MIKAEL menikmati sarapannya dengan Humairah dan Tipah yang berada di dapur sedang berbual bersama dengan Tipah menolong Humairah menjaga Ayyad. Mereka turut berbual bersama apabila bercerita tentang masing-masing.
“Habis, abang suka sangatlah dengan New York sampai boleh ulang-alik ke sana?”
“Tak adalah suka sangat. Abang cuma nak kerja kat sana dan abang pun suka dapat buat bussines dekat sana. Kalau nak lupakan Malaysia, itu memang mustahil sebab kat sini abang ada keluarga, perniagaan dan... kehidupan abang.”
Tipah tersenyum menggoda. “Yeke? Macam mana pula dengan future wife?”
“Kau ni kan! Kalau wife tu, hanya tunggu masa jelah.”
“Wah, dah ada stock dah nampaknya!”
Mikael tersenyum.
“Laku juga daripada kau!” Bob yang sedang memotong kelapa melaung.
“Eh, kau boleh tak jangan nak menyampuk sangat. Mana kau tahu aku tak laku?”
“Humphh... budak bandar adik kak Haniem tu bolehlah! Tapi kat universiti, budak tu kata kau ni memang tak dikenali ramai. Melalak je kerja dia kalau dekat universiti macam universiti tu PakSu Hairi yang punya!”
Tipah mengetap. “Kau cakap kat aku, kau tak suka budak bandar tu. Ni kau boleh compete dengan dia nak mengumpat aku pula ya?”
“Memang aku tak sukakan dia. Tapi sebab aku nak tahu perangai kau bila keluar dari kampung ni, aku terus berbaik dengan dia.”
Mikael dan Humairah ketawa senang.
“Sudahlah tu. Bergaduh jelah kerja korang ni. Apa-apa pun, perkahwinan tu bukannya sesuatu yang... abang fikirkan sebab abang tahu suatu hari nanti pasti... jodoh abang akan datang juga.”
“Betul. Cepat atau lambat, itu kerja tuhan dan bukannya kerja kita.” Balas Humairah.
“Biarlah Maya yang kahwin dulu dan abang-abang dia tak. Insha-ALLAH kitorang pun akan bertemu dengan wanita yang baik.”
Humairah mengangguk bersetuju.
“Tapi kan, abang perasan tak kak Maya macam.... tak mengandung je.” Kata Tipah.
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Tak adalah. Dulu masa kak Umai mengandung, selalu je muntah-muntah, lesu dan mual. Tapi kalau kak Maya, terlebih rileks je.”
Selepas Tipah berkata begitu, Mikael turut memikirkannya. “Abang pun perasan. Sejak abang balik sini, dia macam tak pernah pun berlari masuk tandas nak muntah ke ataupun pening kepala sampai nak bermanja. Yelah si Maya tu kalau sakit mengada-ada lebih.”
“Kan? Lagipun usia kandungan dia.. tak adalah tua sangat. Baru je. Cuma dia tak nampak pun macam mengandung.”
Mikael mengeluh.
“Apa kata kalau Mika tanya dia. Umai bukannya apa, takut kalau Maya tu... aniaya rumahtangga abang Ad dengan kak Haniem. Lagipun diorang dah tak sebulu sebab selalu je Umai dengan Reza dengar diorang bergaduh dekat bilik Haniem.”
“Mika memang tak nak Maya buat macam tu. Mika pun pelik dengan Maya ni. Takkan lah dia nak izinkan abang Ad buat semua tu dan kenapa dia nak... sukakan abang Ad?”
“Kita tak tahu apa yang Maya rasa. Yang terbaik, kita kena tanya dia.”
Habis sahaja makan, Mikael melangkah ke ruang tamu. Di sana dia melihat Maya sedang tidur di atas sofa. Mikael mengeluh dengan perangai adik perempuannya.
“Woi! Kau ni membuta je kerja kan? Tak ada ke nak pergi dapur, siapkan makanan untuk abang Ad dan subuh tadi pun, batang hidung kau aku tak nampak tau! Kau ni nak jadi apa ni? Dah kahwin pun masih lagi nak jadi pemalas ke?!”
Maya mengetap. “Boleh tak jangan bising?! Apa faedahnya kalau pergi siapkan makanan bila ada seribu orang dalam rumah ni yang reti masak! Apa Maya seorang je yang reti masak?”
“At least suami kau tu nak rasa air tangan kau. Kau masak memanglah tak sedap. Belajar lah masak supaya Adhiyat tu tak payah dah nak pura-pura masakkan kau sedap. Kau boleh improve kau punya bakat dalam masakkan!”
“Tak kuasa lah! Kalau dia tak nak makan sudah. Kalau dia rasa masakkan Maya sedap, ha makanlah dia. Maya ni isteri dia dan memang patut dia jaga hati Maya.”
Mikael merengus. “Kau ni memang tak kenang budi heh? Tak ada sifat simpati langsung. Aku rasa kak Haniem lebih bagus jadi isteri abang daripada kau. Jangan kau menyesal nanti kalau abang Ad tu ceraikan kau.”
“Humphh.. dia takkan berani sebab anak dalam kandungan ni, anak dia.”
“Kau mengandung? Tapi kenapa kau tak nampak macam mengandung ni?”
Maya mengeluh. “Habis abang nak Maya tulis kat perut Maya ni Maya mengandung? Usia kandungan awal lagi lah nak besarkan perut supaya boleh tahu Maya ni mengandung.”
“Maksud aku, kau tak muntah, tak lesu dan tak pening. Kalau kau demam dulu, kau nak abang Maz dengan aku ada je dengan kau sepanjang waktu. Takkan lah bila mengandung kau rilek je. Mana Morning sickness kau?”
Mata Maya mula segar apabila abangnya berkata begitu. Dia lupa nak berlakon supaya jadi lesu.
“Kau ingat heh Maya, jangan buat cerita yang tak sah dan porak peranda kan rumahtangga orang. Kalau abang dapat tahu itu yang kau buat, abang takkan lepaskan kau tau.” Pesannya.
“Hisy! Abang mana tahu Maya berperang dalam bilik air tu sebabkan Morning sickness. Cuma Maya kuatkan diri je sebab Opah pun tak nak manjakan Maya sangat kan?”
“Ikut suka hati kau lah! Sekarang ni aku nak tanya kau, bila kau balik KL?”
“Hari ni lah! Abang pun nak balik KL juga kan?”
Mikael mengangguk. “Tapi sebelum tu ada benda nak kena uruskan. Kau boleh tolong aku jenguk abang Maz?”
Maya mengetap. “Abang Maz tu dah tak tahu dah ke mana dia. Sebelum Maya balik sini pun, rumah dia dah tak macam rumah. Dia pun tak ada kat sana. Malaslah Maya nak on the way pergi sana pula. Maya ingat nak balik KL lepastu nak teruskan kerjaya Maya.”
“Dia tu abang kau. Selama ni apa yang kau nak, dia bagi! Salah ke kau pergi jenguk dia?”
“Abang macam tak tahu abang Maz kedekut tu! Abang kalau risaukan dia sangat, abang pergi sendiri boleh? Maya sibuk!”
Mikael mengetap. “Kau ni memang tak kenang budi kan? Suka hati kau lah kalau macam tu.”
Mikael segera keluar dari rumah dan agak marah dengan perilaku adiknya.
Menjelang ke petang, Mikael bersalaman dengan Opah Hawa, MakSu Zainal, PakSu Hairi dan seluruh keluarganya yang lain untuk pulang ke KL semula. Nampaknya bukan dia saja yang dah nak balik malah Haniem, Adhiyat, Maya dan Qila pun sudah hendak pulang.
“Cik sebelah rumah!” Panggil dia kepada Qila yang baru nak masuk dalam kereta Haniem.
“Apa?!”
“Kasarnya cik sebelah rumah ni. Saya nak buat permintaan lah kat awak.”
Qila merengus. “Permintaan apa?”
“Awak nak straight balik rumah awak ke?”
“Yelah.”
“Nak tak awak balik dengan saya?” Tanya nya.
“Kenapa saya nak balik dengan awak? Oh! Awak nak buat something kat saya heh?! Awak ni memang gatal kan.” Dia mula naik marah.
“Biru nya otak awak cik sebelah rumah! Bila masa saya nak buat something kat awak. Saya nak ajak awak pergi suatu tempat yang awak selalu pergi. Kalau awak tak percayakan saya, Haniem akan jadi saksi. Kalau saya buat apa-apa kat awak, Haniem terus report polis.”
“Awak ni bukannya boleh percaya sangat pun!”
Mikael mengetap. “Percayalah. Ataupun awak telefon Haniem kalau terjadi apa-apa. Ha, ada banyak kemungkinan kalau saya ada buat apa-apa kat awak. Awak nak saya bawa Opah sekali?”
“Kenapa nak bawa Opah awak pula?”
“Dah awak tak percayakan saya. Ataupun awak nak saya duduk atas kereta supaya awak boleh percayakan saya dengan kita pergi sama-sama.”
“Hisy, mengarut lah awak ni! Okeylah saya ikut awak. Kalau awak buat something buruk kat saya, saya akan make sure saya kerat awak empat belas tau.”
Mikael tersenyum. “Kerat saya sampai 20 pun boleh.”
Qila menjelingnya. “Haniem, aku balik dengan mamat meminta ni lah. Kau balik seorang boleh?”
“Boleh je Qila. Safe drive okay!”
Qila dan Mikael terus melangkah ke kereta Mikael. Mikael memandu keretanya keluar dari perkarangan dan dia melalui berbagai jalan. Dia sebenarnya ingin memulakan rancangannya yang selama ini dijalankan secara senyap-senyap.
Tak lama, akhirnya tiba juga mereka. Qila pelik menatap sekeliling.
“Ini bukan ke... rumah saya?”
“Keluarlah dulu.” Mikael segera keluar meninggalkan Qila.
Encik Khalid dan Puan Ita menemuinya.
“Apa khabar pakcik?”
“Baik alhamdulillah. Mari masuk.” Pintanya.
Encik Khalid membawa Mikael masuk sementara Qila yang masih tak mengerti dibawa oleh Puan Ita untuk masuk ke dalam rumah.
Setelah dihidangkan minum, keadaan sunyi seketika.
“Qila betul-betul perlukan penjelasan sekarang ni dan awak...! Macam mana awak tahu ni kampung saya, rumah saya dan mak ayah saya. Awak ni memang dilahirkan untuk skodeng orang heh? Awak stalk saya selama ni dan sekarang awak nak caras kehidupan keluarga saya pula. Atas arahan siapa?! Abang awak Mazlan?!”
“Kenapa pula saya nak buat semua ni sebabkan abang saya? Lagi satu, saya ni dilahirkan dengan iman yang cukup tau.”
“Lelaki kalau beriman tak macam awak! Habis ni semua apa?!”
Mikael menarik nafas lepas. “Saya... saya tak ke New York pun selama ni. Saya tinggal kat kampung awak sebab nak hilangkan stress dan saya dah... minta izin mak ayah awak untuk kahwin dengan awak.”
Makin tak percaya Qila. Tetapi hati dia rasa sedikit suka. “Kahwin?!”
“Saya tahu ini... bukannya sesuatu yang awak suka. Tapi saya dah fikir masak-masak dah dan walaupun tempoh perkenalan kita singkat, saya selalu ada disaat awak tak nampak. Saya sukakan awak sejak abang saya bercinta dengan awak lagi.”
“Awak sengaja sebenarnya kan? Awak nak jadikan saya kambing hitam awak macam abang awak kan?!”
“Saya tahu awak trauma dengan perbuatan abang saya dan sebab tu saya beri awak peluang Qila supaya awak boleh fikirkan tentang hati saya. Saya beri awak masa untuk kahwin dengan saya.”
Qila bangun dari duduknya. “Saya tak nak awak mengarut lagi Mika! Saya ni tak sanggup sakit hati kedua kalinya dengan darah yang sama. Kalau awak hanya nak permainkan saya, buang angan-angan awak. Sampai bila-bila pun awak masih tunggu, saya takkan sesekali sukakan awak.”
“Tapi saya ikhlas. Saya dah bincang dengan parents awak dan kalau awak tak terima... saya akan melutut depan awak selama-lamanya.”
“Oh, jadi awak ugut saya?”
“Tak, saya maksudkannya.” Mikael segera melutut depan Qila.
Qila terkejut lalu memandang mak dan ayahnya. “Buat lah sesuatu mak ayah!”
“Mikael tu sukakan Qila dah lama dah. Mak dengan ayah tak nak masuk campur kalau itu yang boleh buat Qila setuju dengan perkahwinan korang.”
Qila memandang tak percaya cakap mak dia. Dia menatap Mikael yang tersenyum padanya dan nampak ikhlas.
“Kita berkawan dulu. Kalau saya... selesa berkawan dengan awak, saya akan teruskan rancangan awak.”
“Serius lah?! Okey boleh.” Terus dia setuju.
“Now bangun!” Jerkahnya.
Mikael segera bangun dan tersenyum padanya. Qila berpura-pura nak muntah dan dia berjalan masuk ke dalam biliknya. Di sana, Qila memegang dadanya yang terasa pelik. Dia kemudiannya tersenyum.
Share this novel