HANIEM mengemas rumahnya yang bersepah-sepah akibat Maya yang duduk di sini. Setiap kali dia balik, pasti rumah ni kelihatan seperti sudah sebulan tak dijaga sehingga Haniem yang keletihan terpaksa juga buat kerja ni semua. Haniem reda dengan takdir dia dan dia mengemas seluruh rumahnya. Haniem kemudiannya duduk di dapur lalu meneguk beberapa gelas air untuk segarkan dirinya yang sedikit penat saat ini. Tak lama dia sedang menikmati minumannya, loceng rumah berbunyi.
Haniem melangkah menuju ke sana. Setelah membuka pintu dan sempat mencapai tuala bagi menutup kepalanya, Haniem melihat Dhiya kakak sulung Adhiyat. Mereka berdua berpelukan mesra.
“Kenapa tak beritahu nak datang akak?”
“Ni mesti Ad lupa nak beritahu Haniem yang akak dah beritahu dia yang akak nak datang jenguk Haniem dengan Ad sekejap. Tapi tak apalah kan? Yang penting akak dah datang.”
Haniem mengangguk. “Akak sihat? Keluarga macam mana?”
“Akak sihat dan keluarga akak pun sihat. Akak balik KL ni sebab suami akak bagi pelepasan memandangkan dia pun tak nak balik sini lama sangat sebab risaukan keadaan mak dia.”
“Oh, Haniem ada dengar daripada umi yang mak mertua akak masuk hospital. Apa khabar dia sekarang?”
“Macam tu lah Haniem. Suami akak masih risaukan dia dan kitorang nak balik lusa jenguk mak mertua akak. Nasib baik lah Opah faham.”
Haniem tersenyum apabila Dhiya duduk di atas kerusi di ruang dapur. “Apa salahnya kan jaga mak mertua.”
“Betul tu. Mak mertua akak.. dah macam.. mak sendiri bila umi tak ada dekat dengan akak sebab akak tahu apa larangan diorang pasti selamatkan akak dan akak ni selalu je terpesong tanpa teguran diorang.”
“Well, akak nak air?”
“Uhrmm.. boleh juga.” Katanya.
Haniem menyiapkan air buat Dhiya lalu dia menjamu di atas meja.
“Terima kasih.” Dhiya meneguk minumannya. “Tapi cantik juga rumah Haniem kan? Korang berdua pilih tempat ni ke?”
“Tak adalah. Ad dia kata dia pernah duduk sini dulu.”
“Oh yeah. Dia memang pernah duduk rumah sendiri tapi dia tak beritahu lah pula rumah mana dia duduk. Rupa-rupanya rumah ni lah ya? Memang cantik.”
“Tulah. Haniem pun kagum dengan rumah ni.” Balas Haniem dan turut menatap sekeliling.
“Cuma yang tak selesanya kena berkongsi lah kan?”
Anak mata Haniem terpaku pada Dhiya dan dia hanya diam.
“Akak faham. Siapa je perempuan kat dunia ni yang sanggup bermadu? Walaupun kemungkinan yang tak dapat dielakkan. Pasti hati wanita kita akan meraung untuk suami kita tak berkongsi kasih. Cuma setiap pengorbanan, pasti ada ganjarannya.”
Haniem mengeluh. “Haniem tak kisah pun nak berkongsi rumah, berkongsi kasih dan... apa-apa je yang berkaitan Adhiyat. Ini semua dah ditetapkan dan Maya pun.. macam dah bahagia dengan abang Ad.”
“Akak pelik satu je dengan Ad ni. Kalau ya pun dia beristeri dua, kenapa dia tak boleh nak beli dua rumah untuk seorang isteri dan seorang lagi isteri dia hidup selesa. Dia ingat, kita ni sebagai isteri pertama tak kisah ke berkongsi rumah dengan madu sendiri.”
“Haniem nak faham... ekonomi Ad sendiri. Mungkin juga dia... dia tak boleh beli lagi yang lainnya dan masih mencuba. Jadi tak apalah kalau Maya duduk kat sini.”
“Haih... untungnya si Maya tu dapat madu macam Haniem. Baik, bertolak ansur dan.. tenang. Kalau madu lain, dah sepak terajang dah sebab kahwin dengan laki orang.”
Haniem ketawa kecil. “Ini semua takdir Allah dan Haniem kalau boleh... tak nak letakkan kesalahan pada Adhiyat ataupun pada Maya. Kedua-duanya buat tanpa... sedar.”
Dhiya memegang tangan Haniem. “Walau apa jadi sekalipun, Haniem yang buat keputusan dan kalau Haniem terluka, akak nasihatkan supaya Haniem cari jalan keluar. Umi kat rumah tu pun sebenarnya.. risaukan Haniem sebab keadaan Haniem sekarang. Dia takut Haniem akan terus terluka dan dia tak sanggup nak tengok Haniem menangis. Jadi umi pun relakan aje apa yang bakal terjadi.”
“Haniem dah.. kering air mata nak menangis. Haniem terluka ataupun tak, Haniem tetap ubatkan hati Haniem sendiri. Jadi pada Haniem, lebih baik Haniem teruskan sampailah Haniem penat, Haniem akan tinggalkan semuanya.”
“Akak percaya akan selalu ada bahagia untuk wanita macam Haniem. Akak sentiasa doakan supaya Haniem terus cekalkan hati dan tawakal dengan apa jua ujian Allah.”
“Amin.” Balas Haniem.
Mereka berdua melalui masa-masa yang menggembirakan buat satu sama lain. Namun Maya yang tiba membuatkan rumah ini bertukar meriah seketika.
“Akak, buatkan air lepastu.. tolong kemaskan bilik Ad dengan Maya. Bersepah juga masa Maya keluar tadi. Maya tak nak kemas sebab Maya penat.” Laungnya tanpa perasan kelibat Dhiya.
“Y...”
Dhiya menghalang Haniem. “Tak boleh ambil sendiri ke?”
Maya berpaling. “Kak Dhiya, buat apa kat sini?”
“Aku datang sini sebab nak tengok perangai kau je. Kenyataannya kau ni memang teruk kan?”
“Apa akak ni main tuduh je? Takkan lah buat air segelas pun nak bising.”
“Bukan masalah air segelas. Haniem ni bukannya orang gaji sampai nak kena kemas bilik tidur kau tu! Bilik tidur kau dengan suami, lebih baik kau je yang kemaskan dan kenapa nak sabitkan Haniem dalam bilik tu?”
Maya menatap jengkel. “Akak, ni rumah kak Haniem dan dia berhak kemaskan rumah ni.”
“Habis, kau tu pula apa? Tetamu? Eh Maya, kau tu isteri Adhiyat dan istilah tetamu dah tak wujud dah! Kau buat je lah kerja rumah sekali-sekala tolong Haniem dan bukannya serahkan semua kerja rumah kat Haniem!”
“Akak, bukannya Maya tak pernah tolong. Maya pun sekali sekala, kemas juga rumah ni. Betul tak kak Haniem?”
Haniem menatap Maya yang mula menjegil kan matanya. Dia memandang Dhiya yang menatapnya lalu mengangguk.
“Ha, nampak?! Jadi Maya ni penat hari ni sebab Maya ada photoshoot kat luar.”
“Kau tak payah nak kelentong aku sangat! Aku nak kau kemas bilik tidur kau sendiri sebab Haniem ni nak masak makan malam pula untuk suami dia. Tak habislah kerja dia kalau tolong kau kemas bilik tidur kau tu!”
Maya dengan marahnya segera melangkah naik ke biliknya.
“Akak, tak payahlah berkeras sangat dengan Maya. Dia tu kan tengah mengandung.”
Dhiya mengeluh. “Haniem, mengandung tu kewajipan untuk setiap wanita yang bergelar isteri. Semua isteri akan rasa mengandung. Tapi kalau banyak kali mengandung, banyak kali jugalah nak lesu? Opah ajar akak supaya tak lembik bila mengandung dan akak rilek je. Umi pun beritahu pasal Umai dan Umai lagi lah okey. Kalau dilayankan alahan mengandung, sampai sudah pun tak habis Haniem. Cekalkan diri tu lebih bagus.”
“Maafkan Haniem. Tapi.. Haniem tak sanggup nak buat dia macam tu. Haniem tak rasa mengandung dan Haniem tak boleh nak buat semua tu.”
“Insha-ALLAH suatu hari nanti, Haniem akan mengandung juga. Akak doakan ya.”
Haniem mengangguk.
Sudah tiba masa untuk Dhiya pulang ke rumahnya memandangkan dia pun risaukan keadaan anak perempuan dia. Setelah keluar, tak disangka pula Dhiya boleh terserempak dengan Adhiyat yang baru sahaja pulang dari tempat kerja.
“Kak, dah nak balik ke?”
“Yelah. Akak risaukan sangat si Liya dengan abang Am kat rumah.”
Adhiyat mengeluh. “Yelah. Ad pun dah jenguk dia dan nampaknya Liya tu memang tak sihat.”
“Sebab tu akak risau.”
Adhiyat melangkah ke tempat Haniem dan Dhiya menatap mereka berdua kemudiannya tersenyum.
“Akak balik dulu lah. Ingat Ad, jaga Haniem ni dan jangan abaikan tanggungjawab.”
Adhiyat tak mengangguk mahupun menyahut. Kelibat Dhiya mula tidak kelihatan dan Adhiyat pun melangkah pergi.
“Abang, Haniem masakkan untuk abang makan malam. Nanti abang turun makan ya.”
Adhiyat mengangguk.
Tiba sahaja di dalam bilik, Adhiyat melihat Maya yang terus menatap telefon bimbitnya. Dia membuang tali lehernya dan mengeluh dengan perilaku Maya. Bilik mereka saat ini kelihatan sungguh bersepah.
“Kita pindah rumah nak?” Tanya dia.
“Eh, kenapa pula mesti pindah rumah? Maya tak nak lah!”
“Abang tengok, sejak kita kahwin, Maya tak masak untuk abang, tak kemaskan rumah dan langsung tak ada sifat nak buat kerja rumah. Kak Haniem tu je yang bertungkus lumus buat semua kerja.”
Maya mengetap. “Kenapa abang mesti nak bela kak Haniem juga ni? Maya dengan kak Haniem berbeza!”
“Bukan masalah bela. Perangai Maya ni makin menjadi-jadi. Sebelum ni abang balik rumah, abang tak pernah nampak rumah ni bersih masa kak Haniem pergi kerja. Lepas kak Haniem balik dari kerja, barulah rumah ni bersih. Bilik ni.. dah macam Maya seorang je duduk dalam. Apa nak jadi ni?”
“Abang juga kata nak pastikan kak Haniem tu menyesal dengan keputusan dia. Inilah yang terbaiknya.”
“Bukan dengan cara yang terlampau macam ni! Takkan lah Maya langsung tak ada rasa kesian pada dia?”
Maya mengetap. “Sudahlah tu abang! Kan Maya dah cakap yang Maya nak abang tak marahkan Maya kalau Maya melampau. Sekarang abang nak naik angin pula.”
“Abang cuma kesian je kat dia.”
“Tak payah kesian lah dekat dia abang! Dah memang tanggungjawab dia kut.” Maya segera keluar dari sini.
Sebaik saja dia keluar, hati Maya masih terasa marah dengan Adhiyat. Dia melangkah ke dapur lalu melihat Haniem sedang menyiapkan makan malam. Saat ini muncul idea jahat di dalam fikiran Maya. Dia segera mendekati Haniem.
“Akak, akak masak apa?”
“Urhmm... ayam masak halia dengan ikan goreng.” Balasnya.
Maya mengangguk. “Memang makanan kegemaran Maya. Can i take a look?”
“Ya. Akak nak pergi letak pinggan kejap kat depan.”
Maya mendekati kuali sementara Haniem melangkah ke meja. Saat ini bau masakkan Haniem memang menyelerakan. Maya segera mengambil garam di dalam bekas lalu dimasukkan satu sudu besar terus ke dalam kuali. Maya mengacaunya lalu dia kemudiannya kembali ke depan.
Makan malam siap juga akhirnya. Setelah menghidangkannya, Adhiyat dan Maya datang ke meja. Haniem menghidangkan mereka nasi dan yang lain-lainnya.
Adhiyat mengambil sesuap dan dia mengeluarkannya semula.
“Kenapa ni?”
“Kenapa masin sangat lauk ni?” Tanya Adhiyat geram.
“M.. masin?” Haniem mengambil sesuap. Ternyata memang masin.
“Kalau Haniem tak ikhlas nak masak, jangan masak! Abang balik dari kerja, lapar faham tak? Ingat boleh makan lah lauk sedap-sedap sikit! Tak sangka pula lauk yang macam ni abang dapat makan.”
