bab 72

Romance Completed 1369

HANIEM menunaikan solat maghrib dengan Adhiyat bersama seluruh keluarganya yang lain. Memang meriah apabila dia dapat solat bersama-sama dengan keluarga baharu. Namun apa yang buatkan Haniem sedikit kagum, perilaku Humairah yang baru dikenalinya. Wanita yang lemah lembut dan sedikit pemalu. Dia nampak sangat baik dan disaat dia mendukung anaknya pun buatkan Haniem kagum.

Di meja makan, hati Haniem agak sakit melihat Maya bergurau senda dengan Adhiyat. Adhiyat pula memang sengaja nak sakitkan hati dia. Hal itu juga diketahui Datin Haliza, Puan Zahara dan Opah Hawa. Encik Malik pula hanya risaukan tentang Haniem dan dia tak kisah tentang Adhiyat dengan Maya. Hanya sedikit dia menjamah, Haniem melihat Humairah yang masih menjaga anaknya dan dia tak ikut makan sekali.

“Excuse me.” Dia segera menuju ke ruang tamu menemui Humairah.

Di sana, gadis ayu itu menyusukan anaknya.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Kak.. Haniem kan?” Tanya dia.

Haniem mengangguk kemudian duduk di hadapannya. “Humairah?”

“Umai je.”

“Okey. Tapi kenapa Umai tak makan sekali? Lauk kat dapur banyak Opah masak.”

Humairah hanya senyum. “Umai memang jarang makan sejak ada anak ni sebab Umai sibuk sikit uruskan pasal anak.”

“Tapi... Umai yang susukan dia dan Umai kena ada tenaga.”

“Inilah yang susahnya kak bila ada anak. Dulu Umai nak sangat ada anak. Tapi bila dah ada, Umai kena beri sepenuh perhatian pada dia.”

Haniem memikirkannya. Tidak mungkin sesulit itu.

“Akak kenapa tak makan?” Tanya nya.

“Akak dah kenyang.”

“Kenyang atau perangai Maya tu.. menjadi-jadi?” Teka Humairah.

“Tak adalah. Maya okey je dan dia memang gembira memandangkan esok dia dah nak kahwin. Akak memang kenyang sangat dah dan nanti tak boleh tidur kalau terlebih makan.”

“Patutlah badan akak slim je. Makan sikit je rupanya.”

Haniem ketawa dengan gurauan Humairah. Tidak dia sangka Humairah ini seorang yang sangat baik dan tidak sama sekali seperti yang dia rasakan.

“Umai tahu apa yang... akak rasakan. Sama macam Adhiyat rasakan masa Umai tinggalkan dia dulu.”

Haniem menatapnya.

“Umai bukan sengaja nak tinggalkan dia. Tapi Umai... terperangkap dengan cinta lainnya. Umai dapat tahu Reza accident masa trial jadi tentera dia sampai Umai terpaksa pilih dia sebab Umai tak nak kehilangan dia. Pada masa yang sama, Umai juga tak nak... kehilangan abang Ad. Umai tahu... Umai tamak. Cuma hati ni kita tak boleh nak agak macam mana.”

Haniem mengangguk. “Betul. Takdir pun macam tu. Kadang-kadang kita berharap ianya indah belaka. Tetapi Allah ciptakan hamba-Nya dengan ada kisah di sebalik penciptaan Dia. Kita kena reda dengan apa yang dah ditetapkan sejak kita kecil lagi.”

“Akak belum tahu tentang hal ni kan? Abang Ad... mesti takkan bercakap tentang hal ni.”

“Tak adalah. Dia dah jelaskan kat akak sebelum ni sampai akak salah faham. Bila akak dah faham, akak tak rasa kesalahan tu hanya pada Umai seorang je. Sesekali abang tu salah juga sebab tak boleh nak maafkan apa yang dah jadi.”

“Cuma... Umai tak sangka dia boleh nak kahwin dengan Maya.”

“Macam akak cakap, takdir kita tak boleh nak halang.” Ujar Haniem.

Humairah memegang tangan Haniem memberinya kekuatan untuk terus tabah dengan ujian Allah.

“Sekarang, akak nak pegang anak Umai ni. Umai bolehlah pergi makan. Biar akak jagakan.”

“Tak apalah. Ayyad ni takut menyusahkan akak.”

Haniem tersenyum. “Ayyad. Cemerlang kan maksud dia?”

Humairah mengangguk.

“Nama yang cantik. Tapi akak tak pernah rasa budak-budak menyusahkan. Biar akak pegang dia dan Umai pergi makan. Akak tak nak baby je yang sihat tapi maknya tak.”

“Boleh ke?”

“Boleh. Jangan risau okay?”

Humairah memberikan Ayyad kepada Haniem yang gembira dapat memegangnya. Dia kemudiannya meninggalkan anak dia dengan Haniem di ruang tamu.

Adhiyat yang risau keadaan isterinya pergi ke ruang tamu. Dia tergamam melihat Haniem bermain dengan Ayyad. Sungguh indah pemandangan saat ini. Isterinya memegang bayi yang walaupun bukan milik mereka, tetapi tetap nampak seperti Haniem memegang bayi mereka sendiri. Haniem perasan kelibat Adhiyat sehingga dia melihatnya dan Adhiyat beredar keluar dari rumah.

“Haniem!” Qila mengejutkannya.

“Shush...! Kau ni, terjaga baby ni kan susah.”

Qila segera tersenyum janggal. Dia mendekati Haniem lalu tersenyum melihat Ayyad yang tidur lena.

“Comelnya. Kalau aku ada anak nanti mesti comel macam ni kan?”

“Mujurlah. Kalau kau kahwin dengan lelaki 80-an, entah-entah anak kau dah masuk universiti dah.” Usik Haniem.

“Jahatnya kau ni Haniem! Doa aku kahwin dengan orang tua pula.”

“Dahlah. Tapi memang comel kan. Namanya Ayyad.”

“Wah, nama yang indah.” Puji Qila. Dia menatap Haniem lalu ketawa kecil.

“Kenapa kau ketawa?”

“Tak adalah. Aku macam dah... dah boleh bayang bila kau ada anak nanti. Mesti kau akan jadi caring, lovely and beautiful mother. Tambahan lagi pasangan kau tu Huzair. Ha, Huzair tu handsome apa!” Sebenarnya Qila sengaja berkata begitu kerana Adhiyat beradan agak tak jauh dari mereka berbual dengan PakSu Hairi dan Fikri.

Haniem menepuk bahunya.

“Nanti kau akan jadi isteri mithali. Lagipun kau tak ingat ke Encik Hasnul tu. Bukan main lagi mata dia tengok kau and dia siap puji kau cantik atas bawah. Aku rasa bangga sangat jadi kawan kau dan kalau pengganti kau nanti dengar, mesti dia lagi gembira dan aku rasa kau nak pergi dapur pun dia jealous.”

“Betul juga kan?” Hanis menyampuk. “Entah-entah kak Haniem nak jauh seinci pun dah jealous.”

“Tulah. Lagi okey kalau macam tu. Nampak lah kak Haniem ni lebih dihargai daripada dia tak dihargai terus. Kalau boleh lah, nak lah lelaki tu sampai nak tarik lengan baju kak Haniem setiap kali dia bercakap dengan lelaki lain.”

“Setuju! Nak lelaki yang... bermata biru ke. Tukar taste ke negara orang. Lelaki Malaysia dah pernah rasa. Bagus juga rasa lelaki dari Arab ke, New York ke, UK ke sebab kak Haniem pun pernah belajar UK dan ada banyak kawan lelaki bermata biru, oren, hijau, purple, warna pelangi pun ada. Ada misai, janggut setinggi bangunan Burj Khalifa ke.”

Mereka berdua mula bersetuju tetapi Haniem berasa tak selesa sedikit apabila mata Adhiyat menatap mereka marah.

“Apa yang happy sangat ni?” MakSu Zainal tiba dengan Puan Zahara dan Datin Haliza.

“Berkongsi cerita makcik.”

“Oh, banyak sangat cerita dia. Cerita apa?”

“Pasal pasangan baru kak Haniem ni. Nak taste yang macam mana sebab kitorang boleh tolong.” Jawab Hanis lagi.

“Wah, bagus juga kan? Beritahu juga makcik taste yang macam mana sebab kat kampung ni pun ada je yang boleh gantikan. Macam Bob si tukang gas kawan kepada Tipah. Dia tu rajin budaknya walaupun tak berpelajaran tinggi.”

Hanis kagum.

“Cuma orangnya montel sikitlah. Tapi kalau berubah boleh je jadi suami mithali.”

“Tak apalah makcik. Kak Haniem cakap dia nak berkenalan dengan Huzair. Huzair tu handsome sekarang. Bercermin mata, rambut pacak ke atas dan berbaju mahal semuanya. Memang bergaya lah!”

MakSu Zainal mendengarnya dengan sangat asyik.

“A’ah. Walaupun ex, tapi hati masih untuk satu sama lain. Apa salahnya, kan?” Tambah Qila pula.

“Eh tak salah! X, y, z sekalipun, tak apa asalkan pandai menjaga.”

“Setuju makcik. Zaman sekarang lelaki mana yang selalu hargai perempuan. Dah bagi jiwa raga, tetap dipersiakan. Dia ingat free of charge ke nak jatuh cinta ni.”

MakSu Zainal tersenyum.

Apabila ketawa mereka semakin panjang, Adhiyat dengan marahnya beredar masuk ke dalam bilik. Haniem tahu kemarahannya membuak dengan perlian yang dibuat oleh Qila dan Hanis. Namun Haniem tak boleh marah mereka jika itu kenyataan yang sebenarnya.

“Aucchh.. sakitlah Opah!” Marah Maya sebaik saja Opah Hawa dan dia tiba di ruang tamu.

“Sakit, sakit! Suruh buat kerja sikit je merungut dah.”

“Sikit apanya? Dah nak patah pinggang Maya ni. Kenapa Opah tak suruh yang lain buat kerja? Maya seorang nak kena cuci pinggan kat dapur yang berlantai batu macam tu? Memang tak lah!”

Telinganya ditarik oleh Opah Hawa lagi. “Kat lantai tu jugalah kamu jilat masa kecil dulu.”

“Yeke? Menyesalnya!”

“Tak payah nak menyesal. Pergi tolong basuh periuk kat belakang untuk Opah, Maklong dengan MakSu masak.”

“Berat lah Opah!”

“Angkat, letak kat dapur gas api je! Dekat sangat dengan periuk tu. Pergi ambil sebelum periuk tu aku serkup kat kepala kamu.”

Maya yang takut dengan ugutan Opah Hawa segera melangkah keluar.

“Kau pegang Ayyad kejap.” Pinta dia kepada Qila lalu dia pun melangkah pergi.

Di luar, Haniem bertemu dengan Haris dan Latifah yang sedang berbual bersama.

“Tipah,” panggil Haniem serba salah.

“Ya kak?”

“Kak Maya pergi mana?”

“Oh, dia pergi belakang dekat pemuda kampung tengah masak rendang.”

Haniem mengangguk sambil tersenyum lalu dia pun menuju ke sana.

“Hisy, mana periuk yang nak diangkatnya?!”

“Eh kau ni Maya, lemah lembut lah sikit! Kalau periuk tu sakit macam mana?” Lelaki berbadan agak besar dengan rambut keriting Johan, memarahinya.

“Kepala hotak kau periuk nak sakit! Mana periuk tu?”

“Sana!” Jerkahnya kembali sambil menunjuk ke arah periuk yang berada.

Maya mengangkatnya namun segera dibantu Haniem.

“Maya, pergilah naik rehat. Tadi Maya cakap penat kan? Biar akak yang angkat.”

“Betul ke ni?!”

“Betullah. Lagipun Maya tengah mengandung sekarang dan nanti jatuh kandungan tu macam mana.” Balasnya.

“Betul juga tu. Terima kasih akak. Maya naik dulu eh?”

Selepas Maya berlari anak, Haniem mengangkatnya tetapi dibantu oleh lelaki tadi.

“Hai akak! Nama saya Bob.”

Baru tadi namanya dipetik MakSu Zainal. “Hai Bob. Akak Haniem.”

“Saya dah kenal nama akak. Si Tipah tu beritahu saya dengan bersemangatnya nama akak.”

“Oh.”

“Tapi kak, periuk ni Opah kata biar Maya yang basuh dan bukannya akak. Akak tak payahlah penatkan diri sendiri. Biar saya tolong akak.” Ujar dia.

“Tak apa. Awak masak rendang tu dan biar akak basuh kan. Lagipun dekat je. Dekat sana je kan?”

“Okey kak.”

Haniem mengangkat periuk itu lalu dibasuhnya ke singki. Beban periuk itu memang hampir buat dia patah pinggang tetapi ditahannya supaya Maya tak perlu buat kerja tu semua. Semasa basuh, badan Haniem tunduk yang buatkan pinggang dia makin sakit.

Tak lama selepas itu, Haniem mengangkatnya ke tempat asal dan PakSu Hairi tiba.

“Ya Allah Bob! Kenapa kau suruh si Haniem buat kerja ni semua?”

“Eh, tak adalah..”

“PakSu Hairi.” Balasnya.

“Ha, tak adalah PakSu Hairi. Sebenarnya saya yang nak sebab kesian dekat Maya yang mengandung nak angkat periuk ni semua.”

“Hisy, kalau macam tu, beri kat Bob ni supaya dia boleh basuh.”

Bob mengangguk.

“Tapi Bob pun nak masak dan Haniem tak nak susahkan dia.”

“Apa pula susah kak? Saya dah biasa buat kerja banyak ni semua dan akak dah menyusahkan hidup saya sebab akak tak nak saya bantu.” Kata Bob.

“Akak dah siap dah. Terima kasih Bob sebab sudi bantu siapkan majlis.”

“Sama-sama kak.”

Haniem terus naik ke tingkat atas. Semasa melalui pelamin yang siap dipasang oleh beberapa orang berserta Qila, Hanis, Datin Haliza, Puan Zahara, MakSu Zainal dan Opah Hawa membantu hantarannya, Haniem sebak.

“Haniem,” Encik Malik memanggil Haniem di tingkap rumah kayu.

“Ayah. Ayah nak minum air?”

“Tak apalah. Opah tu dia jamah ayah dengan makanan-makanan yang semuanya sedap belaka, sampai perut ayah ni dah penuh dah.”

Haniem ketawa.

“Haniem tak apa-apa?” Tanya nya.

“Haniem okey.”

“Haniem selalu cakap Haniem okey. Kenyataannya, setiap kali Haniem kata Haniem okey, ayah rasa takut sangat. Bila Haniem kata Haniem tak okey, ayah makin takut. Setiap perkataan positif di situasi yang sulit Haniem jawab, ayah... rasa ianya seperti racun yang berbisa.”

Haniem mengerti maksud Encik Malik.

“Ayah tak boleh nak cakap apa-apa lagi tentang Adhiyat sebab dia dah buat keputusan dia sendiri. Yang paling ayah marah bila dia... dia buat keputusan yang menyakitkan hati Haniem. Ayah ingatkan ayah boleh percayakan dia. Tapi ternyata tidak. Dia dah buat kepercayaan ayah luntur buat dia.”

“Dia tak salah ayah. Allah dah tetapkan semua ni dan Haniem reda dengan takdir Allah. Mungkin dari dulu lagi Allah dah tetapkan yang takkan ada bahagia buat Haniem mahupun Adhiyat. Haniem dipilih untuk.. bahagia dengan cara ni.”
Kepala Haniem diusap Encik Malik. “Pasti ada bahagia buat Haniem. Kita terus berdoa pada Allah ya nak.”

Haniem mengangguk. Dia melentokkan kepalanya di bahu Encik Malik sambil memeluk lengan bapanya erat.

Menjelang malam, Haniem melangkah ke dalam bilik. Selepas masuk, dia melihat Adhiyat tidur sendiri di atas katil besar. Haniem mengambil bantal di sebelahnya apabila dia tahu Adhiyat pasti tak suka kalau dia tidur di sebelah. Haniem membentangkan tilam sendiri kemudian dia pun cuba nak berbaring tetapi Adhiyat segera bangun menatapnya.

“Kenapa tidur bawah?”

“Haniem takut abang tak selesa.” Balasnya.

Adhiyat ketawa sinis. “Tak selesa? Selama ni abang takut sangat ke tengok Haniem dan tak selesa sangat untuk tidur dengan Haniem?”

“Haniem tak nak buat abang rasa tak selesa. Esok abang nak kahwin dengan Maya kan?”

“Sukalah Haniem kan sampai boleh buat planning awal-awal. Haniem nak lelaki yang berjambang, berjanggut setinggi bangunan Burj Khalifa, mata berwarna-warna dan orang kacukan?! Itu yang Haniem suka!”

“Be quiet!” Haniem mendekati dirinya dengan Adhiyat dengan duduk di sebelah suaminya.

“Kalau orang dengar pun apa salahnya?”

“Nanti Opah salah faham. Kalau itu lelaki idaman Haniem sekalipun, abang tak perlu kisah.”

“No, abang kisah! Abang tak suka Haniem buat planning macam tu! Abang ni masih suami Haniem.”

“You have no right to be jealous!” Akhirnya Haniem meninggikan suaranya juga.

Adhiyat makin sakit hati dengan Haniem.

“Tolonglah jangan berperangai budak-budak Adhiyat Iman. Sekarang dah malam dan lebih baik kalau abang tidur je. Kalau semua orang dengar, diorang akan bercakap tentang hal ni.”

“Kenapa Haniem tak bersuara masa diorang bercakap tentang pengganti abang tu?”

“Takkan lah Haniem nak jadi kurang ajar dengan minta diorang berhenti cakap pasal benda tu semua? Abang kenal Qila macam mana dan dia tu memang macam tu. Jangan nak marah lagi tentang hal tu.”

“Haniem memang sengaja sebenarnya kan nak sakitkan hati abang! Haniem yang nak abang kahwin dan Haniem yang rasa marah?! Kalau Haniem nak sangat abang kahwin, cintakan Maya, jangan menyesal nanti!”

Haniem mengeluh berat.

Adhiyat naik ke atas katil dan dia langsung tak bagi Haniem peluang untuk bercakap. Dia begitu marah akan isterinya. Haniem dengan perlahan-lain rebahkan diri dia di atas tilam yang masih boleh buat dia rasa sakit badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience