bab 42

Romance Completed 1369

HANIEM merasakan kehangatan di pipinya apabila matahari menyilau masuk menerobos langsir tingkap. Dia bangun pada awal pagi tadi hanya untuk solat subuh dengan Adhiyat dan berada sedikit kelelahan sehingga tertidur kembali ke atas katilnya. Saat Haniem bangun, dia tidak melihat Adhiyat di hadapannya tetapi apabila dia berpaling, Haniem melihat Adhiyat sedang lena tidur di belakang dia sambil memeluknya erat. Sedaya upaya Haniem cuba menggerakkan badannya berhadapan dengan Adhiyat.

Apabila matanya kini tertatap ke suaminya, Haniem terasa bahagia. Adhiyat Iman yang dahulu cuba dia elakkan kini telah menjadi suaminya. Salah faham antara dia dan Adhiyat telah membuka matanya memberi penjelasan dan dia lega akan penjelasan itu. Haniem bermain dengan hidung dan bulu mata Adhiyat yang menarik perhatiannya.

“Awak buat apa?” Adhiyat membuka matanya menatap Haniem.

Haniem melarikan tangannya dengan segera dan dia kelihatan sedikit gelabah. Adhiyat memegang tangannya kemudian diletakkan ke pipi dia yang terasa sedikit tajam.

“Sorrylah. Saya lupa nak shave sebelum ni. Sakit?”

“Tak apa. Biar saya rasa dulu.” Kata Haniem sambil mengusap pipi Adhiyat.

“Macam mana.. sayang?”

Haniem terkesima dengan bahagia. “Urhmm... awak kena.. shave janggut awak ni.”

“Awak boleh tolong.. shave kan?”

“Saya mana pandai?”

Adhiyat cemberut. “Alah, tolonglah saya shave dan nanti saya akan buat apa saja yang awak nak. Macam hari ni. Awak nak pergi mana saya bawakan.”

Haniem mengeluh. “Yelah. Biar saya ambilkan pencukur dulu.” Haniem bangun dari baringannya dan terus menuju ke luar.

Setelah dia mengambil pencukur yang dah disimpan di dalam kabinet oleh Encik Malik, dia kembali ke biliknya. Adhiyat kini sudah berada di dalam bilik air sambil mencuci mukanya terlebih dahulu. Haniem masuk ke dalam dan Adhiyat kini berpaling memandang isterinya.

Dia mencuci bahagian janggut yang hampir nak lebat terlebih dahulu. Haniem kemudiannya perlahan-lahan dengan berhati-hati mencukur janggut Adhiyat. Adhiyat tersenyum melihatnya yang kini dengan teliti mencukur janggutnya supaya Adhiyat tidak terluka. Dalam pada masa yang sama, di tangan nya, Adhiyat bermain dengan pencuci muka dia dan apabila ianya berbuih, dia meletakkan ke hidung Haniem lalu ketawa.

“Hentikan lah.”

“Awak nampak comel lah bila marah.” Puji dia dan makin membuatnya lagi.

Haniem mengetap sambil memukul bahu Adhiyat. Dia meneruskannya lagi dan Adhiyat mula berhenti di saat wajahnya dicuci oleh Haniem. Kini Haniem mengeringkannya dengan tuala kecil.

“Terima kasih.” Ucapnya sambil memberikan ciuman manis di dahi buat Haniem.

“Sama-sama.”

Haniem keluar untuk memberi Adhiyat ruang membersihkan dirinya. Selesai saja, dia pula masuk dan Adhiyat keluar.

Semasa Haniem berada di dalam bilik air, panggilan yang sudah lama tidak dia terima diterima olehnya. Adhiyat mengangkat panggilan itu apabila dia tiba di luar rumah.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Kenapa ni MakSu?” Tanya Adhiyat akan MakSu Zainal dia.

“La.. MakSu call pun tak boleh ke?”

