HANIEM bersiap di hadapan cermin pada malam itu memandangkan Adhiyat akan bawa dia makan malam dengan keluarganya dan di sekalikan untuk ambil barang di rumah keluarganya. Rasanya kemarahan Haniem pada Adhiyat sudah tidak terlalu maksimum. Dia hanya terasa kecewa sahaja dan kini boleh memaafkan Adhiyat apabila suaminya mula menghubungi dia selalu apabila dia tempat kerja.
“Sayang, tak siap lagi?” Adhiyat memeluk erat Haniem daripada belakang.
“Sikit lagi. Abang pun.. wanginya bau.”
“Mestilah. Perfume yang Haniem suka bau abang gunakan. Sayang nak bau lagi?”
Haniem tersenyum. “Simpan je lah. Nanti Haniem bau sepuasnya kalau Haniem rindukan abang. So, pastikan abang letak perfume tu atas meja.”
“Okey. Tapi sayang... nampak lain lah hari ni.” Katanya dengan menatap Haniem di pantulan cermin.
Berkerut kening Haniem.
“Nampak macam... bidadari syurga yang takkan pernah termimpikan oleh abang.”
Haniem tersenyum. “Yeke? Abang pun nampak imam Haniem yang tak ada duanya.”
“Janji tau yang Haniem takkan pernah tinggalkan abang sebab abang tak sanggup nak tengok Haniem jauh dari abang. Air mata Haniem yang pernah gugur sebelum ni buat abang rasa bersalah sangat. Abang janji yang abang takkan lupakan Haniem lagi mulai daripada sekarang.”
“Haniem tahu. Abang jangan risau sebab Haniem.. terlalu penat je waktu tu. Haniem pun tak sedar yang Haniem dah mengalirkan air mata.”
“Sebab tu abang risau. Abang takut kalau... hati isteri abang takkan ada penawarnya lagi.” Balasnya.
“Abanglah penawar di setiap luka Haniem. Abang beri Haniem seribu satu kenangan yang takkan Haniem lupakan sepanjang perkahwinan kita.”
Adhiyat tersenyum. “Abang akan terus.. ciptakan kenangan abang dengan Haniem. Jadi Haniem kena berjanji akan percaya dan cintakan abang seumur hidup Haniem. Kalau Haniem buat semua tu, abang akan selalu cintakan Haniem dan akan setia dengan Haniem.”
Buat seketika Haniem rasa kembali bahagia. Sinar rumahtangga dia dan Adhiyat semakin dapat dilihat dengan mata kasar dan juga halus.
Loceng yang berbunyi mematikan semuanya.
“Pergilah buka pintu tu. Siapa yang datang sini ya?”
Adhiyat mengetap. “Mustahil kalau umi sebab abang dah beritahu umi yang kita nak dinner kat sana. Tak sabar-sabar sangat ke?”
“Apa-apa pun, pergi bukakan pintu tu.”
Adhiyat mengeluh lalu dia pun melangkah turun dengan Haniem yang memeluk lengannya. Setelah dibukakan pintu, wajah Maya yang ceria kelihatan.
“Maya. Maya buat apa kat sini?” Terkejut Adhiyat.
“Eh, abang! Ni mesti kak Haniem kan?”
Haniem membalas senyumannya dan mengangguk. Maya bersalaman dengan Haniem dan Haniem senang dengan perilaku manis Maya terhadapnya.
“Ini.. Maya ya?”
“Ya. Kak Haniem cantik sangat dan.. baik pula tu. Padan lah abang obses sangat.” Katanya.
“Maya pun apa kurangnya. Tapi, Maya nak masuk dulu? Kitorang ingat nak keluar pergi dinner rumah umi.”
“La... yeke?! Maya pun on the way nak pergi sana sebab... sebab Maya tertinggal barang.”
Haniem mengangguk mengerti.
