bab 1

Romance Completed 1369

NUR HANIEM berjalan pantas sehinggalah dia tiba di tempat di mana dikhabarkan oleh seorang guru yang merupakan pekerjanya juga tentang apa yang baru saja dilihat dia semasa dia tiba di sekolah pagi tadi. Resah Haniem mengingatkan apa yang terjadi sebab dia takut reputasi tadika yang sudah lama dibangunkan ini makin merudum lagi. Haniem memang melihat kejadian yang dia tak mahu lihat sehingga dia mempercepatkan lagi langkahnya sehinggalah tiba di tempat mereka.


“Eh, puan jaga sikit mulut puan heh! Saya ni tak perlukan nasihat puan sama ada saya dah kahwin ke belum. Suka hati saya lah bila saya nak kahwin dan itu tak ada kena mengena dengan puan pun!”

“Memang ada! Sebabkan perempuan macam awak lah, tak tahu nak jaga anak lelaki saya macam mana.”


“Puan yang patutnya sedar yang puan salah dalam hal ni! Anak puan, puan lah yang jaga dan bukannya saya! Kalau ini anak saya ke, darah daging saya juga ke, bolehlah saya jaga dia. Ini, tanggungjawab puan nak serah kat saya pulak!”

Wanita yang sudah berusia tua sedikit daripada wanita yang melenting tadi bernama Puan Kirah dan merupakan ibu pelajar yang sangat bermasalah. Wanita yang melenting itu pula adalah pekerja dan kawan baik Haniem, Qila namanya.

“Qila, stop it!”

“Bagus Haniem kau dah datang! Kau nasihatkan sikit Puan Kirah yang menyakitkan hati ni untuk sedar sikit diri dia tu!”

Haniem memegang lengan Qila dan dia mengerling Haziq yang merupakan pelajarnya. Jelas Haziq kelihatan gerun sedikit.

“Sudahlah! Malu lah kalau orang tengok kau bergaduh dengan ibu bapa pelajar macam ni.” Kata Haniem cuba tenangkan Qila.

“Biar! Kalau aku malu, puan ni pun akan malu juga semuanya sebab perangai dia. Aku tak kisah lah kalau ada yang datang nak merakam aku sekalipun. Lebih baik buat thumbnail yang ‘mak pelajar tak sedar diri’ supaya Puan Kirah ni dapat nama dan sedar sikit!”

Puan Kirah nampak tak percaya. “Saya berharap sangat ada yang viral kan video awak melenting ibu kepada pelajar yang tak bersalah dan cuba dapatkan keadilan ni.”

Qila ketawa sinis. “Dapatkan keadilan? Puan, saya yang patutnya dapatkan keadilan sebab saya betul dan puan pula mengarut, meraban!”

“Jangan nak panggil saya mengerut! Saya paling pantang dengan orang yang kurang ajar.”

“Eh puan, lebih baik puan balik lah dan tak payah datang lagi. Buat semak je kalau niat puan bukannya nak hantar anak. Tapi sengaja sebenarnya nak menyakitkan hati! Pergilah puan dari sini.”

“Awak cikgu Qila, jangan sampai saya buat laporan ke pihak KPM dengan apa yang jadi tau! Awak yang bakal dapat susahnya nanti.”

Walaupun Qila takut, namun Haniem percaya yang darah pendekar dia takkan hilang malah semangatnya takkan pudar. Dia takkan sesekali biarkan beberapa manusia biasa memijaknya dan itulah buat Haniem suka berkawan dengan dia. Tetapkan pendirian.

“Puan, puan buatlah report banyak mana pun dan saya rasa pihak KPM takkan layan puan dah lah! Buat selalu je buat aduan yang tak berkenaan tentang tadika kitorang. Apa tak bagus sangat ke cara kitorang?”

“No! Dia akan layan saya dan memang sistem pembelajaran di tadika awak ni tak memberangsangnya saya! Apa yang awak tahu cuma ajar menyanyi dan bermain je! Macam mana murid-murid nak pandai? Satu lagi pasal pakaian. Anak saya selalu je pulang dengan baju yang kotor tau.”

Qila makin panas sehingga dia bercekak pinggang. Haniem terpaksa memegang lengannya dan menghalangnya daripada terus bereaksi.

“Hurmm... saya tahu puan apa yang puan rasa dan.. fikir.” Haniem melangkah ke hadapan.

“Baguslah kalau awak tahu. Awak ni guru besar kat tadika ni kan?”

Haniem mengangguk. “Saya harap lepas ni puan boleh.. terus rujuk saya dan tidak pada guru-guru lain sebab saya guru besar di sini. Saya akan.. uruskan semua hal pelajar saya dan guru-guru lain akan bantu saya.”

“Ya, saya memang nak terus rujuk pada awak berbanding guru-guru lain yang menyusahkan saya.” Perlinya sambil mengerling Qila yang hanya menatapnya tajam.

“Apa masalahnya puan? Tentang.. baju, sistem pembelajaran aje ke?”

“Awak pertikaikan aduan saya?”

Haniem menggeleng. “Saya cuma.. meneka aje puan dengan aduan yang pernah puan buat sebelum ni dan diberitahu oleh pihak saya. Saya harap.. kita boleh selesaikannya sekarang juga.”

“Boleh! Saya nak kita selesaikannya sekarang juga. Itulah niat saya datang hari ni dan bukannya nak datang bergaduh.”

“Baiklah. Apa kata kalau.. Haziq tak dengar perbualan kita? Saya tak nak any pressure pada pelajar saya.”

“Tak! Saya nak Haziq jadi saksi pada apa yang kita akan cakap hari ni!”

“Tapi puan, budak bawah umur takkan boleh jadi saksi. Biarkan dia pergi dengan cikgu Qila dulu dan nanti puan boleh ambil dia setelah selesai perbincangan kita.” Pujuk Haniem lagi baik-baik.

“Takkan!”

Haniem akur jua akhirnya.

“Pertama saya nak cakap pasal sistem pembelajaran dekat tadika ni! Kenapa semuanya tak teratur? Kenapa mesti ajar menyanyi dan bermain je? Kenapa tak terapkan pembelajaran kepada mereka?”

“Puan, bukannya saya tak nak terapkan.. sistem pembelajaran pada pelajar-pelajar saya. Tapi mereka masih lagi kanak-kanak puan dan sangat mustahil untuk mereka mencapai tahap kebijaksanaan budak sekolah rendah. Berbeza sangat kalau kita nak budak tadika ni hanya menulis dan membaca sepanjang hari mereka. Itu akan buat mereka lebih bosan untuk belajar.”


Puan Kirah tak puas hati. “Bosan untuk belajar? Cikgu, dekat sekolah, ibu baoa hantar anak-anak diorang ke sini sebab nak dapatkan kepintaran dalam otak anak mereka! Bukannya nak fikir pasal perangai budak-budak. Itu sangatlah mustahil!”


“Saya tahu. Tapi masa kami menyanyi, kami titipkan sekali pembelajaran dalamnya. Macam.. belajar abjad, nombor dan cara membaca gunakan cara menyanyi. Bermain tu kami buat sebab kami tahu pelajar akan cepat bosan kalau buku, penghafalan dan apa-apa berkaitan dengan pembelajaran cara mentaliti, terus diterapkan.”

“Saya tetap nak anak saya boleh masuk sekolah rendah dan boleh membaca! Saya tak sanggup nak tengok anak saya ni membaca pun teragak-agak nanti.”

“Saya tahu puan risaukan Haz tentang hal ni. Tapi kita kenalah sabar puan. Perlahan-lahan kita mulakannya.”


“Mulakan? Awak tahu tak yang saya tahu tadika ni reputasi dia amat memuaskan. Tapi saya tak sangka sistem pembelajaran mereka teruk!” Hamburnya.

“Kalau nak yang lebih bagus, hantar lah anak puan pergi universiti terus supaya otak dia lebih geliga macam apa yang puan nak.” Perli Qila.

Haniem memukul bahunya.

“Kalau boleh dah lama dah saya buat macam tu! Tapi tengok lah! Harapkan pagar, pagar makan padi!”

Qila mengetap geram.

“Okey puan, saya akan.. uruskan sistem pembelajaran yang lebih baik selepas ini dan saya akan pastikan anak puan.. boleh membaca atau menulis. Percayalah.”

“Okey! Berkenaan dengan pakaian dia. Saya hantar dia macam tu, balik pun dia akan jadi macam tu. Kenapa? Nama kan tadika yang uruskan hal kanak-kanak kat sini. Tapi kenapa anak saya tak terurus?”

“Sebab ini tadika dan bukannya pusat kebajikan.” Kritik nya lagi.

Puan Kirah menahan marah.

“O.. okey! Sebenarnya, kami kat sini tak ada diberitahu untuk uruskan anak-anak pelajar kami. Tugas kami hanya.. mengajar dan menjaga dia dalam sekolah ni. Bab pakaian.. kami tak masuk campur. Itu tanggungjawab ibu bapa.”

Puan Kirah panas hati. “Memanglah! Tapi saya ni sibuk orangnya dan sesekali cikgu kenalah faham saya! Takkanlah semua benda saya yang nak kena buat. Suami saya pun bukannya selalu ada kat rumah.”


“Kalau macam tu, baik tak payah ada anak!”

“Diamlah! Saya akan buat aduan pada pihak atasan. Tunggulah!”

“Puan!” Laung Haniem cuba untuk menghentikannya. Malangnya dia sudah jauh.

Qila menggeleng kepala melihat Puan Kirah. “Wujud lagi kan spesies perempuan macam tu! Hal anak dia, kita sebagai guru ni dipersalahkan! Dah memang tanggungjawab dia kut.”

“Sabarlah.”

“Aku pantanglah dengan perempuan macam ni! Kau pun kenapa tak marah dia lebih lagi? Kau angguk kan aje yang dia cakap.”

Haniem mengeluh. “Kau tahu kan reputasi tadika ni macam mana sebelum nya? Aku tak nak ada apa-apa masalah lagi.”


Kesian Qila melihat Haniem. Memang tadika ni ada masalah beberapa tahun yang lalu dan Qila kalau boleh tak nak cetuskan apa-apa masalah. Mereka berdua kembali ke pejabat untuk selesaikan kerja.


“Haniem, aku balik dulu lah!”

“Nak balik? Kau janji nak keluar dengan aku kan?”


Qila nampak resah. “Sorry Haniem. Aku ada.. banyak kerja nak kena buat. Parents aku baru balik Arab. Aku pergi dulu. Lain kali kita keluar.” Dia terus melangkah pantas keluar dari pejabat.

“Tapi bukan ke diorang dah lama balik?” Haniem melilau ke tingkap dan dia lihat sebuah kereta tak dikenalinya dinaiki Qila. Tak mengendahkan hal itu, Haniem terus menyiapkan kerjanya.


Disaat dia sedang asyik buat kerja, telefonnya berdering. Haniem mengangkat panggilan daripada Puan Zahara.


“Assalamualaikum.”


“Waalaikumusalam. Kenapa ibu telefon ni?”

Puan Zahara gembira mendengar suara anaknya. “Haniem.. masih kat tadika lagi ke?”

“A’ah. Tapi Haniem pun dah nak balik dah ni.”

“Oh. Haniem sibuk lah ni?”

“Urhmm... boleh tahan lah.” Jawabnya.

“Okey, ibu nak ambil masa Haniem.. sekejap je.” Katanya tergesa-gesa sedikit.

“Beritahu kat rumah lah.”

“Eh, umi tak beritahu ayah lagi. Kita cakap kat telefon dulu sebab benda ni pun masih baru lagi.”

Haniem mendengarnya dengan teliti apa yang hendak Puan Zahara katakan.

“Sebenarnya, umi ada seorang kenalan dan anak dia belajar kat luar negara. Dia dan umi nak jodohkan Haniem dengan anak dia tu. Haniem nak tak jumpa dengan dia dulu?”

Haniem sudah agak perkara ini. “Bukannya Haniem tak nak jumpa. Tapi Haniem bukannya ada masa terluang sangat ibu.”

“Tak apa, Haniem cari masa terluang tu. Ibu tunggu dan nanti kita boleh jumpa dengan dia. Kita jumpa je dulu dan kalau Haniem tak suka, kita bincang yang lain pula.”


Haniem mengeluh. “Habis.. dia nak kenal dengan Haniem?”

“Dia tak tahu juga rasanya. Nanti umi dia beritahulah dia.”

“Okeylah, Haniem boleh jumpa dia. Tapi Haniem nak kenal je dengan dia. Kalau Haniem tak suka, Haniem tak nak ibu paksa Haniem.”

Itu sudah cukup menggembirakan Puan Zahara. “Baiklah sayang.”

Setelah dia mematikan panggilan, Haniem mengurut kepalanya. Memang susah nak katakan tidak.

Dia berangkat pulang ke rumah apabila petang menjelang. Sempat dia pesan kepada pekerjanya untuk pastikan tadika ini ditutup semua jenis elektrik dan berpesan pada pegawai yang bertugas untuk menjaga keamanan. Dia tiba jua di rumah dan diterpa manis oleh anak buahnya Fatin. Haniem menciumnya manis dan membawa dia ke kerusi santai di rumahnya di mana ada Fikri adik iparnya dan Hanis adik perempuan dia yang sedang sarat mengandung.


“Akak baru balik?” Tanya Fikri manis.

Haniem mengangguk.

“Letaklah Fatin tu kat bawah kak. Dia tu memang selalu manja.”

Haniem tersenyum. “Tak apalah Fik. Apa salahnya kalau dia manja dengan akak kan?”

“Tapi tak boleh lah manjakan dia sangat.”

“Yelah.”

Fikri tersenyum sahaja menatap Fatin rapat dengan Haniem.

“Akak dah.. jumpa Huzair semula?”

Haniem nampak terkejut dan Fikri kelihatan marah pada isterinya.

“Kenapa nak cakap pasal Huzair pula kat sini?”

“Apa salahnya? Sejak malam tu, akak tak beritahu pun sebab dia berpisah dengan Huzair. Saya cuma nak kan kepastian je. Itu pun salah ke?”

Fikri merengus. “Memanglah tak salah. Tapi kak Haniem baru je balik kerja. Tak payahlah awak nak serabutkan kepala akak dengan perkara-perkara silam! Awak selalu je sebut pasal Huzair. Ke awak yang sukakan dia?”

Hanis mengetap. “Awak tak payah lah nak cemburu sangat!”

“Memang saya cemburu. Suami mana yang tak rasa tercabar bila isteri dia bercakap pasal lelaki lain depan dia? Hal kak Haniem, biar dia je settle kan. Awak tak payah masuk campur!”

“Awak memang selalu belakan akak.”

“Sebab saya tahu mulut awak macam mana.”

Haniem membawa Fatin masuk dan dia tak mahu Fatin menyaksikan hal yang dia tak sepatutnya saksikan . Dia duduk di atas katilnya dan membiarkan Fatin bermain di atas katilnya. Ya, kenangan dengan Huzair memang berbekas dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience