HANIEM menatap dirinya sendiri di hadapan cermin dengan hati yang berdebar. Dia kini sudah memakai baju pertunangan dia dan nanti dia akan diikat tali pertunangan dengan Adhiyat. Hati Haniem begitu gementar tetapi dia tak boleh terlalu ikutkan hati sangat. Haniem keluar dari biliknya menuju ke pelamin pertunangan dia.
Beberapa doa diiringi oleh ayahnya sendiri untuk menyelesaikan majlis pertunangan dia. Tak ramai sangat tetamu yang hadir ke majlis ini memandangkan ini hanyalah majlis kecil-kecilan sahaja. Setelah selesai, Datin Haliza naik ke pelamin untuk menyarungkan cincin pertunangan ke jadi manis Haniem sebagai pengikat untuk dia jadi tunang kepada Adhiyat Iman lelaki yang Haniem perasan sikitpun tak mengerling dia.
Haniem bersalaman dengan Datin Haliza yang mengusap lembut kepalanya.
“Terima kasih sebab sudi bertunang dengan Adhiyat. Umi sayangkan Haniem walaupun umi tak nak berharap lebih dengan takdir Allah. Haniem tetap akan jadi... anak pada umi.”
“Sama-sama. Haniem minta maaf atas kesalahan sebelum ni.” Ucapnya juga.
“Haniem tak pernah salah dengan umi.”
Mereka berdua berpelukan seketika kemudian jurugambar yang tiba hendak mengambil gambar Haniem bersama dengan Datin Haliza. Haniem menjadi pusat perhatian selama majlis berlangsung namun perhatian Haniem pula kepada Adhiyat. Dia kini tak melihat di mana lelaki itu.
Setelah Haniem meninggalkan pelaminnya, dia melihat Adhiyat berada di luar sedang termenung seperti memikirkan sesuatu. Haniem mendekatinya.
“Assalamualaikum.”
Adhiyat bangun dari duduknya. “W.. Waalaikumusalam.”
“Duduklah.”
“Tak apa kut Haniem. Saya tak nak orang salah faham. Kita kan.. baru je bertunang.”
Perwatakan lelaki ini buat Haniem tak senang duduk. Namun dia biarkan sebab ada benarnya juga kata Adhiyat itu tadi.
“Sebenarnya saya nak cakap pasal... cincin.”
“Kenapa? Awak tak suka design nya?” Tanya nya kedengaran tegas sedikit.
“Tak. Saya sukakan design nya. Maksud saya, saya tak nak awak beli banyak sangat cincin. Sekarang saya dah ada dua bentuk dan nanti cincin nikah mesti lain lagi. Saya nak... guna cincin tunang je untuk... pernikahan kita nanti.”
“Apa salahnya kalau awak ada cincin banyak? Nanti boleh jadi mami jarum.”
Haniem menatap serius dirinya. “Jangan nak melawak lah Ad. Saya serius sebab saya tak nak.. awak membazir.”
“Haniem, terima ajelah cincin yang saya bagi. Kalau awak rasa.. awak tak boleh pakai sekaligus, awak pakai bila awak nak pakai. Ataupun awak simpan je untuk generasi ke generasi.”
“Saya tak suka sifat membazir macam ni. Semua cincin yang awak bagi... ada permata. Cincin yang macam ni lah, mahal harganya.”
Adhiyat mengeluh. “Okeylah kalau awak tak nak. Nanti kita guna cincin tunang je untuk majlis pernikahan kita.”
Haniem mengangguk.
Keadaan sunyi seketika dan Haniem cuba mengerti mengapa mood Adhiyat kelihatan seperti tak nak melayan dia? Apakah dia ada buat salah sehingga lelaki itu marahkan dia?
“Saya.. saya ada banyak nak kena buat. Saya rasa umi dengan baba akan balik tak lama lagi. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Adhiyat melangkah keluar dari rumah. Di dalam kereta, dia memegang dadanya yang tak berhenti berdegup. Kerana ini lah dia memilih untuk beredar pergi dengan segera kerana tak mampu menahan hati yang pantas berdegup saat ini melihat Haniem yang cantik di matanya.
Pada Haniem pula, perbuatan Adhiyat benar-benar buat dia tertanya-tanya, mengapa? Haniem mengeluh sebelum dia menyertai yang lainnya untuk menyempurnakan majlis.
Majlis berakhir di jam lima. Haniem membantu ibunya mengemas untuk beberapa kru penata pelamin yang datang mengambil barang-barang yang disewa ini. Setelah itu, Haniem naik ke tingkat atas merehatkan dirinya sedikit dengan mandi dan solat. Haniem turun ke tingkat bawah hanya kerana dia terasa tekaknya sedikit kering.
Selesai mengambil air kosong, Haniem duduk di atas meja lalu dia termenung mengingatkan perangai Adhiyat sebentar tadi. Hati Haniem kecewa melihat sikap lelaki itu.
“Hai!”
