengan dia sebab tak pernah ada kawan setia. Sekarang... saya rasa korang semua pun tahu apa yang dah jadi pada syarikat Adhiyat kan? Syarikatnya dah buat nama buruk di industri ni sampaikan... dengarnya syarikat korang bakal muflis kalau tak selesaikan hal ni.”
“Ya. Sekarang aku nak tanya kau...”
“I feel bad for you man! Tapi tak apa sebab aku sebagai sepupu kau takkan buat kau jatuh tersungkur. Aku rasa parents kau pun akan gembira kalau aku tolong kau. Aku akan tolong kau bangunkan semula syarikat kau, bagi kau duit dan aku nak nama syarikat tu sepenuhnya nama aku kalau... aku bangunkannya.”
Adhiyat memandangnya marah. “Aku takkan beri syarikat aku pada kau. Aku yang akan uruskannya sendiri. Tolong beri aku masa nak bercakap dengan kau.”
“Aku tahu kau nak luahkan perasaan kau kat aku. Sebagai abang sepupu kau, aku sanggup dengar semua luahan orang yang naif macam kau. Yelah, kat sekolah dulu, kau selalu kena buli dan kau tak ingat ke yang aku selalu tolong kau. Masa kau nak ubah perwatakan kau ni pun, kau selalu fail dan aku lah yang tolong kau kan? Masa kau merajuk dengan baba kau, aku lah yang pujuk kau lagi, kan.”
“Jangan ceritakan hal keluarga aku pada orang-orang kat sini.” Pesannya.
“Aku tahu.. sebab tok aki tak sukakan kau, kau terpaksa kejar impian kau sendiri. Malangnya dia meninggal, kau tak sempat nak datang dan kau adalah cucu yang paling tak bertimbang rasa yang dia pernah ada.”
Adhiyat terus berjalan hendak pergi sebelah lengannya dipegang Mazlan.
“Aku tahu kau sedih. Tapi nak buat macam mana kalau kau tak nak kahwin dengan pilihan tok aki. Sebab kau tak kahwin sampai sekarang mestilah kau dah didoakan supaya tak dapat jodoh kan?”
Adhiyat mendekatinya. “Hal keluarga kita, kenapa kau nak besarkannya. Aku dah minta maaf dan Opah tak kisah tentang hal tu.”
“Tapi kau tak balik kampung kenapa? Kau takut adik aku ada kat sana?”
“Aku tak kisah lah pasal adik kau! Sekarang aku nak bercakap dengan kau.”
“Bercakap apa? Kau bukan nya selalu pun nak jumpa aku kan? Sekarang kau nak jumpa aku, macam pelik lah pula. Ke... kau nak minta bantuan syarikat aku bantu syarikat kau yang nak jatuh tu?” Teka dia seperti mengejek Adhiyat.
“Aku masih ada penyelamat dalam syarikat aku. Aku nak bercakap dengan kau dan jelaskannya sedikit demi sedikit. Tapi dengan keadaan sekarang, aku datang ke syarikat kau hanya sia-sia. Kau terus nak malukan aku!”
Mazlan senyum sinis. “Sebab itu je yang aku boleh buat untuk jatuhkan kau.”
“Maz, kau tak serik lagi ke? Aku nak berbaik dengan kau dan aku menyesal dengan perbuatan aku kat kau zaman sekolah dulu. Tok aki sayangkan kau lebih dari aku. Tolonglah jangan nak bongkarkan rahsia keluarga pada orang luar walaupun itu dah cukup nak buat aku rasa malu dengan diri aku yang dulunya.”
“Aku tak nak.. bercakap sikitpun dengan kau!” Mazlan terus meninggalkan Adhiyat.
Kali ini anak mata semua pekerja agak kebingungan melihat mereka bertukar arah. Adhiyat pun kembali ke lif dan dia juga terasa jengkel dengan perbuatan Mazlan. Masuk sahaja ke dalam, Adhiyat bertemu dengan seorang pencuci bangunan yang agak tua. Dia tak mengendahkannya.
Adhiyat keluar dari lif tetapi langkah dia terhenti di tengah lobi. Kenapa dia tak terfikirkan sesuatu yang lain? Mungkin pencuci itu ialah kak Zah yang dicarinya. Adhiyat terus berlari anak ingin menemui nya semula. Syukur sangat dia boleh menyaingi langkah wanita itu sedang menuju ke bilik stor.
“Assalamualaikum.” Sapa Adhiyat.
“Waalaikumusalam.”
“Urhmm... kak Zah?” Tanya nya.
“Eh, bukan. Saya Betty. Pekerja baru kat sini dan kak Zah.. rasanya saya kenal lah.”
Adhiyat sedikit kecewa. “Awak... kenal rapat ke dengan kak Zah?”
“Tak adalah rapat sangat. Saya kenal kak Zah sejak saya... jadi pekerja kat sini je.”
“Awak tahu... kak Zah kat mana?” Tanya nya.
“Oh, saya tak tahu rumah dia. Tapi kalau tuan tanya saya pasal dia sekarang, dia tak ada. Dia cuti hari ni sebab nak spend kan masa dengan cucu dia. Dengarnya cucu dia ada masalah sikit kat tadika dia dan sebab tu kak Zah ada banyak kerja nak kena buat. Dia ambil cuti hari ni dan rasanya... esok atau lusa datanglah dia kat sini semula.” Jelas dia panjang lebar.
“Kat mana.. tadika cucu dia?”
“Sebelum saya beritahu, tuan ni siapa ya? Saya tak pernah nampak pun tuan kat sini sebelum ni. Tuan.. stalker?”
Terkejut Adhiyat dituduh sebegitu rupa. “Takkan lah stalker muka handsome macam ni.”
“Sebab muka tuan handsome lah saya jadi ragu-ragu. Mana tahu.. tuan stalk saya selama ni.”
“K.. kenapa pula saya nak stalk awak? Saya ni sepupu kepada CEO kat sini je dan saya datang nak jumpa dia. Jangan fikir yang bukan-bukan!” Adhiyat terus berjalan pergi sebelum lebih banyak lagi hal yang mengarut dia terima daripada Betty ini.
Nampaknya usaha Adhiyat sekali lagi tak membuahkan hasil. Dia yang nak bongkarkannya jenayah Rozi belum boleh buat semua tu. Namun yang peliknya, abang Rozi boleh jadi setenang-tenang manusia. Adhiyat memandu keretanya menuju ke perpustakaan milik syarikat dia yang tersedia buku yang dijual, untuk dipinjam dan para pembacanya akan membaca di perpustakaan yang disediakan. Story Star Library yang mega berdiri.
Setelah tiba di sana, Adhiyat meletakkan kereta dia di tempat letak kereta. Dia yang tadinya mengenakan sut berserta tali leher sudah dibuang dan kini hanya dikenakan baju dalam sut nya dengan butang yang dibuka dan lengan yang disingsing. Adhiyat melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Dia menuju ke arah beberapa rak yang menjadi kegemarannya. Adhiyat memeriksa setiap jenis buku sehingga anak mata dia menangkap wajah yang cantik di wajahnya. Hati dia berdegup.
Adhiyat mengambil buku yang menghalang pandangannya. Dia melihat ke arah wanita bertudung agak labuh dengan berbaju kurung selang dua rak daripada tempat di berdiri sekarang sedang mencari genre buku kegemarannya. Entah kenapa, hati Adhiyat berdegup terlalu pantas. Ya, perasaan yang dia rasakan sama seperti saat dia jatuh suka dengan beberapa gadis.
“Ha, kau memang selalu macam tu. Tak payah mimpi lah yang dia tu jodoh kau. Wake up Ad yang kau tu kena cari pasangan hidup secara... sah! Bukannya dengan tengok macam tu kau dah suka.” Marahnya pada dirinya sendiri.
Buku diambil lalu dia melangkah ke tempat duduk. Adhiyat duduk di atas kerusi nya melupakan beberapa perkara. Tak disangka wanita itu boleh duduk di hadapan dia memandangkan semua tempat sudah penuh. Jantung Adhiyat berdegup makin pantas. Dia menahannya dengan fokus pada buku. Sesekali dia mengerlingnya namun dia kembali fokus. Apabila menghayati cerita, Adhiyat melupakan buat seketika tentang wanita di hadapannya.
Sungguh dia tak menyangka yang cerita ini merupakan cerita tentang seorang lelaki yang sering dibuli sehingga dia memilih untuk menjadi psikopat. Sama seoerti dirinya yang selalu dipersalahkan sehingga dia pun mahu menukar dirinya sendiri. Syukur perubahan dia tak seteruk dalam buku itu. Perubahannya menukar diri dia kepada budak lelaki yang tak pedulikan apa-apa. Mengingatkannya buatkan Adhiyat mengeluh.
Anak mata empat pasang ini terpaku buat satu sama lain. Adhiyat tersenyum.
“Urhmm.. awak stres pasal apa?”
“T.. tak ada apa-apa. Maafkan saya.” Balasnya.
Keluhan dia dan Adhiyat sama. Adhiyat putus asa apabila wanita ini seperti tak mahu bercakap dengannya.
“Well, kita orang dewasa.. memang selalu ada masalah yang tak boleh nak dielakkan. Tapi saya suka menulis sebuah cerita yang saya rasa beri satu inspirasi. Mungkin... mungkin dengan buku awak boleh lupakan masalah awak. Saya... saya ambil nasihat kawan saya dan dia lah yang minta saya.. lepaskan rasa stres dengan buku. Good luck!” Katanya lalu beredar pergi.
Wanita itu pernah mendengar ayat tersebut. Ya, memang jelas yang dia ada mendengarnya di mana-mana.
Share this novel