Adhiyat senyum sinis. “Abang tak fahamlah, kenapa Maya kerap sangat tinggal barang kat merata tempat ni?”
“Nak buat macam mana. Maya memang selalu macam tu. Bukannya abang tak kenal Maya macam mana.”
“Sebab abang kenal Maya lah, Maya ni memang kerap lupa! Lain kali barang tu letak setempat boleh tak? Jangan nak menyusahkan orang macam tu.”
“Yang abang nak marah sangat ni kenapa? Abang takut hal tu ke?”
Adhiyat mengeluh. “Hal apanya? Dah, jangan nak mengarut. Habis Maya datang sini macam mana? How do you know where we live? Abang tak beritahu pun Maya sebelum ni!”
“Lupa lah tu! Abang kan pernah datang rumah Maya dan abang pernah beritahu Maya kat mana rumah abang sebab abang risaukan Maya.”
Haniem memandang suaminya.
“Bila masa pula abang beritahu Maya?”
Maya menggeleng kepala. “Abang memang selalu macam tu. Lupa je memanjang!”
Adhiyat pun memang tak faham dengan dirinya sebab selalu lupa tentang satu hal. Tetapi ada ke dia beritahu Maya alamat rumahnya? Rasanya tak pernah. Mungkin juga ada tanpa dia sedar dengan soalan Maya sepanjang berbual dengannya.
“Dahlah, kita pergi sekali nak? Maya... sakit kaki lah nak bawa kereta bagai.”
Adhiyat merengus.
“Marilah sekali. Rasanya abang tak apa-apa kut.” Haniem segera membantu Maya yang tak selesa sikit dengan sentuhannya tetapi dibiarkan sahaja memandangkan dia ada niat.
Setelah masuk ke dalam kereta, memastikan keadaan rumah selamat, Adhiyat memandu keretanya menuju ke rumah Datin Haliza. Keluar sahaja, hanya Maya seorang tak keluar yang buat Adhiyat dan Haniem pelik.
Adhiyat membukakan pintu. “Kenapa tak keluar lagi?”
“Tangan.”
Adhiyat menghulurkan tangannya tanpa menghiraukan anak mata Haniem. Setelah itu, Maya meletakkan tangannya ke tapak tangan Adhiyat yang membantunya keluar.
“Macamlah dulu abang tak biasa bukakan pintu untuk Maya. Lain kali kalau Maya tak keluar lagi dari kereta, abang buka kan lah pintu untuk Maya.”
Adhiyat mengeluh. “Tak boleh buka sendiri ke Maya? Apa tangan tu pakai bateri?”
“Abang ni, mood kenapa tak okey? Sebelum ni bukan main sweet lagi abang dengan Maya.”
“Dahlah, jom masuk.”
Dia dan Maya melangkah masuk. Maya memeluk lengan Adhiyat manakala Haniem memegang tangan suaminya. Tetapi dia tak selesa melihat Maya terlalu rapat dengan Adhiyat. Perasaannya begitu lain menatap mereka memandangkan kata-kata Maya bermain di fikirannya. Seperti.. terlalu rapat.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Haih.. Ad, dua-dua terisi?” Tegur Datuk Azlan.
Adhiyat melihat ke sebelah kanannya dan melihat Maya memeluk erat lengan dia. Adhiyat segera melepaskannya.
“Mana ada penuh Ba.”
Datuk Azlan ketawa. “Dah, apa kata kalau Ad duduk. Umi dah siap masak dah ni.”
Adhiyat duduk di sebelah Datuk Azlan.
“Umi mana Ba?” Tanya Haniem apabila dia tak melihat Datin Haliza.
“Ada kat dapur. Tengah bancuh air katanya.”
“Haniem.. pergi tengok umi lah.”
Datuk Azlan mengangguk.
Haniem bangun dari duduknya lalu segera ke dapur. Maya yang melihat turut mengikutinya.
“Umi,”
“Haniem!” Gembira Datin Haliza melihat Haniem. Dia segera memeluk Haniem dengan eratnya.
“Umi sihat?”
“Sihatlah kalau jumpa dengan Haniem! Kalau tak jumpa dengan Haniem, tak adanya umi nak segar macam ni. Siap boleh masak dinner lagi untuk kita sekeluarga.”
Haniem tersenyum. “Tapi lepas ni, umi tunggu Haniem datang supaya kita boleh masak sama-sama. Umi mesti penat.”
“Tak apalah Haniem sayang. Umi tak nak susahkan Haniem juga sebab Haniem pun kerja hari ni kan? Hanya Ad je yang cuti. So biarlah Haniem rehat dan umi masakkan untuk Haniem supaya Haniem boleh.. makan dengan tenang. Tak payah susah-susah masak.”
“Haniem risaukan umi je.”
Datin Haliza memandang bangga pasa Haniem sebelum dehaman Maya menganggu nya.
“Amboi Maklong! Sebelum ni Maya datang, tak adanya nak peluk-peluk Maya.”
Datin Haliza ketawa. “Kamu ni cemburu ke Maya?”
“Cemburu lah juga kalau Maklong lebihkan orang luar berbanding Maya ni anak saudara Maklong sendiri.”
“Apa pula orang luar? Ini isteri Adhiyat tau. Menantu Maklong dan Maklong bangga ada menantu macam Haniem yang caring a lot about Maklong.”
“Haih.. Untunglah! Kenapa lah abang Ad tak buat keputusan macam sebelum ni? Ini semua sebab dia salah faham.”
Berkerut kening Datin Haliza. “Maksud kamu?”
“Maklong takkan faham sebab Maklong takkan izinkan. Lagipun abang Ad tu bersungguh-sungguh nak dan kalau dia beritahu siapa sekalipun, Maklong takkan... restu.”
Itu buatkan Haniem rasa bagaikan dihempap batu besar. Apa makna Maya lagi? Mengapa setiap perkataan ada rahsia dia dan Adhiyat? Mengapa Haniem selalu fikir begitu?
“Jangan nak mengarutlah Maya. Lupakannya sebab itu takkan terjadi walaupun Maya berharap. Benda dah lama dan tak payah mengungkit lagi.”
“Kalau terjadi sesuatu, Maklong kena terima kenyataannya juga.”
“Maklong memang boleh terima kenyataan. Tapi belum tentu hal tu terjadi. Maya pun tahu kan?” Balasnya.
Maya hanya mengeluh dan sempat mengerling wajah Haniem yang pelik.
Apabila siap membancuh minuman, dia membawanya ke ruang meja. Mereka sesi keluarga mula menikmati makanan masing-masing dengan Haniem cuba nak membantu Adhiyat tetapi Maya terlebih dahulu menawarkannya.
“Abang nak nasi berapa banyak?”
“Satu senduk je.” Balas Adhiyat.
“Kalau lauk? Abang nak lauk apa?”
“Ambil jelah apa-apa pun. Semuanya abang makan.”
Maya tersenyum. “Kalau macam tu, asam pedas ni. Favourite abang kan?”
“Maya masih ingat? Abang ingatkan bila dah lama duduk overseas dan tak jumpa abang, Maya dah lupa semuanya pasal orang kat Malaysia ni.”
“Apa pula? Abang bukannya tak pernah datang visit Maya kat apartmen Maya setiap kali abang ke New York kan?”
Adhiyat mengangguk benarnya.
Sekali lagi Haniem curiga. Setiap patah yang diucapkan, Haniem tetap berasa curiga.
“Pasal abang... Maya ingat semuanya. Tentang apa yang abang buat pun, Maya akan selalu ingat.”
“Yelah. Tapi tak payahlah nak bercakap semua tu kat sini.”
“Okey Maya faham itu masa silam abang.”
Adhiyat hanya mengangguk.
Mereka terus makan. Anak mata Maya menangkap rasa tak senang Haniem dan inilah niat dia yang dia datang malam ni. Hanya nak buat Haniem rasa curiga di setiap patah perkataannya dan di setiap perbuatan dia.
Masakkan Datin Haliza memang menyelerakan. Yang tak buat tekak Haniem senang hanyalah dengan perbualan Adhiyat dan Maya. Begitu mencurigakan dan begitu sakit hati apabila suaminya tersenyum manis pada Maya dan bergurau senda dengannya tanpa mempedulikan tentang perasaan Haniem. Tetapi Haniem takut jika dia jadi cemburu buta.
Selesai saja, mereka terus naik ke bilik Adhiyat untuk berkemas. Saat ini Haniem lega sedikit apabila kelibat Maya tidak kelihatan.
“Abang main benda ni?” Pistol air kecil ditunjukkan kepada Adhiyat.
“Hisy, tak adalah! Itu...”
“Ha apa? Macam budak-budak lah nak main pistol air bagai.”
“Mana ada abang main pistol tu! Abang dah besar lah dan abang tak terfikir pun nak main pistol tu. Simpan jelah ataupun buang.”
Haniem menembak air itu tepat ke wajah Adhiyat sehingga membuatkan Adhiyat berusaha menutup wajahnya dan Haniem ketawa senang.
“Hentikan Haniem!” Kata Adhiyat dengan suara ketawa kecil.
Ketawa mereka hilang apabila Maya datang merempuh. “Buat apa? Cakap nak kemas dan takkan nak bergurau lagi? Hari dah makin larut kut.”
“Yelah. Yang Maya sibuk ni kenapa? Tadi bukan ke ada kat bawah?”
“Maya datang nak tolong je.”
Adhiyat hanya mengeluh berat.
Maya membantu Adhiyat mengangkat pelbagai barang yang dihulurkan Haniem dan lelaki itu memasukkannya ke dalam kotak. Tangan Maya yang memegang tangan Adhiyat sewaktu menyerahkan barang itu buatkan Haniem sedikit tak selesa. Dia hanya mampu menatap sahaja.
Selesai mengemaskan barang-barang tersebut, mereka bertiga membawa kotak masuk ke dalam bonet kereta. Maya mengadu kesakitan pada Adhiyat sehingga dia bersandar di bahu Adhiyat semasa di luar rumah. Haniem sekali lagi hanya mampu menatap.
“Kami balik dulu lah Ba, umi. Si Maya ni nak on the way balik rumah dia. Risau pula Ad.”
“Yelah. Maya pun, kenapa susahkan diri tolong Adhiyat tadi? Kan dah penat.”
“Apa salahnya Maklong? Lagipun Maya kesian dekat abang.” Balasnya.
Datin Haliza mengeluh. “Kalau macam tu balik lah.”
Adhiyat membawa Maya masuk ke dalam kereta sementara Haniem bersalaman dengan Datin Haliza sebelum masuk ke dalam kereta.
Adhiyat memandu kereta dengan sesekali menatap cermin pandang belakang begitu risaukan keadaan Maya. Hanya Haniem yang mampu mengeluh beberapa kali dengan perangai Adhiyat. Setelah kereta tiba, Adhiyat membantu Maya masuk ke dalam kereta yang masih lagi kepenatan.
“Haniem,” Adhiyat menghentikan langkah Haniem yang hendak masuk ke dalam rumah.
“Huh?”
“Abang risaukan keadaan Maya. Haniem masuk, kunci pintu. Abang dah ada kunci spare dan nanti abang masuk sendiri. Abang nak kena hantar Maya balik rumah dia.”
“Yelah. Hati-hati bawa kereta.” Haniem segera masuk ke rumah dan buat apa yang disuruh Adhiyat.
Kereta suaminya hilang dari perkarangan. Haniem mengeluh berat di kerusi. Dia mengalirkan air matanya lagi mengingatkan suaminya. Telefon bimbit yang berdering membuatkan Haniem mengangkat panggilannya.
“Haniem! Aku ganggu kau tidur ke?”
“Tak adalah Qila.” Balas Haniem dengan suara bergetar.
“Thank godness sebab aku risau kalau aku ganggu kau. Aku telefon ni pun sebab nak ingatkan kau yang esok kau kena pergi KPM. Kau kan dah janji nak jumpa pengarah kat sana untuk bincangkan sistem pembelajaran kat tadika kita.”
Haniem hanya diam dengan air mata masih mengalir deras.
“Haniem, kau dengar tak?”
Akhirnya Haniem mengeluarkan suara menangisnya yang tak mampu ditahan lagi.
“Weh babe! Kenapa ni? Kau nangis?”
“Aku sakit hati sangat Qila.” Balas Haniem.
“Sakit hati? Kenapa?”
“Aku... aku tak tahan tengok dia dengan perempuan lain macam tu walaupun... walaupun Maya tu adik sepupu dia sendiri. Aku tak tahu kenapa aku rasa.. sakit hati sangat?”
Qila mengeluh. “Jadi ini pasal Ad dengan Maya lagi lah ya?”
Haniem tak menjawab malah terus menangis.
“Kau dah tahu hubungan diorang sebagai sepupu je. Habis Ad tak... tak perasan ke kalau kau cemburu? Kau tak beritahu dia?”
“Aku tak nak dilabel wife yang suka control hidup dia. Aku tak nak dia jadi dayus.”
Qila mengeluh. “Kau ni fikir negatif lah Haniem! Salah ke seorang isteri tu nak tahu hidup suami dia? Salah ke dia nak penjelasan? Tanggungjawab suami memang macam tu.”
“Aku pening kepala lah Qila. Tadi dinner pun, Maya je yang layan dia dan diorang cakap something yang... yang aku syak ada sesuatu terjadi.”
“Kau ni lagi-lagi fikir negatif. Tapi aku nak nasihatkan juga kat kau supaya berhati-hati dengan Maya walaupun aku kenal dia sebagai mulut puaka. Tapi aku tak tahulah dia ni spesis macam mana lagi.”
Haniem menyeka air matanya. “Dahlah, aku rasa aku... nak rehat je. Mungkin aku penat sangat.”
“Baguslah tu. Aku pun tak nak kau salah faham Haniem sampai aku tak boleh cakap banyak. Kau tanya lah Ad dulu dan aku yakin kau boleh baiki keadaan ni. Aku sayang kau Haniem dan jangan sedih tau. Aku dah lah jauh. Lain lah kalau kau nak aku datang visit lagi tengok rumah cantik kau tu.”
Haniem tenang sedikit apabila menghubungi Qila.
“Don’t worry Haniem. Aku yakin suami kau boleh terangkan pada kau lebih lanjut. Kau jangan salah faham lah. Tak elok salah faham dalam perhubungan.”
“Okey. Aku.. tidur dulu. Selamat malam.”
“Selamat malam.”
Haniem naik ke tingkat atas setelah dia mematikan panggilan. Dia lenakan dirinya selepas mandi. Rasanya Adhiyat akan balik tak lama lagi.
Esoknya Haniem bangun, dia terasa kosong di tempat tidur sebelahnya. Haniem bangun dan dia tidak melihat Adhiyat. Haniem melangkah keluar tetapi kali ini barulah Adhiyat balik dengan kuat masai sedikit.
“Heh, abang baru balik?”
“A’ah. Abang pening kepala semalam sampai tertidur kat rumah Maya. Penat sangat kut.” Katanya dengan senyuman.
“Pergilah rehat.”
“Okey. Love you sayang!” Dia terus mencium dahi Haniem kemudian melangkah masuk.
Haniem hanya mengeluh sahaja. Dia turun ke tingkat bawah untuk sediakan sarapan buat suaminya.
Share this novel