HANIEM bangun dari tidurnya pada pagi itu. Dia terus membersihkan dirinya dan bersiap-siap menolong Opah Hawa di dapur untuk bersarapan. Apabila dia ke dapur, Opah Hawa dan MakSu Zainal kelihatan. Pelik juga dia tak nampak Qila yang biasanya akan berada di sini bergelak ketawa dengan mereka. Haniem duduk di hadapan MakSu Zainal dan Opah Hawa yang sibuk memotong bawang dan berbagai sayur-sayuran yang lainnya.
“Haniem nak makan ke?”
“Eh, tak apalah Opah. Kita makan sekali lah.” Balasnya.
“Humphh... Opah dah makan dah dengan MakSu, PakSu, Qila, Mika dan Tipah tadi. Haniem dengan Ad dan Maya jelah yang tak makan lagi.”
“Oh. Mana... Qila?” Tanya dia.
“Dah keluar dengan Mika. Katanya nak tengok kampung ni memandangkan esok diorang berdua dah nak balik KL. Yang lain pun dah keluar pergi pekan nak beli cenderamata. Anak perempuan Opah tu memang macam tu lah kalau balik sini. Menggila.”
Haniem mengangguk tenang dan sedikit tersenyum.
“Haniem nak balik esok juga ke?” Tanya MakSu Zainal pula.
“Kalau boleh Haniem nak balik esok sebab Haniem nak uruskan tadika. Tapi Haniem nak stay sini lagi dan nanti Haniem balik KL kalau Haniem rasa nak balik KL.”
“Oh. Dah kira selesa lah ni ya duduk kat kampung?”
“Boleh jadi lah.” Balas Haniem.
Mereka berdua ketawa senang.
“Tapi kan Haniem, kalau Haniem nak makan, Haniem kena masak lah. Si Mikael tu bukan main banyak lagi dia makan sampai habis makanan.”
“Tak apalah Opah. Haniem masakkan.” Kata Haniem dengan terus bangun.
Dia masak sendiri nasi goreng yang telah diberikan bahan oleh Opah Hawa. Masakannya berbau sungguh lazat sehingga Opah Hawa menatap MakSu Zainal di sebelahnya yang hanya tersenyum senang.
Selesai saja, Haniem hidangkannya dan tak disangka suara laungan di luar buatkan dia melangkah ke sana.
“Assalamualaikum Haniem! Saya bawakan.. buah untuk awak.” Huzair tiba.
“Waalaikumusalam. Terima kasih. Tapi Huzair, awalnya awak sampai. Semalam bukan ke tengahari awak nak datang?”
Huzair tersenyum. “Apa salahnya kalau saya ajak awak keluar awal kan?”
“Memanglah tak salah. Awak dah breakfast?”
“Belum.”
“Marilah naik, makan. Saya baru siapkan nasi goreng.” Katanya.
Huzair tanpa segan silu masuk ke dalam rumah Opah Hawa. Haniem membawanya ke dapur dan dia menyapa Opah Hawa dengan MakSu Zainal. Huzair dijemput duduk dan Haniem pula menghidangkannya makanan berserta minuman.
Mereka berdua duduk makan berdua apabila MakSu Zainal dan Opah Hawa keluar seketika untuk melihat keadaan di luar memandangkan majlis baru sahaja habis berlangsung semalam.
“Abang!” Suara gedik Maya kedengaran dari belakang Haniem dan berhadapan Huzair.
“Maya, sudahlah tu.”
“Hisy abang ni. Maya nak bermanja sikitpun tak boleh.”
Adhiyat mengeluh. Mereka berdua turun ke ruang dapur dan tak disangka Adhiyat bakal melihat Huzair dan Haniem berdua di ruang dapur ini.
“Awalnya kak Haniem bawa jantan.” Tegur Maya berbaur sinis.
“Ini Huzair.”
“Huzair ke, siapa ke, bukan ke tak boleh duduk berdua-duaan macam ni. Tambahan pula, korang macam candle light dinner je duduk berhadapan macam tu!”
Haniem mengeluh. “Huzair datang nak makan je dan tadi Opah dengan MakSu ada. Diorang pergi luar kejap.”
“Bukan ke kak Haniem memang jenis yang macam tu. Semua nak dirembat!”
“Heh, cik Maya, jaga sikit mulut awak boleh? Haniem bukan perempuan yang macam tu dan saya datang sini cuma nak makan je. Kalau awak takut sangat kami buat maksiat kat sini, apa kata kalau awak pun breakfast kat sini?”
Maya menjeling. “Kenapa saya nak kena makan dengan korang berdua?! Kita nak makan kat luar kan abang?”
“Kita makan kat rumah jelah. Abang malas nak bawa kereta lepastu nak singgah mana-mana warung. Maya bukannya makan pun kat warung kan?”
“Tapi abang dah janji!”
“Just this time.” Balasnya. Adhiyat mengambil tempat di sebelah Huzair.
Nak tak nak, Maya kenalah makan juga di sini. Dia melayan Adhiyat dengan penuh sikap isteri mithali. Maya duduk di sebelah Haniem dan sempat menjelingnya. Dia menikmati nasi goreng yang disangka buatan Opahnya.
“Sedap kan? Itu nasi goreng Haniem yang buat.” Sengaja Huzair berkata begitu.
Maya terus meletak sudunya. “Kak Haniem buat ni?!”
Huzair mengangguk.
“Patutlah tak sedap! Abang, jangan makan. Biar Maya yang masakkan untuk abang dan abang jangan sesekali makan makanan masakkan kak Haniem boleh!”
“Abang baru je nak makan dan abang dah lapar nak tunggu Maya masak. Maya tak payah masak untuk susahkan diri.”
“No, Maya nak masak!” Tegas dia lalu melangkah pergi.
Maya yang memasak hampir buat Adhiyat kenyang menunggu apabila dia bergaduh dengan dapur dan masakannya siap jua. Baunya memang sedap. Tetapi rasanya hampir nak buat Adhiyat muntah. Adhiyat kekal tenang tak mahu memalukan Maya.
“Sedap kan?”
“Sedap.” Balasnya.
Maya gembira dan wajah percaya diri dihalakan ke arah Haniem. Haniem hanya mampu tersenyum sahaja.
“Haniem, baik awak siap sekarang. Saya nak ajak awak keluar ni. Petang nanti saya dah nak kena balik sebab ada kerja sikit.”
“Oh. Awak tunggu saya kat luar ya.” Katanya sambil melangkah pergi.
Huzair tersenyum menatap Haniem.
“Awak memang suka dekat kak Haniem heh?” Tanya Maya untuk sakitkan hati Adhiyat.
“Suka. Dari dulu lagi saya impikan untuk berumah tangga dengan dia. Yelah, zaman sekarang susah nak cari perempuan yang... boleh menghargai kita dan jaga kita sepenuhnya. Wanita yang berkorban segala-galanya tapi tetap dibalas dengan.. layanan buruk. Wanita yang macam ni.. mana ada dah di Malaysia ni dan kalau ada pun.. advance.”
“Wah, yakinnya awak yang kat Malaysia ni tak ada perempuan yang macam tu. Tapi kak Haniem tu isteri abang Ad. Takkan lah awak nak rampas dia.”
Huzair memandang Adhiyat. “Saya rasa Ad mungkin tak kisah kalau Haniem jadi milik saya sebab.. dia dah ada awak dan dia boleh serahkan Haniem pada saya supaya saya boleh jaga dia.”
Adhiyat marah.
“Tak apalah. Saya dah nak pergi dan jumpa lagi.” Bahu Adhiyat ditepuknya kemudian dia berlalu pergi.
Maya mengambil tempat di hadapan Adhiyat. “Beraninya dia abang. Boleh pula dia kata macam tu depan abang yang masih sah suami kak Haniem.”
“Abang takkan lepaskan Haniem.”
“Memang patut pun abang tak boleh lepaskan kak Haniem sebab abang kan nak dia terseksa dengan tengok anak yang Maya bakal lahirkan bahagia.”
“Betul. Abang takkan sesekali izinkan Haniem bahagia dengan orang lain. Hanya abang je dan abang akan pastikan.. hidup dia merana dengan keputusan yang dia buat.”
Maya senyum sinis. “Maya rasa, lepas kita balik ni, abang biar Maya stay dekat rumah abang dengan kak Haniem dulu supaya senang untuk abang buat dia sakit hati. Abang tak payahlah izinkan dia untuk tinggal dengan kawan dia tu. Biar dia tinggal dengan kita dan biar hidup dia merana.”
“Itu yang abang fikirkan. Siapa akan izinkan dia untuk jauh dari abang?”
“Maya akan tolong abang dan Maya tak nak abang marahkan Maya kalau Maya melampau.”
Adhiyat menatapnya lalu mengangguk.
Di bilik, Haniem bersiap-siap lalu dia pun keluar dari biliknya. Sempat dia melihat Adhiyat berada di ruang tamu tidak berbuat apa-apa. Dia melepasi suaminya.
“Haniem ni isteri abang yang sah ke ataupun isteri abang atas kertas?”
Langkah Haniem terhenti. “Kenapa abang cakap macam tu? Itu ke yang abang rasa?”
“Ya, itulah apa yang abang rasa sekarang ni. Tanggungjawab abang ialah pada Haniem! Tanggungjawab Haniem pada abang. Tapi sekarang ni Haniem keluar dengan lelaki lain macam Haniem ni bujang terlajak!”
“Haniem minta maaf sebab tak beritahu abang. Tapi Haniem kena keluar sekarang dengan Huzair sebab Haniem ada kerja dengan dia.”
Adhiyat senyum sinis dan dia mula berdiri menghadap Haniem. “Kerja? Melibatkan dunia ni ke? Kalau korang tak berkerjasama, dunia ni akan hancur macam tu sebab abang tak izinkan Haniem keluar dengan Huzair?”
“Haniem nak keluar dengan dia sebab kerja yang kami berdua buat dan abang tak boleh ambil tahu sebab abang takkan faham benda ni semua.”
“Apa yang abang tak boleh faham?! Satu syarikat abang boleh uruskan. Tapi satu perbincangan Haniem dengan Huzair, abang tak boleh faham. Is it so important to you?”
“Haniem akan keluar sekejap je dengan dia dan Haniem akan balik sini balik.”
“Abang tak izinkan.” Katanya dengan duduk dan marah.
“Haniem janji akan buat apa yang abang nak lepas ni. Sekarang je abang izinkan Haniem keluar dengan Huzair.”
“Jangan jadi isteri derhaka Haniem! Selangkah Haniem keluar dari sini, abang takkan ampunkan dosa Haniem pada abang.”
Sampai begitu sekali dia tak mahu Haniem meninggalkannya. Haniem melangkah menemui Huzair yang berada di luar.
“Dah siap?” Tanya Huzair gembira.
“Urhmm... boleh kita keluar hari lain?”
Huzair menatap Haniem lalu dia mengeluh. “Ad tak izinkan awak keluar dengan saya?”
“Saya faham kenapa dia buat semua tu. Saya tak boleh keluar tanpa izin suami.”
“Tak apalah Haniem. Kita VC Adeline kat sini jelah. Dia betul-betul berharap dapat VC dengan awak dan saya tak nak putuskan harapan dia.”
Haniem mengangguk.
Huzair mendail nombor tunang dia dan dia menghalang telefon ke wajah Haniem dan dirinya.
“Hi!” Sapa gadis yang berambut perang.
“Hi! Adeline?”
“Yeah, that’s my name. Your... Haniem right?”
“Yes i am. It’s very nice to meet you.”
Adeline tersenyum. “Me too. Huzair told a lot about you to me when you guys met up. I think.. he fall for you again.”
“Oh, don’t say that! Huzair is only for you and not for me. It was an old story of us and i hope to not think about it anymore.”
“I know. But... it also sad to hear from Huzair that.. you and your husband not in good term.”
Haniem senyum nipis. “Don’t take this as a moral of married story. Just a certain people with a different destiny. I accept what Allah give it to me because.. I’m only human being who make a lot of mistake and this is just a test from Him for me.”
“I really don’t think every marriage is like that. I just feel... pity for you because you have to face this kind of test. But Huzair told me that you are really a strong woman and i think you can face all of this thing. Me and Huzair will always be there for you and will always help you if you need a favour.”
“Thank you Adeline. You and Huzair is such as a good friend. I hope don’t mind i use Huzair to this kind of plan. I’m pretty sure that you can just marry him and I’ll not disturb you anymore.”
Adeline ketawa kecil. “I really don’t mind. I’m going to Malaysia by any chance and I hope I can see you there.”
“I’m also eager want to meet you.”
“But... i have to go right now. I have a lot of work need to do. See you later Haniem!”
“See you.” Balas Haniem pula.
“Bye honey!”
Nafas dilepas lega akhirnya Adeline mengerti situasi yang dia hadapi sekarang.
“Sayang kan kita tak boleh nak jalan-jalan. Padahal awak nak saya bawa awak pergi pekan sana.”
“Tak apalah Huzair. Lain kali kita boleh pergi.”
Huzair mengangguk. “Awak nak balik esok kan awak kata?”
“A’ah. Saya tak nak susahkan Qila kalau dia balik seorang-seorang. Tadika tu tak ada siapa nak uruskan dan saya risau juga.”
“Tak apalah. Tapi awak balik dulu lah. Saya ingat nak habiskan kerja kat sini dan nanti nak kena sambung balik. Bila saya dah boleh ke KL, saya teman awak ya.”
Haniem tersenyum. “Untung Adeline dapat awak sekarang. Betullah yang manusia tu berubah kan?”
“Ya. Perubahan tu mungkin buruk ataupun baik. Kita kena tawakal je dan ingat tuhan juga.”
“Saya setuju.”
Mereka rancak berbual bersama dan apabila mendengar suara Opah Hawa di pokok kepala berdekatan rumah, mereka menuju ke tempatnya. Bob sedang berusaha memanjat pokok kelapa dengan lolongan Opah Hawa dan Tipah dari bawah.
“Kau ni lembik lah Bob!” Kata Opah Hawa.
“Eh Opah, tak bersyukur langsung heh. Saya ni dah macam kera tak bergaji tau naik pokok di semua untuk Opah petik kelapa nak buat lempeng. Mujur saya dapat petik lima biji buah kelapa ni untuk Opah.”
“Masalahnya lima biji mana cukup! Aku nak kau bagi kat orang balairaya sana sebagai tanda ucapan terima kasih buat majlis cucu aku tu semalam.”
Bob mengeluh. “Habis takkan lah saya nak naik pokok setinggi tu semata-mata nak ambil buah kelapa kat atas sana.”
Opah Hawa merengus.
“Lembik!” Tipah bersuara.
“Woi sewel! Apa kata kalau kau yang naik? Dari tadi lagi kau yang melebih daripada Opah.”
“Dah kau memang lembik nak buat macam mana! Pokok kelapa petik lima biji je. Kau ingat cukuplah untuk orang kat balairaya tu. Nak bagi kau lagi!”
“Melampau nya kau ni! Kenalah bagi kat aku sebab aku bekerja keras nak petik buah kelapa tu. Jangan sampai aku petik jatuhkan atas kepala kau. Terus jadi kelapa masam!”
“Suka hati kau je kan?!” Marahnya lagi.
“Dah, dah! Kelapa tak jatuh atas kepala korang berdua, aku yang buat kelapa tu jatuh kang! Biar benjol kepala tu.”
Tipah memuncungkan bibirnya yang buatkan Haniem dan Huzair tersenyum senang.
“Bob, kau pergilah cari kera, pinjam ke untuk petik kelapa ni.”
“Nak cari kat mana Opah?”
“Hutan kan banyak! Yang kau tanya aku kenapa? Bukannya aku duduk dengan kera nak tahu kat mana tempat dia.” Balasnya.
Bob mengeluh. “Yelah Opah. Nanti saya carikan.”
Opah Hawa mengangguk.
“Opah, kalau saya nak cuba panjat boleh?” Tanya Huzair.
“Awak nak panjat?”
“Saya tak ada kampung Haniem dan awak pun tahu pasal hal tu. Bila datang sini, tengok banyak aktiviti orang kampung buat, jadi teringin pula nak cuba. Kalau dapat panjat pokok kelapa pun, tak apalah. Asalkan boleh puaskan hati ni sikit.”
“Baguslah! Cuba, cuba. Barulah anak jantan namanya kalau naik pokok kelapa setinggi ni.”
Huzair mengangguk. Dia menyerahkan cermin matanya kepada Haniem, lengan disising dan dia kemudiannya mula memanjat. Huzair memang pakar sehingga dia boleh jatuhkan banyak buah kelapa.
“Cukup, cukup! Lima belas biji dah cukup rasanya.”
Huzair turun. “Dah cukup Opah? Baguslah.”
“Pandai betul Huzair petik kelapa ya?”
“Terima kasih. Ini pertama kali tau dan saya bangga sangat.”
“Nanti Opah bagi sikit lempeng Opah.” Katanya.
“Boleh.”
Huzair menuju ke tempat Haniem. Dia melihat Haniem tersenyum bangga padanya.
“Saya dah nak kena balik. Kalau awak nak puji saya lebih, awak boleh puji saya esok pula.”
“Okey. Awak bagus sangat. Tapi hati-hati tau balik nanti.” Katanya sambil menghulurkan cermin mata Huzair kembali.
“Ya. Saya balik dulu Haniem. Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
Selepas Huzair balik, Haniem terus berjalan naik ke tingkat atas. Dia melihat Adhiyat masih lagi asyik membaca surat khabar dengan Maya memeluk lengannya erat sambil melentokkan kepala dia ke bahu Adhiyat. Haniem rasa sakit hati tetapi ditahannya. Dia masuk ke dalam bilik nya untuk berehat sekejap.
Haniem yang terlena buatkan Qila tersenyum menatapnya. Dia masuk lalu mula timbul idea nakal nak kenakan Haniem. Qila bermain dengan hidung Haniem sehingga dia terjaga lalu Qila ketawa.
“Hisy, kau ni jahat lah!”
“Kau ni apa ni tidur tengahari buta macam ni. Kau nak jadi macam Maya ke? Aku tengok dia boleh tidur dekat ruang tamu tu dengan mulut ternganga.”
Haniem mengeluh. “Aku penat sikit.”
“Penat? Kenapa?”
“Entahlah. Rasa lesu semacam je dan aku tak tahu kenapa. Pening kepala pun ada.”
“Humphh.. kau penat sangat kut. Yelah, semalam bukan main lagi kau uruskan semua majlis Adhiyat. Kau pun kenalah rehat dan aku yakin kau sebenarnya tak tidur malam kan?”
Haniem menolak bahunya. “Aku tidur lah. Cuma ni kan kampung, ada banyak bunyi yang aku tak suka. Bunyi atap, bunyi angin, bunyi guruh dan bunyi cicak. Kau pun tahu aku geli cicak kan?”
“Tapi aku okey je tidur dalam bilik Tipah tu.”
“Kau berdua. Aku seorang-seorang!”
Qila memeluk bahu Haniem. “Kau nak aku teman kau tidur malam ni?”
“Boleh juga. Esok kita dah nak balik kan. Aku rasa macam... tenang sikit duduk kat kampung ni.”
Qila mengangguk. “Samalah. Tapi aku rindu budak-budak kat tadika tu. Diorang macam... terbayang-bayang dalam kepala aku ni.”
“Aku suka kampung dan kau suka tadika. Kau nak aku bagi tadika tu kat engkau tak supaya aku boleh duduk kat sini?”
Qila segera bangun menatap Haniem. “Kau jangan nak mengarut lah Haniem!”
“Mana ada aku mengarut. Aku ada banyak masalah dekat bandar tu dan aku pasti masalah ni takkan berhenti setakat tu je. Bila aku kat kampung, aku ada orang yang sayangkan aku dan anggap aku macam keluarga dia. Aku tenang dikelilingi sesuatu yang... tak ada bunyi langsung. Bunyi indah je semunya walaupun menakutkan. Hati aku tenang dan hati aku tak tenang kalau aku balik KL dan aku kena lalui kenangan aku dengan Adhiyat.”
“Kau lupakanlah pasal Adhiyat tu. Lantak dia lah nak buat apa sekalipun. Aku tak nak kau serahkan tadika tu kat aku sebab aku yakin kau boleh majukan tadika tu!”
Haniem tersenyum. “Aku nak cari sangat keluarga tok aki supaya aku boleh beritahu diorang tentang harta ni. Tapi masalahnya aku tak tahu kat mana dan dengan siapa. Aku tak pernah jumpa diorang.”
“Kau ni, rileks lah Haniem. Orang dah bagi, kau terima je dan kau tawakal je supaya boleh jumpa dengan keluarga arwah. Jangan nanti keluarga dia tamak sudahlah.”
“Aku memang risaukan tentang tu. Masalahnya ni bukan harta aku.”
“Insha-ALLAH kita akan jumpa orang tu.” Kata Qila menenangkan Haniem.
Share this novel