“Haniem... Haniem tak tahu lauk masin macam ni sebab tadi.. Haniem rasa dah sedap dah.”
Adhiyat bentak dengan bangun dari meja. “Kalau Haniem tak nak masak, tak payah masak mulai daripada sekarang! Pandailah abang pergi cari makan kat luar ataupun Maya yang siapkan makanan untuk abang.”
“Eh, mestilah boleh! Abang nak makan apa, Maya masakkan.”
“Sekarang ni, Maya pergi naik, siap lepastu kita keluar makan kat luar.”
“Okey!” Maya segera berlari anak naik ke tingkat atas.
Adhiyat memandangnya. “Sampai macam tu sekali Haniem nak tinggalkan abang? Haniem nak abang lepaskan Haniem dengan cara macam ni?”
“Haniem tak berniat pun. Haniem tak tahu ini rasanya.”
“Haniem tak tahu atau Haniem berpura-pura tak tahu. Apa hebat sangat Huzair sampai Haniem nak berpaling pada dia lagi? Kalau Haniem sakit hati tengok abang dengan Maya, kenapa Haniem relakan pernikahan kami? Kenapa Haniem tak hentikannya? Sekarang Haniem nak sakitkan hati abang dengan pergi pada Huzair?”
“Haniem nak abang... bertanggungjawab. Apa yang Haniem buat sekarang.. demi kebaikan semua. Haniem nak abang... cinta dan sayangkan Maya. Cinta abang pada Maya tak berbelah bahagi. Sebab tu Haniem nak cari pengganti lainnya.”
“Ya. Abang takkan lepaskan Haniem walau banyak manapun Haniem cuba. Kalau Haniem nak abang cintakan Maya, abang akan cintakan dia dan akan lupakan Haniem.” Adhiyat melangkah keluar.
Tak lama selepas itu, Maya tiba. Dia senyum kemenangan pada Haniem dan Haniem tahu ini memang angkara dia. Apabila kelibat mereka berdua tak kelihatan, Haniem duduk di atas meja dan dia menangis. Hatinya begitu sakit dan pedih. Namun inilah luka yang dia kena hadapi jika dia dah buat keputusannya.
Di jam 10 malam, Adhiyat dan Maya mula pulang sementara Haniem masih lagi mengemaskan bahagian dapur.
“Abang, abang.” Panggil Maya sengaja di hadapan Haniem.
“Huh?”
“Ini.. untuk Maya ke?” Maya mengangkat beg kertas barang kemas yang Adhiyat belikan untuk Haniem tadi.
“Mana.. Maya ambil ni?”
“Tadi.. dalam kereta abang. Maya nampak beg kertas ni dan Maya terus ambil.”
Adhiyat mengerling Haniem. “Urhmm.. ya. Abang belikan untuk Maya.”
“Wah, thank you abang! Boleh abang pakaikan tak?”
Adhiyat mengangguk. Dia memakaikan rantai mutiara itu ke tengkuk Maya dan Maya berpaling dengan senyuman. Sekali lagi dia cuba nak buat Haniem cemburu namun Haniem tak cemburu malah dia cuma sakit hati. Maya mencium pipi Adhiyat dan kini itu buat Haniem cemburu.
Menjelang malam, Haniem masuk ke dalam biliknya untuk tidur. Semasa dia hendak berbaring, ketukan di pintu buatkan dia terpaksa melangkah ke sana. Haniem membuka pintu dan Adhiyat segera merempuh masuk.
“Kenapa abang ni?”
“Happy birthday.” Ucapnya sambil mengeluarkan kek buatan sendiri iaitu apollo coklat, hiasan coklat caburry dan lilin satu batang.
Haniem menatap Adhiyat.
“Abang tak nak lupakan hari jadi Haniem. Sekarang baru je sebelah lima puluh. Now, tiup.”
Haniem menurut permintaan Adhiyat. Setelah meniupnya, ciuman diberikan di dahi oleh Adhiyat. Dia memberikan apollo itu kepada Haniem lalu dia melangkah keluar.
Haniem menatapnya kemudian tersenyum. Walaupun marah dengannya tadi, Adhiyat tetap nak sambut hari jadi dia.
Share this novel