HANIEM sedikit terganggu apabila Maya duduk di rumahnya kerana perilaku Maya terhadap Adhiyat begitu mempesonakan sehinggakan suami dia seperti sudah terbiasa. Maya seringkali berlagak yang dia ni pandai masak sehingga masuk dapur lepastu mencetuskan keriuhan dengan buat pelbagai masalah. Apabila mengemas rumah pula, ada saja hal yang tidak kena di mata Haniem tetapi dia tak mahu menjatuhkan reputasi Maya di hadapan Adhiyat yang begitu membanggakannya. Hanya hari esok, Maya akan keluar dari rumah dia dan Haniem tenang tanpa ragu-ragu bersalah.
Disaat Maya sedang menonton rancangan khas dia, Haniem di tingkat atas terdengar bunyi loceng yang sayu akibat ditenggelamkan suara TV Maya yang begitu menyesakkan telinga.
“Maya! Boleh tolong akak bukakan pintu? Akak nak kemas bilik ni.” Laung dia.
“Urhmm.. Maya penatlah akak! Akak buka lah pintu sendiri.”
Haniem terpaksa tinggalkan kerja mengemas dia di tingkat atas dan terus turun berlari anak ke pintu. Setelah membukakannya, Qila muncul dengan senyuman bersama kek di tangan dia.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam. Qila, kenapa kau datang sini?” Haniem memeluknya dan rasa yang pelik.
Qila merajuk. “Kau ni kan Haniem, aku datang tak boleh! Kau kan pernah cakap kat hospital hari tu yang kau teringin nak makan kek red velvet tu. So, aku datang sini ingat nak spend kan cuti aku dengan kau.”
“Ooo... aku ingatkan kau takkan beli kan aku kek ni.”
“Apa pula? Kawan aku yang dah pernah masuk hospital ni nak makan, takkan lah aku nak biar dia kempunan.”
Haniem tersenyum gembira. “Masuklah.”
Qila masuk tetapi segera ditutup telinganya dengan sebelah tangan.
“Urhmm.. sorrylah, rumah ni... bising sikit.”
“Kenapa bising sangat?”
Haniem memandang Maya yang berada di sofa ruang tamu rumahnya. Qila segera menangkap anak mata Haniem lalu dia pun berjalan ke arah Maya.
“Eh perempuan! Apahal kau ada kat rumah Haniem ni?!”
Maya yang berbaring malas mengeluh. “Kau tu yang buat apa kat sini? Rumah buruk nak datang rumah orang.”
“Aku datang sini sebab Haniem dan kau tu buat macam rumah kau sendiri pulak! Siap berbaring, tengok TV, makan kerepek. Padanlah badan kau besar!”
Maya segera bangun tak dapat menerimanya.
“Ha, kau bangun je terus sofa tu berkeriut! Tak namanya kau gemuk ke?”
“Eh, mulut kau jangan kurang ajar sangat heh!”
Qila mengejeknya.
“Sudahlah tu! Macam budak-budak lah Qila ni.” Marah Haniem pada Qila.
“Entah! Elok budak lima tahun sikit je daripada kau.”
“Suka hati aku lah!”
Haniem memegang lengan Qila. “Dah, dah. Qila, kita pergi dapur borak. Biar... Maya stay kat sini ataupun Maya nak pergi dapur sekali makan kek dengan kitorang.”
Maya tersenyum.
“Tak payah! Aku beli kek ni untuk kau dan bukannya untuk tetamu tak diundang!”
Air muka Maya berubah dan dia terus duduk kembali ke sofa. “Tak apalah kak. Maya tak ingin pun nak makan kek yang perempuan macam dia belikan! Biar kau gemuk dan nanti aku slim.”
“Biar gemuk, asal happy. Tapi untuk career macam kau, gemuk mana boleh. Nanti tak laku! Kalau sekarang tak laku, apatah lagi nanti.”
Maya menahan marahnya.
Haniem segera membawa Qila ke ruang dapur.
“Kau ni kan, tak boleh ke behave sikit?”
“Dah dia tu mencabar kesabaran aku! Dia ingat aku ni tak boleh beli kek semahal ni untuk makan saja? Dia ingat dia tu cantik, slim, boleh kutuk aku yang berpangkat cikgu je? Memang tak lah! Silap dia yang jolok sarang tebuan tau.”
Haniem mengeluh berat. “Dia dengan kita, 5 tahun berbeza umur tau. Kau tak boleh ke mengalah sikit?”
“Haniem, kalau dia nak pijak kepala kau, tak apalah. Tapi kalau dia bermimpi nak pijak kepala aku, memang dia silap dengan mimpi dia!”
Haniem tak mengendahkan Qila lalu dia membancuh teh dan meletakkan dua pinggan di hadapan masing-masing lalu memotong kek kepada segi tiga untuk sepotong seorang. Haniem terfikir nak bagi pada Maya satu potong lagi tetapi dihentikan Qila.
“Kau duduk atau kita putus kawan.”
“Qila, kenapa kau kejam sangat ni?” Suara Haniem meninggi sikit.
“Eh, ini duit aku tau dan aku pakai duit bukannya pakai daun kau nak bagi kat dia! Duduk sekarang juga.”
Haniem akur lalu duduk di hadapan Qila.
“Ha, macam tu lah! Yang kau baik sangat nak bagi kat perempuan tu kenapa? Dia tu tetamu yang tak diundang.”
“Tapi dia pun mesti teringin nak makan kek ni. Apa salahnya kalau berkongsi?”
Qila menggeleng sambil mengunyah kek yang disuapkannya. “Tak nak! Berkongsi dengan orang gila, tak apa. Kalau kau nak aku berkongsi dengan minah sewel macam tu, memang tak lah!”
Haniem memukul tangan Qila. “Kau ni, perlahankan lah suara tu. Kalau Maya dengar, kecil hati dia tau.”
“Hati dia je yang kecil. Habis hati aku yang berapi ni, kau tak kisah?”
Haniem mengeluh.
“By the way, sebelum ni aku tak pernah nampak pun dia kat sini. Apahal tiba-tiba dia ada kat sini?”
“Minggu lepas dia... bergaduh dengan abang dia dan dia minta stay sini sebab.. dia takut abang dia akan marahkan dia dan cari dia kat rumah sewa dia. So, dia dah nak stay sini dan aku pun izinkan ajelah.”
Qila memandang tak percaya. “Kenapa abang dia marahkan dia?”
“Sebab dia masuk campur urusan kerja Mazlan.”
“Eh, yeke? Setahu aku bussines si Mazlan tu, memang Maya lah yang ada tolong sikit dengan si Mika tu sebab aku selalu dengar dia borak dengan dua orang adik dia ni tentang kerja. Tak pernah pula aku nampak si Mazlan melenting ke apa kalau adik-adik dia masuk campur hal kerja dia.”
Haniem mengangkat bahu. “Mungkin abang dia stress sangat kut sampai tak sengaja marah Maya.”
Qila mengangguk ada kemungkinannya juga.
Haniem kemudiannya mengeluh.
“Kenapa kau mengeluh? Penat sangat ke kerja?”
“Memanglah bagus kalau Maya duduk kat sini sebab.. aku tak ada lah seorang-seorang. Masalahnya, dia memang buat rumah ni macam rumah dia sendiri. Sepahkan rumah dari dapur ke bilik sampailah ruang tamu. Aku dengan Ad langsung tak macam dulu. Kitorang dah tak duduk kat depan ruang tamu sama-sama tengok filem, baca buku atau minum petang dekat laman. Maya selalu je ada di setiap inci rumah ni.”
Qila nampak kekecewaan nya. “Suami kau... tak marah ke dekat Maya?”
“Dia ada minta Maya keluar awal dari rumah ni sebab dia tak suka. Tapi sekarang dia yang terlebih enjoy main game dengan Maya dekat ruang tamu.”
“Aku rasa kau kena berkeras dengan Maya. Apa kata kalau aku tolong kau halau dia dari rumah ni hari ni?”
Haniem mengetap. “Kau jangan nak buat perkara mengarut lah! Kalau kau halau Maya dari rumah ni, nanti semua orang marahkan aku tau.”
“Aku nak tolong je. Lagipun dia menyusahkan kau kut. Ruang tamu tadi macam hak milik dia seorang je. Kerepek merata-rata, TV dia seorang je tengok. Kalau aku lah, dah rimas tau.”
“Dia kan masih muda lagi.”
Qila ketawa sinis. “Muda tak muda! Mulut dia tu mengalahkan nenek-nenek. Aku yang pernah kenal dia rasa macam cukuplah sekali je aku kenal dia.”
“Dahlah. Kau makanlah dan yang lebih kau letak dalam peti ataupun kau bawa balik. Aku ada banyak kerja lagi nak buat.”
Qila mengangguk. Dia dan Haniem menikmati kek mereka di petang itu.
Selepas Haniem naik ke tingkat atas untuk mengemaskan sedikit lagi barang-barang yang bersepah dan bilik pejabat Adhiyat yang kini disusun beberapa barang suaminya, Qila menuju ke ruang tamu hendak melihat keadaan Maya yang menyusahkan Haniem. Dia turut membawa sepotong kek red velvet.
“Kau nak?”
Maya hanya mengerling daripada mata kirinya lalu dia tak menjawab.
“Sayangnya kalau kau tak nak sebab... aku ada lah terbaca interview kau yang cakap kau ni memang suka makan kek dari kedai.. Secret Recipe. Mahal dan.. lembut je kek dia. Betul tak?” Pancing nya lagi.
“Kalau kau yang beli, memang tak sedap lah kek tu.”
“Oh, kena pembelinya ke yang tentukan rasa makanan tu berbanding pembekalnya?”
Maya merengus. “Aku tak nak lah kau pancing aku macam tu! Kau ingat aku hadap sangat ke kek kau tu?!”
“Memanglah aku tak rasa kau akan ambil kek ni sebab... kau bukannya yang jenis macam tu. Apalah sangat kalau kek red velvet saiz medium macam ni. Kau boleh beli yang large punya dan lebih mahal kan?”
“Tahu tak apa.”
“Tapi aku bagi kau kek ni sebab.. ikhlas. Yelah, lepas Haniem cakap berkongsi tu apa salahnya, aku pun rasa tak salah kalau berkongsi dengan kau. Lagipun kek ni sangat sedap dan kek ni favourite Haniem.” Balasnya lalu dia meletakkan kek tadi ke atas meja depan Maya.
Kini kek itu nampak sungguh sedap di mata Maya.
“Before that, aku nak kau cepat-cepat keluar dari rumah ni sebab aku tahu rancangan kau dan aku tahu muslihat kau. Kalau kau terus menyusahkan Haniem, aku akan pastikan kau... terseksa!”
“Kau nak jadi macam abang aku? Jangan mimpilah dan kau sepatutnya ingat masa kau diseksa!”
Qila kekal tenang dan ketawa sinis. “Aku selalu ingat benda tu dan aku tak pernah lupa tentang hal tu. Aku cuma nak kau... sedar kedudukan kau yang sampah. Aku tak nak kau... sakitkan hati Haniem.”
Maya buat tidak tahu saja.
Di kala petang hampir menutup tirai, Qila harus pulang ke rumah. Haniem menghantarnya sehingga ke pintu utama lalu Qila pulang dengan sendirinya. Haniem pun masuk ke dalam rumah untuk solat maghrib.
Seperti biasa juga, Maya akan menjemput Adhiyat di pintu dengan manisnya. Namun Maya kembali ke ruang tamu selepas Adhiyat naik ke tingkat atas. Dia dan Haniem solat setelah Adhiyat selesai membersihkan dirinya. Maya di ruang tamu menikmati kek yang ditinggalkan Qila tadi. Dia kemudiannya naik ke tingkat atas. Tidak disangka, Haniem dan Adhiyat berada di bilik pejabat Adhiyat sedang berkemas barang-barang Adhiyat. Saat ini Maya terdengar perbualannya.
“Comelnya.”
“Mestilah, itu kan abang dan sekarang pun abang masih comel. Betul tak?” Kata Adhiyat bergurau.
“Perasan juga abang ni kan! Tapi memang comel.”
Adhiyat tersenyum. “Nanti kalau kita ada anak, mesti anak kita comel macam tu juga. Ataupun makin comel macam Haniem.”
“Ya, Haniem berharap dia akan jadi comel macam kita berdua. Tapi Haniem risau dengan keadaan sekarang.”
“Kenapa Haniem nak risau?”
Haniem mengeluh. “Esok, cukup sebulan kita kahwin dan Haniem rasa macam.... macam Haniem tak ada langsung simptom mengandung.”
“Alah, sayang. Masih awal lagi lah kalau Haniem nak mengandung.”
“Tapi, Hanis dulu sebulan je dan dia terus disahkan mengandung. Semua orang dalam rumah tu happy dengan berita tu dan sekarang dia mengandung lagi.”
Adhiyat memegang tangan isterinya. “Rezeki tu Allah yang tentukan. Ada orang yang nikah lambat, tapi belum dapat rezeki anak dan ada orang yang baru kahwin, tapi cepat dapat rezeki anak. Kita tawakal je.”
“Haniem baca banyak berita yang kata kalau kita tak dapat lahirkan zuriat, suami tu akan mudah rasa bosan dan Haniem takut... abang akan tinggalkan Haniem sebab kan hal tu.”
Adhiyat mengetap. “Tak mungkin. Abang sekarang gembira ada Haniem kat sebelah abang. Hanya sebab zuriat dan perkahwinan yang masih baru, tak mungkin abang akan tinggalkan Haniem. Abang akan terus berdoa dan ikhtiar untuk dapat anak.”
“Abang takkan tinggalkan Haniem?”
“Tak akan.”
Kini Maya mendapat satu idea dan nampaknya ia memperkukuhkan lagi idea dia yang sebelum ini.
Di meja makan malam, meraka bertiga berbual bersama dan keheningan menyapa apabila tidak ada lagi topik yang lainnya.
“Oh ya, abang lupa nak beritahu Haniem yang dua hari lagi Haniem kena ambil cuti tau dan Haniem cuti lagi tiga hari ikut abang ke Kuantan.”
“Kenapa?”
“Majlis pelancaran tu dah ditetapkan dan abang kena ada penemannya. Diorang buat majlis kat Kuantan sebab kat sini dah penuh sangat. Haniem boleh temankan abang ke sana dan kita boleh sama-sama tengok pelancaran tu.” Balas dia.
“Oh yeke? Tapi Haniem ada makan malam dengan.. cikgu-cikgu memandangkan cuti sekolah dah nak mula.”
Adhiyat nampak kecewa. “Alah, tak boleh ke postpone?”
“Tak boleh sebab Haniem nak makan malam dengan pegawai KPM yang bantu Haniem dengan tadika tu sekali. Ini pertama kali Haniem jumpa dengan dia.”
“Habis, macam mana sekarang?”
Haniem memikirkannya.
“Biar Maya yang temankan abang.” Katanya.
“Maya?”
“Yelah. Kak Haniem kan sibuk dan Maya pun free. Apa salahnya kalau Maya temankan abang?”
Adhiyat mengeluh.
“Bagus juga. Maya boleh... temankan abang supaya abang ada peneman.”
“Tapi abang nak Haniem.” Katanya.
“Kali ni je abang pergi tanpa Haniem. Lain kali abang beritahu Haniem awal-awal dan kita boleh pergi sekali.”
Adhiyat menatap Maya lalu ke Haniem yang nampak ikhlas dengan kata-kata mereka. Dia mengeluh lalu mengangguk bersetuju.
Apabila Adhiyat naik ke tingkat atas hendak berehat, hanya tinggal Haniem dengan Maya di bawah. Maya melangkah ke dapur untuk memasang umpan lagi pada Haniem. Dia mendekati Haniem di singki yang sedang membasuh pinggan.
“Maya, kenapa datang sini? Maya nak makan kek yang Qila bawa tadi?”
“Eh, tak adalah! Maya tak ingin pun kek dia tu.”
Haniem senyum nipis. “Akak minta maaf kalau Qila tu mulut dia tak boleh nak
tutup sebab dia memang macam tu.”
“Tak apa, Maya pun kenal dia.”
Haniem mengangguk tenang.
“Oh ya, akak tahu tak Umai dah nak bersalin dah? Rasanya Maklong kata lagi empat minggu dia boleh lahirkan anak dia.”
“Oh.” Hanya itu saja yang Haniem mampu membalas.
“Mesti comel anak dia sebab Umai tu pun cantik orangnya.”
“Syukurlah kalau.. dia nak bersalin dah.”
“Tapi kan kak, akak bila?” Tanya dia sengaja.
“Urhmm.. tak ada rezeki lagi kut. Masih awal kan?”
“Awal? Umai tu, sebulan lebih kahwin dengan abang Reza, dia terus mengandung. Takkan lah akak yang dah sebulan kahwin dengan abang masih tak ada simptom tu lagi?” Tipu dia. Padahal Humairah sudah setahun kahwin dengan Reza dan baru dikurniakan rezeki anak dua bulan berkahwin.
“Setiap orang berbeza.”
“Mestilah berbeza. Tapi hati suami ni boleh berubah akak. Macam abang Ad. Dia dah handsome, baik dan ramah pula tu. Tak mustahil kalau dia sukakan ramai orang. Takkan lah akak tak tahu hati abang Ad tu macam mana sebelum ni? Senang jatuh cinta. Jadi akan ada ramai perempuan boleh ambil kesempatan.”
Haniem mengena dengan kata-kata Maya itu. Dia memang risaukan itu jika benar-benar terjadi.
“Bahaya tau kalau difikirkan. Ada ramai perempuan yang.. mustahil nak dapat anak dan diceraikan suami sendiri sebab... tak mampu bagi zuriat. Itulah yang menakutkan semua wanita. Tapi kalau akak tak kisah, tak apalah. Maya masuk dulu.” Katanya kemudian beredar pergi.
Apabila dia masuk ke dalam bilik, Adhiyat sudah pun tidur. Haniem duduk di sebelahnya lalu berbaring. Dia bermain dengan rambut Adhiyat seperti biasa tetapi fikirannya memikirkan tentang kata-kata Maya tadi. Tak mustahil itu bakal terjadi.
Share this novel