HANIEM menunaikan solat maghrib. Sejadah nya ditatap buat seketika sebelum dia mengangkat kedua belah tangannya berdoa kepada Allah akan permintaan dia.
“Ya Allah, kau bantu lah aku cari petunjuk kepada lelaki yang bakal imam ku. Ya Allah, tolonglah buat aku dapat selesaikan masalah ku sendiri dan kau berilah ketabahan dalam diri ku disaat menempuhi ujian Mu ini. Sesungguhnya aku tak akan merungut dan percaya bahawa kau akan berikan ku ganjaran yang baik. Aku... memohon pertolongan mu untuk buat aku lebih tabah.”
Selesai saja menunaikan solat, Haniem melilar sejadahnya. Dia mengambil buku di rak lalu duduk di atas katilnya. Disaat dia sedang bersandar di kepala katil dan bersedia untuk membaca buku, telefon bimbitnya berdenting. Haniem mengambilnya dan itu merupakan mesej daripada Huzair. Dia tak mengendahkannya. Malangnya Huzair menghubunginya pula. Haniem mematikan telefon bimbit dia.
“Akak! Kak Haniem.” Panggil Haris di luar.
Haniem membuka pintu.
“Hai kak! Ayah panggil turun makan. Nak kena bakal suami panggilkan ke baru akak nak makan?”
Haniem mencebik. “Banyaklah bakal suami. Yelah, akak turun sekarang.”
Haniem melangkah turun setelah dia meletakkan buku nya ke rak semula dan mencapai tudung. Haniem menuju turun ke tingkat bawah menuju ke meja makan. Dia mengambil tempat di hadapan Hanis. Semua keluarganya mula menjamu selera setelah Haris selesai membacakan doa.
“Haniem.. jangan lupa minggu depan tau. Nanti ibu beritahu dekat mana.”
Haniem mengangguk.
“Awak ni Zahara, budak tu kan tengah makan. Lebih baik awak cakap lepas makan nanti. Bab kahwin ni awak tak payah sibuk lah. Haniem akan cari lelaki yang baik dan bawa jumpa dengan kita nanti.”
Puan Zahara mengetap. “Mana ada saya paksa Haniem abang. Abang tu lah, saya ajak pergi sekali, bukan main dia tolaknya.”
“Saya tak suka perjumpaan yang macam tu. Kalau boleh saya nak Haniem sendiri bawa lelaki datang rumah ni perkenalkan kat kita.”
“Haniem jumpa dengan dia untuk perkenalan je. Kalau dia tak suka, saya tak paksa. Haliza pun takkan paksa anak lelaki dia sebab dia tahu anak dia tu tak suka dipaksa. Kami nak kenalkan mereka berdua dan diorang berdua akan decide selepas jumpa.”
“Humphh.. ikut suka hati lah awak lah Zahara. Saya tak nak kalau awak... buat Haniem tertekan faham?” Pesannya.
Puan Zahara tersenyum. “Awak ni sayangkan sangat dengan Haniem.”
“Nama pun anak saya Zahara. Mestilah saya sayang.”
Itu kerana Haniem mendengar katanya dan dia menjadi kakak yang sangat bertanggungjawab kepada adik-adik dia. Oleh itu Encik Malik begitu menyayangi Haniem yang suka sembunyikan perasaannya.
“Tulah. Cakap sikit mulalah dia nak marahkan kita. Tak tahu... yang ini demi kebaikan kak Haniem juga!” Tempelak Haniem.
“Haih.. jealous pula ke akak ni?”
“Diam boleh tak?!”
Fikri memegang tangan isterinya san Hanis hanya biarkan sahaja. Fatin di sebelah sedikit terkejut tetapi Haniem yang duduk paling hampir dengannya mengusap lembut kepalanya.
“Tak payahlah nak jealous akak. Kasih sayang ayah dengan ibu tak pernah tertukar pun. Akak je yang rasa kasih sayang diorang bukan berpihak pada akak. Think about it! Perangai akak yang suka sangat caras kehidupan kak Haniem buatkan ibu dengan ayah tak suka. So padan muka akak lah kalau akak rasa macam tu.”
“Oh, kau hanya sabar jelah Haris! Nanti kasih sayang ibu dengan ayah berpaling dan hanya untuk kak Haniem seorang, kau jangan nak mengadu kat akak.”
