HANIEM baru sahaja habis membeli ubat sakit kepala di farmasi apabila dipinta oleh Qila semalam dan kembali ke tadika. Mestilah kawannya itu risaukan dia sehingga tak mahu Haniem bekerja malah terus berehat. Tetapi Haniem bukannya boleh hanya terus duduk memikirkan Adhiyat. Hatinya sakit dan luluh. Dia akan terus memikirkan perbuatan suaminya. Jadi Haniem degil nak bekerja juga.
Pertemuan dia dengan Adhiyat tadi pun cukup buat Haniem sakit hati tetapi jika pertemuan dia dengan Huzair, terimbas kembali di fikirannya.
“Haniem,” sapa Huzair seraya keluar dari bank dengan Haniem.
“Huzair.”
Huzair senyum gembira.
Jika mereka sudah bertemu, apa salahnya untuk minum bersama. Huzair membawa Haniem ke restoran dan mereka mula minum air sejuk di waktu panas.
“Saya tahu awak tak selesa dengan saya Haniem. Tapi niat saya jumpa awak... bukannya disengajakan. Saya tak tahu pun dapat jumpa awak akhirnya.”
Haniem hanya senyum nipis. “Saya.. saya tak rasa kita patut jumpa. Saya kena balik tadika sekarang.”
“Haniem! Saya tahu awak mesti anggap saya masih nak... nak ganggu awak. Jujur saya katakan yang saya dah lama lupakan perasaan tu.”
Haniem kembali duduk dan menatapnya.
“Saya ke UK sebelum ni untuk jumpa dengan psikiatri. Saya ada masalah mental dan.. dia yang rawat saya selama saya berada di sana. Dia beri saya semangat, kekuatan menempuhi segala-galanya dan buat saya lupakan awak. Sekarang saya nak minta maaf pada awak sebab pernah buat sesuatu yang buruk terhadap awak.”
“Saya... saya masih marahkan awak tentang apa yang jadi sebelum ni.”
Huzair mengeluh. “Saya tahu. Sebenarnya malam tu sebab saya tinggalkan awak, saya dapat tahu mama saya sakit dan saya terpaksa pergi jenguk dia. Akhirnya dia meninggal dunia sampailah saya rasa sedih sangat. Tentang Hanis, ya, saya memang sukakan dia sebab kecantikan dia. Tapi lepas saya kehilangan awak, Hanis beritahu saya untuk tak teruskan hubungan saya dengan awak dan dia minta saya untuk tak sakitkan hati awak lagi. Dia nak lelaki sampah macam saya... hilang dari hidup kakak dia.”
“Saya tahu tentang hal tu. Hanis ada beritahu saya. Tapi dia beritahu saya.. agak lambat bila hati saya dah tertutup untuk awak.”
“Memang patut pun Haniem. Hati awak yang tulus tu tak patut untuk saya. Sebabkan hal tu juga, awak ajar saya erti perbezaan. Saya sekarang pandai menilai manusia.”
Haniem tersenyum. “Awak pandai menilai manusia?”
“Sikitlah. Doktor psikiatri yang saya cakap tu, bakal jadi isteri saya dan dia sekarang ialah tunang saya.”
Haniem tak percaya. “Betul ke?! Dia lah yang buat awak rasa... happy?”
“Boleh jadi. Dia bukan setakat buat saya rasa happy. Tapi dia buat saya lupakan masalah saya. Dia wanita yang terbaik pernah saya jumpa walaupun kami berbeza agama. Dia belajar dan cuba mengerti semuanya. Akhirnya dia berjaya juga. Cuma sekarang dia tak boleh ikut saya ke Malaysia sebab dia masih ada banyak kerja. Nanti dia akan ikut saya”.
“Saya gembira tentang tu. Saya pun... nak minta maaf sebab tuduh awak sembarangan. Entah kenapa... saya boleh fikir buruk pasal awak.”
Huzair menggeleng pantas. “Memang patut pun Haniem. Saya dah buat awak takut dengan saya selama ni. Saya obses dengan awak. Saya minta maaf.”
Haniem hanya tersenyum.
“Tapi awak dari mana tadi?”
“Saya keluar sekejap untuk ambil duit. Nanti nak kena masuk tadika lagi.”
Huzair mengangguk. “Macam mana dengan... perkahwinan awak?”
Senyuman Haniem pudar.
“Urhmm.. saya minta maaf kalau saya masuk campur urusan rumahtangga awak.”
“Tak. Saya boleh ceritakan pada awak apa yang dah jadi sebenarnya.”
Huzair melihat sayu di wajah Haniem.
Haniem senyum nipis. “Betul apa yang orang kata. Perkahwinan ni mula-mula semuanya indah. Kalau dilihat, tak ada cacat celanya. Tapi bila perkahwinan meningkat usia, semuanya boleh dilihat kalau ianya tak seindah yang kita sangka. Pasti akan ada dugaan yang menimpa.”
“Awak ada masalah?”
“Saya rasa masalah ni saya boleh selesaikan. Tapi kenapa saya masih tak tenang?” Akhirnya Haniem mengalirkan air mata.
“Adhiyat layan awak buruk? Dia tulus cintakan awak masa dia datang ke tadika awak dan jumpa saya.”
Haniem menyeka air matanya. “Saya nak dia bertanggungjawab kahwin dengan Maya sebab saya tahu yang Maya masih muda, ada career yang masih jauh. Saya tak nak sebabkan Adhiyat, dia hilang segala-galanya. Sebab tu saya minta Adhiyat kahwin dengan dia, jaga anak tu dan.... dan saya tak sanggup dia ceraikan saya.”
“Awak dah berbincang dengan Adhiyat.”
“Perkara ni tak boleh dibawa bincang lagi. Adhiyat kena.. kahwin dengan Maya juga walau apapun yang terjadi. Saya tahu Maya terluka dan sengsara sebabkan kandungan dia. Saya tak nak impian dia musnah dan saya tak nak dia putus asa.”
Huzair mengeluh. “Saya tak fahamlah apa maksud awak. Siapa Maya?”
“Sepupu Ad. Dia mengandungkan anak Adhiyat.”
“Jadi awak nak.. suami awak kahwin dengan sepupu dia yang mengandungkan anak dia?”
“Dia kena kahwin dengan sepupu dia tu supaya semua masalah selesai. Saya minta dia ceraikan saya. Tapi sekarang saya tak rasa penceraian akan menyelesaikan lagi masalah. Lebih baik kalau saya teman dia sepanjang perkahwinan tu, yakin kan pada dia saya tak apa-apa.”
“Haniem, kalau awak terluka kenapa awak nak buat? Mana awak tahu kandungan dia.. hasil daripada hubungan dia dan Adhiyat?”
“Banyak bukti yang terarah pada suami saya. Dia sendiri pun tak boleh nak bongkarkan gambar tu photoshop ataupun tak.”
Memang besar masalah yang Adhiyat hadapi begitu juga dengan Haniem.
“Saya tahu awak sedih Haniem. Tapi saya mampu beri awak semangat je untuk teruskan apa yang awak rasa ini yang terbaik. Mungkin Adhiyat cintakan awak. Tapi cinta dia... berbelah bahagi sampai dia terjebak dalam nafsu. Kita manusia yang tak tahu apa-apa Haniem. Tapi yakinlah yang Allah sentiasa ada untuk di setiap pengorbanan kita.”
“Terima kasih. Saya tahu ini yang terbaik dan saya akan teruskan rancangan saya.”
Huzair mengukirkan senyumannya seperti memberi semangat.
Tetapi tak disangka sebaik saja mereka keluar, Adhiyat telah pun datang menumbuk Huzair dengan sangat kuat sehingga buatkan Haniem terkejut. Perbuatan Adhiyat memang melampau apabila dia buat darah di pipi Huzair kelihatan hanya sebab salah faham. Namun saat ini juga Haniem mendapat satu idea supaya suaminya lebih bersetuju nak menikahi Maya. Gembira dan tidak menghantui perasaannya apabila Adhiyat bersetuju.
Haniem menyerahkan kit kecemasan kepada Huzair apabila dia pergi membelinya di farmasi tadi.
“Terima kasih.”
Haniem mengangguk lalu duduk di sebelah Huzair. “Saya minta maaf atas perbuatan.. suami saya tadi.”
“Tak apalah Haniem. Benda dah nak jadi kan?”
Haniem hanya diam.
“Jadi perempuan tadi lah... Maya?”
Haniem mengangguk. “Dia cantik kan?”
“Cantik memang cantik. Tapi kalau tak ada maruah, buat apa nak sanjung?”
“Dia mangsa keadaan lah.”
“Tak tahulah Haniem. Tapi apa yang awak cakap tadi... bukannya betul kan?”
Haniem menatapnya kemudian menggeleng. “Awak boleh tolong saya?”
“Tolong apa?”
Nafas dihela panjang. “Tolong.... tolong jadi peneman saya supaya Adhiyat akan terus kahwin dengan Maya dan... dan dia akan ceraikan saya supaya Maya terus dapat tempat di hati dia.”
“Haniem, awak sebenarnya tak nak kan? Tapi kenapa awak nak Maya tu ada dalam hati Adhiyat. Apa salahnya kalau awak menumpang sama?”
“Sepanjang saya kahwin dengan dia, saya tak sudi kalau dia nak kahwin lain. Tapi sekarang, benda tu dah jadi dan saya tak boleh nak elak lagi. Saya tahu awak takkan suka sebab awak dah ada tunang. Hanya sekejap je Huzair.”
“Bukan masalah saya tak sudi. Saya okey je nak tolong awak. Saya tak faham perasaan awak Haniem.”
“Jadi jangan faham. Ikut je apa yang saya cadangkan.” Balasnya.
Huzair yang melihat Haniem bersemangat akhirnya bersetuju nak membantunya.
Mungkin cadangan dia melampau. Cuma ini saja cara supaya Adhiyat nampak hati dah berubah dan dia memilih cinta lama. Dengan itu bolehlah Adhiyat menerima Maya sepenuhnya.
Telefon yang berdering mengejutkan Qila di meja hadapan Haniem yang agak terkejut. Dia melihat Haniem tak berkutik yang buatkan dia mendekati Haniem dan sempat mengerling telefon miliknya.
“Sahur, sahur!” Kejutnya.
Haniem terkejut dan ketawa Qila pecah. “Hisy kau ni!”
“Ha, tahu pun marah. Telefon kau tu berbunyi tau tak. Bisinglah aku nak kemas.”
Haniem mengangkat panggilan daripada Datin Haliza.
“Assalamualaikum, umi.”
“Waalaikumusalam. Haniem okey?”
Datin Haliza juga memang ambil kisah akan hal dia selalu. Ini buatkan Haniem rasa tenang sedikit.
“Okey alhamdulillah. Kenapa ni umi? Umi nak... Haniem datang sana ke?”
“Urhmm... sebenarnya umi tak nak..buat kepala Haniem makin sakit dengan.. dengan semua masalah. Tapi baba dah pun buat keputusan dan minta Haniem datang sekarang.”
Haniem seperti sudah tahu. “Okey. Haniem dah habis kerja dah ni. Haniem datang nanti.”
“Okeylah. Tapi pastikan.. Haniem datang dengan Qila tau. Umi bukannya apa, umi tak nak Haniem... sakit hati lagi.”
“Tak apa, Haniem faham.”
Haniem mematikan panggilan lalu dia mengeluh berat. Dia duduk termenung buat seketika namun Qila menyapanya.
“Kau tak payah lah Haniem nak menangis sebabkan hal ni. Kau tahu tak, dah dua hari kau tak berhenti nak menangis bila kat rumah sampai aku risaukan kau. Ini semua ketentuan tuhan dan kau juga reda dengan semua ni. Kalau suami kau nak kahwin dan kau yang izinkan, just accept it alright. Walaupun kau terluka, tapi aku tak nak kau terus sakit Haniem.”
“Aku okeylah. Kau ikut aku pergi rumah umi Adhiyat.”
“Memang aku akan ikut kau kalau kau nak pergi jumpa dengan keluarga dia tu sebab aku tahu si Maya tak guna tu mesti ada juga kat sana.”
Haniem tersenyum.
Dia dan Qila mula menuju ke rumah Datin Haliza dengan menaiki kereta yang sama memandangkan Haniem duduk di rumah Qila buat sementara waktu. Setelah tiba, mereka bertembung dengan Maya yang berlagak cantik.
“Hai, kak Haniem.” Sapanya masih kelihatan kecewa.
“Hai.”
“Maya tak tahu kenapa kita semua kena panggil kat sini. Mungkin juga.. sebab nak putuskan hubungan Maya dengan abang kut. Kalau macam tu, Maya reda.”
Qila memandangnya jengkel.
“Tak. Akak nak Maya kahwin dengan abang sebab... sebab kandungan ni. Anak ni tak bersalah dan dia perlu tahu ayah dia bila dia dah dilahirkan.”
Maya mengangguk lemah. “Maya sebenarnya tak nak... sakitkan hati akak. Tapi Allah dah tentukannya.”
“Ya, akak faham. Mari masuk.”
Maya dan Haniem masuk sambil berpegangan tangan. Dari belakang, Qila nak sahaja hempuk kepala wanita itu. Setelah masuk, mereka duduk di kerusi yang sama dan dihidangkan minuman. Anak mata Adhiyat yang mengerlingnya penuh rasa marah.
“So Ad, kamu nak beritahu apa pada Haniem, beritahulah.”
Adhiyat mengangguk pada apa yang Datuk Azlan katakan. “Abang dah.. buat keputusan untuk kahwin dengan Maya.”
“Baguslah.”
“Ya, bagus sebab Haniem pun dah ada pasangan kan? Will you tell us who is your prince-to-be?”
Nada jengkel suara Adhiyat ditahannya. “Kami tak berbincang untuk proceed our relationship ke arah... perkahwinan sebab masih baru. Huzair... dan Haniem nak berkenalan.”
Qila menatap Haniem terkejut.
“Berkenalan? Apa sebelum ni tak cukup ke tempoh pengenalan tu?”
“Memang cukup. Tapi dia berubah dan Haniem nak kenal dia dengan perubahan dia sekarang.”
“Ya, dia memang berubah sampai sanggup nak kotorkan Haniem. Siapa yang selamatkan Haniem kalau bukan abang. Kalau abang biarkan, makin menjadi-jadi lah jawabnya.”
Haniem kekal tenang.
“Jadi perkahwinan Haniem dengan Ad, akan berakhir?”
Haniem nak mengangguk tetapi dihentikan Adhiyat.
“No. Sampai anak ni lahir, Ad akan terus kekalkan perkahwinan ni. Sama ada Haniem suka atau tak, Maya akan jadi sebahagian dari keluarga kita dan Haniem akan hidup bermadu.”
“Haniem, okey ke?” Datin Haliza bertanya.
“Okey umi. Jadi abang kena kahwin dengan Maya dan.. dan Haniem akan kekalkan perkahwinan ni.”
“Baguslah. Kita tengok... mampu ke Huzair kesayangan Haniem tu, tunggu perempuan yang takkan jadi milik dia?”
Haniem kini mengerti cabaran Adhiyat. “Baiklah. Haniem akan minta dia tunggu Haniem. Tapi abang kena cinta dan sayangkan Maya macam mana abang cintakan Haniem.”
“Oh tak! Abang akan cinta dan sayangkan dia, lebih daripada Haniem. Malah berbeza. Cinta abang pada dia, takkan abang samakan cinta Haniem.”
Luluh hati Haniem tetapi ditahannya.
“Sudahlah tu Adhiyat. Umi nak.. Adhiyat settle kan masalah ni. Perkahwinan tu lagi sebulan kita adakan.”
“No! Minggu depan majlis tu akan diadakan di rumah Opah kat kampung. Kitorang dah bincang semuanya dan Ad.. akan bersetuju.”
Datin Haliza makin risau dengan reaksi Haniem. Tetapi wanita itu kekal tenang.
“Baguslah.”
Setelah selesai, Haniem dan Qila mula beredar pulang. Saat ini air Haniem mengalir perlahan-lahan dan Qila yang melihat rasa risau.
“Aku geram betullah dengan si Adhiyat tu! Kekwat nya dia tu sampai tegas sangat dengan kau.”
“Biarlah dia. Yang penting dia dah setuju nak kahwin dengan Maya.”
Qila mengetap. “Si Maya tu pun, aku tengok tadi bukan main suka lagi dia.”
“Jangan nak salah faham lah.”
“Tapi aku tak faham, kenapa kau nak terima Huzair lagi?”
“Huzair hanyalah watak. Dia hanya jadi peneman aku sepanjang Adhiyat kahwin dengan Maya supaya.. supaya suami aku tu tak abaikan tanggungjawab dia. Aku kenal dia Qila dan sebab tu aku setuju dia nak kahwin.”
Qila mengeluh. “Kau tak nak ke beri dia peluang jelaskan semuanya?”
“Tak guna lagi. Kalau kami teruskan perkahwinan, aku yakin aku takkan boleh bahagiakan dia sebab.. sebab aku masih lagi tak mengandung. Aku tahu betapa sukanya Adhiyat bila Maya mengandungkan anak dia.”
“Tapi bukan hasil dari cinta dia.”
“Cinta atau tak, anak tu tetap akan lahir juga dan dia tak bersalah.” Balasnya.
“Aku tak fahamlah Haniem dengan kisah cinta kau ni. Tapi apa-apa pun, aku nak kau cekalkan hati kau. Bila kau nak jumpa parents kau?”
“Entah.”
Tiba di rumah, Haniem selesai meletakkan keretanya. Semasa dia hendak masuk ke dalam rumah, telefon bimbitnya berdeting. Mesej Adhiyat dibacanya.
Jangan balik rumah parents awak lagi. Tunggu sampai abang izinkan dan barulah Haniem pergi. -ADHIYAT
Inilah yang Haniem takutkan. Adhiyat mahu berjumpa dengan Encik Malik.
Share this novel