HANIEM bersalaman dengan murid-murid yang ibu bapa mereka sudah datang menjemput. Senyuman dipamerkan dengan manisnya dan Haniem tetap rasa masih ada yang kurang dengan ketidakberadaan Qila di sini. Dia langsung tak dapat berita daripada Qila sejak beberapa hari ini. Haniem ke rumahnya, tetap tak dibalas atau tiada sesiapa yang keluar. Haniem mula rasa dia ada salah percakapan dengan Qila sebelum ini.
“Assalamualaikum cikgu.” Sapa kak Zah yang merupakan nenek kepada anak Puan Kirah.
“Waalaikumusalam.”
“Maaflah kalau cucu saya ada buat masalah dekat tadika ni.”
“Eh tak ada lah puan. Cucu puan ni baik budaknya dan cikgu-cikgu kat sini kata dia antara pelajar yang mungkin boleh cepat belajar membaca. Cuma, perlu ada latihan dekat sekolah ataupun kat rumah.” Bahu budak lelaki ini diusapnya.
“Selain tu, saya... nak minta maaf sebab.. anak saya banyak buat masalah kat tadika cikgu.”
Haniem hanya senyum nipis.
“Saya tak tahu lah kenapa dengan dia. Tapi saya berharap sangat cikgu tak ambil hati dengan apa yang... dia cuba cakap. Saya pun berharap... cikgu tak abaikan cucu saya.”
“Tak mungkin puan. Saya cikgu dia dan saya takkan buat semua tu. Dia masih... kanak-kanak dan saya rasa kalau saya.. abaikan dia, saya tak layak jadi seorang guru. Tugas guru mestilah mendidik, sabar dan melayan murid-murid dia. Saya tak rasa dia puncanya dan tak ada sebab saya nak abaikan dia.” Jelas Haniem yang sama sekali tak mahu pandangan para ibu bapa salah pada guru-guru.
“Terima kasih. Saya akan cuba.. nasihatkan anak saya kalau dia buat masalah lagi. Sebabkan dia lah, saya ambil cuti seminggu sebab nak bawa dia jumpa dengan ayah dia.”
Haniem hanya tersenyum sambil mengangguk tenang.
“Saya minta diri dulu.” Kak Zah memimpin cucunya kemudian melangkah pergi.
Haniem juga tak mahu mempersalahkan anak sedangkan ibu itu sendiri puncanya. Tetapi dia yakin yang kak Zah mampu memujuk anak dia Puan Kirah supaya berubah. Haniem hanya menanti sehingga hari itu tiba.
“Assalamualaikum. Saya nak ambil Liya.”
“Waalaikumusalam.” Balas Haniem kepada sapaan seorang lelaki.
Lelaki itu terkejut melihat Haniem. “Haniem! Nur Haniem kan?”
Haniem mengangguk tak pasti.
“Ini sayalah. Mikael. Kita pernah belajar sama-sama. Cuma awak senior saya junior awak. Ingat tak saya pernah pinjam nota awak?”
Haniem cuba mengingat dan dia pun tersenyum lebar. “Mikael. Maaflah, awak nampak lain dan sebab tu saya tak perasan.”
“Alah, saya baru je balik dari New York dan kat sana saya belajar banyak benda sampai bawa saya kepada perubahan. Tapi awak jangan risau sebab saya ni tak berubah dari segi mental.”
“Saya tahu. Tapi awak dah balik dah ke
Malaysia?”
“Sekejap je. Nanti saya nak kena balik New York pula sebab kerja kat sana.”
Haniem mengangguk. “Sekurang-kurangnya, awak tetap balik Malaysia.”
Mikael dan Haniem terus berbual.
“Uncle!”
Mikael terus mendukung Liya yang berlari ke arahnya. “Eh sayang uncle. Penat ke?”
Liya mengangguk.
“Ala, kesiannya. Kita balik eh?”
“Okey!” Jawabnya gembira.
“Saya minta diri dulu lah. Saya pun ada banyak kerja nak kena buat. Saya gembira jumpa dengan awak lagi. See you again Haniem.”
Haniem melambaikan tangannya kepada Liya dan Mikael yang melambaikan tangan mereka.
Selepas selesai murid-murid pulang dengan ibu bapa mereka, Haniem kembali ke pejabat membuat beberapa kerja dia. Semasa dia sedang bekerja, perhatian Haniem teralih kepada buku di sebelahnya. Buku Adhiyat. Dia mengambilnya kemudian teringat semula pertemuan dia dengan Adhiyat. Sungguh peramah dia. Namun Haniem tak boleh judge hanya dengan pertama kali pertemuan.
Pintu yang dikuak dari luar buat Haniem terkejut melihat nya. Huzair berada di pintu dengan ditemani oleh seorang guru.
“Sorry cikgu. Encik ni rempuh masuk macam tu je. Saya dah cakap yang dia tak dibenarkan masuk tanpa urusan penting.”
“It’s alright. Awak boleh keluar dan... biarkan pintu tu terbuka.”
Guru itu mengangguk. Dia melakukan apa yang diminta oleh Haniem.
“Awak nak apa Huzair?” Tanya Haniem tegas.
“Saya nak bercakap sikit je dengan awak Haniem. Beri saya masa untuk tebus kesalahan saya.”
“Awak nak tebus apa lagi? Saya tak nak awak... masuk campur dalam hidup saya lagi. Awak hanyalah masa silam saya dan saya mohon supaya awak, tinggalkan saya!” Ujarnya lagi dengan suara yang ditinggikan sedikit.
“Saya takkan tinggalkan awak Haniem sebab saya perlukan awak! Awak kena dengar cakap saya dan awak kena faham saya. Beri saya masa untuk jelaskannya dan beri saya masa untuk minta maaf dengan awak.”
“Saya dah maafkan awak. Tapi untuk terima awak lagi dalam hidup saya, saya takkan buat sebab awak dah lukakan hati saya dan buat saya percaya cinta awak.... lenyap.”
Huzair rapuh. “Saya cintakan awak Haniem. Saya tahu kesilapan saya awak takkan pernah lupa. Tapi patut ke awak hukum saya tanpa dengar penjelasan daripada saya langsung? Patut ke saya dihukum secara macam ni?”
“Ya, memang tak patut. Tapi saya dah tahu penjelasan awak dan saya tak menghukum awak. Tolong... lepaskan saya! Saya tak cintakan awak dan tak sukakan awak lagi.”
Huzair mendekati Haniem.
“Jangan datang... dekat.” Ujarnya.
Huzair berhenti. “Maafkan saya Haniem. Tolonglah beri saya peluang kedua untuk bersama awak. Saya... saya perlukan awak Haniem. Percayalah yang saya akan berubah. Saya dah tahu Hanis... mengandung dan hidup bahagia dengan Fikri. Saya hanya nak awak Haniem.”
“Sudahlah. Awak pergi dari sini. Saya tak ada masa nak layan awak.”
“Saya takkan pergi selagi awak tak beri saya peluang.”
Haniem mengemaskan barang-barangnya dan berjalan berlalu pergi. “Ya, teruskan.”
Di kereta, Huzair tak terus menunggu di sana. Dia terus mendekati Haniem dan menghalang Haniem dari berlalu pergi dengan menghadang pintu kereta Haniem. Haniem merengus jengkel.
“Saya nak awak beri saya peluang, masa untuk baiki semua ni.”
“Boleh tak.. awak jangan kacau saya Huzair? Saya takkan... beri awak peluang dan masa. Saya tahu ini takkan perbaiki apa-apa.”
“Kalau mencuba.. kita akan tahu hasilnya. Tolonglah beri saya peluang Haniem.” Rayu nya lagi.
Kepala Haniem pusing. “Saya minta maaf.. saya tak boleh beri awak peluang.” Haniem terus masuk ke dalam kereta dan membawa keretanya berlalu pergi.
Tak mungkin Haniem akan jatuh dalam rayuan Huzair. Tetapi hatinya sakit dan masih.. rasa sesuatu padanya. Haniem mengalirkan air mata setibanya dia di taman rekreasi. Haniem duduk di bangku berhadapan tasik dengan bati yang lara dia mengalirkan air mata. Ya Allah, mengapa perit rasa hatinya disaat dia menolak Huzair? Adakah dia masih mencintai Huzair dan ingin memberikan nya peluang? Haniem pening.
“Assalamualaikum.”
Haniem menyapu air matanya dan berpaling. Dia bangun dari duduknya menatap lelaki berjaket kulit hitam di hadapannya.
“Urhmm... awak tak dengar eh? Assalamualaikum.”
“M.. maaf. Waalaikumusalam. Encik Adhiyat buat apa kat sini? Encik.. stalk saya?”
Adhiyat ketawa. “Saya ni memang tengah stalk cik. Allah tu tahu saya stalk cik dan dia pun bawa saya datang taman ni dan secara tak sengaja terjumpa dengan cik.”
“Saya harap encik tak tipu saya.”
Adhiyat duduk di bangku dengan senyuman. “Saya pernah cakap kat cik yang umi saya ajar untuk berbudi bahasa kan? Tak mungkin umi saya tak ajar cara nak menghormati orang. Lebih-lebih lagi menghormati wanita yang merupakan kaum hawa yang dijaga oleh kaum Adam dan perlu mengagumkan mereka. Allah pun kata yang wanita perlu dijaga, dihargai dan disayangi oleh saya kaum lelaki.”
Haniem duduk di sebelahnya.
“Saya berharap untuk jadi lelaki yang dapat bahagiakan wanita yang paling saya sayang. Saya berdoa pada Allah supaya tak buat hati saya berubah kepada wanita yang paling saya cinta. Saya harap dia boleh buat saya berusaha untuk setia.”
“Encik... dah ada teman?”
Adhiyat berpaling memandangnya sambil tersenyum. “Kenapa? Awak nak jadi peneman saya?”
“Tak. Cara encik cakap macam... lelaki yang dah kahwin. Sebab tu saya bertanya.”
“Tak adalah. Saya... akan dijodohkan dengan perempuan yang saya tak kenal. Umur saya dah makin tua dan saya tak boleh cari cinta sejati. Umi saya tetapkan pertemuan antara saya dengan si dia yang saya tak tahu siapa. Nak tak nak, saya kena jumpa dia dan decide sendiri. Tapi saya yakin yang dia takkan sukakan saya dan begitu juga dengan saya.”
Seperti dirinya juga. “Kalau awak tak jumpa, macam mana awak nak kenal dengan dia. Mungkin dia wanita yang baik.”
“Sebab tu lah saya takut.”
“Kenapa encik nak takut? Encik tak suka perempuan yang baik?”
“Bukan. Saya lelaki yang senang jatuh cinta. Kalau saya dah tengok perempuan tu yang baik, cantik, saya akan jatuh cinta terus dengan dia. Jadi saya tak nak.. tersilap langkah dengan mencintai wanita yang salah.” Balasnya.
“Buat lah solat istikharah kalau encik tak yakin dengan keputusan encik.”
Adhiyat mengangguk. “Tapi saya nampak awak menangis tadi. Kenapa?”
“M.. mana ada saya menangis. Saya cuma... cuma tenangkan fikiran.”
“Awak sama macam kakak saya. Dulu dia pernah putus cinta banyak kali dengan abang ipar saya. Semua sebab... diorang tak ada minat, kesefahaman dalam perhubungan. Dia menangis tapi dia tak pernah mengaku, dia terluka tapi dia tak pernah luahkannya. Sekarang dia bahagia dengan suami dia.”
“Tapi saya tak apa-apa.” Jawabnya.
“Kalau kita terluka, takkan ada penawarnya dan kalau hati dah berpaling, tak mungkin maaf bakal diterima. Awak takkan mengaku cik yang awak terluka. Don’t worry, saya faham perasaan awak dan saya tak paksa awak untuk beritahu perasaan awak.”
Entah kenapa Haniem dapati Adhiyat seperti tulus ingin mengetahui masalahnya. Dia mengeluh berat sebelum bermain dengan jarinya.
“Kat tadika.. saya ada banyak masalah. Parents yang tak faham kerja seorang guru, kawan saya yang berhenti kerja tanpa penjelasan dan cinta yang lama.. buat hati saya sakit sangat.”
Adhiyat menatap Haniem.
“Kalau boleh saya memang tak nak jadi apa yang saya jadi sekarang. Tapi saya fikir yang ini adalah tanggungjawab saya dan saya tak patut abaikannya. Cinta yang lama tu saya boleh tepis kalau saya terus berusaha. Tapi dia buat saya sakit kepala, terluka setiap hari bila tengok muka dia.” Ceritanya dengan meluahkan rasa hati dia.
“Jadi awak... tak tahu nak settle kan macam mana?”
Haniem tersenyum nipis. “Ayah saya cakap, masalah boleh dibaiki dan dendam tak patut disimpan. Saya cuba untuk baiki masalah saya dan tak berdendam. Tapi hati saya memilih untuk terus terluka memaafkan dia. Tentang masalah saya kat tadika, saya tak rasa itu masalah besar. Ia cuma... tanggungjawab seorang guru.”
“Awak kuat. Saya doakan supaya awak boleh... berjaya.”
“Terima kasih.”
Selepas sesi meluahkan perasaan itu habis, Adhiyat dan Haniem diam menatap tasik. Adhiyat melihat jam dan sedar dia sudah lambat nak ke surau menunaikan solatnya.
“Sorry, saya ada kerja sikit. Jumpa lagi.” Dia terus berlalu pergi.
Hanya senyuman menghantar bayangannya. Haniem duduk selama lima minit dan kemudian dia bangun melangkah ke surau berdekatan bagi menunaikan solat dia apabila terdengar bunyi azan berkumandang. Haniem tiba di surau. Dia mengambil wuduk dan melangkah masuk. Tak disangka dia melihat Adhiyat sedang bersiap hendak menunaikan solat di saf lelaki. Hatinya tersentuh melihat lelaki itu.
“Cik, mari solat.”
“Ya.” Jawab Haniem kemudian melangkah ke arah wanita yang mengajaknya solat tadi.
Share this novel