bab 41

Romance Completed 1369

ADHIYAT nampak Haniem lebih berbeza daripada semalam semasa majlis sanding mereka sebentar tadi. Kini majlis sudahpun tamat dan Adhiyat masih lagi berbual dengan kawan-kawannya yang pulang agak lambat hanya sebab nak menunjukkan rasa syukur mereka kepada Adhiyat yang sudah pun berkahwin. Selepas menghantar mereka, Adhiyat menuju ke tempat Fikri dengan anak perempuannya Fatin di pondok yang terdapat di rumah mereka. Dia tersenyum pada Fatin kemudian mendukung Fatin yang hampir tidur.

“Macam mana kahwin ni? Okey sikit?”

Adhiyat tersenyum. “Okeylah bila hari ni aku dah boleh... duduk sekali dengan dia. Semalam dia yang tak nak aku duduk sekali dengan dia dan nak balik rumah mak mertua kau.”

“Kak Haniem nak duduk dan bukan kau yang izinkan?”

“Aku memang izinkan dia untuk tinggal kat sini. Tapi tak bermaksud aku nak dia tinggal sini seorang-seorang. Kalau boleh aku pun nak tinggal dengan dia sekali. Cuma aku tahu dia tak selesa dan masih marahkan aku.”

Fikri menyentuh bahu Adhiyat apabila dia kelihatan sedikit sayu.

“Aku tahulah aku salah bila aku tak call dia dan mesej dia. Tapi takkan lah hanya sebab tu dia nak marahkan aku macam ni.”

“Hati perempuan bro. Kalau kita tak faham perasaan diorang, siapa lagi yang nak faham.” Balasnya.

“Tapi tulah, aku tak tahulah dia dengan aku macam mana malam ni.”

“Kau rasa.. dia salah faham tentang hal tu je ke dengan kau? Ke.. ada apa-apa yang kau buat lebih yang buatkan dia rasa marah sangat kat kau?”

Berkerut kening Adhiyat memandang Fikri yang tersenyum penuh makna.

“Well, aku tak tahulah sama ada sebab ni dia marahkan kau ataupun tak. Tapi tadi dia nampak kau dengan Cik Diva tu. Muka kak Haniem nampak macam... marah sangat kat dia dengan kau. Lepas aku explain yang Cik Diva tu partnership kita, air muka dia berubah dan dia terus pergi kat engkau.” Ceritanya.

“Dia...”

“Ya, dia cemburu bila kau dengan Cik Diva. Kak Haniem pernah jumpa kau dengan dia. Tapi aku tak tahulah kat mana dia jumpa kau dengan Cik Diva.”

Adhiyat memikirkannya buat seketika. “Aku jumpa Cik Diva... tiga hari lepas dekat.. shopping mall sebab nak resign kontrak.”

“Ha, sebab tu lah kut dia tak nak tinggal serumah dengan kau lepas kahwin.”

Adhiyat tersenyum seronok. “Dia... cemburu aku dengan Cik Diva?”

“Perempuan. Macam kita juga kalau cemburu. Tak adanya dia nak beritahu kita dan dia nak kita yang faham sendiri.”

“Tak sangka.”

“Kan? Sebab tu malam ni kau bagi service terbaik kau kat dia. Aku bawa kau... tongkat ali.” Dia memberikan sepaket tongkat ali pada Adhiyat dan meletakkannya ke dalam tangan Adhiyat.

Adhiyat menatapnya kemudian memberikannya kepada Fikri semula. “Kau jangan nak mengarut lah! Kenapa pula aku nak minum air kopi malam-malam ni?”

“Untuk kesegaran.”

“Banyaklah kau punya kesegaran. Silap hari bulan, keras mata aku minum air ni.”

Fikri memaksanya untuk ambil namun Adhiyat terus membantah sehinggalah akhirnya Datin Haliza, Datuk Azlan, Dhiya, Ilham, Puan Zahara dan Encik Malik keluar menemui Adhiyat. Liya terus berlari mendekati Adhiyat yang kini mengusap kepala Liya lembut.