“Bukannya tak boleh. Tapi jaranglah Ad nak dapat call daripada MakSu sebelum ni. Now tiba-tiba je call. Kenapa? Rindukan Ad?”

MakSu Zainal ketawa senang. “Kalau rindu pun.. Ad balik ke kat sini? Kampung ni pun rindu nak tengok Ad balik, main bola kat sini.”

“Bukannya Ad tak nak balik. Tapi...”

“Setiap kali Ad balik, Ad akan teringat tentang.. perbuatan arwah tok aki pada Ad?”

Adhiyat hanya diam akan tekaan MakSu Zainal yang sudah sepertinya benar.

“MakSu tahu betapa peritnya Ad nak maafkan tok aki atas apa yang dia dah buat. Dia ubah Ad jadi lelaki yang.. hipokrit dan dia boleh kata kalau dia sebenarnya ajar Ad untuk jadi kuat lawan semua orang. Dia juga buat hubungan Mazlan dengan Ad terlerai macam tu. Betul tak?”

“Kalau MakSu tahu, baguslah. Sebab tu Ad perlukan masa untuk balik kampung.” Ujarnya.

“Ad, baliklah dan jenguk.. Reza. MakSu tahu dia rindukan Ad dan apa yang Reza pernah cakap kat Ad dulu, dia menyesal sangat. Dia tak sepatutnya rendahkan Ad dan sebagai mak kepada Reza, MakSu minta maaf bagi pihak dia.”

“Tak perlu minta maaf. Reza dah melampau masa Ad balik kampung dulu. Kalau dia tak... tamak kan harta, semua ni takkan terjadi. Ad sedar yang Ad ikut cakap arwah tok aki semuanya sebab nak kan aset penting dia dan Ad... menyesal akan kesilapan Ad dalam mencari aset tu.”

MakSu Zainal mengeluh. “Atau sebenarnya.. Ad masih ingat apa yang Reza buat pada Ad tentang Umai?”

“Kenapa nak bangkitkan orang yang dah bahagia? Ad tak nak MakSu ingat Ad masih... masih ada hati pada dia. Umai masa silam Ad dan Ad tahu MakSu tahu Ad dah kahwin. Kalau boleh, Ad tak nak ingat sikitpun tentang masa lampau.”

“Ad, memang perit masa lampau tu. Tapi ia kadang-kadang beri kita pengajaran untuk kenal erti... hidup. Ad tak boleh padamkan memori dan buat semuanya macam.. tak pernah terjadi. MakSu tahu Ad terluka tentang Reza dan Umai. Tapi Ad, dendam ke cara terbaik mengatasinya?”

“MakSu takkan faham.” Jawabnya lagi.

“Tak kisahlah. MakSu pun tak nak bangkitkan hal Umai pada Ad sebab MakSu tahu Ad baru je dua hari kahwin dan MakSu tak sepatutnya buat hati Ad terluka. Sebenarnya MakSu call ni nak ucapkan tahniah atas perkahwinan Ad.”

“Terima kasih.” Ucapnya.

Buat seketika, Adhiyat dan MakSu Zainal diam membisu sehinggalah suara di hujung talian membuat telinga Adhiyat hampir nak tercabut.

“Siapa tu Zainal?!”

“Ad mak!” Laung MakSu Zainal.

“Adhiyat?!”

“Ye!”

Opah Hawa segera mengambil telefon daripada anak perempuannya dan mengangkat panggilan daripada Adhiyat dengan gembiranya.

“Adhiyat, lamanya kau tak telefon Opah. Apa khabar sekarang?”

Adhiyat tersenyum. “Sihat je. Opah macam mana? Masih kerja kat kebun?”

“Yelah. Kalau Opah dengan PakSu Ad tak kerja kat kebun tu, siapa lah nak bagi makan kami kat kampung ni?”

“Alah, macamlah umi tak pernah bagi Opah duit sekali-sekala. Lagipun PakSu kerja juga kat sana.”

Opah Hawa mengetap. “Memanglah PakSu Ad kerja kat sini. Tapi itu untuk tanggungan anak bini dia. Opah ni dah tua, tak perlukan tanggungan. Duit yang umi Ad bagi pun, Opah simpan je dan itu untuk anak cucu Opah juga.”

“Kalau ada aset penting tu, Opah boleh lah bermewah. Ni Ad nak tolong carikan, Opah tak nak.”

“Harta arwah tok aki Ad, mungkin boleh sara kehidupan Opah. Sampai bila? Hanya buat seketika je Ad dan harta tu sebanyak manapun, ia akan kurang juga bila terlebih guna dan kita manusia takkan ada sifat tak nak membazir. Mesti ada sifat manusia yang suka membazir dan Opah pilih untuk biarkan aset tu dan.. hidup dengan penat lelah Opah sendiri.”

Adhiyat menarik nafas panjang. “Baguslah. Tapi kalau aset tu ada, Opah tak payah kerja, duduk rumah, makan kat rumah dan itu boleh jimatkan kos perbelanjaan.”

“Sudahlah Ad! Opah tak nak bercakap tentang.. harta lagi. Opah nak tahu tentang Haniem. Dia macam mana?”

“Haniem okey je.”

“Haih... okey je? Macam tak ikhlas bunyi nya. Nak puji isteri ke tidak kat Opah?”

Adhiyat ketawa. “Nak puji apa nya. Pujian untuk Haniem tak perlu diucapkan sebab kebaikan dia telah menambat hati cucu Opah dan cucu Opah berjanji akan sentiasa sayang dan cintakan dia.”

“Wah, macam hero hindustan lah bunyi nya!”

Makin kuat Adhiyat ketawa. “Hero hindustan? Orang tak main hero hindustan dah sekarang Opah. Semuanya hero Korea belaka.”

Opah Hawa ketawa.

“Apa-apa pun, kalau Opah nak Ad balik kampung, insha-ALLAH bila Ad.. tenangkan fikiran Ad kat sini.”

“Opah tak kisah Ad. Ambil lah berapa banyak masa sekalipun. Tapi Opah tetap nak tengok Haniem sebab.. Opah macam kenal dengan nama dia.” Katanya.

“Nama Haniem bukan satu je dalam dunia ni Opah. Beribu, berjuta atau tak terkira.”

“Yelah, yelah. Tapi Haniem isteri Adhiyat Iman hanya satu je Opah kenal. Bawa dia balik kampung supaya boleh tunjukkan dia suasana kat sini. Okey?”

“Insha-ALLAH.” Balasnya.

Setelah panggilan tamat, Adhiyat hendak melangkah masuk sebelum dia melihat Haniem berdiri di belakangnya. Haniem mendekati Adhiyat lalu duduk di pondok itu. Adhiyat yang ingin melangkah membatalkan niatnya dan duduk di sebelah Haniem.

“Awak tak cakap pun awak masih ada keluarga lain.”

“Sorrylah. Saya tak sempat nak kenalkan awak dengan diorang. Tapi yang pasti diorang tak ada kat majlis kita sebab tak tahu nak naik apa datang sini.” Kata Adhiyat.

“Tak apalah.”

“Tapi Opah nak sangat jumpa awak. Kita jumpa dia bila ada masa. Cuma sekarang saya baru terfikirkan sesuatu.”

Haniem menatapnya.

“Nak tak.. kalau kita pergi honeymoon. Walaupun kita baru kahwin, tapi saya nak lah ada vibes honeymoon dengan awak. Kalau tak nak pergi jauh, kita pergi dekat. Okey?”

“Awak nak pergi mana?” Tanya dia.

“Urhmm.. Sabah? Pulau dia cantik, kawasan hutan dia pun penuh dengan flora dan fauna. How?”

Haniem memikirkannya kemudian mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience