bab 56

Romance Completed 1369

MAYA bangun pada jam 9 setengah apabila dikejutkan oleh Mazlan dengan kasarnya di luar pintu bilik tetamu di rumah Datin Haliza. Maya melangkah dengan rambut yang kusut dan masih mamai membukakan pintu buat abangnya.

“Heh kau ni kan, aku menyesal tau bawa kau datang sini! Kalau aku tahulah yang kau sebenarnya nak perangkap aku, tak ada nya aku nak datang sini lah, Maya!” Jerkah dia hampir bergegar satu rumah.

“Abang ni bisinglah. Mana ada Maya perangkap abang nak duduk sini. Maya pun tak expect tau yang kita berdua kena tidur rumah orang tua ni.”

“Patutnya kau kejut aku semalam lepas kau habis berbual dengan Maklong kesayangan kau tu! Tak adalah aku terlena kat sini dan tak adalah aku lambat nak masuk office!”

Maya menggaru kepalanya. “Kalau macam tu, baik lah abang siap-siap dan nanti kita keluar dari rumah ni. Tu pun nak bising ke?!”

Kepala Maya ditolaknya kasar. “Memang aku nak bising! Ada adik macam kau menyusahkan tahu tak. Kalau kau tak menggedik nak jumpa dengan Ad tu semalam, aku takkan end up ada kat sini lah!”

“Okey, okey, kita balik!”

“Bagus! Cepat siap sebab aku tak nak duduk kat rumah ni. Seribu kenangan yang menyakitkan hati bermain dalam kepala ni tau!” Katanya lalu melangkah pergi.

Maya sempat menggamit jengkel dengan perangai Mazlan.

Turun sahaja ke tingkat bawah, Datin Haliza hanya berdiri kaku di tangga. Mungkin dia dah dengar apa yang Mazlan ucapkan tentang dia tadi. Namun Mazlan peduli apa? Memang rumah ni ada beri dia kenangan manis kalau orang lain lihat. Tetapi perlakuan Datin Haliza terhadap nya hanya sebuah penyeksaan yang tak tertanggungkan oleh Mazlan.

Mazlan berjalan pergi sebelum Datin Haliza bersuara dan dia terpaksa berhenti.

“Apa lagi kau nak?”

“Maklong tahu.. Maz masih marahkan Maklong tentang apa yang terjadi. Jujur Maklong katakan yang... yang Maklong tak pernah pun rasa adik kandung Maklong sendiri menyusahkan. Maklong sayangkan dia. Tapi arwah... arwah tok aki yang nak Maklong jauhkan diri daripada dia. Percayalah.” Rayu dia penuh kesayuan.

“Jadi kau nak aku salahkan tok aki seorang je? Eh, kau pun salah lah dalam hal ni. Kenapa kau nak ikut cakap orang yang kau dah tahu silap? Kalau kau bantah perbuatan tok aki, semua ni takkan terjadi lah! Mak dengan ayah aku takkan mati macam tu je!”

“Maafkan Maklong. Maklong tak pernah nak benci dia. Maklong jaga Maz, Maya dan Mika sebab Maklong nak balas kebaikan arwah mak dengan ayah Maz sebelum ni.”

Mazlan ketawa sinis. “Balas kebaikan arwah? Sepatutnya kau balas kebaikan tu dengan bela dia dan bukannya jaga kitorang! Aku tak perlukan budi baik kau untuk balas kebaikan arwah. Arwah yang perlukannya!”

“Maklong tahu Maklong silap.”

“Sampai mati pun aku takkan pernah maafkan kau. Kalau mak dengan ayah aku boleh maafkan kau, tidak untuk aku. Kenapa aku sanggup nak lupakan perbuatan kau pada arwah yang kejam tu dan maafkan kau? Sia-sia lah aku pendam dendam terhadap kau!”

Datin Haliza tahu hati Mazlan begitu keras nak memaafkan dia. Dia juga mengakui kesilapannya sebelum ini.

“Ini kali terakhir aku jejakkan kaki aku kat rumah kau. Lain kali, aku takkan pernah jejakkan kaki ke rumah kotor ni walau sesusah manapun aku!” Mazlan melangkah keluar dari rumah dengan bengangnya.

Datin Haliza berpaling lalu melihat Datuk Azlan yang hanya mengukirkan senyuman padanya seperti memberi dia semangat baru. Datin Haliza membalas senyuman itu.

“Maklong!” Maya turun tak lama selepas itu sehingga tiba di ruang tamu.

“Maya, nak makan tak?”

“Hmm.. tak apalah Maklong. Nanti abang marah pula kalau lama-lama duduk kat sini. Lagipun Maya nak keluar lunch dengan abang Ad nanti. Dia dah janji dah.”

“Oh yeke? Tak apalah.”

Maya mendekati Datin Haliza lalu bersalaman dengan nya.

“Enjoy lah masa kat KL ni Maya. Tapi jangan selalu susahkan abang Ad tau. Dia tu dah beristeri dan dia kena pentingkan isteri dia berbanding orang luar.”

Maya merengus. “Apa kak Haniem tu.. spesies yang mudah merajuk ke? Dia control abang Ad selalu?”

“Hisy, tak baik cakap macam tu. Kak Haniem tu sempurna buatannya.”

“Kalau sempurna, kenapa setiap kali Maya nak keluar dengan abang, mesti nama dia kena naik. Mungkin kak Haniem dah control hidup abang sampai dia tak boleh nak berseronok macam dulu.”

Datin Haliza menggeleng.

“Tak baik Maya bersangka buruk pada Haniem. PakLong dengan Maklong tak nak Maya susahkan Ad aje. Haniem tu dia tak kisah pun. Cuma kami tak selesa kalau Maya terus nak bersama Adhiyat. Adhiyat tu suami Haniem dan tanggungjawab dia pada Haniem walaupun Haniem tak kisah. Hati isteri kita takkan tahu. Lebih-lebih lagi yang lelaki ni.” Balas Datuk Azlan.

“Humph... yelah PakLong. Kalau Maya nak keluar dengan abang, Maya rasa Maya kenalah minta persetujuan kak Haniem dulu. Betul tak?”

Datuk Azlan mengangguk.

“Tapi Maya dah lambat lah. Nanti bising pula singa kat luar tu! Dahlah dia nak tunjukkan arah rumah dia kat mana.”

“Pergilah. Cakap kat Maz, PakLong ucap terima kasih pada dia sebab sudi makan malam kat sini.”

Maya mengangguk. Dia kemudiannya keluar dari rumah menemui Mazlan yang berada di dalam kereta.

“Abang, Maya ikut abang dari belakang tau.”

“Ya! Cepat sikit. Dah berjanggut aku tunggu kau kat sini.”

Maya mengetap. Dia menutup pintu kereta lalu dia pun melangkah ke keretanya. Apabila kereta Mazlan keluar dari perkarangan, Maya terus mengekori dia daripada belakang.

Mereka tiba di rumah pusaka arwah keluarga mereka. Maya kagum kerana inilah kali pertama dia melihat sejak dia pergi ke New York. Maya masuk ke dalam rumah dengan membawa begnya sekali.

“Wah, cantiknya! Tak sangka arwah mak dengan ayah kita boleh tinggalkan rumah sebesar ni kan?”

Mazlan merebahkan duduknya di sofa. “Tulah. Kalau aku tahulah kita dah ada rumah sebesar ni, tak adanya aku nak penatkan diri duduk kat rumah tu.”

“Betul juga. Lagipun Maya pun tak suka sangat dengan.. Maklong. Yelah, dia tu kan cantik, tua tapi masih muda, kaya raya pula tu. Anak sulung dia tu pula boleh kahwin dengan orang Singapore yang handsome. Maya pula jadi watak belakang diorang dan setiap kali kawan-kawan Maya tengok, diorang gelakkan Maya sebab menumpang.”

“Itulah kau! Yang kau ramah sangat dengan dia semalam kenapa?”

Maya duduk di sebelah abangnya. “Bukannya Maya nak sangat rapat dengan orang tua tu! Maya cuma nak dapatkan perhatian abang Ad aje. Abang tahu tak semalam dia tak bagi Maya peluk dia. Literally sebelum ni dia langsung tak kisah. Now kisah pula dia!”

Mazlan hanya ketawa.

“Yang lebih membengang kan, isteri dia tu. Nampak sangat dia tu nak kawal abang sampai semua orang nak jaga hati dia! Dia ingat dia tu Ratu Elizabeth ke?”

“Nak buat macam mana? Abang kesayangan kau tu sayangkan isteri dia. Masa perempuan tu tampar aku, dia tak marah sikitpun.”

Maya memandang terkejut. “Dia tampar abang? Beraninya dia.”

“Tulah. Aku hanya beritahu dia pasal Qila je. Aku tak sangka diorang punya persahabatan tu serius. Si Haniem ni langsung tak percayakan aku bila aku cakap Qila ni dah kotor. Aku memang kena mengalah tentang perempuan tak guna tu!”

“Tak sangka dia berkawan baik dengan perempuan tu. Patutlah dua-dua pun kekwat!”

“Tahu tak apa!”

Maya masih tak puas hati dengan perilaku keluarga Adhiyat terhadap Haniem.

“So rancangan kau, kau nak buat apa?”

Maya senyum sinis pada abangnya. “Maya pergi New York semuanya sebab nak belajar jadi... perempuan yang boleh tarik semua lelaki and i did it! Kali ni Maya ke Kuala Lumpur semuanya sebab nak ambil hati abang Adhiyat yang Maya nak kan selama ni. Hanya dia je boleh tentukan reputasi Maya sebagai model.”

“Baguslah. Tapi kau kena ingat juga yang risiko kau bakal ambil.”

“Risiko tu Maya dah.. fikirkan. Tak kisahlah kalau kena guna cara brutal sekalipun. Yang penting hati Adhiyat Iman hanya untuk Maya seorang je. Perempuan sampah macam Haniem tu, boleh step aside!”

Mazlan tersenyum dengan rancangan adiknya. “Ya, pastikan juga lepas kau dapat hati Adhiyat tu, kau kaut harta dia sekali. Korek rahsia syarikat dia supaya syarikat aku boleh maju macam syarikat dia.”

“Mestilah boleh! Tapi kita kena buat rancangan satu demi satu supaya tak syak oleh beberapa orang.”

“Ya. Kau pun kena settle kan hal kau dengan ex-boyfriend kau tu. Bukan ke dia kerja kat office Ad dah sekarang?”

Maya terus bermasam muka apabila topik bekas teman lelaki nya dinaikkan oleh abang dia. “Yang tu pun satu hal! Tapi dia boleh beri Maya satu peluang dengan abang Ad. Tak apalah, Maya akan settle kan hal dia.”

Maya naik ke biliknya lalu membersihkan diri dia. Selesai saja, dia mula berganjak keluar. Semasa melalui bilik abangnya, Maya melihat ada banyak baju wanita yang bersepah sehingga dia hanya tersenyum pada baju-baju itu memikirkan abangnya. Setelah itu, Maya membawa kereta dia menuju ke syarikat Adhiyat.

Semasa melalui koridor ke sana, Maya terdengar perbualan seorang lelaki yang dikenali dia. Maya bersembunyi di sebalik dinding.

“Apa?!”

“Saya kalau boleh tak nak buat kerja ni lagi bang. Dulu dah ada yang khianat tuan Ad dan.. dan saya fikir saya tak patut khianat dia yang dah banyak bantu saya.” Ujar lelaki ber helmet itu dengan takut-takut.

“Eh, ini bukan khianat! Bos aku nak aku datang sini sebab korek rahsia dia! Kau kena tolong aku.”

“Saya tak boleh. Saya dah lama kerja kat sini dan.. dan semua staf percayakan saya. Kalau saya khianat tuan Ad dan hilang pekerjaan ni, macam mana? Saya pun ada anak bini kat rumah yang nak kena bagi makan.”

Lelaki berbaju biri laut itu memegang kolar baju lelaki tadi. “Kau jangan cabar aku lah! Kalau aku minta kau letak agreement bank semalam kat atas meja aku, kau buat ajelah! Kau tahu tak, aku nak tahu berapa banyak bank laburkan pada syarikat Adhiyat supaya aku boleh tahu rahsia dia!”

“Saya rasa itu.. abang punya hal. Kalau abang nak tahu rahsia dia, abang korek lah sendiri. Saya tak nak masuk campur lagi. Kerja saya hanyalah hantar barang, ambil barang dan terima barang. Kerja saya bukannya mengkhianat tuan Ad. Dia terlalu baik untuk buat semua tu.”

“Eh, kalau dia terlalu baik sekalipun, biarkan ajelah! Kau kena tolong aku sebab hanya pada kau je semua maklumat sulit syarikat diberikan. Bukannya aku nak simpan terus! Aku akan bagi pada pegawai-pegawai yang berkaitan.”

Lelaki tadi mengeluh. “Maaflah bang. Saya tak boleh! Apa-apa jadi pun, saya takkan khianat lagi. Agreement tu pun, tuan Ad yang ambil dan nasib baik tak kantoi. Kalau dia tahu saya nak bagi agreement tu kat abang sebab abang nak menyeleweng, dia mesti akan marah kan saya. Saya terpaksa buat alasan macam yang abang suruh. Saya minta maaf. Abang buat sendiri kalau abang rasa ini dah memadai.” Dia terus berlalu pergi belum sempat lelaki berbaju biru ini menghalangnya.

Dia mengetap geram melihat pekerja itu.

Senyuman sinis Maya terukir di bibirnya. Dia mendekati lelaki itu dengan ketawa sinis.

“Hai Osman! Lama I tak jumpa you.”

Osman sedikit terkejut. “Maya. You buat apa kat sini?”

“Eh, bukan ke I dah beritahu you yang boyfriend I tuan Ad?”

“You tak payah nak kelentong I lah. Adhiyat tu tak nampak pun macam boyfriend you lah.”

“Eh, takkan lah you nak I tulis atas dahi dia yang dia tu boyfriend I dan barulah you nampak yang dia tu boyfriend I. Nonsense!”

Osman mengetap. “Maya please lah jangan buat I macam ni. You balik hari ni pun you tak beritahu I. I love you sayang dan I tak nak you buat semua ni. I really do miss you.” Dia mendekati Maya dengan memegang tangannya.

Maya melepaskan pegangan tangan Osman. “You ni memang lelaki yang tak faham bahasa eh?! You tu dah ada anak, ada isteri dan you pernah tipu I sebelum ni!”

“I buat pun sebab I terpaksa Maya. You nak semuanya sempurna dan I... I nak bagi you kesempurnaan tu.”

Maya senyum sinis. “Apa you boleh bagi kalau you kerja pun kuli je? Now I dah tahu motif you datang syarikat Adhiyat.”

Osman kelihatan gelabah. “Y.. you.. you dengar semuanya?”

“I dengar separuh je. You cakap you nak... tahu agreement syarikat Adhiyat dan maklumat sulit daripada despatch tadi. Kan?”

“I tak nak you beritahu Ad tentang hal ni!”

“Boleh je. Tapi you kena tolong I jugalah.”

Osman memandangnya.

“I nak you terus kejar I dan apa-apa tentang Adhiyat yang you tahu, you beritahu I. Not about his work, tapi tentang isteri dia.”

Osman memandang Maya terkejut. “Isteri?”

“Yes. I nak you beritahu tentang isteri dia, aktiviti diorang and siasat kat mana rumah dia. I nak tahu tu je dan I nak you beritahu I satu persatu. I akan bagi you ganjaran macam yang sebelum ni and after that, you tinggalkan I.”

Disebabkan hanya ini sahaja yang Osman ada, terpaksalah dia mengangguk bersetuju.

“Maya,” Adhiyat tiba dengan Fikri.

“Hai abang!”

“Maya buat apa kat sini?” Tanya dia sambil memandang Maya dan Osman curiga.

“Tak ada apa-apa lah. Berkenalan dengan.. kawan lama.”

Adhiyat mengangguk.

“Jom lah abang pergi makan sekarang. Maya dah lapar dah ni.” Adu dia.

“Yelah.” Balas Adhiyat. “Fik, kau settle kan e-mail clients tu heh. Nanti aku balik check kan.”

Fikri mengangguk.

“Man, nanti saya bagi awak salinan e-mail tu supaya awak boleh belajar lagi. Tentang buku yang awak siapkan tu, ada something wrong with it dan saya akan terangkan pada awak nanti.”

“Baik bos.”

Adhiyat melangkah pergi dengan Maya ke restoran yang berdekatan.

Semasa melalui koridor ke restoran, Maya melihat dua orang kawan nya. Dia segera meraut lengan Adhiyat yang buatkan Adhiyat terkejut. Namun teguran kawannya buatkan Adhiyat memandang mereka.

“I tak tahu pun you dah balik Maya.”

“Sorrylah. I sebenarnya.. spend kan masa sikit dengan.. my lovely boyfriend.” Katanya.

Adhiyat terkejut.

“Oh, so.. inilah boyfriend you ya?”

“Handsome.” Tambah seorang lagi.

Maya mengangguk. “Yeah. Macam yang I beritahu sebelum ni yang I akan kenalkan boyfriend I pada korang bila I balik KL and this is my boyfriend. Sayang, kenalkan ini kawan-kawan I.”

Mereka menghulurkan tangan masing-masing yang buatkan Adhiyat menyambutnya.

“What’s your name?”

“Adhiyat. Nice to meet you.”

“Oh, nama yang.. bagus untuk orangnya.” Balasnya lagi.

Adhiyat mengangguk tenang.

“By the way guys, I dengan boyfriend I nak pergi lunch sama-sama. Yelah, dia kan pengusaha syarikat yang berjaya so dia tak ada masa nak borak lama macam ni. Nanti nak kena jumpa banyak lagi clients. I minta diri dulu lah.”

“Oh yeke? Tak apalah. Nanti jumpa lagi Maya.”

Maya mengangguk riang. Dia dan Adhiyat berjalan pergi.

Adhiyat melepaskan pegangan tangan Maya. “Apa Maya buat ni?”

“Alah, abang kena tolong Maya tadi. Diorang tu suka sangat tayang boyfriend sampai.. sampai Maya rasa insecure. Jadi abang kenal lah tolong Maya.”

“Tapi abang tak suka pengakuan Maya tu. Maya kena ingat yang abang ni suami orang. Faham?”

Maya mengetap. “Ya, Maya sentiasa letak dalam kepala ni yang kak Haniem takkan suka kalau abang rapat dengan perempuan lain. Tapi Maya ni adik sepupu abang. Takkan lah kak Haniem tak boleh faham kut.”

“Dahlah, abang tak nak bergaduh dengan Maya. Kita makan kat sini jelah heh. Abang ada banyak kerja nanti.”

“Boleh je!”

Mereka berdua masuk ke dalam kedai makan itu tetapi tetap sahaja ada sepasang mata yang memerhati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience