ADHIYAT IMAN menunaikan solatnya di subuh hari setiap pagi mengikut rutin yang selalu dibuatnya. Adhiyat nampak sedikit penat sebab semalam di pulang dari syarikat penerbitan buku nya lebih lewat daripada biasa memandangkan ada banyak manuskrip yang perlu diperiksa sebelum dia terbitkan buku ini mengikut impian si penulis sendiri. Kini Adhiyat perlu menunaikan solat. Tetapi dia tetap tak mengeluh dengan arahan Allah malah dia gembira apabila Allah permudahkan segala urusannya.
Kepalanya masih juga pusing sebab dia baru je pulang seminggu yang lalu daripada Switzerland. Pening kepala nya masih belum hilang lagi.
“Ad, mari makan.” Panggil uminya lembut.
“Okey umi.”
Setelah itu, Adhiyat menyarungkan pakaiannya. Dia kenakan sut seperti biasa setiap kali dia nak ke pejabat. Adhiyat turun ke tingkat bawah lalu melihat Adhiya kakak sulungnya sedang duduk bersarapan dengan suami dan anak-anaknya. Adhiyat mendapat idea nakal nak mengenakan Adhiya yang takut akan lipas.
Adhiyat melangkah ke arahnya kemudian meletakkan lipas plastik ke bahu Adhiya.
“Akak! Ada lipas lah kak kat baju kau.”
Adhiya terus menjerit sambil bangun kemudian membuang lipas plastik di bahunya. Setelah memastikannya, Adhiya memandang Adhiyat marah. Adhiyat kelihatan berkerjasama dengan Ilham nak kenakan dia apabila ketawa mereka berdua meletus.
“Apa ni dah riuh je pagi-pagi ni?”
“Ni lah ni, anak bujang baba! Bukan main lagi dia mengusik Dhiya. Penatlah!” Lipas plastik tersebut dilemparkan ke arah Adhiyat kembali.
“Ad, kalau tak kacau kak Dhiya kamu ni sehari, tak boleh ke?”
“Alah ba. Akak dengan abang bukannya selalu pun datang KL ni. Ni diorang balik sebab cuti ni pun kira baguslah Ad boleh nak usik kak Dhiya sebelum dia balik Johor semula.”
Datuk Azlan hanya tersenyum memandangnya.
“Kak, sapukan roti dengan peanutbutter kejap.” Pinta nya seraya duduk di kerusi.
“Eeh.. kenapa akak nak kena sapukan? Ad sapu lah sendiri.”
“Jauh lah nak ambil roti dengan peanutbutter tu. Akak dah dekat dah. Tolonglah Ad.”
Mengada-ada pula Adhiya melihat Adhiyat sekarang ini. Dia mengalah lalu menyapukan peanutbutter ke atas roti. Dia memberikan sekeping roti yang dah disapukan peanutbutter kegemaran Adhiyat. Adhiyat dengan seronoknya menikmati makanan dia.
“Nah, mi goreng.” Datin Haliza tiba dengan mi goreng buatannya.
“Wah! Ada mi goreng lah. Letakkan sikit boleh tak?”
Datin Haliza mengusap kepala anak lelakinya lalu dia pun meletakkan mi goreng ke dalam pinggan Adhiyat. Adhiyat menikmatinya sekali lagi.
“Liya nak mi goreng Tok Umi?” Tanya nya kepada cucu dia.
“Sikit!”
“Okey. Tok Umi letakkan ya.” Dia meletakkan mi goreng ke pinggan cucunya sedikit dan Datin Haliza nampak gembira apabila Liya menikmati makanan buatannya.
“Mi goreng yang umi buat.. memang sedap! Tak ada bandingannya dah. Kalau boleh Ad nak tiap-tiap hari makan umi punya mi goreng ni.”
Dhiya mencebik. “Tak kahwin lah nampaknya anak bujang umi tu.”
“Kahwin, kahwin! Entah apa best sangat fikir pasal kahwin pun Ad tak tahu. Ad ni nak jumpa perempuan bukannya mudah. I’m easy to fall in love dan kalau tersuka dengan orang yang salah lagilah teruk.”
“Sebab tu lah umi nak Ad kenal dengan anak kawan umi.” Ujarnya.
Adhiyat mengeluh. “Umi, umi sebelum ni tak ada pun nak carikan Ad jodoh. Ni tiba-tiba je kenalkan anak kawan umi kat Ad.”
“Umi kenalkan dia kat Ad sebab umi dah pernah jumpa dengan budak ni. Umi tahu semua latar belakang dia dan umi sukakan sifat dia yang lemah lembut, sopan santun dan baik sangat. Umi ni nak lah Ad sekurang-kurangnya dapat isteri yang pandai menjaga. Bukannya sibuk dengan kerja 24 jam.”
“Ad tak ada masa lah nak kenal dengan perempuan. Ad... nak fikir pasal kerja je. Lagipun Ad baru je seminggu balik Malaysia. Penat jet-lagged pun tak hilang lagi.”
Datin Haliza mengetap. “Nanti kalau postpone je, melepas lah umi nak menantu kan dia.”
“Sebab umi kata dia baik, sopan santun dan lemah lembut, Ad takut kalau Ad sukakan dia dan nanti dia bukanlah.. perempuan yang terbaik. Payah lah Ad nak cari jodoh lagi. Biarlah Ad tak kenal dia.”
“Umi tetap nak Ad kenal dengan dia dan judge lah semahu Ad lepas jumpa dia.”
Susahlah kalau Datin Haliza seperti sudah berkenan dengan perempuan yang berjaya menambat hatinya untuk dijadikan menantu dia.
“Bagus juga kalau umi dah berkenan. Nanti hantarkan lah gambar dia kat Dhiya. Dhiya pun nak juga tengok perempuan yang berjaya tambat hati umi tu.”
Datin Haliza mengangguk.
“Tak payah! Kenapa nak kena ambil gambar dia dan berikan kat kau? Mesti dia berpura-pura je depan umi. Ad tak nak lah! Ad tetap tak percayakan perempuan yang macam tu.”
“Haih.. Ad, tak kenal maka tak cinta. Cuba kenal dulu dan nanti Ad tengoklah sendiri macam mana keperibadian dia. Baba pun kenal dengan keluarga dia dan faham sifat dia ni. Baik sangat sebab dia pernah tolong baba dengan umi dulu masa kami kat Dubai sana. Dia baik sangat dan Ad apa salahnya kalau jumpa dia dulu. Tak semestinya Ad senang jatuh cinta, Ad akan pilih wanita yang teruk. Mungkin hati Ad akan menerima dia.” Balas Datuk Azlan.
Adhiyat menatap babanya. Susah dia nak buat keputusan.
“Entah. Sebelum ni baba dengan umi bukannya paksa pun Ad kahwin kan? Apa kata kalau Ad jumpa je dia dulu dan nanti kau judge lah. Tak ada perempuan yang.. berpura-pura selalu dalam dunia ni. You need to open your eyes, brother.”
“Macam mana kalau.. Ad takkan sukakan dia?”
“Macam yang baba cakap. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti mungkin Ad tak boleh lupakan dia. Alah, jumpa je dulu dan lepastu buat keputusan.” Kata Adhiya memberi semangat lagi.
“Betul. Macam abang dengan akak. Kami pun dipertemukan sebab keluarga. Jadi, Ad mungkin ada akan percayakan dia.” Kini Ilham pula bersuara.
“Ad tak tahulah. Tapi beri Ad masa nak.. fikirkannya.”
“Mestilah umi akan beri Ad masa. Tapi jangan lama-lama. Nanti melepas bakal menantu yang dah berjaya tambat hati umi, susah. Entah-entah Ad yang akan menyesal sebab tak terima dia.”
Adhiyat hanya mengangguk dengan kata-kata Ilham. Mungkin dah tiba masa sia mengenal wanita yang selama ini dia tak percaya wujudnya wanita yang baik.
Habis menikmati sarapan, Adhiyat keluar dari rumah. Sempat lagi dia mencium anak saudaranya kemudian memandu keluar dari rumah. Paginya dimulakan dengan mendengar muzik melalui radio. Adhiyat terus membawa kereta dia dan tak peduli walaupun dalam kesesakkan jalan raya. Dia menyanyi sendiri dengan tenangnya di dalam kereta. Tak lupa juga dia untuk nikmati muzik itu dengan berjoget. Apabila jalan raya mula lenggang, Adhiyat memandu sehingga tiba di hadapan syarikat dia. Story Star Entertainment yang megah berdiri.
“Morning, kak Ton!” Sapa dia kepada pencuci di syarikatnya.
Bukan setakat wanita tua bernama kak Ton saya dia menyapa. Dia menyapa semua pekerjanya dan sebab itu semua gembira dengan perangai Adhiyat yang sporting namun tegas apabila masuk bab kerja.
“Morning Fikri!”
Fikri memandangnya pelik. Pembantu peribadinya ini tahu bos dia terlampau gembira. Dia tersenyum melihat Adhiyat.
“Pasal cuti yang.. kau tanyakan tu, aku tak boleh bagi sebab bulan lepas bukan main banyak lagi kau cuti.” Katanya dan kini mood dia mula melayang di hadapan Fikri dengan bersebelahan mesin fotostat.
“Alah, kenapa pula?”
“Sebab aku CEO kat sini kut! Kau tu jangan suka sangat ambil cuti. Aku pecat baru tahu.”
“Berani sangat lah kau nak pecat aku. Bukan ke aku ni.. pekerja terbaik yang menulis buku dan memajukan syarikat kau ke?”
Adhiyat mencebik. “Tanpa kau, syarikat aku pun boleh maju lah. Cuba kau tengok pekerja perempuan kat hujung tingkap sana yang masuk tiga tahun lepas.”
Bahu Fikri di lingkarkan tangannya kemudian dia menunjuk pada pekerjanya yang serius menyiapkan kerja dia di mejanya.
“Setiap sebulan, dia akan hantar aku manuskrip dia untuk dibaca. I can’t say no untuk publish kan buku dia sebab dia ni pandai dalam menulis buku-buku yang berimaginasi tinggi, romantik dan action. So manuskrip kau bercakap tentang dokumentari je.”
Fikri mengetap. “Aku tahulah aku bukannya bijak sangat dalam hal ni semua. Tapi sekurang-kurangnya, aku dapat nama dalam politik sebab buku aku dan syarikat Story Star ni terkenal sebab aku juga.”
“Yelah, yelah. Tapi kau tetap tak boleh dapat cuti. Sekurang-kurangnya kau kerja dalam empat bulan straight lepastu aku bagi kau chance untuk ambil cuti tak berterusan selama lima bulan.”
Fikri nampak sedikit gembira. Tapi itu dah bersyukur untuknya.
“Tapi apahal kau nak.. cuti je ni?” Tanya nya penasaran.
Fikri mengeluh sambil bermain dengan kertas di tangannya. “Wife aku lah! Macam-macam dia minta. Lepastu dia mengandung pun dia beritahu aku lepas sebulan. Sekarang dia ada kat rumah dan jaga kandungan dia yang dah mencecah dua bulan lebih tu. So sekarang dia lebih terlalu manja dengan aku dan aku tak boleh... lari sebab dia wife aku.”
“Oh, kalau mengandung perempuan nak dengan kita ke?”
“Itu dinamakan morning sickness. Kadang-kadang dia nak bermanja dengan kita dan kadang-kadang dia lebih nak kita jauhkan diri dari dia.”
Adhiyat mengangguk kemudian tersenyum.
“Haih.. dah ada calon ke?” Usik Fikri.
Senyumannya pudar. “Banyaklah! Tanya je untuk preparation kalau-kalau aku kahwin nanti. Dah buat kerja dan jangan melencong ke tempat lain pula. Only lunch, keluar lah.”
Adhiyat masuk ke dalam biliknya lalu dia pun menyudahkan kerja dia yang agak tergendala. Beberapa manuskrip pekerjanya dibaca untuk dia melihat kesalahan ejaan atau cerita yang tak boleh difahami sangat. Tetapi bakat pekerja-pekerja dia tiada tolak bandingnya sehingga dia rasa tiada kurang dan dia boleh terima manuskrip ini. Syarikat Adhiyat juga mengambil manuskrip daripada orang luar yang nak menulis dan bantu mereka menerbitkan buku mereka mengikut bayaran separuh.
Kali ini ada sesuatu yang membingungkan Adhiyat tentang e-mail yang diterimanya. Daripada Kedai Buku Story Star miliknya.
“Ada pelanggan nak batalkan tempahan buku baru yang tuan keluarkan. Saya harap tuan boleh segera balas sebab dia nak report kedai kita menjual buku yang entah apa-apa.”
Pelik betul.
Adhiyat keluar dari biliknya menuju ke tempat Fikri lagi. Dia memberikan fail manuskrip buku yang dikatakan kemudian Fikri yang terkejut membaca manuskrip itu juga selepas diarahkan Adhiyat yang mula berwajah serius.
“Apa maksud diorang dengan.. buku entah apa-apa? Kau check kan?”
“Memang saya.. check kan tuan. Tapi tak ada lah pula saya nampak tulisan macam ni kat belakang buku.”
Adhiyat merengus. Semua pekerja mula memandangnya. “Siapa yang bertanggungjawab tulis ‘buku ni tak guna’ di belakang bab?! Cepat!” Jerkahnya sambil mengangkat kertas di tangannya.
Malangnya tiada seorang pekerja pun nak mengaku.
“Aku akan siasat dan kalau aku tahu siapa yang buat ni, aku takkan lepaskan dia. Jadi siapa yang buat, lebih baik mengaku dalam tempoh 48 jam ni. Kalau tiada yang mengaku, penyiasatan perlu dibuat dan korang tahu lah apa yang bakal terjadi.”
“Siapa yang beritahu tuan tentang hal ni?” Tanya Fikri.
“Kedai buku kita. Kalau kedai kita dah ada pelanggan yang report, tak mustahil untuk kedai lainnya. Jadi tolong, beritahu siapa yang buat semua ni.” Adhiyat terus masuk ke dalam bilik semula.
Di biliknya, dia tahu tiada sesiapa yang mengaku. Namun di fikirannya ada seorang saja yang berdendam dengan dia saat ini dan dia yakin, dia lah orangnya. Tetapi Adhiyat nak tengok saja sejauh mana permainannya. Jika dia dengar ini semua, Adhiyat akan tunjuk ajar dia.
Share this novel