Tersentak Haniem dengan teguran Hanis. Kini adiknya ketawa senang dengan gaya Haniem sebentar tadi.
“Hanis!” Marahnya.
Hanis duduk di hadapan Haniem. “Alah, akak ni kenapa termenung seorang-seorang ni? Ingat hari bahagia ke?”
Haniem mengeluh.
“Kenapa nampak.. tak gembira je? Okey ke?”
“Akak tak faham... dengan perangai dia.” Balasnya.
“Tak faham? Maksud akak?”
“Yelah, sebelum ni okey je kalau dia nak borak dengan akak. Tapi tadi lepas tunang, dia nampak macam tak hiraukan akak. Dia macam... macam tak selesa tengok akak.”
Hanis tersenyum. “Nervous kut. Dulu Fik pun macam tu juga. Esoknya dia beritahu yang Hanis.. nampak cantik sampai dia tak boleh nak duduk kat situ lama-lama.”
“Mustahil lah. Akak dengan Hanis berbeza. Takkan lah akak cantik sangat sampai dia layan akak macam.. nak tak nak je.”
“Kalau macam tu, apa kata kalau akak tanya dia. Barulah salah faham tu tak ada. Ni nanti akak... akak yang cari jawapan sendiri bila abang Ad tak jelaskannya.”
Haniem mengeluh lagi. “Tak nak lah! Kalau akak call dia sekarang, mesti dia ingat akak ni terhegeh-hegeh nak kan perhatian dia.”
“Boleh pula akak fikir semua tu kan? Kalau tak call tanya, macam mana masalah nak settle.”
“Nanti dia call lah akak. Lagipun akak... tak tahu apa yang dia lalui hari ni. Akak masuk tidur dulu. Good night!”
Haniem sebenarnya malas nak melayan perasaan yang takkan pernah habis dilema ini. Lebih baik dia lelapkan mata dengan mengosongkan fikirannya. Masuk sahaja ke bilik, fikiran Haniem tak betul-betul kosong sebab dia masih kecewa dengan sikap Adhiyat.
Hari terus berlalu sehingga akhirnya Haniem menerima panggilan daripada Datin Haliza seperti biasa.
“Assalamualaikum, Haniem.”
“Waalaikumusalam umi. Kenapa ni?” Tanya Haniem.
“Haniem dah habis kerja ke?”
“Baru je habis dan Haniem pun dah nak balik dah.”
“Baguslah. Umi sebenarnya nak ajak Haniem jumpa wedding planner yang umi pernah cakap kat telefon hari tu. Dia ni senang nak berurusan dan Haniem beritahu je what kind of wedding you want.” Katanya.
“Oh, semalam ibu pun ada beritahu umi nak cari baju hari ni. Kalau macam tu, umi send kan location dan nanti Haniem datang.”
“Okey. Cepat sikit tau. Tapi hati-hati memandu.”
Haniem tersenyum. “Okey.”
Panggilan dimatikan lalu Haniem mengemas barang-barangnya kemudian bergegas keluar sebelum senyuman Qila kelihatan.
“Kenapa kau senyum ni?”
“Aku dah boleh nampak dah yang kau akan jadi menantu kesayangan Datin Haliza. Well, masa kau bagi gambar pun, jelas yang dia tu sayangkan kau sangat.” Ujarnya.
“Nak buat macam mana kalau dia.. sayangkan aku?”
Qila mencebik. “Pergilah! Kalau umi kau tu marah, tak jadilah menantu kesayangan nanti.”
Haniem sempat memarahi Qila lalu melangkah keluar. Dia membawa keretanya menuju ke tempat yang telah dihantarkan kepadanya oleh Datin Haliza sebentar tadi.
Tiba sahaja di sana, Haniem meneliti alamat kedai tersebut. Memang kedai inilah yang dikatakan Datin Haliza. Dia tedus masuk ke dalam kemudian menemui Datin Haliza yang sedang berbual dengan wedding planner lelaki.
“Umi,”
Datin Haliza bangun menerpa Haniem yang bersalaman dengannya. “Syukurlah Haniem selamat sampai.”
Haniem hanya tersenyum.
“Seth, kenalkan ini bakal menantu I yang I ceritakan tadi dan dia datang sini sebab nak cari baju kahwin dia.”
“Oh, she’s beautiful. I rasa.. baju yang special lah paling sesuai dengan bakal menantu you ni. I ada banyak pilihan and do you want to take a look?” Tanya Seth begitu bersemangat.
Haniem memandang Datin Haliza yang mengangguk pada Haniem. Haniem mengiakan.
Seth membawa beberapa katalog bersamanya lalu dia menunjukkan semua nya kepada Haniem. Haniem pula dengan khusyuk nya meneliti baju-baju kahwin yang sungguh cantik pada pandangan matanya namun harga baju itu juga perlu ditelitikan.
“Kalau you rasa payah nak pilih, biar I reccomend kan.” Kata Seth sambil mengambil katalog itu semula.
Dia membelek beberapa halaman sehinggalah kelihatan baju gaun yang kembang dan ada banyak manik-manik yang merimaskan pada Haniem.
“Yang ni jadi kegemaran para pengantin kat luar sana even artis-artis. Diorang tempah yang ni dan baju ni ambil masa yang agak lama untuk siapkan tapi kalau tiga bulan sempat lah.”
“Tapi kalau.. kembang macam ni sangat, nanti tak selesa pula nak akad nikah.”
“Oh, baju akad nikah you, bakal mak mertua you cakap dia nak you pilih baju lain. Ini untuk baju majlis sanding sebab you nak buat majlis sanding kat dewan kan? Kalau akad nikah, Datin Haliza nak buat dekat masjid.”
Haniem mengangguk. “Memanglah. Saya pun kalau boleh nak majlis akad nikah dekat masjid. Cuma, takkan lah baju akad nikah dengan sanding pun nak yang mahal macam ni.”
Seth memandang Haniem tak percaya. “You know what, you lah orang pertama yang I jumpa tak excited dengan wedding dia. All women who came to my boutique want the best for their wedding. Tapi you.. macam tak nak je wedding you meriah.”
“Bukan macam tu.”
“Haniem, umi nak Haniem kenang perkahwinan Haniem dengan Ad sampai bila-bila. So umi nak Haniem buat majlis ni lebih meriah dengan pilih apa yang Haniem nak tanpa ikut harga pun sebab.. duit bukannya duit umi seorang je. Duit Ad, duit parents Haniem, semuanya ada. Haniem pilihlah wedding yang macam mana Haniem nak.”
Apabila Datin Haliza memujuknya, Haniem barulah memilih baju akad nikah dan majlis sanding yang berbeza.
Selesai memilih baju, kasut dan perhiasan lainnya, Haniem dengan Datin Haliza menuju ke tempat lainnya pula iaitu dewan yang dah ditempah pada tiga bulan mulai daripada sekarang. Sungguh besar dewan perkahwinan yang selalunya dijalankan oleh para bangsawan di luar sana. Haniem seronok melihatnya.
Mereka berdua kemudiannya menuju ke kafe menikmati minuman bersama sambil bergelak ketawa.
“Sepatutnya Ad yang bawa Haniem pergi cari baju kahwin ni semua. Tapi dia kata dia.. sibuk sikit sampai dia tak ada masa nak beli baju kahwin dengan Haniem.”
Hati Haniem hancur lagi apabila Adhiyat langsung tak bersemangat.
“Tapi Haniem jangan risau. Ad dia dah settle kan semuanya tentang dia. Insha-ALLAH dia akan okey je.” Balas Datin Haliza tak mahu Haniem berfikiran yang bukan-bukan.
“Office Ad.. ada masalah ke?”
“Tak adalah. Ad tu dia memang workaholic. Kalau masuk je bab kerja, dia lah orang yang takkan sia-sia kan nya. Umi pun ada je beritahu dia supaya tak.. taasub dengan kerja sangat. Cuma dia ni bukan main lagi tak nak dengar cakap.”
Haniem hanya tersenyum nipis walaupun hatinya sakit.
“Umi tahu hati Haniem mungkin akan kecewa dengan apa yang... Ad buat sekarang. Tapi umi yakin Ad mesti ada explanation dia sendiri. Umi atau baba, tak pernah faham perasaan Ad selama ni. Jadi kami tak tahu kenapa dia tak nak ikut pergi beli baju kahwin dia sendiri.”
“Tak apa, Haniem faham.” Balas Haniem.
“Ad tu... lalui sesuatu kekerasan dalam hidup dia. Dia ada tok aki yang.. terlalu nak dia jadi seorang lelaki. Tapi Ad tak faham perasaan tok aki dia. Dia rasa tok aki dia mendesak dia sedangkan.. dia lah cucu yang paling tok aki dia sayang. Ad tu lemah dalam pelbagai masalah dia. Tapi dia cuba jadi kuat macam apa yang tok aki nak dan walaupun dia bantah sampai sekarang yang dia cuba jadi apa yang tok aki dia nak kan. Umi... umi nak sangat tahu perasaan dia. Umi nak sangat Ad lalui pengalaman bahagia dalam hidup dia. Umi nampak ia sejak dia... berkenalan dengan Haniem.”
Hati Haniem sebak melihat Datin Haliza begitu berharap. “Haniem... akan kahwin dengan Ad dan Haniem takkan.. buat dia rasa down lagi. Haniem janji akan bahagiakan dia sampailah hari pernikahan kami.”
“Itulah yang umi harapkan. Umi yakin pada Haniem. Umi harap Haniem cekalkan hati dalam apa jua ujian Allah sebab umi tahu bahagia pasti akan ada buat Haniem dan Ad.”
Mereka berdua berpegangan tangan sambil tersenyum pada satu sama lain.
Share this novel