bab 85

Romance Completed 1369

ADHIYAT buntu nak mencari Maya di seluruh bandar Kuala Lumpur. Dia kembali ke rumah di waktu tengahari dan kelihatannya semua keluarga dia turut risau dengan keadaan Maya. Sebaik saja dia tiba, Dhiya dan Ilham kelihatan. Adhiyat duduk di sofa bersebelahan Tipah.

“Macam mana? Dah jumpa Maya?” Tanya Opah Hawa.

“Tak. Dah penat dah cari. Dua hari dia hilang dan polis pun tak kata apa-apa lagi.”

Opah Hawa mengurut dadanya. “Manalah cucu Opah seorang tu. Opah risau sangat dekat dia dan ini lah rasanya kalau anak cucu tak ada kat sisi.”

Datin Haliza mendekati maknya.

“Mak, janganlah macam ni. Kita doa banyak-banyak supaya Maya ditemukan.” MakSu Zainal cuba memujuk emaknya.

“Dah dua hari Zainal! Mak ni tak tenang hidup kalau tak jumpa dia.”

“Semua pun tak tenang sekarang ni. Tapi ini ke yang Maya nak? Insha-ALLAH polis akan jumpa dia dan kita akan dengar khabar yang baik-baik je daripada dia.”

Opah Hawa memandang MakSu Zainal yang cuba meyakinkannya.

“Betul tu mak. Mak serahkan kerja ni pada polis je dan kesian dekat Ad dengan Mika kena keluar masuk cari kat mana Maya. Mika pun tak putus asa cari adik dia.”

“Kenapalah semua masalah timbul? Ini semua salah Opah sebab tak boleh nak satukan keluarga Opah semula lepas arwah tak ada.” Nada suaranya sebak.

“Kita tak patut salahkan sesiapa dalam hal ni mak. Allah tu pasti ada lebih baik rancangan untuk kita sekeluarga. Jangan nak salahkan diri mak dengan cakap benda mengarut macam tu.”

“Mak ni bukannya apa Liza, selama ni mak marah, mak tengking cucu-cucu mak, mak cuma nak diorang sedar je. Mak cuma nak diorang.. faham apa yang arwah tok aki diorang nak kan. Marah bukan tanda tak sayang. Marah nya ada pengajaran. Tok aki korang tu marah korang anak beranak dan paksa korang sebab dia tak nak korang susah suatu hari nanti. Mungkin paksaan dia terlampau dan itu memang salah dia. Tapi dia mengakuinya.”

Semua cucu-cucu Opah Hawa tunduk.

“Sebab dia tak beritahu aset terakhir dia, dia tak nak seorang pun lalai. Tengoklah apa yang jadi bila dia tinggalkan aset tu dan korang semua dapat tahu aset tu bernilai sampai berjuta. Korang semua berlawan untuk dapatkan nya sehingga sanggup hubungan keluarga pecah belah! Korang rasa... kenapa dia tak beritahu di mana dan dengan siapa aset tu?”

Adhiyat tahu ini salah dia.

“Kalau dia masih hidup, dia pasti... akan sangat-sangat kecewa dengan perangai cucu dia yang gilakan harta! Harta tu sekarang selamat di dalam tangan orang yang dia percaya dan orang yang Opah percaya.”

Mereka semua menatap Opah Hawa.

“Wanita yang berjaya ubah perangai tok aki yang pegang aset dia. Haniem lah orangnya dan dia... tak pernah lalai dalam menjaga harta kekayaan arwah. Dia gunakannya sebaik mungkin.” Balasnya.

“H.. Haniem?”

“Ya. Reza mungkin ikut apa yang tok aki nak. Tapi dia tahu kamu tak ikhlas dan sebab tu dia arahkan Opah untuk pastikan kamu menikah dengan Umai. Untuk Adhiyat, sebab dia tak bagi Adhiyat kahwin dengan Umai, dia tahu kamu akan lalai. Dia pernah beritahu Opah nak jodohkan kamu dengan Haniem walaupun dia tak yakin dengan kata-kata dia. Tapi Opah percaya yang dia sangat gembira bila kamu kahwin dengan Haniem. Pada Mazlan, dia cuma berharap Mazlan berubah dan boleh maafkan kesalahan Maklong kamu yang tak pernah bersalah dalam hal ni malah dia tersepit antara adik dan ayah.”

Datin Haliza tunduk.

“Jadi Opah nak kamu semua... sedar akan hal tu! Sedar yang harta takkan mampu tandingi semuanya! Keluarga lah benda yang paling penting dalam dunia ni.”

Adhiyat bangun lalu dia melutut di hadapan Opah Hawa dengan air mata berderai. “Ad minta maaf. Ad tak pernah... faham perasaan tok aki. Ad masih marahkan dia tapi sekarang Ad sedar yang kemarahan Ad takkan mampu ubah semuanya. Ad cakap Ad akan bagi harta tu pada Opah kalau Ad jumpanya. Tapi hati Ad tamak dengannya.”