“Umi dengan baba.. dah nak balik ke?” Tanya Adhiyat.

“A’ah. Dah malam dah ni dan kitorang ingat dah nak balik dah. Baba ni pun bukannya boleh lama-lama sangat duduk rumah orang kan?”

Adhiyat mengangguk mengerti dengan apa yang Datin Haliza katakan.

“Kak Dhiya Ad pun dah nak kena balik Johor sebab nak tengok mak abang Am jatuh sakit.”

Adhiyat menatap kakaknya tak percaya. “Yeke? Umi dengan baba nak pergi jenguk dia?”

“Itulah yang kitorang hajatkan. Kamu duduk kat sini dan settle kan hal kat sini ya Ad. Lagi seminggu kami balik dan jangan lupa bawa Haniem ke rumah umi juga.”

“Okey.”

Datin Haliza mengusap kepala anaknya.

“Ni, kalau tak ada apa-apa, kami minta diri dulu lah. Terima kasih untuk hari ni.” Balas Datuk Azlan.

“Tak ada hal lah Lan. Lain kali datanglah lagi rumah aku dengan keluarga.”

“Okeylah Malik. Aku balik dulu.”

Encik Malik dan Datuk Azlan bersalaman kemudian mereka pun berlalu pergi. Adhiyat melambaikan tangannya kepada mereka dan dibalas oleh Dhiya, Liya dan Puan Zahara. Kereta mereka kemudiannya hilang dari pandangan.

Puan Zahara mengambik Fatin daripada Adhiyat dan Fikri mengekori Puan Zahara masuk.

“Ad,” panggil Encik Malik.

“Ya Ba?”

“Pasal Haniem, baba nak cakap sikit.”

Adhiyat mendekatinya kemudian berdiri di samping dia dengan penuh sabar.

“Baba tak nak pesan banyak sangat kat Ad. Tapi baba harap... Ad boleh faham perasaan Haniem dan yakin kan pada dia kalau... Ad nak bersama dia dan bukannya orang lain. Hati Haniem tu dah terlalu terluka sampaikan dia tak percayakan semua benda kalau orang lelaki yang cakap. Jadi yakinkan dia dan.. jangan ambil kesempatan.”

“Okey Ba. Ad sebenarnya... baru tahu kenapa dia tak nak.. Ad duduk dengan dia. Semuanya sebab dia salah faham dan Ad rasa.. Ad boleh terangkan kat dia.”

Encik Malik mengangguk bersetuju. “Baguslah. Baba pun dah agak yang sebenarnya dia.. yang nak duduk kat rumah ni sebab tak bersedia nak duduk dengan Ad. Oleh sebab tu, ambil lah banyak mana masa untuk buat Haniem selesakan diri dia.”

“Insha-ALLAH Ba.”

“Pergilah masuk, mandi dan solat. Dinner is served dan sempatlah kalau nak tunggu Ad siap mandi.”

Adhiyat mengangguk kemudian dengan sopannya berlalu masuk ke dalam rumah.

Di dalamnya, Adhiyat melihat Haniem berada di dapur. Masalahnya dia tak tahu di mana bilik Haniem yang buatkan Adhiyat rasa sedikit khawatir nak masuk ke dalam dan mencarinya.

“Abang Ad,” Hanis tiba.

Adhiyat terkejut namun segera tersenyum janggal kepada Hanis.

“Kenapa tak tukar baju lagi?”

“Urhm... abang tak tahu kat mana bilik... Haniem.”

Hanis ketawa. “Yeke? Marilah Hanis tunjukkan. Lagipun Hanis memang nak naik atas sebab nak tengok Fatin.”

Adhiyat mengangguk.

Mereka berdua melangkah ke tingkat atas dan Hanis menunjukkan bilik Haniem yang berada paling hujung.

“Urhmm... Hanis kan?”

“Ya.” Jawab Hanis

“Terima kasih sebab tunjukkan bilik Haniem.”

“No problem. Cuma, Hanis nak pesan setia lah dengan kak Haniem tau. Kalau abang sakitkan hati dia, Hanis dengan ayah takkan berdiam diri pastikan abang pun rasa sakitnya juga.” Ugut Hanis dengan serius kali ini.

“Okey.”

Hanis berlalu pergi dan Adhiyat masuk ke dalam bilik. Memang menyeramkan keluarga Haniem tetapi dia mengerti mengapa mereka berbuat demikian.

Adhiyat membersihkan dirinya lalu dia pun menunaikan solat. Selepas itu Adhiyat meneliti bilik Haniem sambil tersenyum melihat hiasan bilik yang cantik ini. Apabila dia berjalan ke katil, Adhiyat terlanggar buku di kakinya sehingga buatkan dia kesakitan sekejap sebelum dia melihatnya. Sungguh banyak buku-buku dia sehingga buatkan Adhiyat tersenyum menatapnya.

Makan malam sudah sedia dan Puan Zahara kini memanggilnya. Adhiyat turun ke tingkat bawah lalu duduk di sebelah Haniem. Nasi disediakan oleh Haniem dan begitu juga dengan lauk-lauknya.

“Makanlah banyak-banyak Ad. Kali ni Haniem yang masak.”

Adhiyat agak terkejut namun dia mengangguk sopan kepada Puan Zahara. Adhiyat menyuapkan nasi ke mulut dia dan dia senyum manis dengan rasa masakan Haniem yang sungguh sedap.

“Sedap kan? Pandai Haniem masak!” Puji Puan Zahara lagi.

“A’ah. Saya tak sangka awak... pandai masak.”

“Habis, awak ingat saya tak pandai masak selama ni?” Tanya Haniem kedengaran tegas.

Adhiyat menggeleng pantas membuatkan seluruh keluarga tersenyum dengan sifat mereka.

Setelah makan malam, Haniem naik ke tingkat atas seperti yang diarahkan Puan Zahara. Naik saja ke tingkat atas, tak ada apa yang boleh Haniem buat selain tidur saja. Namun dia tak selesa bila tahu Adhiyat masuk ke dalam bilik tak lama saat dia baru nak terlelap.

“Awak dah.. nak tidur ke?” Tanya dia.

“Hmm.”

Adhiyat tersenyum ingin mengusik Haniem. “Tapi ni kan malam.. pertama kita.”

Telan air liur berat Haniem dibuatnya.

“Kalau awak nak tidur, tak syok lah! Awak tunggu sekejap, saya nak renggangkan badan. Okey?”

Tak banyak cakap, Haniem melemparkan bantal ke arah Adhiyat dan disambut suaminya.

“Wah, cepatnya! Awak nak saya naik atas katil sekarang?”

“E.. eh tak lah! Awak tidur kat lantai. Saya... saya tak selesa lah berkongsi tempat tidur. Good night!” Balasnya kemudian menyelimuti dirinya.

Adhiyat ketawa kecil lalu dia tidur juga di lantai seperti yang diminta oleh Haniem.

Pagi keesokannya, Haniem tersedar dari tidurnya apabila dia mengingatkan tentang Adhiyat yang tidur di lantai malam semalam. Dia perlahan-lahan mengintai sedikit tetapi Adhiyat tidak kelihatan sudah. Haniem terus keluar dari bilik dengan menyarungkan tuala ke kepalanya mencari kelibat si suami.

“Dah bangun dah?” Puan Zahara menegurnya sebaik saja Haniem tiba di dapur.

Haniem mengangguk.

“Haniem tak mandi lagi ke? Pergilah mandi dan nanti kita breakfast sama-sama.”

“Urhmm.. mana Ad?” Tanya dia.

Puan Zahara tersenyum. “Ad? Dia pergi jogging tadi lepas solat subuh dengan ayah. Katanya Haniem tidur lena sangat sampai dia tak nak kejutkan Haniem.”

Haniem hanya mengeluh berat.

“Pergilah mandi dan nanti Ad tu balik lah. Lagipun dia dah lama pergi keluar berjoging.”

“Okey. Haniem naik mandi dulu, nanti Haniem tolong ibu.”

“Tak payahlah.” Bantah Puan Zahara.

“Alah apa salahnya. Ikut cakap ibu, pergi mandi, bersihkan bilik dan basuh cadar sekali.”

Berkerut kening Haniem. “Basuh cadar? Kenapa nak kena basuh cadar? Haniem baru basuh cadar lebih kurang.. seminggu lepas.”

“Ikut ajelah cakap ibu. Dah pergi!”

Haniem tak ada apa lagi yang nak ditanyakan walaupun perihal cadar sedikit buat dia pelik. Haniem naik ke tingkat atas lalu dia pun terus membuka tuala di kepalanya dan menggosok rambut dia. Haniem kemudiannya berjalan nak ke tandas sebelum pintu dibuka oleh Adhiyat dan dia berlanggar badan dengan suaminya.

“Hai.” Sapa Adhiyat manis.

“H.. hai.”

Badan lelaki ini benar-benar menguji keimanan Haniem apabila dia mengenakan baju Fit sehingga boleh nampak badannya dan peluh dingin yang menitik buatkan dia kelihatan lebih sempurna. Haniem terpaku pada lengan berotot Adhiyat kalau dilihat rasa nak pegang.

Adhiyat mendekatkan dirinya dengan Haniem sehingga perhatian Haniem teralih. Apabila mendongak, lelaki itu tersenyum padanya.

“Did my arm attract you?”

“.. no.” Balasnya walaupun gagap.

“Yeke? Habis kenapa awak nampak macam... nak pegang je?”

“Perasan juga awak ni kan?”

Adhiyat merangkul pinggang Haniem mendekatinya dan akhirnya tangan Haniem menyentuh juga lengan Adhiyat. “Saya nervous sangat nak rangkul awak macam ni masa ambil gambar semalam. Tapi sekarang saya terbiasa lepas tahu isteri saya ni pemalu orangnya.”

Haniem tunduk menyembunyikan rasa malu dia lagi.

Adhiyat memegang dagunya menghala ke arah dia. “Tengok, dia dah malu dengan saya sekali lagi. Agak-agaknya, dia malu tak kalau saya...” dia mendekatkan wajahnya ke arah Haniem.

“Saya nak mandi lah. Awak pun berpeluh sekarang.”

“Baguslah. Awak nak mandi dan saya pun nak mandi. Nanti kita nak breakfast sama-sama. Apa kata kalau kita jimatkan masa. Kita mandi sama-sama. Nak?”

Membulat mata Haniem menatapnya. “Tak nak lah!”

“Alah jom lah. Saya tak pernah mandi berdua sebelum ni dan saya teringin lah juga nak mandi berdua dengan awak. Jom.”

Semakin Adhiyat mendekati, semakin Haniem geli hati. Dia ketawa kemudian melarikan diri daripada dangkapan Adhiyat lalu masuk ke dalam bilik air. Adhiyat yang melihatnya tersenyum bahagia dengan perangai isterinya.

Selesai saja, Haniem siap berpakaian dan Adhiyat makin menatapnya penuh ghairah. Haniem menolaknya masuk ke dalam bilik air dan dia kemudiannya turun ke tingkat bawah dengan menyarungkan tudung shawl biasa. Di bawah, setelah Haniem duduk dan mengambil nasi goreng, Adhiyat turun dan dia selesai mandi jua. Haniem meletakkan roti dengan disapu jem ke dalam pinggan Adhiyat. Adhiyat menikmatinya dengan nasi goreng juga.

“Haniem, dah basuh cadar ke?” Tanya Puan Zahara.

“Belum. Tapi tak payahlah. Bukannya kotor pun.”

Haniem perasan Fikri dan Hanis cuba menahan ketawa. Bukan setakat mereka, Encik Malik hanya tersenyum senang. Hanya Haniem, Haris dan Adhiyat yang tak mengerti apa maksud mereka.

“Apa-apa pun, Haniem basuh je dan nanti tukar cadar baru.”

Haniem mengeluh. “Yelah, nanti Haniem basuh cadar.”

Mereka menikmati makanan sebelum Hanis teringatkan sesuatu. “Hanis lupa nak bagitahu. Periuk belanga kat luar tak basuh lagi dan orang seorang pun tak nak basuh. Terpaksalah Hanis dengan Fik basuh kan nanti.”

“Kalau macam tu, tak payahlah. Biar abang dengan Haniem basuh kan. Itukan untuk majlis kami dan lebih baik kalau kami yang basuh kan.”

“Oh yeke? Kalau macam tu okey lah.”

Adhiyat tersenyum memandang Haniem yang tak kisah jika harus membasuh periuk belanga sekalipun.

Selesai makan, mereka banyak buat sesuatu yang membuang masa dan tak teringat akan periuk belanga. Apabila malam menjelma dan di meja makan, Enik Malik membuka perihal periuk lagi.

“Astagfirullahhalazim, Ad dengan Haniem.. lupa nak basuh sebab sibuk sangat main game dengan Haris tadi.”

“Tak apalah Ad kalau kamu dengan Haniem lupa. Nampaknya Fik dengan Hanis lah basuh kan.” Kata Encik Malik.

Sepasang suami isteri itu mula mengeluh berat.

“Tak apa, Ad dengan Haniem boleh basuh nanti.”

Kali ini apa yang diucapkan tetap dibuat olehnya. Di luar, Haniem dan Ad bersusah payah membasuh periuk walaupun hari sudah pun lewat malam. Tetapi ini semua salah mereka juga sebab layankan Fatin dengan Haris tadi.

“Saya ingatkan awak gentleman basuh sendiri. Tetap awak ajak saya juga kan?”

“Haniem, istilah gentleman wujud pada lelaki yang sesekali fake tau. Saya tak suka jadi fake dan lebih baik saya berterus-terang dengan awak untuk awak ikut saya basuh periuk ni.” Katanya.

“Tulah. Masa kenal awak, bukan main lagi awak ni nampak baik.”

“Habistu, saya nampak jahat lah sekarang?”

Haniem hanya mengangkat bahunya.

Adhiyat terus menyimbahnya dengan air yang buatkan Haniem terkejut. Dia turut menyimbah air basuhan ke baju Adhiyat. Mereka sama-sama memulakan peperangan air dan bergelak ketawa bersama-sama sehinggalah akhirnya, Haniem hampir jatuh ke hadapan dan ditangkap oleh Adhiyat. Pinggangnya kini dipegang Adhiyat dan wajah mereka bertatapan antara satu sama lain untuk tempoh yang lama. Guruh yang kedengaran menjarakkan mereka dan Haniem terus masuk ke dalam rumah dalam keadaan terkejut.

Adhiyat membersihkan periuk kemudian dia berjalan masuk ke dalam rumah. Tiba saja di bilik, dia melihat Haniem sedang mengemaskan rambutnya yang basah akibat peperangan air tadi. Melihat isterinya mengeringkan rambut menimbulkan rasa cinta dalam dirinya. Adhiyat perlahan-lahan mendekati Haniem lalu dia pun memeluk Haniem daripada belakang sambil mencium rambut isterinya.

Haniem berpaling memandang Adhiyat dan kini dia rasa sepenuhnya cinta terhadap lelaki di hadapan dia. Rambutnya kini diselak Adhiyat lembut.

“Saya tak pernah bayangkan.. saya boleh jumpa dengan wanita macam awak. Selama ni saya terlalu.. mencari cinta sampai saya tak sedar cinta saya... akan datang juga suatu hari nanti. Awaklah... bintang untuk saya Haniem dan pelengkap langit malam. Saya takkan pernah tinggalkan awak, takkan menduakan awak dan berjanji akan.. tulus cintakan awak.”

“Saya minta maaf sebab salah faham dengan awak selama ni. Saya... saya sedar yang saya cintakan awak dan saya tak mampu bayangkannya.”

Adhiyat tersenyum padanya. Dia mencium dahi Haniem dengan ucapan bismillah lalu dia mendorong Haniem ke katil. Malam terus larut dengan bunyi hujan yang membuat suasana lebih sejuk tetapi dihangatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience