ADHIYAT berbaring mencari maksud di dalam mimpinya setelah dia membuat solat istikharah semalam lepas dia bertemu dengan Haniem dengan Puan Zahara yang tidak dia sangka bahawa Puan Zahara ialah ibu kepada Haniem. Selama ini dia memang pernah bertemu dengan Haniem tetapi tak bercakap sahaja dengan dia. Mimpinya juga menggambarkan wanita yang bergaun putih namun wajahnya samar-samar kelihatan menghidu bunga di tangannya begitu manis.
Fikirannya melayang memikirkannya sehinggalah pintu diketuk oleh Datin Haliza yang mahu memanggilnya untuk makan malam bersama. Adhiyat keluar dari biliknya lalu turun ke tingkat bawah.
“Nak lagi?” Tanya Datin Haliza apabila dia meletakkan nasi ke dalam pinggan Adhiyat.
“Cukup.”
Datin Haliza duduk kembali sebaik saja dia meletakkan nasi ke pinggan Adhiyat dan pinggan Datuk Azlan.
“Kak Dhiya.. bila pula dia datang sini? Awalnya balik sampai Ad tak sempat nak jumpa dia.”
“Nak buat macam mana. Abang Am kamu tu sibuk uruskan syarikat baba kat sana dan dia tak nak main-main lagi. Baba lagi suka kalau dia fokuskan diri dia dengan kerja dan tak lupa dengan tanggungjawab dia.” Balas Datuk Azlan.
Adhiyat hanya menikmati makanannya setelah perbualan dia tamat.
“Umi beritahu baba, Ad buat masalah dengan Haniem. Betul ke?” Perbualannya tidak tamat begitu sahaja.
“Mana ada Ad buat masalah.”
“Habis kenapa umi cakap dia terus cepat-cepat nak balik lepas umi dengan aunty Zahara tinggalkan Ad dengan Haniem?”
Adhiyat mengeluh. “Ad pun tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin.. dia tak sukakan Ad kut.”
Datuk Azlan hanya menatap kosong Adhiyat mencari jawapannya.
“Mustahil kalau dia pergi tanpa beritahu apa-apa pada umi dengan aunty Zahara. Haniem nampak... betul-betul kecewa masa dia ajak aunty Zahara balik.”
“Habis, umi nak salahkan Ad? Mungkin dia tak sukakan Ad dan siapa kita nak memaksa perasaan orang.”
Datin Haliza merengus. “Apa yang jadi.. mesti ada penjelasannya. Takkan lah Haniem pergi macam tu je tanpa sebab dia tak sukakan Adhiyat. Dia baru je jumpa dengan Ad dan tak mungkin dia nak judge Ad macam tu je. Umi yakin Ad ada cakap sesuatu yang buat dia marah.”
“Umi tak boleh nak tuduh Ad sembarangan. Kalau dia tak suka, nak buat macam mana.”
“Adhiyat Iman, please jangan buat kerja mudah. Umi tahu Ad tak suka jatuh cinta dengan senang dan salah dalam memilih orang. Tapi perasaan Ad tak salah pun sekarang ni. Jatuh cinta itu perkara biasa dan mencari cinta sejati ialah luar biasa. Tak salah kalau Ad kenal dia dan judge lah semahu Ad lepas Ad tahu perangai dia.”
Adhiyat tahu uminya akan marahkan dia jika dia tak jelaskan apa-apa. “Ad tak... tak tahu nak putuskan keputusan yang macam mana. Kalau ini yang terbaik, lebih baik Ad lepaskan dia je.”
Datin Haliza dan Datuk Azlan melihat anak mata anak lelakinya yang sayu setelah mengucapkan hal itu.
“Umi tak faham apa yang terjadi. Tolonglah beritahu umi.. kenapa Haniem macam tu dan apa yang dah jadi.”
Adhiyat menatap kedua orang tuanya lalu dia mengeluh berat. “Selama seminggu sebelum ni, Ad dah kenal Haniem dan.. dan kami jadi rapat sebagai kawan. Tak sangka perasaan Ad yakin yang dia untuk Ad sampai Ad... pilih untuk luahkan perasaan. Malang sangat bila dia tolak Ad dan.. dan pilih untuk kecewa bila Ad luahkan perasan. Ad tak rasa dia.. wanita yang berbeza. Dia sama je.”
Kini Datuk Azlan dan Datin Haliza mengerti perasaan Adhiyat.
“Jadi Ad tak nak paksa dia terima Ad kalau dia rasa Ad... Ad akan jadi lelaki yang sama.”
“Umi boleh cakap dengan aunty Zahara kalau Ad nak.”
Adhiyat tersenyum. “Tak payah. Ad akan cari perempuan lain dan.. dan ia makan masa yang lama sikit. Tapi Ad harap umi dengan baba tak.. tak ambil kisah tentang hal ni.”
“Kalau Ad nak cari yang lain, umi ikhlaskan. Tapi, umi nak Ad pandai pilih perempuan.”
“Insha-ALLAH.” Jawabnya.
Datuk Azlan menepuk bahu anak lelakinya dan kembali menikmati makanannya semula.
“Esok Ad.. tolong umi pergi rumah Maz hantar baju dia. Opah telefon petang tadi dan katanya Maz minta kot dia balik yang dia tinggalkan kat kampung. Ad bawakan ya.”
Adhiyat sedikit kecewa. “Kenapa Ad? Maz tu bukannya sukakan Ad sangat. Nanti dia marah adalah.”
“Alah, sekejap je. Hantar baju lepastu balik lah.”
“Tolong umi Ad. Esok baba nak bawa umi pergi majlis pelancaran projek kat office. Sementara tu Ad bolehlah pergi jumpa dengan Maz.”
Keluhan berat dilepaskan. “Yelah. Umi letak baju tu kat depan bilik Ad nanti.”
Selepas habis solat subuh, Adhiyat membaca Al-Quran pula. Masa yang lapang diisi hanya dengan beribadah. Di jam lapan, dia menyiapkan diri hendak keluar bersenam seperti selalu.
Sepanjang taman tempat dia bersenam, Adhiyat tak fikir benda lain selain Haniem. Dia tak boleh lupakan Haniem sejak berpisahan mereka beberapa hari berlalu. Adhiyat berfikir lagi tentang mimpi nya di malam itu. Jelas sekali itu ialah mimpi di mana di hari perkahwinannya. Tetapi siapa kah pengantin dia? Adhiyat kembali ke rumah lalu bersiap dengan memakai baju sut pula.
Semasa dia sedang menyarungkan sutnya, nota lekat berwarna Adhiyat jatuh dari poket dia. Adhiyat mengambilnya dan dia menatap lama nota tersebut. Anak mata Adhiyat terarah pula ke arah komputer riba di atas meja dia yang kosong itu lama. Sekali lagi fikirannya melayang memikirkan sesuatu sebelum dia teringat dia sudah terlambat hendak ke tempat kerja. Adhiyat membawa baju sut Mazlan lalu dia pun berlalu pergi.
Nampaknya Datuk Azlan dan Datin Haliza sudah berangkat untuk majlis pelancaran projek di syarikat Datuk Azlan. Dia mencapai roti yang dah dihidangkan dan meneguk segelas susu segar. Adhiyat terus membawa keretanya menuju ke syarikat dia. Tiba sahaja, dia melangkah ke biliknya.
“Morning, Ad.” Sapa Fikri.
“Morning.”
“Ini fail yang kau kena tandatangan. Pasal penulis hari tu, dia dah buat buku baru lagi dan dia minta kau semak seminggu lagi.”
Adhiyat mengangguk mengeri sambil membelek fail yang diserahkan Fikri.
“Aku nak tanya kau pasal.. perempuan yang umi kau nak jodohkan tu. Macam mana? Okey?”
Adhiyat menutup fail setelah dia selesai menandatangan. “Aku tak tahulah kau ni spesies adik ipar apa? Nak kata kau tak tinggal serumah dengan mak mertua kau, isteri kau nak duduk sana tapi kau still tak tahu perkembangan kat rumah tu.”
“Apa maksud kau ni? Kau nak kata aku ni tak teliti? Aku malas lah nak ambil tahu hal orang. Isteri aku je yang melebih!”
“Umi aku jodohkan kakak ipar kau dengan aku.”
Fikri terkejut. “Serius lah?! Habis macam mana prosesnya?”
“Malas lah aku nak cakap pasal hal ni.”
“Alah, beritahu lah aku.”
“Kau keluar lah. Aku ada banyak kerja nak buat dan nanti kita lunch sama-sama sebab lepas tu aku nak pergi hantar baju Mazlan tu pulak kat rumah dia.” Katanya biasa.
“Humphh.. hari ni tak boleh.”
Berkerut kening Adhiyat. “Kenapa tak boleh pula?”
“Nanti aku nak keluar makan dengan Hanis, Haniem dan kawan Haniem. Katanya diorang nak cari barang sikit dan isteri aku pun terjebak sama. Selama isteri aku kat rumah mak dia, dia nak lah juga cari barang kat rumah kitorang lepas dia bersalin dan balik kat sana nanti. Lagipun aku dengan isteri dah decide nak dia berpantang kat rumah mak aku.”
Adhiyat mengangguk.
“Nanti datanglah diorang. Rasanya kak Haniem juga yang ambil aku sebab dia pun on the way nak pergi.. kedai buku kau. Katanya nak cari buku favourite dia yang dah keluar tapi tak sempat dia nak beli.” Jelasnya.
“Dia datang sini?”
“A’ah. Kau nak jumpa dia ke?”
“Apahal pula aku nak jumpa dia?”
Bahu diangkatnya. “Manalah tahu kalau kau masih ada topik nak berbual dengan dia dan tak sempat masa kau jumpa dia tu.”
“Banyaklah kau. Kalau macam tu tak apalah. Lain kali kita keluar sama-sama.”
Fikri hanya mengangguk saja.
Setelah Fikri keluar, Adhiyat menyiapkan beberapa kerjanya yang sedikit tertangguh. Penjualan bukunya meningkat sejak dia mula menerbitkannya. Syukurlah respon beberapa orang semuanya positif terhadap buku yang dikeluarkan namun ada yang tidak memandangkan mereka masih memikirkan buku Adhiyat sebelum ini.
Waktu terus bergerak sehingga akhirnya sudah masuk waktu makan tengahari. Adhiyat menyarungkan kotnya dan mengemas meja dia. Dia keluar dari bilik pejabatnya dan mendapati Fikri sudah tidak lagi berada di meja dia. Adhiyat melangkah turun ke lobi bawah. Di situ barulah dia melihat Fikri dengan Haniem dan Hanis yang merupakan isteri Fikri. Anak mata Haniem dan Adhiyat bertaut buat seketika sebelum Adhiyat berpaling dan melangkah tak mengendahkan Haniem.
Dia memandu keretanya keluar dari perkarangan dan hatinya terluka akan perbuatan dia terhadap Haniem sebentar tadi. Tetapi dia terpaksa melakukannya demi kebahagian Haniem juga yang mungkin tak mahu Adhiyat masuk dalam hidupnya dan menyangka Adhiyat sama seperti Huzair. Keretanya tiba jua di halaman rumah Mazlan yang kelihatan kereta milik Mikael.
Adhiyat melangkah masuk sebelum dia terhenti dari melangkah sebaik saja dia mendengar suara jerkahan Mazlan dan Mikael.
“Kau jangan nak melampau lah Mika! Aku ni abang kau dan kenapa kau bela perempuan murahan macam dia berbanding aku?!”
“Sebab dia perempuan murahan yang dah dimurahkan oleh kau. Aku tak sangkalah kau boleh jadi teruk macam ni. Kalau aku buat report atau Qila sendiri buat report, aku yakin yang kau akan masuk penjara dan bussines kau boleh lingkup. Kau nak ke apa yang kau usahakan selama ni, hancur berkecai macam tu je?! Perangai sampah kau ni menyusahkan orang.” Tempelak Mikael pula.
“Jadi kau nak aku lepaskan perempuan tu macam tu je?”
“Tak. Kau nak duit kan daripada dia dan barulah kau akan lepaskan dia? So aku bagi kau duit ni untuk kau lepaskan dia dan jangan sesekali kau munculkan diri kau depan dia. Kau juga.. jangan ganggu keluarga dia!”
Kedengaran Mazlan ketawa sinis dan besar. “Aku ingatkan kau.. supaya tak jatuh cinta dengan dia sebab aku... tahu dia perempuan yang macam mana. Kau ingat hanya malam tu je yang kami buat? Aku rasa.. aku dah buat lebih dan kalau aku beritahu orang ramai, kau juga yang akan malu nanti.”
Mikael diam membisu memikirkannya.
“Aku akan lepaskan dia dan duit kau aku akan terima. Kau tak nak aku ganggu dia kan? Okey! Tapi aku tak nak kau cinta ataupun sukakan dia! Lepas Maya balik, aku nak kau balik ke New York dan aku janji takkan ganggu perempuan tu sikitpun. Tapi aku tak izinkan kau ada hubungan dengan dia.”
Mikael menatapnya lama lalu dia mengeluh. “Baiklah. Cuma kau lepaskan dia dan aku... aku takkan suka dan cintakan dia. Aku ikut apa yang kau nak.”
“Baguslah.”
Perbualan mereka tamat juga dan Adhiyat barulah boleh masuk bertemu dengan mereka. Suasana sungguh tegang di sekeliling mereka.
“Kenapa kau ada kat sini? Dah berapa lama kau duduk kat luar?!” Tanya Mazlan kasar.
“Aku baru je sampai. Aku datang sini sebab Opah kirimkan baju yang kau minta tu.”
Mazlan mendekat lalu mengambil kotnya. “Baju aku ni mahal dan jangan sentuh sembarangan!”
Adhiyat hanya menatap biasa. Anak matanya teralih ke arah Mikael yang tunduk kini. “Aku.. balik office dulu lah. Korang macam ada benda penting je nak berbual sama-sama.”
“Memang penting pun! Kau balik jelah.”
“Okey.” Adhiyat melangkah keluar dari rumah Mazlan.
Dia memandu keretanya keluar dari halaman rumah Mazlan. Fikiran Adhiyat sedikit bercelaru. Siapakah Qila? Dia hanya fikir kalau Mazlan buat sesuatu yang Mikael tak suka dan begitu juga dengan perempuan itu. Dia yakin apabila dia terdengar apa kata Mazlan tentang perempuan tadi. Cuma Adhiyat takkan percaya sebab dia tahu perangai Mazlan seperti apa.
Share this novel