Haris mencebik dan buat muka mengejek. “Tak kisah. Selagi Haris percaya kak Haniem akan dapat suami, ibu dengan ayah takkan pernah tertukar kasih sayang diorang dan akak Haris yakin tak akan berubah, everything is gonna be alright.”
“Kau kalau tak menjawab memang tak sah kan?!”
“Mestilah. Allah kurniakan mulut supaya Haris boleh jawab apa yang Haris fikir baik.”
Hanis kelihatan sudah marah besar. Haniem yang tak mahu Haris meneruskannya terus mencubit paha dia. Hanis tak mampu mengucapkannya dengan kata-kata lagi. Dia terus naik ke tingkat atas. Fikri juga bangun sebelum dihentikan Haniem.
“Biar akak... pergi jumpa dia.”
“Tapi nanti dia...”
Haniem menggeleng. “Akak tahu macam mana nak buat. Hanis adik akak dan.. Fik, ibu dengan ayah makan.” Ujarnya lalu terus melangkah ke bilik Hanis.
Semasa dia bersembunyi di sebalik dinding bilik Hanis dengan pintu yang terbuka ini, Haniem terdengar tangisan Hanis. Haniem luruh hati mendengarnya. Dia terus melangkah masuk. Haniem duduk di samping adiknya kemudian memeluk bahu Hanis. Hanis mengusap air mata dia dan dia langsung tak menatap Haniem.
“Hanis ingat tak.. kalau dulu Hanis selalu manja dengan akak. Kita pernah sekolah sama-sama dan Hanis selalu mengadu kat akak kalau ada yang cakap buruk pada Hanis ataupun akak. Masa Haris masuk darjah satu, kita lah orang yang paling bersemangat nak bersama dia sebab tak nak dia dibuli oleh budak-budak lain. Hanis tahu, bila akak ingat balik akak rasa... Hanis pegang tanggungjawab tu lebih daripada akak.”
Hati Hanis terubat sedikit.
“Bila akak pernah menangis sebab gagal trial exam, Hanis lah orang yang akan datang dan pujuk akak. Akak masih ingat lagi. Hanis cakap akak beruntung sebab akak lebih pandai daripada Hanis yang entah boleh tak capai cita-cita Hanis. Akak beruntung sangat sebab Hanis ada di setiap langkah akak. Hanis lah semangat jiwa akak sampai akak boleh berjaya sampai sekarang.”
Hanis mengalihkan tubuhnya ke arah Haniem.
Kepala Hanis diusapnya. “Akak tahu Hanis... risaukan akak. Tapi akak jujur katakan pada Hanis yang akak akan cari cinta sejati tu. Cuma.. hati akak belum memiliki sesiapa lagi selain ayah.”
“Bukannya Hanis... nak masuk campur kisah cinta akak. Sebenarnya, Hanis tahu apa yang jadi antara akak dengan... Huzair dan sebab tu Hanis terus mendesak sebab tak nak akak terluka.”
Haniem tersenyum.
“Hanis tahu.. Hanis lah punca akak tinggalkan Huzair. Kalau Hanis tak berbual dengan dia, tak terlalu layankan dia, mungkin ini semua takkan terjadi. Lepas dia tinggalkan akak, Hanis rasa bersalah. Lebih bersalah bila hubungan Hanis dengan Fik hampir... putus sebabkan Huzair. Hanis nak akak bahagia dan sebab tu Hanis terus buat semua tu supaya akak rasa.. akak perlu tunjukkan pada Hanis akak mampu cari lelaki sebaik ayah.”
“Akak dah agak yang Hanis mesti tahu tentang hal ni dan sebab tu akak tak ceritakan pada sesiapa pun. Akak takut Hanis akan... rasa lebih bersalah. But you don’t to worry. Allah tetapkan jodoh akak.. bukan dengan Huzair dan akak tak salahkan Hanis. Huzair yang tak mampu... tandingi hasutan iblis. Dia terlalu... sukakan perempuan cantik.”
Hanis nampak kesedihan di wajah kakaknya. Dia memeluk Haniem dengan eratnya. “Akak jangan risau. Hanis akan terus simpan benda ni sebagai rahsia. Hanis minta maaf sebab suka sangat caras kehidupan akak. Hanis nak kan yang terbaik dan Hanis tak nak Hanis lah punca akak berpisah dengan Huzair.”
“It’s okay. Now, kita turun makan. Hanis perlukan zat yang cukup untuk baby tu.”
“Hanis takut ayah akan marahkan Hanis. Sebelum ni dia ada pesan untuk tak buat perangai lagi.” Ujarnya.
Haniem kasihan mendengarnya.
“Biar ibu pujuk ayah.” Puan Zahara tiba di sana. Dia mendekati dua orang anak perempuannya lalu duduk di tengah-tengah sambil memeluk mereka.
“Hanis minta maaf ibu.”
“Ibu dah dengar semuanya dan ibu tak rasa semua tu salah Hanis. Jodoh, ajal dan pertemuan semua di tangan Allah. Haniem tak ada jodoh dengan Huzair dan ibu kalau boleh tak nak paksa Haniem untuk mencintai orang yang sama.”
Mereka berdua mendengar sayu.
“Ibu sebenarnya.. nak kan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bila Hanis kahwin dengan Fik, ibu gembira sangat sampai tak boleh nak diluahkan dengan kata-kata. Ada rahsia yang Hanis tak tahu tentang ayah.”
Hanis menatapnya. “Kenapa dengan ayah?”
Puan Zahara tersenyum sambil mengusap kepala Hanis. “Ayah, dia menangis teresak-esak lepas balik dari majlis tu. Ibu terpaksa pujuk dia selama sejam lebih sebab dia kata dia tak pernah berpisah dengan anak-anak dia. Ayah tu sayangkan.. Haris, Hanis dan Haniem sama rata dan dia tak pernah nak bezakan kasih sayang dia. Cuma Hanis kena faham yang Hanis dah berkeluarga dan Hanis akan tahu cara nak mengendali kan masalah. Tapi buat Haris dan Haniem, mereka belum dirikan rumahtangga dan diorang tak tahu caranya. Fikirlah, dia beri Hanis duduk kat sini selama Hanis mengandung sebab dia risaukan Hanis.”
“Hanis tak sangka.. ayah menangis. Ibu tak tipu Hanis?”
“Hisy, pernah ke ibu tipu anak-anak ibu tentang apa yang ibu rasa itu dapat bahagiakan diorang?”
Hanis menggeleng.
“Ha, tahu pun! Ibu nampak dan ibu lah yang duduk kat sebelah dia. Ibu harap Hanis boleh minta maaf atas perbuatan Hanis. Tentang Huzair dengan kak Haniem, kita lupakannya.” Balasnya.
Hanis menghela nafas berat lalu mengangguk. “Sorry kak sebab.. ungkit balik semua tu.”
“Tak apa.”
Mereka bertiga jejak kasih buat seketika.
“Amboi, bukan main peluk, sedih dan.. berkongsi rasa. Yang ni tak nak peluk juga ke?” Haris tiba.
“Sibuklah! Kau tu anak lelaki dan tak boleh bergaul dengan kitorang yang kaum hawa ni.”
“Ooo..! Ini semua salah ibu. Kalau ibu mengandung anak lelaki seorang, tak adalah Haris kesunyian macam ni. Abang Fik bukannya selalu ada kat rumah nak teman Haris main PS5. Kalau ajak ayah, lagi lah dia tak tahu. Harap sangat anak dalam perut akak tu lelaki.”
“Sedapnya dia! Ini anak aku kut. Takkan lah aku nak ikut kemahuan kau. Kalau dia anak lelaki, akak berharap dia dapat ikut perangai abang Fik daripada perangai budak mulut celupar macam Haris!”
Haris menggumam tak puas hati. Haniem dan Puan Zahara hanya ketawa. Haniem memberi adik lelaki dia ruang dan mereka mula duduk di atas katil itu bersama-sama.
Selepas berjaya memujuk Hanis dan Hanis nampaknya mengakui kesilapannya, mereka keluar dari biliknya dan memberikan Fikri untuk duduk dengan Hanis bersama Fatin. Haris sudah turun ke bawab bermain permainan videonya seperti biasa. Hanya Haniem dan Puan Zahara menuju ke bilik Haniem.
“Tidurlah. Haniem.. tak payah lagi fikir benda tu semua.”
Haniem mengangguk.
“Ibu akan.. setuju kalau Haniem tak sukakan dia. Tapi ibu berharap sangat Haniem boleh jumpa dengan dia dulu dan lepastu Haniem buat keputusan. Mungkin jodoh Haniem bukan sekarang dan ibu reda akan kehendak Allah.”
“Haniem tak nak.. ibu terganggu dengan mulut-mulut orang tentang Haniem. Haniem janji akan kahwin juga suatu hari nanti. Cuma sekarang, Haniem perlukan masa.” Ujarnya.
Puan Zahara mengangguk. “Ibu tahu sayang. Ambillah banyak mana masa yang Haniem nak dan ibu setia nak menunggu Haniem.”
“Terima kasih sebab faham Haniem.”
“Sama-sama.”
Bersyukur Haniem tak terkira apabila masalah keluarga dia dah selesai. Dia yakin cepat atau lambat, dia tetap akan bertemu juga dengan imam dia. Haniem mencuci wajahnya bersedia nak lena kan diri.
Tak disangka, telefon dia berdering lagi memandangkan tadi dia membukanya sebab mahu menetapkan penggera masa. Haniem terganggu lalu dia mengambil telefon bimbitnya. Keluhan berat dilepaskan. Huzair menghubunginya, menghantar mesej banyak kali. Akhirnya Haniem terpaksa matikan juga telefon bimbitnya.
Akibat hal itu, dia terlambat bangun pada keesokan paginya. Haniem membersihkan diri dengan berlari tergopoh-gapah, dia menyarungkan pakaiannya yang biasa bersama tudung. Haniem keluar dari bilik setelah memastikan semua barang-barang dia lengkap. Turun sahaja, dia menuju ke pintu sebelum langkahnya terhenti apabila Puan Zahara memanggilnya.
“Mari makan dulu.”
“Sorry, ibu. Haniem dah lambat dah ni. Nanti balik Haniem makan. Haniem rasa.. Haniem balik awal hari ni.” Kata dia kemudian berlari pergi sebelum sempat Puan Zahara berkata apa-apa.
Haniem membawa kereta menempuh jalan dan dia perasan di cermin pandang belakang, ada kereta yang mengekorinya. Disebabkan terlalu serius mengecam kereta itu, Haniem sedar dia terlanggar kereta di hadapannya. Kereta jeep yang kelihatan agak mahal. Haniem terus keluar dan tak disangka itu ialah Adhiyat.
“Assalamualaikum.”
“W.. Waalaikumusalam. Saya.. saya tak sangka dapat jumpa awak lagi.”
Adhiyat ketawa. “Kan? Terasa macam.. jodoh pula bila kita jumpa banyak kali macam ni.”
Haniem hanya tersenyum sebelum dia sedar sesuatu. “K.. kereta awak..”
“Oh.. not so serious.”
“It’s okay. Saya bayar ganti rugi kereta ni dan saya minta maaf tentang apa yang dah terjadi. Saya nak cepat tadi.”
Adhiyat memandangnya. “Awak nak bayar ganti rugi?”
Haniem mengangguk.
“Let see. Kereta kemik bahagian belakang, 4 ribu kalau nak tukar. Kesalahan awak yang lalai, 1 ribu setengah. Disebabkan awak dah rosakkan separuh daripada kereta saya, 20 ribu charge untuk ganti rugi.”
Haniem tak percaya. “Kenapa 20 ribu pula? Kan kemik dia 4 ribu je.”
“Itu secondhand. Kalau saya beli yang ori, lagi worth.”
“Jadi awak nak saya bayar 20 ribu?”
Adhiyat berpura-pura sedang berfikirnya kemudian mengangguk tenang.
“Saya tak percaya tau.. awak ni sejenis.. sayangkan kereta.”
“Well saya beli mahal kut.” Balasnya.
Tak mengendahkannya, Haniem menyelongkar beg galas dia di kereta kemudian mengeluarkan kad perniagaannya. Dia menuju ke tempat Adhiyat lalu menyerahkan kad perniagaannya kepada Adhiyat.
“Saya tak ada cash sekarang. Saya ada check tapi kat.. tempat kerja saya. Kat situ ada alamat tadika saya, nombor telefon saya dan telefon tadika. Awak boleh call saya atau jumpa saya untuk ambil check tu.”
“Nice! Kalau macam tu saya nak dengan kadar segera. Terima kasih.” Dia berlalu dengan senyuman masuk ke dalam keretanya.
“Tak sangka.. nampak baik, tapi taasub dengan duit sebenarnya! Nama je CEO syarikat.” Haniem pun berlalu setelah dia puas membebel kepada Adhiyat.
Share this novel