MIKAEL membersihkan dirinya. Dia bersiap-siap nak ke tempat kerja sekarang memandangkan dia dapat e-mail daripada pekerja dia di syarikatnya di New York yang mengatakan dia perlu mendapatkan lebih banyak salinan syarikat di Malaysia mengenai projek-projek mereka di luar negara. Mikael perlukan masa yang banyak dan syarikat dia pun bukannya besar sangat. Hanya sebuah bilik, dipenuhi fail dan komputer memandangkan dia hanya tinggal buat seketika.
Sebelum berangkat, Mikael membancuh minuman. Dia berdiri di balkoni dengan segelas milo suam bersama roti keping. Mikael menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang dirinduinya sebelum dia mengangkat panggilan telefon daripada Datin Haliza.
“Assalamualaikum, Maklong.”
“Waalaikumusalam. Mika.. nak pergi kerja dah ke?” Tanya nya.
“A’ah. Kenapa? Maklong on the way nak datang sini ke?”
Datin Haliza ketawa. “Tak adalah. Maklong saja tanya sebab takut lah anak buah Maklong ni terlajak tidur kan susah.”
Mikael hanya tersenyum.
“Mika dah tengok fridge? Ada.. makanan untuk Mika panaskan. Maklong minta Ad pergi singgah semalam. Harap lah dia tu ikut cakap Maklong.”
“Oh, patutlah Mika tengok peti ais tadi ada makanan dalam tupperware. Ingatkan housewife mana yang buat. Rupanya.. permaisuri PakLong sendiri yang buat dan putera dia dengan rajin nya datang hantar makanan tu.”
Makin kuat Datin Haliza ketawa dengan seloroh Mikael.
“Thanks by the way. Tapi, Maklong tak payah lah nak susah-susah hantar banyak-banyak makanan macam tu. Mika boleh masak sebab Mika dah belajar daripada kawan kat New York cara nak masak makanan diorang.”
“Hisy! Makanan orang putih buat apa. Baik lah makan makanan di negara kita sendiri sebab menghargainya. Kita kan duduk Malaysia dan bukannya New York.” Balasnya.
“Alright, sorry. Apa-apa pun, Mika tak nak susahkan Maklong.”
“Mana ada susah. Maklong nak lah Mika rasa senang hidup kat sini. Lagipun Mika bukannya lama.”
Sayu hati Mikael apabila ada yang masih sudi nak menjaga dirinya.
“Kalau... Mika boleh pujuk Maz.. datang makan kat sini, pujuklah.” Ucapannya seperti tidak mahu dia keluarkan kerana tak mahu terlalu berharap.
“Insha-ALLAH. Maklong jangan risau. Mika akan pastikan Maz makan malam dengan kita.”
“Yelah.”
“Tapi Mika nak kena pergi kerja dah ni. Mika jumpa Maklong lagi nanti ya.” Panggilan dimatikan setelah Datin Haliza memberi ucapannya.
Mikael mula mengemaskan dirinya lagi. Cawan yang digunakannya tadi dibasuh dan diletakkan ke singki. Mikael membawa begnya lalu keluar daripada rumah. Tak disangka dia bertembung dengan wanita yang hari itu. Wajah Mikael pelik setelah menatap wajah wanita itu yang berdarah.
“Eh, cik tak apa-apa ke?”
Qila menolaknya dan melangkah pergi untuk membuang sampah.
Mikael terus menghalang laluannya. “Kenapa muka cik tu? Ada orang... pukul cik?”
“Saya jatuh.”
Mikael sekali lagi menghalangnya. “Jatuh? Cik, luka jatuh dengan luka kena pukul sangat berbeza. Jadi cik beritahu saya perkara sebenar. Siapa yang pukul cik?”
“Boleh tak... jangan masuk campur urusan jiran-jiran awak?! Awak tu masih baru lagi dan buat cara masih baru!”
“Saya cuma nak tahu je cik. Walaupun saya berjiran dengan cik dan tak kenal siapa cik, tapi saya anggap cik sebagai saudara islam. Salah ke saya nak membantu?”
Qila merengus. “Tolong jangan sibuk hal saya! Awak tak tahu apa yang jadi dan awak takkan pernah faham. Sebab lelaki macam awak lah, semua perempuan boleh percaya. Pertolongan, kata-kata dan perbuatan!” Dia melangkah pergi.
Mikael tak mengerti mengapa dia bersikap sebegitu.
Kereta dipandu keluar dari tempat letak kereta masih pening memikirkan tentang wanita jiran sebelahnya itu. Mengapa dia kerap memperlekehkan kaum Adam? Adakah dia mengalami masalah dengan lelaki? Luka di wajahnya itu perbuatan lelaki kah?
Tanda tanya bermain di fikirannya sehingga akhirnya dia tiba di syarikat Mazlan hendak bertanyakan khabar abangnya terlebih dahulu. Semalaman dia cuba menelefon Mazlan namun tiada balasan. Mikael jadi risau dengan abangnya seorang ini.
“Abang!” Mikael menerjah ke bilik Mazlan.
Mazlan yang sedang bergoyang kaki mengeluh. “Kenapa kau datang ni? Tak kerja ke sampai datang office orang macam tu je.”
“Mika datang ni sebab nak tanya abang kenapa abang tak angkat call semalam! Orang risaukan dia, dia boleh buat tak tahu pulak. Lepastu Mika ingat nak ajak abang makan kat rumah Maklong.”
“Malas lah aku nak makan kat rumah dia! Lagi satu, kau tak payahlah nak risaukan aku. Bukannya aku adik kau pun! Aku abang dan aku tahu cara nak jaga diri. Kau ni memang menyusahkan macam si Maya juga lah. Sekarang dia kat New Zealand tu minta aku bagi duit kat dia sikit! Dia ingat aku ni apa, bank ke.”
Mikael mengeluh. “Sebab tu lah Mika tak pernah nak tanya abang pasal duit belanja. Mesti abang membebel je kerja.”
“Nak buat macam mana?! Korang adik beradik suka sangat menghabiskan duit aku!”
“Apa-apa jelah. Mika datang sini pun semuanya sebab risaukan abang je. Takutlah abang ni sebabkan kedekut dan selalu buat masalah, dah kena... dengan orang tak.”
Mazlan terus menegakkan badannya. “Kau jangan nak celupar sangat eh?!”
“Sorry. By the way, Mika ingat nak balik rumah abang hari ni. Tak lama lagi Maya dah nak balik dan Mika pun ingat nak pindah rumah abang je lah.”
“Aku pun pelik sekarang ni. Kau stay mana? Sebelum kau balik, kau cakap kau stay rumah. Sampai sekarang aku tak pernah tengok kau keluar masuk rumah. Kau pergi mana?!”
Mikael belum beritahu Mazlan yang dia telah membeli rumah apartmen kerana mahu tempat itu menjadi rahsia. Dia sekarang pun beritahu abangnya yang dia bekerja di syarikat bawahan orang. Mikael tak mahu Mazlan menumpang hartanya pula dan merampas apa yang dia ada.
“Err.. aku stay rumah kawan. Kau tak payah risau lah. Dia okey je kalau aku stay kat rumah dia. Bila Maya balik nanti, aku duduk lah kat rumah kau. Sekarang ni aku nak tolong dia sikit. Maya pun betul ke tak balik awal daripada tarikh tu.”
Mazlan menyandarkan dirinya dan bermain dengan telefon dia. “Aku rasa memang dia balik awal. Dengarnya syarikat Adhiyat akan buat pelancaran kedai buku baru diorang. Si Maya tu kan boleh contact Ad punya staf dan mestilah dia tahu hari pelancaran tu.”
“Tak habis-habis lah! Abang Ad bukannya suka dia pun. Gedik je lebih.”
“Bagus juga kalau si Maya tu kahwin dengan Ad. At least kita dapat banyak lagi lah harta.”
Mikael menggeleng kepala. “Kau ni bang, harta, harta, harta. Kau tak penat ke jadi tamak? Tak cukup harta yang mak dengan ayah tinggalkan? Ini dah cukup tau untuk kita anak beranak. Kau kembangkan syarikat, dapat keuntungan. Kau sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang kau ada dan bukannya tamak.”
“Kau kena fikir yang kita perlu jauh daripada kampung! Opah bukannya sayangkan kita sangat. Maksu dengan PakSu je yang ada kat rumah dia dan dia izinkan tinggal dengan dia. Tapi kita kena tinggal dengan Maklong nak tak nak! Aku tak suka apa yang dia dengan arwah tok aki beritahu mak dulu! Kita tak boleh maafkan dia.” Suara nya ditinggikan begitu marah dengan Mikael.
“Kau yang salah faham lah bang.”
“Kau ni percayakan sangat Maklong, PakLong dengan tok aki kenapa?!”
Mikael bangun dari duduknya. “Sebab aku rasa.. diorang besarkan kita dan kita tak sepatutnya berpaling pada budi diorang. Aku percayakan Maklong dan aku tahu dia takkan pernah hasut tok aki semata-mata nak mak dengan ayah keluar dari rumah. Mesti ada sesuatu yang diorang buat sampaikan kita tak tahu semua tu. Just put faith in it!” Mikael melangkah keluar walaupun dia mendengar Mazlan berteriak kepadanya.
Hatinya kuat mengatakan yang Mazlan salah faham dan dia lebih percayakan Datin Haliza, Datuk Azlan dan tok aki mereka daripada abangnya.
Share this novel