MAYA terasa sedikit puas apabila dia dapat buat Haniem cemburu dan dia dapat apa yang dia nak pada Adhiyat. Hanya tunggu masa sahaja untuk dia pastikan rancangan nya berhasil. Maya terus melangkah dengan lagaknya menuju ke restoran memandangkan dia nak bertemu dengan seseorang pada hari ini. Seseorang yang akan terus membuat rancangan dia lebih berhasil.
“Hazelnut coffee please!”
Pelayan yang tak sempat nak datang berpatah balik menyiapkan pesanan Maya.
“Panas betul lah.” Katanya sambil membuka kaca mata hitamnya dan diletakkan ke dalam beg dia.
“Mana tak panas nya kalau you pun rambut tak berikat, cermin mata hitam lagi dan pakaian mengalahkan miss universe.”
Maya mengetap. “Eh Osman! At least baju I ni berjenama tau. Macam bini you tu, baju kat pasar malam je! Lekat celah gigi I lah.”
Osman hanya menahan kemarahannya.
“Apa-apa pun you patut bersyukur tau yang you dapat lari daripada sangkar bini you tu dan you dapat berada dekat dengan I. Mujur tau I nak you jadi tulang belakang I.”
Osman mengeluh. “Tulang belakang buat apa? Selama ni I nak jadi tulang di setiap badan you tau. Tapi apa you buat? Sikitpun you tak bagi I chance.”
“Memang patutlah I tak bagi you chance! You tak ingat ke yang you tipu I pasal status you tu sampai I tidur dengan you dan mengandung anak you! Nasib baik lah budak menyusahkan tu mati. Kalau tak, terpaksa I tanggung dia dan habis hancur career I!”
“You ni berdosa tau. Budak tak bersalah macam tu, you pergi marah kenapa? I rasa you sengaja gugurkan kandungan you kan?”
“Of course lah! Kalau abang I tahu, habis I. You tu menghilang lepas I mengandung. Lepas tu you beritahu I yang you dah kahwin siap ada dua orang anak lagi. Memang padan pun budak tu mati kalau ayah dia pun bukannya nak bertanggungjawab!”
Osman sedar akan kesilapannya. Tetapi itu semua sebab dia tak bersedia lagi.
“I tak nak lah bercakap tentang hal ni! I minta you datang sini sebab I nak buat rancangan dengan you yang akan jayakan I dan juga you.”
“You nak buat rancangan apa?” Tanya nya.
“You jatuhkan Adhiyat dan I rampas dia.”
Osman senyum sinis. “Tak payah nak mimpilah. I dah berapa minggu kerja dengan dia, satu hal syarikat dia pun I tak tahu. Bos I pun dah bising dah sebab masa kesuntukan. Kalau I boleh improve kan buku baru ni pada Ad dan pasarkannya dengan graf tertinggi, mungkin I kena balik ke office I semula dan I takkan dapat bawa maklumat syarikat Ad.”
“Sebab tu lah you kena bijak dan bukannya lembab buat kerja!”
“Macam mana Maya?! You ingat senang ke nak jatuhkan Adhiyat? Otak dia geliga. Setiap masalah dia, dia berjaga-jaga dan selesaikannya. Tengoklah macam buku dia yang hampir jatuhkan syarikat dia. Bila keluarkan buku lain, graf tinggi dan dia dapat penghargaan. Orang ramai lupakan tentang hal tu.”
Maya memandang jengkel. “Itu memang lah. Abang I yang jatuhkan syarikat Ad. Tapi abang I tu lembab buat kerja. Dia pergi bayar orang dalam kenapa? Dah pekerja-pekerja Ad tu setia dengan dia dan memang tak lah diorang nak khianat Ad. Sekarang apa pun tak dapat dan bussines abang I pun hampir lingkup dah.”
“Yeke?”
“Tapi I tak kisah sebab I ada pendapatan sendiri dan akan siap tambah lagi nanti kalau I kahwin dengan Adhiyat.”
Osman ketawa sinis. “Mengarut betullah you ni. You nak kahwin dengan Ad? Sebelum ni you tipu I cakap Ad tu boyfriend you. Turn up dia cuma abang sepupu you yang dia cakap dia anggap you macam adik dia sendiri. Macam mana you nak tackle hati abang sepupu you tu?”
Maya mengetap. “Dia akan tetap kahwin dengan I sekali I buat rancangan. You akan tengok dan saksikan rancangan I. You should see how It’s work out.”
“Tapi dia dah beristeri. I dengar dia cakap dekat telefon sebelum ni dengan isteri dia, bukan main lembut lagi suara tau. Takkan lah dia nak ceraikan isteri dia semata-mata demi you?”
“Itulah you tak tahu. I tak nak abang Ad ceraikan isteri dia. Apa yang I nak, dia jadikan I madu untuk isteri dia. Bila keadaan dah macam tu, confirm lah isteri dia tak sanggup dan minta cerai.”
Osman mengagumi rancangan Maya itu.
“Untuk jayakan lagi rancangan I, I nak you pasang benda ni kat dalam office Ad.” Dia mengeluarkan dua benda yang sekecil kuku kepada Osman.
“Micro camera dengan mic?”
“Ya. I nak you letak dalam office Ad supaya semua maklumat dia I dapat tahu. Bukan setakat I je untung, maybe you pun akan beruntung juga. You boleh tahu maklumat sulit syarikat dan I boleh tahu rancangan Ad dengan isteri dia.”
Osman meneliti lagi kamera mikro tersebut.
“Ada empat pasang. Dua you letak dalam office Ad dan satu lagi I nak you cari peluang untuk letak di beg Adhiyat. Hanya beg dia je kunci I tahu semua maklumat sulit dia dari dalam rumah dan luar rumah.”
“Mana you dapat idea nak beli semua ni?”
Maya senyum sinis. “Zaman sekarang berteknologi. Kadang-kadang teknologi suruh kita buat benda jahat yang menguntungkan. Apa salahnya kalau buat jahat dengan cara tu?”
“Kalau kena tangkap macam mana?”
“Tahu pula you takut kalau kena tangkap. Yang you upah despatch tu untuk tak amanah tak apa pulak.” Kata Maya.
“Dia tu despatch je. Kerja mana-mana pun orang terima. Kalau I, tak amanah sikit je, habis semua duit yang I kerjakan selama ni, berhabuk dalam bank tu.”
“You memang tak berubah! Kalau kena tangkap sekalipun, Ad takkan tahu kamera tu dari mana unless camera tu boleh check last location. Camera ni mana boleh check lokasi macam tu. Tak on pun lagi!”
Osman menarik nafas dalam-dalam lalu mengangguk bersetuju nak meneruskan rancangan.
“Tapi bila kat syarikat Adhiyat you kena pastikan I tahu rancangan dia macam sebelum ni. You did a great job dengan beritahu rancangan Ad dengan isteri dia. I tiba tepat pada waktunya dan I nak you terus ambil gambar I dengan Adhiyat bila I dekat rumah, hotel or dekat luar. I kena buat Haniem percaya dengan semua bukti yang ada dan you kena terus kejar I.”
“Kenapa you nak I kejar you?” Tanya nya pelik.
“Sebab I nak raih simpati Ad. Kalau I tak buat semua tu, tak ada reason lah I nak pastikan Ad tu melekat dengan I.”
“Okey, tapi macam mana kalau dia pecat I semuanya sebab you?”
Maya merengus. “I takkan beritahu dia siapa boyfriend I yang nak kejar I. I cuma nak dia percaya je ada lelaki yang kejar I dan obses dengan I. It’s my ex-boyfriend.”
“Okey, I buat. Kalau Ad pecat I, I takkan lepaskan you tau.”
Maya buat tak endah sahaja.
Apabila masa mula berjalan lebih pantas, Maya terus melangkah ke pusat membeli-belah hendak membeli beberapa barang dan tenangkan fikirannya dengan hal itu. Tetapi tak disangka di kedai kasut, dia boleh bertemu dengan Qila yang memilih beberapa pasang kasut.
“Qila, kan?” Tegurnya.
Qila tersentak dan setelah mengenali Maya, dia buat tidak tahu.
“Tak sangka boleh jumpa dengan perempuan yang... woopszi!”
“Apa maksud kau dengan benda kejadah tu?”
“Kasarnya kau ni! Tak boleh ke kau tanya aku elok-elok sikit?” Marahnya.
“Tak. Sebab keluarga kau semuanya menyakitkan hati. Dari kau dan abang tak guna kau tu, menyusahkan hidup aku selama dua tahun dengan dia. Kenapa aku nak kena bercakap baik-baik dengan kau? Sampah!”
Maya membutang terkejut. “Heh, jaga sikit eh mulut kau tu! Jangan sampai aku cilikannya.”
“Ha, tinggilah lagi suara kau tu. Biar orang viral kan kau, baru kau tahu. Nanti jadi hits. Minah baju tak cukup kain mulut luas!”
Maya memandang sekelilingnya agak takut jika benar ada yang merakamnya. Maya terpaksa menahan marahnya dan lebih perlahankan suaranya apabila dia bercakap dengan Qila.
“Kau... jangan cabar aku heh?”
Qila ketawa kecil. “Siapa yang nak cabar kau? Kau yang datang sini, tegur aku lepastu kau yang nak naik angin? Heh simpan lah perempuan.”
“Aku pun tak inginlah nak tegur perempuan macam kau. Aku pun pelik dari mana kau dapat duit sampai boleh masuk kedai macam ni.”
“Duit aku, kaki aku, perasaan aku, aku punya pasal lah!”
Makin sakit hati Maya. “Eh, kau nak ke aku beritahu abang aku tentang hal ni dan dia akan pastikan kau hidup dalam sangkar lagi?”
“Aku dah tak takut dengan abang kau. Kalau kau nak beritahu dia, cakap apa yang kau nak sekalipun, beritahulah. Aku akan bermati-matian lawan lelaki sampah macam dia. Silap hari bulan, abang kau tu masuk jail tau sebabkan perangai gatal dia tu.”
“Aku takkan biarkan! Lebih baik kalau kau je yang masuk sana.”
“Aku hanyalah mangsa Maya. Kau tu pula boleh masuk sekali dengan abang kau sebab bersubahat. Cuma aku malas jelah nak sabitkan polis kalau aku dah bebas.”
Maya senyum sinis padanya.
Qila melangkah hendak pergi sebelum dia menarik lengan Maya. “Aku dapat tahu yang kau rapat dengan suami kawan aku. Aku nak kau.. jauhkan diri sebelum aku tahu apa-apa rancangan kau.”
Maya melepaskannya dengan kasar. “Baguslah kau tahu. Ini hanya permulaan je. Aku dah hampir skor.”
“Aku takkan biarkan kau buat perkara yang boleh buat Haniem sakit hati. Kau... jauhkan diri kau daripada dia.”
“Kalau aku tak nak?”
Qila sakit hati. “Kalau kau tak nak, aku akan pastikan kejahatan kau terus dibongkar! Kalau kau melampaui batas, aku takkan lepaskan kau.”
Maya buat tidak endah.
Selepas membuat pembayaran, Qila mula tidak kelihatan lagi di mana-mana. Mayasedikit jengkel dengan perangainya. Jika dia sudah tahu Qila sakit hati akan hal itu, dia pasti akan terus membuatnya.
Share this novel