Reza dengan kerusi rodanya turut mendekat. “Reza pun minta maaf. Sebabkan hasad dengki, Reza paksa tok aki untuk kahwinkan Reza dengan Umai dan Reza tak sangka apa yang dia nak akhirnya buat Reza bahagia.”

Tak lama selepas itu, Mikael turut melutut. “Sebagai adik kepada arwah abang Maz, Mika nak minta maaf sebab dia tamak kan harta tu. Arwah takkan tenang selagi Opah tak maafkan dia.”

Seluruh ahli keluarga sebak mereka melihat bertiga mengakui dosa.

“Tak apa. Opah maafkan semua orang. Bukan ini yang arwah nak dan arwah hanya mahukan cucu-cucu dan anak-anak dia yang boleh bergabung bersama tanpa ada perasaan dengki kepada satu sama lain.”

Kini Adhiyat sedar yang keluarga lalu harta yang paling berharga dia ada. Mengapa dia sanggup dia sanggup nak dapatkan harta dan lupakan keluarganya. Ternyata harta itu juga ada pada orang yang paling dekat dan boleh dipercayai. Nur Haniem isterinya.

Pada hari seterusnya, mereka tetap tak dapat menemui Maya dan begitu juga dengan pihak polis. Adhiyat walau bagaimanapun perlu ke pejabat sebab dia ada banyak kerja yang nak diuruskan. Dia malah cuba menghubungi Haniem namun tak diangkat oleh isterinya.

“Ad, macam mana? Kau dah jumpa Maya?” Fikri masuk ke dalam bilik pejabat Adhiyat.

“Belum. Aku dah cari kat merata tempat dah semalam dengan Mika. Tempat yang Maya selalu pergi still juga dia tak ada kat sana.”

Fikri mengeluh. “Habis, kau dapat call Haniem tak? Ayah dengan ibu dah risaukan pasal Haniem dah tu sekarang ni. Diorang call dia pun, dia tak angkat.”

“Aku tahu. Aku pun fikir nak pergi tadika Haniem cari dia. Mungkin Qila or.. any others teacher know this.”

“Baguslah. Kau jangan stress sangatlah Ad. Insha-ALLAH semuanya akan okey je.”

Adhiyat mengangguk.

“Tapi kan Ad, kak Zah nak jumpa kau sekarang ni.”

“Kak Zah?” Ulangnya.

“Ya. Dia datang dengan anak dia dan kalau kau tengok, kau pun takkan percaya dengan keadaan dia. Abang Rozi pun ada kat bawah juga.”

Kunjungan yang tak disangka. Adhiyat segera menemui mereka. Setelah bersalaman dan duduk, Adhiyat terkejut melihat keadaan kak Zah.

“Puan anak dia?”

“Ya. Saya Kirah.” Balasnya.

“Kenapa ya nak jumpa saya?” Tanya nya.

Puan Kirah memandang kak Zah.

“Mazlan... dia yang.. yang buat semua ni.”

“Buat semua ni? Buat apa?”

Kak Zah mengalirkan air mata. “Dia bercadang.. nak jatuhkan syarikat.. tuan Ad sebab hasad dengki dengan.. syarikat ni. Dia juga berjanji... akan habiskan hidup saya.. kalau saya tak nak.. beritahu dia maklumat syarikat ni.”

Adhiyat terkejut.

“Bukan setakat tu je Ad. Abang Rozi sebenarnya... tak nak khianat Ad dengan buat buku Ad tak laku. Itu semua rancangan Encik Mazlan. Dia yang paksa kami untuk buat semua tu dan abang Rozi memang nak beritahu Ad tentang hal ni. Tapi nyawa abang Rozi akan melayang dan macam mana pula dengan keluarga abang.”

“Betul tu. Mak ada beritahu saya lepas dia dah boleh bercakap. Dia cakap Mazlan betul-betul berbahaya. Apa yang terjadi pada dia sekarang, semuanya atas perbuatan Mazlan.”

Kak Zah menangis lagi. “Maafkan... kak Zah tuan Ad!”

Adhiyat tersenyum nipis. “Tak apalah kak Zah. Syarikat saya masih utuh dan dengan doa, saya masih boleh jayakan syarikat saya. Apa yang terjadi sebelum ni... saya harap saya boleh lupakannya.”

“Tapi dia dah melampau Ad!”

“Abang, Encik Mazlan dah meninggal dunia. Kita tak patut bercakap buruk tentang hal dia dengan apa yang dia pernah lakukan sebelum ni. Allah tu Maha Mengetahui dan saya tak kisah dengan perbuatan dia yang cuba nak jatuhkan syarikat saya. Yang pasti, dia tak dapat tembusi dinding tu.”

Mereka berdua nampak bersalah.

“Arwah memang teruk perangai dia. Tapi walau seteruk manapun, dia tetap manusia biasa yang sering melakukan kesilapan. Pada saya, dia abang sepupu yang saya tak pernah lupakan seumur hidup saya. Saya gembira ada dia.”

“Kami minta maaf... sebab bercakap buruk pasal dia.”

Adhiyat tersenyum nipis. Telefon bimbit yang berdering buatkan dia mengangkatnya.

“Assalamulaikum Ad.”

“Waalaikumusalam umi. Kenapa ni?” Tanya Adhiyat cemas.

“Maya ada kat hospital sekarang ni. Cepat Ad datang! Opah dengan umi risaukan keadaan dia macam ni.”

“Okey Ad datang sekarang!” Adhiyat mematikan panggilan dan segera berlari keluar dari syarikat.

Sebaik saja dia melangkah ke dlaam hospital, Adhiyat menemui Datin Haliza dan seluruh keluarganya yang berada di hadapan bilik pemeriksaan. Doktor kemudiannya keluar setelah menjalani pemeriksaan.

“Macam mana dengan keadaan isteri saya?” Tanya Adhiyat segera.

“Cik Maya mengalami masalah gangguan otak encik. Kami dah test banyak dan nampaknya fikiran dia melayang selepas kecenderungan.”

Adhiyat lemah. “Kecenderungan?”

“Pihak polis telefon kitorang tadi dan dia kata dia jumpa Maya dekat seberang jalan.” Mikael memberitahu Adhiyat apa yang dia tidak tahu.

Adhiyat mengeluh berat. Mengapa ini yang terjadi.

Setelah Maya disahkan bakal ke hospital sakit jiwa, Adhiyat dan keluarganya yang lain masih setia membawanya. Di sana Maya segera dikunci dan tidak seorang pun dibenarkan menemuinya memandangkan dia sangat agresif.

Adhiyat melihat Mikael duduk di luar hospital sendirian. Dia segera mendekati Mikael kemudian memeluk bahunya. Reza turun mendekati Mikael dengan Tipah sekali. Mereka bertiga begitu sayangkan Mikael.

“Sudahlah tu. Ini yang ditetapkan oleh Allah.” Kata Reza.

“Kenapa Mika kena lalui saat-saat yang macam ni? Kehilangan dua orang lagi yang Mika paling sayang.”

“Mika, Mika tak kehilangan Maya pun. Dia ada je dan kita boleh melawat dia bila-bila masa saja. Percayalah.”

Mikael mengalirkan air matanya.

“Wah, menangis juga hero kebanggaan kampung kan? Ingatkan bussinesman berjaya tak reti menangis.”

Mikael yang marah segera memeluk Tipah.

“Sakitlah!” Marah dia sambil melepaskan pelukan Mikael.

Adhiyat dan Reza tersenyum. Apabila Mikael pergi dengan Tipah, kini hanya ada Reza dan Humairah sahaja.

“Abang,” panggil Reza.

Adhiyat berpaling.

“Kami berdua.. nak minta maaf atas perbuatan kami pada abang sebelum ni. Kami tak sanggup lagi nak buat abang bencikan kami dan Reza faham perasan Umai.”

Adhiyat menatap mereka lalu dia menepuk bahu Reza. “Abang penat Reza nak marahkan orang sana sini sedangkan ini bukan yang tok aki nak kan, Maya atau Mazlan nak kan. Kita satu keluarga dan abang dah buang perasaan tu. Mulai daripada sekarang, abang tahu Reza sayangkan abang dan keluarga. Jadi kita boleh jadi keluarga.”

Reza tersenyum. “Abang maafkan kami berdua?”

“Abang rasa cinta tu... akan selalu berubah hati. Abang reda dengan apa jua yang Allah tetapkan. Seandainya ini yang terbaik, jadi ini lah yang terbaik. Humairah berhak miliki... lelaki sebaik Reza dan bukannya abang.”

“Umai.. minta maaf pada abang.”

“Tak apa. Tapi abang nak kena ambil barang dan datang sini balik jenguk keadaan Maya. Abang risaukan dia dan kandungan dia tu.”

Reza dan Humairah mengangguk.

“Kitorang pun.. dah nak kena balik sebab Opah macam tak sihat sangat. Kesian kat dia sebab menangis je. Ni Maklong suruh bawa Opah balik dan biar dia uruskan hal kat sini.”

“Baguslah tu. Kalau ada masa, abang balik kampung jenguk Opah.”

“Okey bang.” Mereka berdua terus melangkah pergi.

Adhiyat menguruskan hal nya dan dia kembali lagi ke hospital ini untuk melihat keadaan Maya. Walaupun dia bencikan isteri keduanya ini, namun dia tetap isteri nya yang dia tak boleh abaikan tanggungjawab. Adhiyat turut solat berdoa dan memohon pada Allah untuk pulihkan Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience